Pisau Lipat Dalam Sambal Tumis - Sedap

KULIM – Seorang pekerja industri, Mohd Ridzuan Abdul Manaf 31, terkejut apabila mendapati terdapat pisau lipat dalam sambal ikan bilis yang dihidangkan di kantin kilang tempat dia bekerja.

Katanya, dia kemudiannya memaklumkan kecuaian dilaporkan kepada pengusaha kantin, tetapi ia tidak diendahkan sebaliknya pekerja kantin hanya membuang pisau itu sahaja, manakala sambal ikan bilis itu dijual semula.

“Cuba bayangkan kalau ada dia ntara pekerja kilang ini yang tertelan atau tergigit pisau itu, mereka pastinya akan mengalami kecederaan parah. Saya kesal masalah seperti ini tidak diendahkan semata-mata kami hanya pekerja kilang dan berpangkat rendah.

“Saya bersama beberapa rakan sekerja memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sumber Manusia kilang, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

“Kami kecewa kerana sebelum ini, pengusaha kantin tidak menitik berat tentang kebersihan ketika menyediakan makanan bagi pekerja kilang seperti kami,” katanya.

Mangsa ditemui di pejabat Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim.
Mohd Zailan berkata, beliau meminta persatuan pengguna mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin terlibat, kerana ia membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja kilang.

Menurutnya, beliau sudah menghubungi Pejabat Sumber Manusia kilang terlibat dan meminta masalah itu disiasat.

Sekiranya enggan berbuat demikian, Persatuan Pengguna akan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan membuat pemeriksaan mengejut terhadap penyediaan makanan di kilang itu.

“Pisau dalam makanan bukan satu perkara yang harus dipandang remeh. Kita tidak boleh mengetepikan keselamatan pekerja biasa yang bukan terdiri dalam kalangan kakitangan berjawatan tinggi,” katanya.

Read More

Kisah Benar Yang Menarik ( Wajib Baca Geng ) | Pemuda Dibantu Oleh Syaitan Ke Masjid

Kisah Benar Yang Menarik ( Wajib Baca Geng ) | Pemuda Dibantu Oleh Syaitan Ke Masjid | Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

Kisah Benar Yang Menarik ( Wajib Baca Geng ) | Pemuda Dibantu Oleh Syaitan Ke Masjid

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

 Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab “Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’ Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat. Kisah Benar Yang Menarik ( Wajib Baca Geng ) | Pemuda Dibantu Oleh Syaitan Ke Masjid
P/S: Berbuat baik, mungkin kita anggap perkara itu remeh tapi disisi Allah itu yang terbaik, baik sikit janji Istiqamah
Read More

Sedih Kes Buang Bayi - ' Mintak Tolong Pengurus Masjid, Tolong Anak Ini'.......

KUALA LUMPUR – “Menggeletar seluruh tubuh badan saya apabila terjumpa bayi dibalut kain dalam sebuah beg ketika hendak membersihkan kawasan surau,” kata Nurshafekah Mat Rajumi,19, ketika itu dia membersihkan kawasan Surau Al Falah di Danau Kota, pagi semalam.

Penemuan bayi itu turut disertakan nota yang meminta pihak surau menguruskan jenazah bayi dan dipercayai diletakkan di hujung penjuru pagar selepas subuh semalam.

Nurshafekah berkata, dia terkejut dan tergamam apabila melihat bayi yang sudah tidak bernyawa dalam beg bersama nota yang meminta jenazah bayi itu diuruskan pihak surau.

Menurutnya, ketika ternampak beg tersebut, dia terlihat sesuatu yang berbulu dalam beg dan mula timbul takut dan curiga dengan objek di dalamnya.

“Ketika itu saya terlintas mungkin bayi dalam beg kerana kebetulan saya sedang siapkan satu tugasan berhubung tajuk penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi,” katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik hingga terjumpa bayi tersebut, semalam.

Penemuan bayi berkenaan turut mengejutkan seramai 32 pelajar dari International Islamic College, Gombak yang mengadakan gotong-royong di Surau Al Falah.

Bayi yang tidak diketahui jantina dan usia itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dan disyaki bayi itu milik warga asing berdasarkan tulisan nota yang ditinggalkan.

