PANAS ! 19 pasangan dicekup ketika nak projek di malam merdeka !

Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

 Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

 "Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

 Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama
Read More

Ngeri - Gadis Ini Memakan Anaknya Sendiri

Ada seorang ibu dari 2 kanak-kanak, yang dituduh membunuh dan memakan anaknya sendiri. Kedua-dua buah hatinya itu masing-masing berusia 1 tahun dan 5 tahun. Wanita dari Suku Musur yang tidak diketahui identitinya ini tinggal di wilayah Mae Ai, Thailand.

Pihak polis tempatan mengatakan bahawa wanita ini memang ditemui sedang tertidur dengan potongan tubuh di sisinya, dan ternyata bahagian tubuh itu adalah potongan tubuh kedua-dua anaknya. Namun, polis belum menemui bukti apakah sang ibu juga memakan kedua-dua anaknya itu. Untuk mencari kebenaran tentang kejadian tersebut, pihak polis cuba mengajukan beberapa soalan berkaitan, tetapi wanita ini tidak memberikan jawapan sama sekali.

Menurut keterangan sang suami, ibu dari kedua-dua anaknya ini ternyata mengalami gangguan jiwa sejak 2007 lalu. Suaminya menambah bahawa isterinya juga sudah berhenti mengambil ubat sejak 2 bulan yang lalu. Sebelum waktu kejadian, sang isteri sedang dalam keadaan normal. 

Suaminya berkata pada sang isteri bahawa dia harus pergi keluar bandar selama beberapa hari untuk membeli ubat-ubatan yang diperlukan oleh sang isteri. Namun, dia tidak pernah menduga kalau akibatnya akan separah ini. Khabarnya, sakit yang dialami sang isteri menimbulkan halusinasi yang tidak terkawal.

Bangkok Post menuliskan bahawa sebelum dia membunuh kedua-dua anaknya, sang ibu ini berhalusinasi ada seorang wanita yang datang untuk melukainya. Hembusan berita demi berita yang belum dapat dipastikan kebenarannya, membuat pihak polis yang mengendalikan kes ini angkat bicara. Mereka menyeru para warga dan media untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar, malah seharusnya mereka berempati terhadap masalah yang sedang dialami oleh keluarga kecil ini.

Proses undang-undang tidak dapat dijalankan walaupun sang ibu sudah dituduh telah melakukan pembunuhan sadis terhadap kedua-dua anaknya. Gangguan mental yang dialaminya dianggap tidak layak untuk sang ibu membela dirinya dalam perbicaraan, sehingga polis menghantarnya ke Rumah Sakit prung Suan terlebih dahulu untuk menjalankan beberapa siri rawatan. (Yk) 
Read More

Gilerrr - Ustazah DiTuduh Biarkan Suami Ratah Anak Sendiri

Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bersubahat dengan suami baru yang merogol dan mencabul anak kandungnya yang juga bawah umur, tiga bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang berusia 15 tahun satu bulan di rumah mereka di Bukit Ampang Permai, di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada April lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menyuruh anak perempuannya membuka pakaian dan menutup mulut mangsa tanpa kerelaan ketika suami merogolnya.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang sama di rumah sama dengan menyuruh masuk ke dalam bilik mereka, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 12 Mei lalu.
 

Read More

Peserta Bersih Akan Menamatkan Perhimpunan Dengan Berarak Secara Aman Ke Sogo ( gambar )



Aku dapat maklumat terkini daripada twitter peserta sekarang sedang berhimpin di hadapan bangunan DBKL sambil mendengar Deklamasi sajak oleh Pak Samad. Mereka akan menamatkan perhimpunan ini dengan berarak ke sogo..tiada provokasi dan perkara tidak diingini berlaku. Penganjur dan Pihak Polis sangat Profesional menjalankan tugas..Tahniah Polis..Dari Poknik Pok
Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

Lagi Gambar Perhimpunan Bersih Di Dataran Merdeka - Kehadiran melebihi 10k

Aku bertweet dan mengikuti perkembangan Perhimpunan ini..Sekadar berkongsi gambar dari para tweeter yang berhimpun di sana- Dari Pok Nik Pok ( Wartawan Kaki Sembang )





Read More

Bersih Kuningkan Sekitar Dataran Merdeka - Wajarkah ( Bergambar )

Sedang aku duk belek2 FB terpandanglah kawan2 post gambar perhimpunan Bersih kt Dataran Merdeka..Sekadar untuk berkongsi






Pepun nak berhimpun jaga adab dan disiplin dan ikut arahan pihak Berkuasa..Selamat berhimpun
By: Poknik Pok..

