Tuesday, 14 August 2012

Akhir Zaman - Cinta Tragik: Lelaki Thai Sanggup Kahwin Dengan Mayat Teman Wanita..


pengantin lelaki tu nama nya Chadil Deffy, 28 tahun dan teman wanita dia yang mati tu bernama Sarinya Kamsook, 29 tahun memang dah rancang nak berkahwin tak lama lagi..Namun, nak di jadikan cerita, berlaku satu kemalangan yang menyebabkan kematian teman wanita nya itu sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Kadang-Kadang ambe tengok sedih jugak laa mamat tarbus nie..haha..tapi kita orang Islam jangan duk ikut perangai lagu nie..kalau dak jadi bodo..setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...jadi, redha sahaja dengan ketentuan Allah..





Sumber

Dunia Akhir Zaman - Kemaluan Pun Kena Curi ( Baca )

Inilah pertama kali dalam hidup ambe dengar berite banggang cmnie..haha...dunia dah Akhir Zaman nie macam-macam perkara pelik berlaku..Selama nie ambe pernah dengar orang curi emas, berlian..haha Namun, amat malang bagi seorang lelaki ini apabila zakarnya dicuri ketika sedang tidur..Nak tahu cerita dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah:

Fei Lin, 41, seorang penduduk Niqiao, kampung di wilayah Zhejiang China, sedang nyenyak tidur apabila pencuri memecah masuk ke biliknya. 

“Mereka meletakkan sesuatu di atas kepala saya dan menarik seluar saya, dan kemudian mereka melarikan diri,” kata Lin. “Saya begitu terkejut, saya tidak berasa sesuatu. Kemudian saya melihat diri saya berdarah, dan zakar saya telah hilang. 

“ Polis tempatan percaya bahawa penyerangnya mungkin lelaki lain yang cemburu kerana Lin mempunyai hubungan dengan wanita tertentu. Walau bagaimanapun, Lin berkata bahawa dia tidak mempunyai hubungan dengan wanita lain. 

Polis telah cuba mencari bahagian yang hilang itu, tetapi tidak berhasil. Malah pencuri terbabit sudah tidak dapat dikesan, tetapi polis berkata mereka masih berterusan memburu.

Sumber: JomBerita

P/S: Lain kali nak tido kena pakai cawat besilaa..Umat Akhir Zaman..hehe

Jangan Maki Hudud Amaran Tok Guru Nik Aziz Kepada Karpal Singh..

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan ‘cacian’.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.

“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Karpal yang berterusan mempersoalkan pemimpin Pas yang mahu melaksanakan hudud di negara ini dengan alasan ia tidak termaktub dalam perlembagaan negara.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang.

“Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.

“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri,” katanya.

Ditanya, tindakan Karpal menjejaskan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, orang ramai harus memikirkan siapa yang menolak sebenarnya menolak hukuman hudud.

“ Jika kita tidak undi DAP kerana tolak hudud, macam mana dengan Umno yang juga menolak pelaksanaan hukuman itu,” katanya.
 
Sumber: Sinar Harian
 
P/S: Hudud nie Hukum Allah, milik org Islam..Karpal Singh x pe laa Kapir kite Org Islam pun tolak jgk amacam x sama mcm Karpal Jgk Kaa? 

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download