Nurshafekah yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Perkembangan Kanak-Kanak berkata, dia meminta tolong seorang lelaki berhampiran dan kariah surau supaya melihat kandungan sebenar dalam beg itu.

Sementara itu, kariah surau, Haris Hussain,53, percaya mayat bayi diletakkan selepas jemaah pulangsolat Subuh dan ini kejadian pertama di surau itu.

Sumber: Sinar Harian
Read More

Artis Rasa Terkilan | Erra Fazira Cukuplah Mengaibkan dan Memfitnah Pasal Saya

Artis Rasa Terkilan | Erra Fazira  Cukuplah Mengaibkan dan Memfitnah Pasal Saya | MENGARUT! gosip itu cerita lama. Mengapa ia dibangkitkan semula? Adakah kerana ada pihak tidak senang apabila dicubanya cucuk kisah rumah tangga saya tidak jalan?
gambar Erra Fazira Bertudung

“Direka pula gosip suami saya berkahwin lain juga tidak jalan dan sekarang ini mereka bangkitkan pula hubungan saya dengan pelakon baru itu?” kata primadona filem Melayu, Erra Fazira.
Kenyataan Erra itu sebagai mengulas pertanyaan mengenai desas-desus kononnya dia mempunyai hubungan dengan pelakon baru, Amar Baharin.
Ditemui pada majlis rumah terbuka Indigital dan Cube Film, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, Erra menyambut pertanyaan dengan wajah terpinga.

“Dia ibarat adik, tidak mungkinlah. Berhentilah menabur fitnah pada saya dan fikirlah secara matang sebelum hendak mereka cerita. Gosip sebegini buat orang tergelak saja.

“Tolong juga fikir perasaan keluarga saya dan suami. Tahukah mereka gosip ditabur selama ini menyinggung perasaan kami. Saya ini isteri orang, jangan buat cerita seolah-olah saya tidak tahu menilai perbuatan buruk dan baik,” kata Erra.

Pada pertemuan itu, Erra mengakui dia sendiri buntu dari mana datangnya gosip yang diperkatakan, namun dia percaya hal ini diperbesarkan pihak media apabila mendapat gegaran daripada ruangan gosip di Internet.

“Saya sedar kerjaya saya sebagai artis memungkinkan diri saya sewenang-wenangnya difitnah. Ada ketika saya membelek kisah artis di Internet khususnya yang berkaitan dengan saya, saya beristighfar panjang.

“Mereka yang menulis itu seolah kenal benar dengan saya, tahu luar dan dalam atau lebih mengenali saya daripada diri saya sendiri. Saya tidak hairan kalau pihak media dapat sumber yang salah.

“Zaman sekarang dengan adanya Internet segalanya mungkin,” kata wanita jelita juga pemegang peranan utama filem pecah panggung, Sembilu itu.

Obsesi orang memperkatakan soal rumah tangga ada kalanya membuatkan Erra ketawa sendiri. Bayangkan sehingga saat Erra memperkenalkan single terbarunya Cinta Diam-Diam ciptaan Manusia Putih, ada pihak membuat spekulasi kononnya lagu itu ada kaitan dengan kisah peribadinya.

Menyangkal sama sekali dakwaan itu, Erra memaklumkan, sesebuah lagu yang dicipta berdasarkan imaginasi serta pengalaman yang pernah dilalui penulis lirik mahupun komposer itu sendiri.

“Perlu ke setiap lagu yang dihasilkan harus ada kena mengena dengan penyanyi? Lagu ini saya terima daripada Manusia Putih lengkap berserta dengan liriknya.

“Saya sukakan lagu ini kerana melodinya ringkas bahkan konsepnya juga memenuhi intipati dalam album terbaru nanti. Lagipun saya suka judulnya, Cinta Diam Diam yang menangkap.
“Indonesia sudah lama menggunakan judul seperti Kekasih Gelapku misalnya, tetapi di Malaysia apa yang diperkenalkan Manusia Putih ini masih baru. Jadi sebelum orang lain buat, lebih baik saya mulakan,” katanya yang berpuas hati dengan penerbitan lagu berkenaan.