Read More

Mabruk Yaa Ustaz Azhar dan Kak Nisya - Di Kurniakan Anak Lelaki Sempena Syawal dan Merdeka

Tahniah Big Boh Ustaz Azhar. Kak Nisya selamat melahirkan anak Lelaki yang comel, dalam kesibukan berdakwah ke seluruh Malaysia pun sempat jugak Ustaz kiter..hehe..
Bertambah lagi laa umat Nabi Muhammad ( SAW ) moga apabila besar nanti menjadi Pejuang dalam memperjuangkan Islam..Ameen

Read More

Gila - Dilayan Seperti Pelacur Oleh Suami Nigeria!

Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang.

Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri.


Seri... Menjadi pemuas nafsu
Itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya.

Bagaimanapun, sebaik berkahwin, istana cinta diimpikan bertukar neraka apabila dia dilayan seperti pelacur selain keringatnya dikerah untuk mencari duit bagi menyara hidup suaminya.

Menceritakan detik pertemuan mereka, Seri berkata, dia diperkenalkan kepada Khazem oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika ketika belajar di sebuah kolej di Subang Jaya.

“Pada mulanya saya tak terfikir nak mengenali Khazem dengan lebih rapat. Namun disebabkan belajar di kolej sama, hampir setiap hari kami bertemu dan bermula dari situlah dia mengambil berat mengenai saya berbanding rakan lelaki lain.


Sumber

Read More

( Giler ) Dahsyat! Gadis Ini Rosakkan Tangannya Dengan Jarum Suntik

Gambar-gambar di bawah ini merupakan seorang gadis yang memcucuk jarum yang banyak di lengan beliau..natang bodo..haha


Read More

Kes Tembak Lagi - Maut ditembak depan sekolah

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui mati ditembak di Jalan 29 Selayang Baru berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, tengah hari semalam.
K Archuthan, 41, ditembak ketika menunggu anaknya yang berusia 17 tahun pulang dari sekolah berdekatan bersama isterinya, S Citra, 36, di dalam kereta miliknya jenis Toyota Camry.

Dipercayai mangsa yang mempunyai sebuah syarikat kawalan keselamatan maut akibat parah ditembak di beberapa bahagian badan dan leher.

Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia mendengar beberapa das tembakan dilepaskan dua suspek yang menaiki motosikal jenis Honda Ex5.

“Saya sangka ada orang bermain mercun tetapi tidak lama selepas itu, orang ramai mula berkumpul di tempat kejadian setelah mendapati mangsa sebenarnya ditembak,” katanya.

Dipercayai, isteri mangsa turut terkena tembakan di rusuk kanan dan dibawa orang awam ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu.

Menurutnya, siasatan awal polis menemui enam kelongsong peluru saiz 9 milimeter di tempat kejadian.

“Mangsa baru dibebaskan daripada Enakmen Ordinan (EO) dan dibuang ke Perlis sebelum ini. Kita masih menyiasat motif pembunuhan dan usaha mencari suspek sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sumber: Sinar

Read More

Zalim - Bayi Perempuan Dibuang Di Hadapan Kedai Surat Khabar ( Terengganu Lagi )

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat ditemui di hadapan sebuah kedai menjual surat khabar di Jalan Sultan Omar di sini, hari ini.

Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di hadapan pintu kedai berkenaan.

Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi itu ketika ingin memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi, berkata beliau mendengar suara bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian.

