Monday, 27 August 2012

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya


KUANTAN 26 Ogos — Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya, pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Saksi kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Insp Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama

P/S: Nampak Sgt Utusan nak sangat Tok Guru Mati.. buat tajuk berite nak gempak jea..sepak jugok utusan nie..

( Video ) Amalan Khurafat Di Indonesia- Kisah Mayat Merasa Hidup Selepas Mati

Pernah dengar kisah orang yang sudah mati hidup semula?

Kalau bagi sesetengah pihak yang taksub dengan kepercayaan dan semangat hidup, mereka percaya orang yang sudah mati boleh hidup semula itu adalah benar.

Lebih-lebih lagi bagi sesetengah etnik atau kaum di sesebuah negara yang mengamal kuat budaya dan kepercayaan ‘halus’.

Di Indonesia, wilayah Toraja iaitu kawasan Baruppu, Rinding Allo Toraja Utara mempunyai kepercayaan mereka sendiri.

Masyarakat di Baruppu nyatanya mempunyai amalan tadisi yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

Mereka hakikatnya taksub mengamalkan amalan atau ritual ‘Ma’nene’’ yang dilakukan setiap tahun.
Apa sebenarnya ritual Ma’nene’?

Ritual ma’nene’ adalah upacara meraikan ahli keluarga yang telah mati dengan tujuan mewujudkan rasa kasih dan cinta walaupun roh telah berpisah dari jasad.

Setiap tahun bulan Ogos, ahli keluarga si mati akan menggali semula kubur-kubur si mati dan mengeluarkan mayat si mati walaupun ada yang hanya tinggal tulang sahaja.

Kemudian, mayat si mati akan dibawa ke satu kawasan yang lapang di mana seluruh ahli keluarga sudah pun berkumpul menantikan kehadiran ‘roh baru’.

Selepas itu, ahli keluarga yang hidup akan menukarkan pakaian lama si mati dengan yang baru dan memperlakukan si mati seolah-olah dia masih lagi hidup.
Malah, mereka akan berbual bersama-sama si mati seperti bertanyakan khabar dan bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing.

Ritual seperti ini dilakukan kerana ingin mengekalkan rasa kasih dan sayang dengan si mati serta masih lagi merasakan si mati itu ahli keluarga mereka yang masih hidup.

Masyarakat Baruppu percaya, sekiranya mereka menjaga ‘kebahagian’ si mati, si mati juga akan menjaga keamanan dan ketenteraman keluarganya yang masih lagi hidup

Ahli keluarga yang hidup turut percaya, si mati akan menjaga kewangan, hasil tanaman, keadaan rumah tangga yang harmoni akan terjaga sekiranya ritual ma’nene’ itu diamalkan setiap tahun.
Pelik bukan?

P/S: Amalan Khurafat yang menyeksa mayat. Pelakuan Syirik mintak dijauhi masyarakat kite dari perkara karut mcm nie..Indo nie masyarakat Islam ramai, pelik btul laa aku..



Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download