Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan
“Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” ,
gambar-gambar ngeriss seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya.
Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu
bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada
penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok
adalah merbahaya kepada kesihatan.
Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula.
Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan
menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian
statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan
kita.
Dalam penerbitan jurnal terkini beliau, Ajoi mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok:
1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi)
Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan
sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka
dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi
tua. Mati muda bererti awet muda.
2. Anti Rabies;
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang
seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat
menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja
akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu.
Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun
lari tak cukup tanah…
So…selamatlah kita dari rabies.
3. Anti Rompakan
Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa
kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.
Tetiba
Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur.
So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan. Hahahaha