Daripada kisah peribadi, menyingkap pula soal kerjaya. Baru-baru ini, Erra mengejutkan ramai pihak apabila menarik diri daripada pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang sepatutnya mula dipentaskan di Istana Budaya sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Teater itu bagaimanapun akhirnya terpaksa ditunda lagi pada tarikh baru iaitu 14 September ini. Akui Erra, dia berasa amat sedih terpaksa menarik diri daripada pementasan berkenaan. Bagaimanapun, dia mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

“Pementasan teater itu beberapa kali ditunda menyebabkan tarikh baru diterima bertindih dengan projek yang sudah saya persetujui. Kerana begitu hendak menjayakan pementasan teater berkenaan, beberapa projek yang saya terima ini sudah beberapa kali juga ditukar tarikhnya.

“Mujurlah pengarah dan produser faham. Disebabkan perubahan tarikh terbaru pementasan teater itu, saya memang sudah tidak mampu untuk memberi komitmen dan tidak mahu hanya kerana pembabitan saya menerusi teater itu, produksi yang lain mendapat susah.

“Jadi saya ambil keputusan melepaskan watak isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Siti Hasmah. Terus terang saya sangat sedih kerana ketika pementasan Tun Mahathir, tidak lama dulu, saya yang bawakan watak itu.

“Justeru, apabila pihak produksi memaklumkan untuk mementaskan pula kisah ketokohan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya, memang saya amat teruja.

“Namun, apa yang berlaku di luar jangkaan dan saya terima dengan hati terbuka. Saya harapkan semoga Lisa Surihani yang menggantikan tempat saya dapat menghidupkan watak itu dengan baik. Walaupun tidak terbabit, saya tetap akan menyokong pementasan berkenaan,” katanya.

Terikat dengan dua projek drama bersiri, satu telefilem dan satu filem berjudul KL Meroyan, Erra turut ditanya sejauh mana kepuasan diperoleh menerusi pembabitan dalam drama TV.

“Semua drama lakonan saya disiarkan di Astro dan ia hanya dapat disaksikan pelanggan stesen berkenaan saja. Kepuasan dari segi lakonan pula, saya belum dapat yang betul-betul mencabar seperti pernah saya lakukan untuk filem.

“Seperti sekarang ini, saya memang teringin sangat hendak berlakon kisah aksi. Zaman saya berlakon filem dulu, kisah aksinya tidak seperti sekarang yang saya kira lebih menarik dan memberi kepuasan,” katanya.

Harian Metro- Sumber
Read More

Menarik - Bila Tuan Guru Nik Aziz bercerita pasal wanita

Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.

Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya

Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.

Datuk Nik Aziz dan isterinya, yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Sebagai Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), tentunya beliau mempunyai jadual yang padat.

'Saya turun rumah tiap-tiap hari pada 7.45 pagi. Kalau tubuh saya kurang sihat, saya minta tempoh lagi setengah jam daripada pemandu saya. Misalnya, pagi ini, saya turun pada 8.30 pagi,' kata Datuk Nik Aziz mengenai jadual sehariannya.Menurut beliau, isterinya tidak pernah merungut walaupun kadangkala pulang ke rumah selewat 2 pagi.

Datuk Nik Aziz pernah mengalami serangan jantung pada akhir 2004 dan sekali gus mencetuskan kebimbangan berkaitan penakatan PAS jika beliau meninggal dunia.

Sejak itu, beliau dilaporkan masuk hospital beberapa kali ekoran masalah tekanan darah tinggi dan keletihan.Namun, semasa pertemuan wartawan dengan Datuk Nik Aziz, beliau kelihatan masih cergas.

Ditanya amalannya untuk kekal sihat walaupun usianya telah menjangkau 81 tahun, Datuk Nik Aziz berkata beliau akan menjalani ujian kesihatan setiap tiga atau empat bulan.

'Ada masa, saya pergi hospital. Cuti rehat dan duduk rumah itu memang saya tidak ada. Bagi saya, cuti tiada dalam Islam. Misalnya, cuti sembahyang atau cuti puasa, mana ada dalam Islam? Kita bernafas hari-hari. Elaun saya pun jalan hari-hari. Jadi, tiada cuti bagi saya,' kata beliau.

