Saturday, 28 July 2012

Taliban Istihar Perang Terhadap Myammar- Darah Mesti Dibalas Dengan Darah

Taliban Pakistan atau Tehreek-e-Taliban (TTP) pada hari Khamis lalu mengancam akan menyerang Myanmar untuk membalas kejahatan terhadap Muslim Rohingya, kecuali Pakistan menghentikan semua hubungan dengan kerajaan dan menutup kedutaannya di Islamabad.

Dalam pernyataan yang jarang menumpukan pada penderitaan Muslim di luar negeri, kumpulan payung Tehrik-i-Taliban (TTP) berusaha untuk menampilkan diri sebagai pembela lelaki dan wanita Muslim di Myanmar, mengatakan "kami akan membalas dendam darah anda".

"Kalau tidak, kami tidak hanya akan menyerang kepentingan Burma di mana saja tetapi juga akan menyerang satu persatu orang Burma di Pakistan," katanya dalam satu kenyataan.

Kedutaan Myanmar di Islamabad tidak akan memberi sebarang komen mengenai pemberitaan ini.

TTP sering mendakwa serangan terhadap pasukan keselamatan di Pakistan namun kemampuannya untuk melakukan aksi di negara-negara lain dipersoalkan. Namun, pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata, terdapat bukti kumpulan itu mendalangi usaha letupan bom di Times Square yang terjadi di New York tahun 2010 dan seorang warga AS-Pakistan, Faisal Shahzad dipenjarakan seumur hidup.

Pemimpin TTP Hakimullah Mehsud juga dituduh di Amerika Syarikat atas pembunuhan tujuh agen CIA yang terbunuh ketika seorang warga Jordan meletupkan dirinya di sebuah pangkalan AS di Afghanistan pada Disember 2009.

Konflik baru-baru ini di Rakhine antara penduduk Buddha dan etnik Muslim Rohingya menyebabkan puluhan orang terbunuh dan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mendesak Presiden Myanmar, Thein Sein menangani isu penderitaan etnik Muslim Rohingya sesuai standard dengan hak asasi antarabangsa.

Dalam surat yang dihantar kepada pemimpin Yangon itu, Thein Sein diminta memberi jaminan keselamatan pada etnik Muslim Rohingya sebagai penduduk Myanmar dan menamatkan semua bentuk penindasannya.
P/S: Bulan Ramadhan nie ambe asyik teringat je umat Islam yang di bunuh di Syria dan Myammar apalah nasib  mereka?, seluruh dunia Islam membisu seribu bahasa, tetibe Taliban yang dianggap bodoh dan kuno nie bangun membangkitkan maruah umat Islam yang di kotori..Syabas kepada mereka..Takbirrr

Sumber: Halimislam.com..

Mengandung 3 Bulan Puteri Nekad Bunuh Diri



Adakah masalah akan selesai dengan membunuh diri?..Kerana masalah keluarga wanita muda ini nekad gantung diri dan pada masa kematian didapati beliau telah mengandung tiga bulan. Tak dapat dipastikan gantung diri kerana jantan atau tekanan keluarga.

Panas- Umie Aida Sindir Abby Abadi di Twitter dan Abby Menjawab Sindiran itu..hehe

Pelakon yang kini berjinak-jinak dalam dunia dakwah, Abby Abadi semakin lantang memperkatakan tentang isu-isu semasa sehingga turun kemedan politik dalam masa yang singkat . Tak kurang juga sejak beberapa hari ni kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut beliau mencetuskan isu hangat sehingga membuatkan sesetengah pihak terutama golongan artis sendiri menjadi lebih panas. hehe..

Selepas isu berdebat dengan Datuk AC Mizal di Twitter, ekoran beliau dikatakan mengutuk PDRM. Pagi ini, nama Abby Abadi yang kita semua maklum beliau kini telah secara rasmi sebagai ahli parti PAS, makin bertambah panas dan sensasi. ( Sila Klik )

Lebih menjadi perhatian, apabila Abby memberi reaksi kepada komen pelakon Umie Aida tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Abby Abadi baru-baru ini kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

komen Abby berbunyi begini:

Gempar- Bayi Wajah Makhluk Asing Dilahirkan Nigeria


Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak istimewa tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.
Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan. Bayi ini sudah meninggal dunia.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Sumber: 2dayblogger.com

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download