KISAH BENAR | AKIBAT BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID DAN AIR MANI

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
Read More

Dajal - Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun Diliwat Oleh Suami Pengasuh

 Gambar Hiasan

KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.

“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.

Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.

Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro
P/S: Nie laa Umat akhir zaman, base bodo..dok reti laa ambe nk cakap lagi..x dop perkataan yang boleh nak ungkapkan betapa bodonya mangkuk nie..
Read More

20 Fakta Israel Yang Mesti Kita Ketahui

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400
penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.
8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.
12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana
pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

Sumber: Amar
Read More

Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..

Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.
Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi.

Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu  menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya.  Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.

Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan  mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
  • Pemimpin yang adil;
  • pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
  • seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  • lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
  • seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
  • dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit.. 

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.

Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan  sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.
Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”
Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.”(Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda  di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan: 

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. (IH)
Read More

Mesej Islam Dari Medan Perang Al -Qadisiyyah ( Menarik Motivasi Untuk Pejuang )

Kepahlawanan Saad bin Abi Waqqas tertulis dengan tinta emas saat beliau memimpin pasukan tentera Islam menentang tentara Parsi Majusi pada masa lampau di Medan Qadissyah, Iraq. Peperangan Qadisiyyah merupakan salah satu peperangan terbesar yang belum pernah terjadi sebelumnya di Iraq. Sejumlah kisah keberanian dan pengorbanan yang mendebarkan hati menghiasi insiden bersenjata ini. Peristiwa monumental tersebut berlangsung pada tahun 14 H, iaitu pada zaman khalifah Umar bin al Khaththab R.A. Umar telah memerintahkan Saad bin Abi Waqqas bersama 30 000 pasukannya, berangkat menuju Qadasiyyah. Umar kemudiannya turut melaungkan tekadnya, "Demi Allah, aku akan mempertemukan penguasa bukan Arab dengan penguasa-penguasa di kalangan Arab."

Di antara mereka yang menuju ke medan Qadisiyyah terdiri daripada sembilan vateran perang Badar, manakala 300 pasukan yang lain pernah ikut serta dalam ikrar Bai'at Ar Ridhwan di Hudaibiyyah, dan 300 di antaranya mereka yang lain pernah mengikut serta dalam memerdekakan Makkah (peristiwa Fathu Makkah) bersama pimpinan Rasulullah S.A.W. Manakala yang berbaki adalah putera-putera Para Sahabat, dan ribuan wanita yang ikut serta sebagai perawat. Untuk mengekang pasukan tentera Muslim yang hadir ini, pasukan Parsi telah bersiap untuk bertempur dengan jumlah tentera 120 ribu orang dibawah panglima perang kawakan mereka, Rustum.

Sebelum tentera Islam menghadapi tentera Parsi di medan al Qadisiyyah, Khalifah Umar al Khattab R.A telah mewasiatkan pengajaran yang berguna buat kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas R.A, "Sesungguhnya aku memerintahkanmu dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah Taala dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita."

Di dalam Bidayah wan Nihayah Ibn Kathir mencatatkan, "Apabila bertembungnya dua bala tentera (Islam pimpinan Saad ibn Abi Waqqas dan Parsi pimpinan Rustum di medah al Qadisiyyah) Rustum mengutus utusan kepada Saad supaya dihantar kepadanya seorang yang bijak dan tahu menjawab soalannya. Lalu Saad mengirim al Mughirah ibn Syu'bah R.A".

Apabila al Mughirah ibn Syu'bah tiba, Rustum terus berkata kepadanya, "Kamu jiran kami. Kami telah bersikap baik kepada kamu. Kami menahan diri dari menyakitkan kamu. Pulang ke negeri kamu dan kami tidak akan menghalang kamu datang berniaga ke negeri kami."

Panglima Al Mughirah menjawab, "Kami bukan mencari dunia. Keinginan dan tuntutan kami adalah akhirat. Allah Taala telah mengirimkan seorang utusannya kepada kami dengan membawa pesanan (( Aku serahkan kepada kumpulan ini untuk menguasai setiap orang yang tidak beragama dengan agamaku (agama Islam) dan aku menghukum mereka melalui kumpulan ini. Aku tetap memberi jaminan bahawa kemenangan menjadi milik mereka (umat Islam) selama mana mereka berikrar dengan perkara ini (hukum-hukum Islam). Ia (Islam) adalah agama kebenaran. Sesiapa yang membencinya pasti dihina. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya pasti mulia."