“Masa nak buka kedai, saya nampak ada beg depan pintu dan tidak menyangka di dalamnya ada bayi. Saya terus alih (beg) letak atas bangku sebab ia diletak betul-betul di depan pintu kedai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Rozlan Shahril berkata beliau kemudian memulakan kerja memasukkan sisipan surat khabar di perhentian bas sebelah kedai itu sebelum sekali lagi mendengar bunyi tangisan bayi.

“Masa itulah baru saya cuba periksa beg itu dan mendapati beg itu tidak ditutup… saya terkejut apabila nampak ada bayi dalam beg itu,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Doktor mengesahkan bayi itu sihat dan dipercayai dilahirkan beberapa hari yang lalu berdasarkan keadaan bayi itu,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama
Read More

Kes amuk ( Imam Mahdi ): Muhdalena hadir di mahkamah pakai topeng Power Rangers..Macam2

PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.

Sumber: Sinar

Read More

Lawak Akhir Zaman - Sambil Menyamun Sempat Juga Berhari Raya di Rumah Pelakon Komedi Imuda.

AMPANG: “Perompak itu sempat menjamah biskut raya dan minum air sirap dalam peti ais seolah-olah beraya dalam rumah kami pula.
“Malah, mereka sempat meletakkan tiga gelas air itu dalam sinki. Mereka lakukan itu kerana tahu kami tiada di rumah,” kata pelawak, Imuda atau nama sebenar, Abdul Rahim Muda, 52.

Beliau yang juga penyanyi, pelukis serta pelakon popular menerusi sitkom komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, mendakwa mengalami kerugian hampir RM7,000 selepas barang berharga miliknya dilarikan kumpulan yang memecah masuk rumahnya di Jalan Mamanda 12, di sini.
Difahamkan, Imuda sekeluarga pulang beraya ke Pulau Pinang sejak 17 Ogos lalu bagi menyambut Aidilfitri sebelum pulang semula ke rumahnya, kelmarin.

“Saya tiba di rumah pada jam 3 petang semalam (kelmarin) dan langsung tidak menyedari rumah sudah dipecah masuk kerana tiada kesan umpil pada pintu. “Bagaimanapun, sebaik naik ke tingkat atas, saya terkejut melihat lima bilik berselerak. Malah, jeriji tingkap juga terbuka dengan kesan umpil,” katanya.

Selepas memeriksa, katanya, barang berharga seperti komputer riba, dua telefon bimbit dan empat jam tangan berjenama hilang.

“Saya tidak tahu bila rumah saya dipecah masuk kerana lebih 10 hari meninggalkan rumah. Malah, jiran juga tidak menyedari kejadian itu,” katanya. Menurutnya, kejadian itu kali pertama berlaku selepas setahun berpindah di situ bersama isteri, Zabarina Haja Mushadi Ali, 30, dan tiga anaknya Raihana, 17, Mohd Redza, 11, dan Muhammad Rayyan Ziqri, 17 bulan.

Menurutnya, beberapa bulan lalu, isterinya hampir diragut, namun kejadian disedari jirannya yang menjerit menyebabkan suspek bertindak melarikan diri.
“Saya difahamkan, beberapa jiran lain juga pernah mengalami kejadian sama apabila rumah dipecah masuk dan menjadi mangsa ragut. “Saya bimbang keselamatan keluarga dan berharap polis mempertingkatkan rondaan di sini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan kejadian

Sumber: Mymetro
Read More

Peringatan Dato' Dr Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat'

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi 'Better the devil you know than the angel you don’t' yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.

“Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.

“Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.

Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH,” katanya.

Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk ‘Change’ atau ‘berubah’ ada menyebut ‘lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sumber: Sinar Harian
Read More

Memang Celaka- Menyamar Sebagai Pegawai Pencegah Maksiat Dan Memperkosa Gadis Bergilir-gilir


KOTA BHARU: Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.

Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad.

Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.

“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya. – Sinar Harian

Read More

Menarik Kisah Benar di Zaman Rasulullah SAW | KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH / Mesti Baca

Menarik Kisah Benar di Zaman Rasulullah SAW |  KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH | "Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya.

