Tuesday, 7 August 2012

Chong Wei 'winnable candidate' Barisan Nasional PRU13?

SHAH ALAM - Datuk Lee Chong Wei 'winnable candidate' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

Di sebalik spekulasi PRU13 akan dipanggil dalam waktu terdekat, sementara nama pemain nombor satu negara itu pula menjadi sebutan banyak pihak, beberapa peminat Chong Wei secara terbuka berkata akan mengundi beliau jika dipilih sebagai calon.

Bagaimanapun mereka tidak menyebut parti yang Chong Wei sepatutnya wakili.

"Jika Datuk Lee Chong Wei bertanding pilihan raya (PRU13), saya akan mengundi beliau," kata selebriti Adibah Noor, yang menghantar mesej Twitter kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Penyanyi dan pelakon ini berkata demikian beberapa jam selepas Chong Wei, yang mengutip pingat perak kedua Sukan Olimpik, kembali ke tanah air awal pagi tadi.

Walaupun Chong Wei gagal dalam misi memenuhi harapan pingat emas pertama bagi negara, beliau telah menarik perhatian dan sokongan jutaan rakyat Malaysia.

Adibah menambah, "(Chong Wei) seorang yang tidak banyak bercakap, (tetapi) menyatukan rakyat Malaysia tanpa berkata sepatah pun. Ya, saya akan mengundi dia."

Dia seterusnya menulis, "apa pun, saya tidak kisah apa respons anda kepada dua mesej saya sebelum ini."

Pandangan itu disokong pengikut Adibah bernama Azizul Idris.

Azizul berkata: "Saya juga! Rakyat Malaysia yang tulen."

Bagaimanapun seorang lagi pengikutnya yang bernama Amal Jamil seolah-olah tidak bersetuju dengan berkata: "Macam ini pun ada."

Seorang lagi pengikut Adibah, Zamzuriani Md Daud juga menyokong pendirian Adibah.

Kata Zamzuriani: "Datuk Lee Chong Wei seorang yang menangis untuk negara, sudah pasti saya akan mengundi dia."

Sumber: Sinar Harian..

Anonymous Melancarkan Perang Cyber Dashyat Keatas Myanmar

Penggodam antarabangsa iaitu Anonymous termasuk Malaysia melancarkan perang ke atas kerajaan Myanmar apabila bertindak melumpuhkan laman web negara itu semalam, sebagai bantahan kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Islam Rohingya .

Laman kerajaan Myanmar dipercayai dilumpuhkan dengan cara Distribute Denial of Service(DDoS). Setelah dilakukan penelitian banyak laman sesawang kerajaan milik Myanmar telah di serang oleh pengodam - pengodam yang tidak dapat dikenal pasti identiti mereka . Mereka banyak meninggalkan mesej memberi tahu untuk menghentikan serangan terhadap umat Islam .

Negara yang dipercayai terlibat dengan Op Myanmar:

Malaysia
Indonesia
Brunei
Pakistan
Turki
Bangladesh
Arab Saudi
dan negara Islam 


Penggodam Malaysia yang menyertai Op Myanmar:
Anonymous Malaysia
Rileks Crew
MyDefacer
Kelantan Hacking Crew
Phantom Crew
DragonForce
DotMy Crew

Antara yang menjadi sasaran utama mereka ialah :-
Antara defacement yang telah dilakukan:
 
 
Disini saya ingin menyeru wahai pakar-pakar penggodam dari malaysia mahupun indonesia untuk sama-sama menyuarakan bantahan kita terhadap pembunuhan saudara kita yang berada di Myanmar dan di seluruh di dunia. Satu lagi ade jugak Anonymous  yang suka comment kat aku punye blog siap maki2 lagi..hehe tu Anonymous x leh pakai..haha

Gila!! Wanita Bergambar Di Dalam Perut Kuda- Seni





Mat Saleh nie semua benda nak dicubanya, ambe rasa akibat terlampau maju sampai dah jadi bodoh..haha.  Perempuan 21 tahun ini berbogel lalu masuk ke dalam perut kuda.

Jangan keliru.  Pastinya kuda itu telah mati dan menjadi bangkai setelah ditembak di kepala setelah didapati  kesihatan kuda itu semakin buruk.

Setelah itu Jasha Lottin mempunyai idea yang gila.  Beliau bertekad berposing dengan cara yang tidak pernah dilakukan orang lain.  Beliau berbogel lalu masuk ke dalam kuda yang telah dikosongkan perutnya lalu diambil gambar oleh boyfriendnya yang tak bogel.

Mengikutnya ia berbuat demikian kerana ingin merasai apabila berada di dalam kuda.

Sumber: Blog Amar

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download