Rustum bertanya, "Maka apa dia sebenarnya?"

Al Mughirah menjawab, "Asas perjuangan kami ialah kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad adalah Rasulullah S.A.W dan memperakui apa jua yang dibawa dari Allah Taala."

Rustum menjawab, "Alangkah baiknya perkara ini! Apa lagi?"

Al Mughirah menjawab, "Membebaskan hamba-hamba dari penyembahan kepada sesama hamba kepada penyembahan kepada Allah."

Rustum menjawab, "Ini baik juga. Apa lagi?"

Al Mughirah menjawab, "Ke semua manusia adalah anak-anak Adam. Mereka semua bersaudara dari satu bapa (Nabi Adam) dan satu ibu (Hawa)."

Rustum menjawab, "Baik juga. Adakah jika kami masuk agama kamu, apakah kamu akan kembali dari negeri kami?"

Dia menjawab, "Demi Allah. Kami tidak mendekati negeri kamu melainkan untuk urusan muamalah dan apa-apa hajat."

Apabila al Mughirah keluar, Rustum berbincang dengan kumpulannya tentang masuk Islam, namun mereka enggan menerima.

Ibn Kathir seterusnya mencatat, "Kemudian Saad bin Abi Waqqas kembali menghantar seorang lagi utusan dengan permintaan darinya iaitu Rub'ie ibn 'Amir".

Mereka bertanya, "Khabar apakah yang membawa kedatanganmu ke sini?"

Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Allah mengutuskan kami untuk membebaskan dunia penghambaan sesama hamba kepada penghambaan diri kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Dia utuskan kami agamanya untuk kami mengajak manusia kepadanya. Sesiapa yang menerimanya kami menerimanya dan kami kembali darinya. Sesiapa yang enggan kami peranginya sehingga kami kembali kepada janji Allah Taala (sama ada mati syahid ataupun mencapai kemenangan)."

Mereka bertanya, "Apa dia janji Allah itu?"

Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Syurga bagi yang mati berperang dan kemenangan bagi yang hidup."

Rustum berkata, "Aku telah dengar ucapanmu. Apakah kamu boleh tangguhkan urusan ini sehingga kami boleh bertenang memikirkan tawaranmu dan kamu juga bertenang menanti jawapan kami?"

Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Ya. Berapa lama kamu mahu? Sehari atau dua hari?"

Rustum menjawab, "Kamu perlu tunggu sehingga kami selesai menulis surat kepada penasihat-penasihat dan wakil-wakil kerajaan kami."

Rub'i ibn 'Amir berkata, "Kami tidak diajar untuk menangguhkan musuh ketika bertempur lebih dari tiga hari. Selesaikan urusan antara kamu dan mereka itu segera."

Rustum bertanya, "Alangkah tegasnya kamu, adakah kamu ini ketua tentera Islam?"

Rub'i ibn 'Amir menjawab, "Tidak. Tetapi umat Islam itu seperti satu jasad. Orang yang paling lemah dilindungi oleh orang paling kuat (tiada sikap zalim-menzalimi antara satu sama lain)."

Kemudian Rustum bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya dan berkata, kata Rustum, "Adakah kamu dapat melihat manusia lebih berwibawa dan lebih bijak dari kata-kata lelaki ini (Rub'ie ibn 'Amir)?"

Mereka menjawab, "Mengapa kamu berkata demikian? Adakah kamu mahu cenderung kepada agama dia ini (agama Islam) dan meninggalkan agama nenek moyang kita. Engkau tidak lihat bajunya?"

Rustum menjawab, "Celaka kamu. Jangan lihat kepada bajunya (yang kusut-masai), tetapi lihatlah kepada pendapat, percakapan dan keperibadiannya. Orang Arab memang bermudah-mudah dalam hal pakaian dan makanan, namun mereka menjaga maruah dan keturunan." -  Rujuk "al Bidayah Wan Nihayah" Jilid 9 Halaman 621-623.

Peperangan al Qadisiyyah berakhir pada tahun 15 H dengan kekalahan tentera Parsi.

 Written by Akademi Tarbiyah DPPM.

P/S: Masih adakah lagi  Saad bin Abi Waqqas pada zaman ini?..

Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (48) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (435) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (1) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (23) Pencuri (2) pengajaran (1) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (15) Rosmah Mansor (2) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (9) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (15) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.