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh." 



ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."
Sumber: Tranungkite.net
Read More

Kisah Benar Yang Menyedihkan | Wanita kongsi kisah silam dirogol bomoh

Kisah Benar Yang Menyedihkan |  Wanita kongsi kisah silam dirogol bomoh |“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.


Wanita kongsi kisah silam dirogol bomoh

Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.

“Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga.

Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.

“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya.

Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi ‘membuang sial’, sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

“Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan ‘rawatan’ itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.

“Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit,” katanya.

Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.

Peluang kedua

Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.

“Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

“Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang,” katanya.

Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.

“Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.

“Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka,” katanya.

Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan ‘kehidupan kedua’ yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.

“Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.

Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula  rakan lamanya, dia terjerumus  buat kali kedua.

“Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi,” katanya.

Rumah Insani

Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.

“Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.

“Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka.
P/S: Aku tengok trend orang zaman lening, duk caya ke Tok Bomoh. X salah sebenonya nak g jupe tok bomoh, tgk laa kealiman dia dulu..nie x, pakai sebat jea..hahaha..kebanyakan Tok Bomoh kat Msia nie kaki2 kencing, nak kaut duit mung laa, haha...........Apapun mintak Doa dgn Allah dulu baru laa nak berikhtiar..nie x, Doa malas nak jumpe Tok Bomoh jea, Tok Bomoh lak banyak yang mengamalkan benda khurafat dan kalau salah cara jadi laa mcm cerita di atas...wallahualam

Sumber: Sinar Harian

Read More

Dashyat - Pokmat Org Kg Aku Kena Tembak

Allias (kiri) bersama rakannya melakonkan semula keadaan mangsa semasa terkena dua das tembakan ketika mereka sedang bermain dam di hadapan kedai mangsa.
Mohd Hafizudin tidak mampu menahan kesedihan atas kejadian menimpa ayahnya itu sehingga tidak dapat hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia
 
KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga kedai runcit maut selepas terkena dua das tembakan pada jarak dekat di rusuk kanan belakang dan rusuk kiri depan oleh tiga lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, Marang, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika mangsa, Mat Keya Jusoh, 54, sedang bermain dam berhampiran kedainya bersama seorang rakan, Allias Lemas, 51, sebelum didatangi sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, Perodua Viva berwarna putih itu berhenti antara jarak lima meter sahaja dari tempat mangsa bermain dam sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu ingin mencari ‘Pok Mat’.

“Salah seorang suspek bertanyakan kepada mangsa adakah dia ‘Pok Mat’ dan mangsa yang sememangnya dikenal dengan nama itu dalam kalangan rakan serta orang kampung mengiakan sahaja.

“Bagaimanapun, hanya beberapa saat selepas mangsa mengaku yang dia adalah 'Pok Mat', dua das tembakan dilepaskan oleh salah seorang suspek menyebabkan mangsa terus rebah sebelum mereka memecut kereta meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.

Manoharan berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian rusuk dihantar penduduk kampung ke Hospital Kuala Berang untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Bagaimanapun, bapa lima anak itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.50 malam,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan.

Katanya, suspek berusia antara 25 tahun hingga 30 tahun dipercayai lelaki Melayu.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

"Gurau menda ni.."

"Gurau menda ni..." itulah kata-kata terakhir Allahyarham Mat Keya sebelum rebah selepas terkena dua das tembakan di hadapan kedai makan miliknya di Kampung Bukit Chempedak, Pengkalan Berangan, malam kelmarin.

Rakan Allahyarham, Allias berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa ditembak dari jarak dekat ketika sedang bermain dam.

“Sebelum kejadian, kami melihat kereta berhenti di sebuah rumah berdekatan kedai ini tetapi kereta itu hanya berhenti sekejap sahaja di situ sebelum bergerak semula dan berhenti di hadapan kedai ini.

“Sebaik kereta itu berhenti di hadapan kedai, betul-betul di hadapan kami, seorang individu tidak dikenali bertanya adakah kami mengenali ‘Pok Mat’ lalu mangsa mengakui dia adalah ‘Pok Mat’ yang dicari,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, penjenayah itu kemudiannya mengundurkan kenderaan sebelum melepaskan dua das tembakan.