'Saya juga ikut amalan Nabi Muhammad saw iaitu selagi tidak lapar, jangan makan. Apabila makan, jangan sampai kenyang. Nabi kita makan, daging, buah tamar, susu dan sayur-sayuran. Itu sangat digemari oleh Rasullah.

'Tetapi doktor tidak kasi saya makan daging, saya tak makan. Kalau ada lauk daging, saya curi-curi makan kuahnya adalah. Kalau doktor tahu, beliau tentu marah. Puasa sunat pula, saya mengaku saya kurang amalkan. Masalahnya, saya mudah letih. Manja je, kalau puasa Ramadan 30 hari, saya tidak ada masalah pula,' jelasnya sambil ketawa kecil.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun akur beliau kadang-kala akan rasa letih secara mengejut.

'Puncanya kerana saya gunakan air sejuk ambil wuduk. Memang saya tidak boleh gunakan air sejuk. Kalau saya hendak mandi pun, air mandi itu akan dicampur dengan air panas.

'Kalau saya ke masjid di luar Kelantan, kalau jalan jauh, takkan saya hendak minta air panas untuk ambik air sembahyang. Saya gunakan juga air paip. Itu masalahnya. Nanti saya selesema,' katanya terus terang. 


Sumber: Tranungkite.net

Read More

Maya Karim Sudah Bersedia Hendak Kahwin Lagi


KUALA LUMPUR - Pelakon jelita Maya Karin Roelcke, 33, bersedia mendirikan rumah tangga buat kali kedua, selepas setahun lebih hidup menjanda.

Maya yang bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010 berkata, pintu hatinya kini telah terbuka dan bersedia menerima cinta daripada mana-mana lelaki.

Dia yang baru selesai menjalani penggambaran filem Jwanita, arahan Osman Ali itu berkata, sudah tiba masa untuknya memikirkan soal masa depan.

"Saya bersedia untuk bercinta semula selepas kegagalan rumah tangga dulu. Kalau ada yang sudi, apa salahnya. Setakat ini hati saya masih kosong, belum ada 'penghuni'.

"Cerita yang mengatakan saya rapat dengan seorang ahli perniagaan itu tidak benar. Saya sendiri tidak sangka di Malaysia pun ada paparrazi yang merakam foto saya dengan orang berkenaan dari jarak jauh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Maya yang popular dengan watak Izzah dalam filem Ombak Rindu berkata, walaupun cerita itu tidak benar, namun dia tidak marah kerana tahu itu sebahagian daripada tugasan pihak media.

Dia yang bakal tampil dengan lagu Sinar Ini bersama penyanyi dan komposer Yassin berkata, bukankah lebih senang kalau media bertanya terus kepadanya.

"Saya tahu kerja media kerana mereka perlu cari bahan dan sebab itu saya tidak marah. Tapi kalau bertanya terus pasti tidak akan timbul cerita yang bukan-bukan.

"Insya-Allah kalau sudah temui lelaki idaman untuk dijadikan teman hidup, pasti saya beritahu. Lagipun perkara elok tak baik disembunyikan," katanya terus-terang.

Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008 itu berkata, bagi mengisi kekosongan hati buat masa ini, dia lebih senang memberi tumpuan pada kerjaya atau hobinya yang suka menyelam.

"Setiap kali selesai satu projek, saya akan ambil masa untuk berehat. Sekarang ini saya dan rakan-rakan sedang merancang untuk pergi menyelam. Tengah cari tempat yang sesuai," jelasnya.
 
Sumber: Sinar
Read More

Ngeri - Bakar Diri Protes Kekejaman China Di Tibet




Jampa Yeshi, seorang warga tibet nekad membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap China ketika lawatan Presiden Huo Jin Tao ke India. Kejadian berlaku ketika demo jalanan pro Tibet dilakukan di New Delhi. Beliau melecur teruk dan like most self immolation cases is not expected to survive. ngerikan..

