Gila ( Kejam )- Ayah Bunuh Anak Kecil Kerana Enggan Senyum

Semakin hari ambe tengok dunia nie makin pelik, kadang2 pasal perkara kecil pun sanggup bunuh. Halnya tidak sebesar mana namun bapa kepada seorang anak tergamak membunuh anaknya sendiri..Nak tahu sebab apa, meh baca kat bawah ni..

New Zealand : Hanya kerana anaknya enggan senyum padanya, seorang bapa bertindak kejam dengan membunuh budak perempuan berusia dua tahun itu tanpa belas ihsan. 

Kefu Ikamanu telah melempar anaknya, Seini ke dinding sebelum memijak budak malang itu. 

Dia bagaimanapun tidak mengaku salah di Mahkamah Tinggi New Zealand atas tuduhan membunuh Seini dengan mematahkan bahunya serta menyebabkan kecederaan otak. 

Budak itu meninggal dunia selepas lapan bulan berada dalam keadaan kritikal. 

Seini menerima layanan kejam itu pada bulan Mac 2010, iaitu 21 hari sebelum dia menyambut hari jadi yang ketiga.

Pendakwaraya, Phil Hamlin ketika membentangkan kes berkata, Kefu bertindak demikian kerana marah dengan anaknya yang disifatkan berperangai tidak elok. 

“Dia berfikir anaknya itu tidak pernah senyum padanya, sekali gus menyebabkan dia marah,’ kata Hamlin.

Mahkamah turut dimaklumkan Seini sebelum ini dijaga oleh neneknya di Tonga dan hanya berpindah untuk tinggal bersama keluarganya, baru-baru ini. 

Keadaan itu, kata Hamil menyebabkan hubungan antara Kefu dan anaknya itu renggang. 

Hamil berkata, ketika Seini dibawa ke Hospital Starship sejurus mendapat kecederaan parah itu, dia dikesan mengalami pendarahan dalam otak. 

Manakala tulang punggungnya pula patah, seolah-olah dilanggar oleh sebuah motosikal.

“Kecederaan itu amat parah hinggakan doktor tidak dapat menyelamatkannya walaupun mereka telah mencuba sebaik mungkin,’’ kata Hamil. 

Perbicaraan kes itu disambung.


Sumber: MyNewsHub
Read More

Gila - Tradisi Kongsi isteri Di India

Hal ini terjadi terutamanya di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya.

“Suami saya dan orang tuanya memberitahu, saya harus membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya,” kata Munni.

Dua adik suaminya adalah bujang terlajak yang tidak memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mepunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya.

“Kedua-duanya (adik suaminya) menyetubuhi saya bila mana mereka mahu, tidak kira siang atau malam. Jika saya menolak, mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar
,” tutur Munni.

Setelah tiga bulan menderita, Munni berjaya melarikan diri, setelah berpura-pura hendak pergi ke hospital. Tetapi, wanita yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak membuat sebarang laporan polis.


Munni hanyalah satu dari puluhan wanita di Baghpat yang mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, mereka dilarang keluar rumah tanpa ditemani kaum lelaki sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar.

Berbeza dengan wanita moden dan berdikari yang bekerja di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat Munni tinggal, kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi untuk melahirkan anak dan bertugas membuat kerja-kerja rumah. 

Sementara kaum lelaki pula bekerja sebagai petani atau hanya menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah dan di bawah pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan isteri yang jumlahnya terhad.

Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita miskin dengan mengawininya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki.

Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children”s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan.

Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat.

“Di setiap kampung, terdapat lima atau enam lelaki bujang yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin,” lanjut Dengle.

Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15000 rupee. Tetapi, ianya juga hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana kebanyakan mereka harus berkahwin dengan lelaki yang berusia jauh lebih tua.
 
Read More

NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit dari Barat- Dunia Sudah Tua..


Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat – Kenyataan dari NASA berhubung Matahari keluar dari arah sebelah BARAT. Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sumber: Niza.com
Read More

Segmen Follow And Add


Read More

Syiah Sesat( gambar ) - SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

                                        gambar di Karbala Ritual Memperingati Saidina Hussein
SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah  perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.


SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia.

                                             Kaabah yang dibina oleh Puak Syiah di Karbala

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
 
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa     sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam
mahdi).

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh
didapati melalui laman web di bawah:

1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. http://www.abunaaielah.blogspot.com
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com
4. http://www.hakekat.com
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/

P/S: Kite pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah hendak lah selalu berpegang kepada Al-Quran dan Hadis, Jangan mengutuk para sahabat seperti Syiah..Semoga Allah melindungi kita semua di akhir zaman nie..
Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (52) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (439) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (1) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (24) Pencuri (2) pengajaran (1) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (16) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (10) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (15) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.