Menurutnya, sejurus selepas bunyi tembakan itu dia melihat mangsa bangun dan memarahi individu berkenaan kerana menganggap ia gurauan melampau.

“Bagaimanapun, Pok Mat kemudiannya rebah dan ketika memegang mangsa saya melihat ada kesan darah di bahagian rusuk lalu memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya,” katanya.


Sangka bunyi mercun

Sementara itu, isteri mangsa, Sepiah Mamat, 53, berkata, dia juga tidak menyangka bunyi letupan sebanyak dua kali itu adalah bunyi tembakan yang meragut nyawa suaminya.

"Ketika kejadian, saya berada di dapur dan sangka bunyi letupan itu bunyi budak nakal bermain mercun,” katanya yang mempunyai lima anak.

Pemergian ketua keluarga itu bukan sahaja ditangisi Sepiah, tetapi turut dirasai anak-anak mangsa malah salah seorang anak mangsa, Mohd Hafizudin, 17, tidak hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan ini sepatutnya menduduki peperiksaan subjek Bahasa Melayu, namun tidak dapat hadir kerana bersedih atas kejadian menimpa ayahnya.
 
 
P/S: Aku tengok jenayah kt Malaysia kt macam NewYork dah..x puas hati pakai tembak jea, tu lening aku fikir 2, 3 kali nk tegur org..Al-Fatihah untuk Arwah..
 
Sumber: Sinar Harian

Read More

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya


KUANTAN 26 Ogos — Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya, pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Saksi kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Insp Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama

P/S: Nampak Sgt Utusan nak sangat Tok Guru Mati.. buat tajuk berite nak gempak jea..sepak jugok utusan nie..
Read More

Amalan Khurafat Nusantara | ( Video ) Amalan Khurafat Di Indonesia | Kisah Mayat Merasa Hidup Selepas Mati

Amalan Khurafat Nusantara | ( Video ) Amalan Khurafat Di Indonesia | Kisah Mayat Merasa Hidup Selepas Mati | Pernah dengar kisah orang yang sudah mati hidup semula?

Amalan Khurafat Nusantara | ( Video ) Amalan Khurafat Di Indonesia | Kisah Mayat Merasa Hidup Selepas Mati

Kalau bagi sesetengah pihak yang taksub dengan kepercayaan dan semangat hidup, mereka percaya orang yang sudah mati boleh hidup semula itu adalah benar.

Lebih-lebih lagi bagi sesetengah etnik atau kaum di sesebuah negara yang mengamal kuat budaya dan kepercayaan ‘halus’.

Di Indonesia, wilayah Toraja iaitu kawasan Baruppu, Rinding Allo Toraja Utara mempunyai kepercayaan mereka sendiri.

Masyarakat di Baruppu nyatanya mempunyai amalan tadisi yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

Mereka hakikatnya taksub mengamalkan amalan atau ritual ‘Ma’nene’’ yang dilakukan setiap tahun.
Apa sebenarnya ritual Ma’nene’?

Ritual ma’nene’ adalah upacara meraikan ahli keluarga yang telah mati dengan tujuan mewujudkan rasa kasih dan cinta walaupun roh telah berpisah dari jasad.

Setiap tahun bulan Ogos, ahli keluarga si mati akan menggali semula kubur-kubur si mati dan mengeluarkan mayat si mati walaupun ada yang hanya tinggal tulang sahaja.

Kemudian, mayat si mati akan dibawa ke satu kawasan yang lapang di mana seluruh ahli keluarga sudah pun berkumpul menantikan kehadiran ‘roh baru’.

Selepas itu, ahli keluarga yang hidup akan menukarkan pakaian lama si mati dengan yang baru dan memperlakukan si mati seolah-olah dia masih lagi hidup.
Malah, mereka akan berbual bersama-sama si mati seperti bertanyakan khabar dan bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing.

