PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur
Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas
pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.Tiada pengakuan
direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif
bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan
dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai. ~bernama
P/S: Ambe dari awal2 lagi mmg yakin ini pembunuhan dan bukan bunuh diri..tapi apa-apa pun biar lah mahkamah menjalankan tugas-tugasnya, jgn lah kita yang menjadi penghukum..Wallahualam
Read More →