Amacam gambar nie. Nie ke adab kita sebagai Umat Islam, gambar Tok Guru dihina sedemikian rupa, jahat sangatkah Tokguru sampai tergamak buat super impose mcm nie, gambar ini aku ambik kt Fb mahkluk nie
( Klik ). nie lah akibatnya kalau hidup bergelumang dengan kejahilan dan dendam kesumat yang tiada taranya.. aku doakan semoga yang buat perkara ini bertaubat. Kalau korang x anggap dia Tokguru pun anggap lah dia sebagai Makhluk Allah..
Hadis berkenaan Fitnah:
Hadis 1:
Ibnu Abbas menceritakan :
"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu
kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa
besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang
disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana
membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu
dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu
masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari)
Hadis 2:
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih
bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada
fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Hadis 3:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia,
manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang
lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:
”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah
menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang
telah menjadikan Tuhan kamu?”
Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Hadis 4:
Dari Asma’ r.a katanya:
"Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari.
Lalu aku pergi menemui ‘Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku
bertanya kepadanya,”Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?” Dia
memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku
bertanya, “Ayat? (tanda kebesaran Allah?)” Jawab ‘Aisyah, “Ya! Tanda
kebesaran Allah!”
Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing
(pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku.
Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.
Kata ‘Asma selanjutnya,”Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan
matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang
ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah.
Sesudah itu baginda bersabda, antara lain:”Tidak ada sesuatu pun yang
belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar
tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa
kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana)
dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,:
”Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?”
Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,:”Dia adalah
Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa
keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi.”
Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur.
Katanya,:”Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman
dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak.” Adapun orang-orang yang
munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab
mereka,:”Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan
begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.” (Muslim)
Hadis 5:
Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:
"Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya’ berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.” (Muslim)
Hadis 6:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama),
lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai
kebakhilan serta banyak pembunuhan.” (Muslim)
Hadis 7:
Musaddad menyampaikan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari
Khalid al-Hazza’, dari Akramah katanya: ”Abdullah bin Abbas berkata
kepada aku dan anaknya Ali:”Kamu berdua dengarlah hadith (daripadanya).
Maka kami berdua pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang membersihkan
halaman. Ia mengambil selendangnya lalu duduk.
Selepas itu ia mula menyampaikan hadith hingga sampai kepada
membicarakan binaan masjid. Beliau berkata:”Kami membawa batu-bata
sekeping demi sekeping dan Ammar pula membawa dua batu bata
(sekaligus), maka nabi s.a.w melihatnya lalu baginda mengibas-ngibas
tanah daripadanya sambil bersabda:”Kasihan Ammar, puak pelampau ingin
membunuhnya sedangkan ia menyeru mereka kapada syurga dan mereka
menyerunya kepada neraka. Abu Said berkata, Ammar menjawab:”Aku
berlindung dengan Allah daripada segala fitnah.” (Bukhari)
Hadis 8:
Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya
untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat
manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih
besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim)
Sumber: Ahmad Fahmi
Read More →