Thursday, 23 August 2012

Malaysia Dibanjiri Nepal Dan Bangla, Myammar..Apa Nak Jadi Nie Najib Oii

Berlagak Macam Le Negara Sendiri..

KUALA LUMPUR: Ketika warga tempatan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota bagi meraikan Aidilfitri di kampung, berlainan pula dengan warga asing yang dilihat semakin ramai membanjiri bandar raya.

Bagaimanapun, kebanjiran warga asing terbabit turut menimbulkan masalah kerana ramai di kalangan mereka degil dan pengotor.
...

Sebagai contoh, ada warga asing, terutama dari Myanmar, menjual sirih di sepanjang kaki lima bangunan di Lebuh Pudu dan Pasar Seni, menyebabkan kawasan berkenaan dicemari air ludahan sirih yang menjijikkan.

Bukan saja kotor, keadaan sesak yang ‘menghimpunkan’ warga Myanmar terbabit merimaskan, selain mengancam keselamatan rakyat tempatan.
 
Tinjauan Metro Ahad mendapati, kebanyakan warga asing terbabit melepak secara berkumpulan dengan menghabiskan masa di tempat terbuka, menyebabkan wartawan terasa seperti berada di negara asing kerana hampir setiap sudut pusat beli-belah dipenuhi warga Myanmar, malah kebanyakan bas yang menurunkan penumpang turut dipenuhi ‘orang’ mereka.

Warga tempatan, Kamarul Mohd Hussin, 38 berkata, senario itu adalah biasa, apatah lagi menjelang cuti umum atau hari minggu.

“Tidak kira sama ada raya atau tidak, di sinilah tempat mereka. Tanpa rasa malu, mereka tidur dan berlagak seperti berada di negara sendiri, malah kita rakyat tempatan pula takut dengan mereka.

“Keadaan di sini benar-benar mengecewakan. Bukan itu saja, ada kala mereka bergaduh dan membuat kacau hingga menimbulkan rasa tidak senang hati.

“Lihatlah, mana ada rakyat tempatan di sini. Semuanya rakyat Myanmar, malah saya pelik bagaimana mereka mendapat lesen perniagaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

P/S : Myammar kite duk bagi berniaga kt negara kite, umat Islam sana disembelihnya..aku  mmg boikot laa puak2 Myammar nie..

Gempar - Gadis 10 Tahun Di Tanam Hidup-Hidup Bangkit Dari Kubur

Mungkin inilah yang disebut pertolongan Allah SWT pada orang yang teraniaya. Kejadian yang menimpa gadis 10 tahun yang diperkosa dan ditanam hidup-hidup oleh sepupunya yang berusia 21 tahun akhirnya bangkit kembali dari kuburnya. Ia keluar dari kubur yang tak terlalu dalam, lalu kembali ke rumah orang tuanya dan melaporkan kejahatan itu kepada pihak berwajib.Kejadian ini berlaku di kampung terpencil di Kota Magpet, Cotabato Utara, Filipina, Rabu, 5 Oktober 2011.

Menurut Ketua Polis Magpet Inspektor Polis Roberto Ocumen, awalnya pelaku yang bekerja sebagai petani mengajak berbual korban di luar rumah.Pelaku yang diketahui bernama Dennis Quilaton ternyata memendam berahi terhadap sepupunya itu. Tak lama berbincang, Dennis memukul korban dengan benda keras.

Dalam keadaan tak sedar, tubuh kecil itu diseret ke rumput dan pelaku pun memperkosanya.“Pemerkosa lalu menguburnya di tanah yang tidak terlalu dangkal dan menutupi dengan daun pisang,” ujar Ocumen dalam incuirer.ner. Merasa sudah cukup selamat untuk menghilangkan jejak maka pelakupun akan meninggalkan lokasi dengan tenang tanpa punya fikiran apa-apa.

Namun Allah SWT Maha Penolong hambaNya yang teraniaya, tanpa diketahui pelaku sang gadis ternyata masih sedar. Ia tertatih-tatih merangkak ke permukaan tanah. Pihak polis belum tahu berapa lama budak perempuan ini berlangsung di dalam tanah.Akhirnya, budak ini bertemu jiran yang kemudian menghantarnya kembali ke rumah dan menemui orang tuanya.- info

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download