Saturday, 4 August 2012

Skandal Seks Tok Guru Nik Aziz?

ASTAGHFIRULLAH!!!.. facebooker Azizah Sabariah Nik Anwar semakin melampau2 dlm menjaja berita fitnah seks dan lucah!..sudahlah dlm bulan Ramadhan, Tok Guru Nik Aziz pula yg menjadi sasaran fitnah video seks seterusnya....dasar biadap dan kurang ajar!!...aku kalu jumpe bdk nie makan terajang jgk..aishh..
korang bukak facebook malaun nie nescaya korang akan termuntah..haha


Norman: Laporan saya dan Abby rujuk semula hanya spekulasi

SHAH ALAM – Norman Hakim menafikan laporan blog bahawa beliau dan bekas isterinya, Abby Abadi akan merujuk semula ekoran pertemuan mereka dan isterinya, Memey Suhaiza baru-baru ini.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Norman berkata, dia tidak mahu memberi apa-apa komen tentang isu tersebut.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa ia tidak benar dan hanya spekulasi semata-mata.

“Sepatutnya isu-isu sebegini perlu ditanya dahulu kepada tuan badan sendiri.

"Jangan terlalu percaya, selagi saya dan Abby tidak memberi apa-apa jawapan, anggap sahaja ia spekulasi daripada orang ramai dan ianya tidak benar sama sekali," kata beliau.

Norman menambah: "Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk keluarga saya."

"Dan, saya akan sentiasa memastikan keluarga saya mempunyai hala tuju yang baik dalam memastikan keharmonian keluarga saya,” katanya lagi.

Kelmarin, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa bulan Ramadan mulia telah menyatukan keluarga Norman dan bekas isterinya.

Norman berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.

“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk
tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.

“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.

Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."

Sehari sebelum Norman bercakap kepada Sinar Harian, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama.

Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.

Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006.

Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu.

Sumber: Sinar Harian

P/S: kalau btol pun ape salahnye kan..Norman ade 3 lagi kosong..lagi pun demi anak-anak rujuk laa balik..janda nie byk dugaan..

Kepala Babi Dan Darah Babi Cemari Masjid Di Perancis

                            Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi.
MONTAUBAN – Islamofobia dilihat telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan orang Islam di kawasan itu.

Pengerusi Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti itu yang dilakukan pada bulan Ramadan sememangnya berunsur provokasi perkauman.
Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Montauban, Brigitte Bareges turut mengutuk tindakan pihak yang tidak menghormati agama Islam dengan meletakkan dua kepala babi tersebut pada tiang berhampiran pintu masuk Masjid Salam itu.
Beberapa khabar angin mendakwa kejadian menggemparkan tersebut mungkin bermotifkan dendam susulan daripada insiden suspek dikenali sebagai Mohammed Merah yang menembak mati tujuh bangsa Yahudi di bandar tersebut pada Mac lalu.
Sementara itu, konflik antara pihak berkuasa Perancis dengan masyarakat Islam di Perancis juga dilihat meningkat semula, Selasa lalu susulan pemecatan empat jurulatih di sebuah kem musim panas hanya kerana mereka berpuasa.
Dianggarkan 5 juta orang Islam di negara tersebut terpaksa berhadapan dengan layanan buruk sesetengah pihak yang terlalu mengamalkan sifat perkauman dan diskriminasi agama. ~info
P/S: Susahnya negara minoriti umat Islam  nak melaksana Islam, sepatutnya kita umat Islam di Malaysia bersyukur terhadap kurniaan Allah ke atas kita semua..jangan sampai Allah turunkan dugaan yang sama seperti mereka..negara majoriti Umat Islam tetapi masih tidak menggunakkan Hukum Islam sebagai panduan Utama..Wallahualam

Coretan 16 Ramadhan



 Coretan Ambe...

Salam Ramadhan Al-Mubarak, pejam celik kita dah berada di 16 Ramadhan..kejapnya masa berlalu rasanya baru kelmarin berpuasa,  kita dah berada di pertengahan bulan puasa yang mana dijanjikan Allah dengan pengampunan. InsyaAllah kita adalah golongan yang mendapat keampunan daripada Allah..Ameen..

 Dunia sudah tua,  Allah cepatkan masa supaya kita sedar bahawa kita berada di Akhir Zaman pendek kata x sempat rasa lapar laa puasa nie.hehe. Malam tadi habis terawih di Masjid ambe lepak dengan Blogger Otai Ben Ashaari, Que Achmad dan Papa Bloggers kat Kedai Kelate, banyak laa benda yang disembangnya dari Politik, Ekonomi, Sosial dari pukul 11 malam sampai laa pukul 2..kalau disimpulkan semuanya boleh buat buku laa.haha terutama Ben Ashaari banyak sungguh pengalaman dia samaada berkeluarga dan berblog, syok ambe dengar..

 Bagi ambe tu perkara biasa, sebab ambe memang suka sembang pun, kat kampung ke, kat pejabat ke, pe tah lagi kedai kopi..kalu deme semua perasan banner ambe pun cawan kopi..tulah nak bagitahu betapa obsesnya ambe pasal sembang nie..hehe

Hari nie bgn-bgn dari tidur terus ke bengkel kereta, maklum laa kete lama..orang pun kalau dah lama selalu gak ke bengkel ( Hospital ) hehe.. melayang laa gaji ambe bulan nie..tapi x pe laa itu adalah sunnatullah kehidupan..

Hari nie ambe rasa dah sebulan lebih ambe berblog, rupanya berblog nie seronok, terima kasih kepada yang sudi follow dan melawat blog ambe yang daif nie..hehe

Dalam berblog nie macam-macam komen ambe terima, ade berbentuk sokongan, kritikan, maki..mula-mula terkejut jugak tapi fikir2 negara kita kan demokrasi rakyat berhak menyuarakan pendapat masing-masing- Pergh dah macam PM dah aku nie ( Rakyat Di utamakan )..hehe.

Ambe jugak ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kepada Blogger2 otai yang sudi bloglistkan ambe dalam blog masing-masing..Semoga Allah membalas jasa deme semua..dan kepada Radio Temin FM ambe ucapkan selamat berjaya..Akhir kata teruskan memberi sokongan pada ambe untuk terus berblogging..Takbirrr..




Datuk Ramli Yusuff bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis akan menyertai PAS

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan".

Malaysiakini

IBADAH AHLI IKHLAS VS IBADAH AHLI RIYAK

TAZKIRAH PAGI
Dibulan Ramadhan, janganlah kita berbangga dengan ibadat kita seperti banyaknya kita khatam Quran,qiamul lai dan seumpamanya, kemuliaanmu pada-Nya terletak pada niatmu yg ikhlas dan hati yg khusyuk pada-Nya.Sembunyikan ibadatmu kerana hatimu akan terpelihara, menzahirkan ibadat umpama mendedahkan diri kepada kebinasaan.Utamakan redha Allah daripada pujian manusia.

Tazkirah diri sendiri utk perkongsian bersama...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download