Gara-gara
tidak dapat menjelaskan hutang, seorang lelaki China terpaksa berdepan
risiko apabila dia dikurung dalam sebuah kandang lembu dengan kedua
belah tangannya dirantai.
Read More →
Lebih
menderita lagi, apabila rantai besi yang mengikat ketat tangan kanannya
terbenam ke dalam isi tangannya menyebabkan dia menderita kesakitan.
Zhang
Chuanqiu, 27, dari Wilayah Hunan, China dipenjarakan di sebuah penjara
haram oleh sekumpulan ‘ceti’ haram sejak tahun 2005.
Chuanqiu
tidak dapat membayar hutangnya kepada kumpulan itu menyebabkan dia
diculik dan dibawa ke sebuah kawasan pedalaman sebelum dikurung.
Mereka
memaksa Chuanqiu menjelaskan baki hutangnya berjumlah $1,600. Dia juga
diugut akan didera dan dibunuh sekiranya gagal membayar baki hutangnya
itu.
“Saya dipaksa membayar hutang dalam masa yang ditetapkan. Saya
gagal membayarnya. Mereka menahan saya dan membawa ke kawasan
pedalaman,” kata Chuanqiu sebaik saja dibebaskan oleh sepasukan polis
yang menyerbu penjara haram itu.
Menurutnya,
dia terpaksa berhutang sebanyak $5,000 untuk membayar hutang gadai
tanah milik keluarganya bagi mengelakkan tanah itu dirampas oleh
peminjam wang haram.
Bagaimanapun
katanya, dia sudah menjelaskan sebahagian dari jumlah itu, manakala
bakinya belum dapat dijelaskan kerana masa yang ditetapkan oleh
peminjam wang haram itu terlalu singkat.
Keadaan
itu menyebabkan dia gagal melunaskan baki bayaran itu dan dikurung
selama enam tahun menyebabkan rantai yang diikat di tangan kanannya
tenggelam ke dalam isinya.
Tambah Chuanqiu, keluarganya terpaksa membayar secara ansur selama tempoh itu sebelum dia dibebaskan oleh kumpulan tersebut.
Chuanqiu
bernasib baik apabila dia diselamatkan oleh sepasukan polis yang
menyerbu ke kandang haiwan itu dan membebaskan Chuanqiu bersama
beberapa lagi mangsa yang senasib dengannya.
Beberapa
aduan mengenai perkara itu telah dilaporkan keluarga mangsa kepada
polis. Ramai yang mengadu ahli keluarga mereka ditahan di sebuah
penjara haram kerana gagal membayar hutang.
Polis berjaya menahan dua anggota kumpulan itu yang cuba melarikan diri sebaik saja polis menggempur lokasi tersebut.
Kini,
dia boleh menarik nafas lega selepas dibebaskan oleh pasukan polis.
Untuk mengelakkan diganggu kumpulan itu, Chuanqiu bertekad untuk
menjelaskan hutangnya.
Kata
Chuanqiu, dia serik untuk berhutang terutama melalui peminjam wang
haram. Pengalaman ngeri itu memberikan kesedaran kepada dia dan
keluarganya.
“Kalau boleh saya mahu elakan dari meminjam dengan peminjam wang haram. Mereka benar-benar cekek darah dan memaksa membayar bunga yang terlalu tinggi,” katanya terharu.
C: LEGA: Chuanqiu berjaya diselamatkan sepasukan polis.
Q: Saya
dipaksa membayar hutang dalam masa yang ditetapkan. Saya gagal
membayarnya. Mereka menahan saya dan membawa ke kawasan pedalaman...”
C: SAKIT: Chuanqiu menunjukkan rantai besi yang melekat di tangannya.
P/S: Di musim perayaan nie..ramai orang yang berhutang dengan Ah Long..berhati-hati kerana Islam mengharamkan hutang yang melibatkan riba dan akibatnya menyebabkan kita merana seumur hidup
Sumber: Warta Perdana.