Sumber: Sinar Harian
Read More

Kisah Para Sahabat | Tha'Labah Yang Dikasihi Rasulullah SAW | Menitis Air Mata Ku Membaca Kisah Ini (Tha'Labah Penghuni Syurga)

Kisah Tha'Labah Yang Dikasihi Rasulullah SAW |  Menitis Air Mata Ku Membaca Kisah Ini (Tha'Labah Penghuni Syurga) | Assalamualaikum dan Selamat Petang, kenyang giler aku rini seminggu menghadap makanan penangan dari rumah terbuka. Kakisembang ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi jemput, jgn segan laa nak jemput lagi al-maklumlah memang hobi kakisembang..hehe 

Dalam kita bergembira dan dijamu hidangan yang lazat elok lah kiranya kita mengingati saudara kita yang dizalimi di serata dunia terutama Sahabat kita di Syria yang sedang di bunuh oleh tentera Syiah Bashar Al-Assad- Semoga Allah memberi seribu kesabaran dan kemenangan Mujahidin di sana..Ameen.

Balik dari rumah terbuka tadi Kakisembang melawat blog sahabat Ibnu Muslim dan terbaca artikel yang dipostkan di blog beliau. Cerita ini berkenaan dengan seorang pemuda berusia 17 tahun....siyes memang ceria ini membuat kakisembang berasa sayu dan menitiskan air mata..Adakah layak kakisembang berbangga dengan amalan yang sedikit dan lalai yang begitu banyak...

Kisah Tha'Labah Yang Dikasihi Rasulullah SAW |  Menitis Air Mata Ku Membaca Kisah Ini (Tha'Labah Penghuni Syurga)
Jom layan Cerita Tha'labah yang dikasihi Rasulullah.........

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”

Rintihan Tha’labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.

Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.

“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”

“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

Cita-citanya hanya Syurga

“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!


Kisah Tha'Labah Yang Dikasihi Rasulullah SAW |  Menitis Air Mata Ku Membaca Kisah Ini (Tha'Labah Penghuni Syurga)
Read More

Ganas - Baru 14 Tahun Sudah Jadi Ibu Ayam

Dalam usianya yang masih 14 tahun, seorang gadis sudah pandai membuat perniagaan pelacuran. Dia menjadi ibu ayam dan mengajak gadis remaja menjadi pelacur secara online. Sebelum ini dia hanya menjual dirinya sendiri, namun mula melebarkan sayap secara perlahan.

Gadis yang tidak dapat disebut namanya kerana usia yang masih sangat muda, tinggal di British Columbia, Kanada. Dia yang mengiklankan para gadis tersebut di Craigslist, website dikecam kerana mempromosikan pelacuran.

Perbuatan memperdagangkan seks perempuan di bawah umur jelas tidak dapat dibenarkan . Iklan pelacuran kini dihapuskan Craigslist yang juga membantu penyiasatan polis.

Sumber: busuk.org
Read More

Nak Glamour?- Kerana Pakaian , Lelaki Ini Dapat Perhatian Ramai


Sumber: http://tt.mop.com/

Amacam pakaian ade berani..haha
Read More

Nostalgia!Gambar Amy Search Sewaktu Muda Tengah Pangku Nabila Huda

Gambar diambil sekitar 1989, ketika ini Nabila Huda baru berumur 5 tahun. Wow, sekarang Nabila sudah pun berkahwin. 20 tahun sudah berlalu rupanya.

Sumber: Rileksantai.com
Read More

Gambar ibu Johan Juvana menerima Nabila Huda sebagai menantu

Meskipun beberapa kali timbul cerita dua selebriti ini sedang hangat menjalin cinta. Pun begitu baik Johan As'ari mahupun Nabila Huda, tegas menjelasakan yang mereka hanya berkawan rapat. Meskipun beberapa kali timbul cerita dua selebriti ini sedang hangat menjalin cinta. Apapun status perhubungan mereka, bagi ibu Johan, Datin Hajah Firdaus Binti Abdul Kadir memberitahu tiada halangan daripada pihak keluarga malah sebagai ibu, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya dengan aktres tersebut.

“Saya tak ada masalah dengan perhubungan Johan dan Nabila. Nabila memang selalu datang rumah. Dia pun dah kenal keluarga saya. Pada pandangan saya, Nabila ini baik orangnya, hormat orang tua dan juga pandai masak “.

“Soal jodoh ini bukan kita yang tentukan. Kalau dah jodoh Tuhan kata, Johan dengan dia (Nabila), saya terima seadanya. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini memang perhubungan Johan dengan Nabila merupakan kawan rapat sahaja. “, kata ibu Johan kepada Gua.com baru-barfu ini.