Ritual seperti ini dilakukan kerana ingin mengekalkan rasa kasih dan sayang dengan si mati serta masih lagi merasakan si mati itu ahli keluarga mereka yang masih hidup.

Masyarakat Baruppu percaya, sekiranya mereka menjaga ‘kebahagian’ si mati, si mati juga akan menjaga keamanan dan ketenteraman keluarganya yang masih lagi hidup

Ahli keluarga yang hidup turut percaya, si mati akan menjaga kewangan, hasil tanaman, keadaan rumah tangga yang harmoni akan terjaga sekiranya ritual ma’nene’ itu diamalkan setiap tahun.
Pelik bukan?

P/S: Amalan Khurafat yang menyeksa mayat. Pelakuan Syirik mintak dijauhi masyarakat kite dari perkara karut mcm nie..Indo nie masyarakat Islam ramai, pelik btul laa aku..



Read More

Kampung Aku Lagi - Terkejut Harga Roti Canai Biasa RM1.80

KUALA TERENGGANU : “Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja,” luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.

Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.

“Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.

“Saya cuba ambil gambar papan tanda harga menggunakan telefon bimbit tetapi tidak begitu jelas dan kabur untuk dijadikan bahan bukti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga tepung gandum di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.

“Perbuatan peniaga yang ambil kesempatan meletakkan harga sesuka hati sempena musim perayaan begini adalah tidak adil dan menganiaya pengguna, tambahan pula kualiti roti canai yang dijual tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

“Kalau dikira, berapa banyak dia (peniaga) boleh kaut untung. Saya harap mana-mana pengguna lain yang berdepan kes peniaga jual dengan harga tidak munasabah ini segera memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Khairul Azhar yang bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, dia ingin melaporkan kes itu ke bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun tergendala kerana pejabat ditutup disebabkan cuti umum panjang.

Dia yang pulang berhari raya di Terengganu amat kesal dengan sikap sesetengah peniaga di negeri ini yang dikenal pasti mengambil kesempatan. – Sinar Harian

P/S: Peniaga Kt Tganu nie mmg lagu tu sokmo..dengar cakap luar sikit kena laaa..jumpe peniaga gni mu tampor jer..haha
Read More

Bakal President Amerika Seorang Hantu Zombie - Seram

Pilihanraya sesebuah negara sememangnya penting dalam penyusunan semula struktur pemerintahan sesebuah kerajaan..Lazimnya, bagi calon yang ingin bertanding kerusi dalam pilihanraya, syarat yang paling penting sekali adalah, mereka mestilah seorang manusia..Namun, di Amerika Syarikat, telah wujud calon pertama dari kalangan 'mayat hidup' atau lebih dikenali sebagai "zombie"..Nak tahu sama ada calon ni betul-betul zombie atau bukan, meh baca kat bawah ni..
Bahang pilihanraya calon Presiden semakin hangat di Amerika Syarikat. Pada minggu ini, Barack Obama, calon Parti Demokrat dan Mitt Romney, calon Parti Republikan akan disertai oleh seorang calon lain. Kali ini beliau akan mewakili golongan mayat hidup.

Calon tersebut yang mempunyai nama yang unik iaitu Zombie, secara rasminya akan turut serta dalam bertanding sebagai calon Presiden Amerika Syarikat. Pilihanraya pada tahun 2012 kali ini akan menjadikan suasana menjadi lebih menarik berikutan penyertaan calon yang berasal daripada San Diego ini.

Zombie bersama dengan 'isteri manusianya', Patti Morgan Zombies akan turut berkumpul lawatan pra-pilihanraya di negera ini. Dengan membawa imej zombie, beliau akan melawat enam bandar utama termasuk Tampa dan Charlotte, di mana beliau akan menyampaikan mesej mengenai zombie di Kongres Republikan dan Demokrat.







Hebat aura si Zombie ni, sampai penyokong pun sanggup make up jadi zombie jugak..

P/S : Aku Ingat x wujud Pengundi Hantu nie, Arini mmg aku btul2 konpem mmg wujud pungundi Hantu Zombie..hee

Sumber: Sochai..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.