Dalam masa yang sama, Johan tetap mengatakan perhubungan beliau dan Nabila terjalin atas dasar persahabatan. Menurut Johan, beliau sudah lama mengikuti kerjaya lakonan Nabila dan mengagumi bakat Nabila di hadapan kamera. Justeru, peluang berlakon bersama Nabila sebelum ini disifatkan sebagai satu peluang yang cukup berharga untuk berkerja bersama pelakon berbakat seperti Nabila.

Sumber: Rileksantai.com
Read More

Gambar Manusia Tanpa Kepala Tersebar

Salam sejahtera semua.baru-baru ini sebuah gambar yang telah di ambil oleh sekumpulan remaja yang berlatar belakangkan bangunan mirip candi dan pura.dalam gambar tersebut pada bahagian sisi kiri terdapat seorang manusia tanpa kepala yang hanya berbaju dan berseluar corak atau seperti sarung yang bercorak.gambar ini juga sehingga kini masih belum diketahui kesahihannya adakah ia betul atau disebaliknya.

Gambar manusia tanpa kepala ini telah tersebar luas di BlackBerry Messenger di Makassar, Sulawesi Selatan.

Sumber: Edisikini
Read More

Menyayat Hati - Isteri Dan Anak Syahid Dibunuh Tentera Bashar Laknatullah

Wanita ini sedang duduk di rumahnya apabila tentera Bashar melepaskan bom ke atas rumahnya dan dia telah terbunuh serta-merta di tempat kejadian.

Ketika itu dia sedang hamil dan dijangka bersalin pada keesokan harinya. Bayi di dalam kandungannya telah cuba diselamatkan namun apakan daya dia ingin terus bersama ibunya di Syurga.

Marilah kita bersama mendoakan mereka agar diletakkan bersama orang yang beriman... Kita doakan juga agar Allah terus melindungi rakyat syria ( Ahli Sunnah Wal Jamaah) dilindungi dan diberikan kekuatan untuk menentang tentera basyar !!

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

( Video )Ustaz Azhar Idrus- pemain bola terengganu mintak ustaz azhar jadi presiden PBSNT, ganti che mat.

Sifu ambe nie Ustaz Azhar memang auranya x leh disangkal lagi, mula-mula ngajor sekitar Terengganu sekarang nie merebak ke seluruh Malaysia. Kebanyakan yang selalu hadir kuliyyah Ustaz orang mudalah paling ramai. Ambe dari tahun 2004 ag selalu dengar kuliyyah ustaz memang santai..Ustaz kuliyyah x lah berat sangat cuma bicara soal Fardhu Ain jaa. Cuma Ustaz nie semua soalan dia layan, tanyalah soalan apa pun dijawab..haha jawapannya memang mudah difahami dan santai..yang selalu kena masa kuliyyah dia Tok Imam, Tok Bilal dan JKKK..Kikiki..

Baru ini ambe sembang ngn budak-budak muda kampung,  dia kata kalu Ustaz Amik calon pilihanraya kita nak dia jadi Menteri Besar..hehe semangat ngt saing ambe tu..kuliah magrib masjid batu buruk  terbaru.. nakal budok2 muda.. abes benda nok suruh ustak..MB pun dia, bola pun dia..hahaha, jom layan video nie..x jelas rakam ngn henset jee..tggu  la cd keluar yer....


Read More

Pelik Gila - Budak Perempuan Ketagih Minum Petrol

Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.

Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction.

“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.

“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.

Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.

“Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu,” kata Shannon menunjukkan tabiatnya.

TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.

“Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian,” tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.

Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja

Read More

Gila La Weih - Bangga Hilang Dara

Mereka golongan terpelajar dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan tersebut.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak ingin melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara akan dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

P/S: Apa agaknya akan berlaku  kat negara kite jika terus perangai mcm nie- Remaja sekaranglah yang akan mencorakkan masa akan datang...Sapa harus dipersalahkan?

Sumber
Read More

Abby Abadi Kembali Semula Kepangkuan Norman Hakim

KUALA LUMPUR: “Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.
“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008. 
Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu.

Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.

“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.
 
Sumber: Mytabloid.com
Read More

Gempar - Paris Hilton Sudah Memeluk Islam?

JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.

Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".

Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain
Read More

SERAM!!! Penampakan JIN ISLAM ketika tunaikan UMRAH..

Gambar diatas diambil ketika satu keluarga sedang mengerjakan umrah pada tahun 2010.. Yang jadi misterinya ialah, ada sorang lelaki berjubah hitam dibelakang dorang..

Mengikut penerangan sumber gambar ni, dorang kata sebelum pulang ke Malaysia, lelaki berjubah hitam dalam gambar tu langsung tak wujud.. Tapi ia jelas kelihatan selepas dorang sampai ke tanahair..

“Photo ini diberi oleh seorang rakan saya. Photo ini diambil semasa ahli keluarga mereka mengerjakan umrah.

Katanya semasa photo tersebut diambil, tiada imej lelaki berjubah hitam dan berselendang putih tersebut.

Tetapi bila pulang ke Malaysia barulah mereka perasan akan adanya imej lelaki tu. Kesian kedua-dua wanita dalam photo ni, ketakutan sampai demam-demam.“ kata beliau..

Persoalanya sekarang ni ialah.., siapakah lelaki misteri berjubah hitam tersebut? Betul ke dia muncul secara tiba-tiba atau memang tak sengaja dirakamkan?

Apapun.., kita semua kena akur.., banyak lagi misteri yang ada di Tanah Haram tu beb.. Mana tahu ada Jin Islam yang tumpang bergambar sama..

.

Sumber: Guablog
Read More

Bergambar- Banjir Kilat Di Sekitar Serdang






KUALA LUMPUR: Lebih 350 buah rumah dan 100 kenderaan ditenggelami air sedalam satu meter dalam kejadian banjir kilat di Taman Sri Serdang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata hujan lebat selama dua jam bermula 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah dan menenggelamkan rumah serta kenderaan penduduk sekitar.

“Turut terperangkap kira-kira 300 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 9.30 malam tadi,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di sini semalam.

Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.

“Air mula surut sejak pukul 7 malam, dan saya dimaklumkan oleh penduduk kali terakhir berlaku banjir kilat di kawasan ini adalah 27 tahun lalu,” katanya.

Sumber

Read More

Gadis 15 Tahun dirogol bergilir-gilir malam Merdeka

BALING - Ketika golongan seusia mereka sibuk mengejar cita-cita untuk masa depan, lain pula berlaku terhadap empat remaja berusia antara 13 sehingga 18 tahun, di sini yang direman tujuh hari setelah dipercayai merogol seorang gadis 15 tahun di Pasar Awam Kuala Ketil kira-kira 2.30 pagi, pada 11 April lalu.

Difahamkan mangsa dirogol lebih daripada lima orang secara bergilir-gilir mengakibatkannya terpaksa dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Terdapat dua suspek yang masih bebas dan salah seorangnya daripadanya dipercayai tinggal di Sungai Petani.

Menurut sumber, gadis berusia 15 tahun itu dibawa oleh salah seorang rakan mereka dari Sungai Petani sebelum dia dirogol beramai-ramai.

Seorang daripada suspek telah dibuang sekolah dan terlibat dalam pengawasan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Sumber: Sinar Harian

 P/S: Macam2 budak zaman sekarang..Mak Ayah pun sama kawallah anak jgn bagi keluar malam.huh
Read More

Dok Dang Nak Mikir Aku - Kerana Berebut Siaran TV Abang Sanggup Menikam Adik Sehingga Mati

Malam tadi aku tengok berita di TV9 dalam banyak-banyak berita teringat aku tentang abang menikam adiknya sehingga mati kerana berebut siaran TV. Aduh sedihnyalaa aku sepatutnya abang kenalah jaga keselamatan adik-adik, malaslah aku nak komen lagi..sedih bohh....

Satu lagi kalau tengok berita  TV9, memang cerita kt Terengganu jea laa..hehe...cuba korang perhati..teruk sangat kew?..x tau laa aku...jom layan berita nie....................
KUALA TERENGGANU – Perebutan siaran televisyen antara dua beradik di Kampung Telaga Papan, Kemaman malam kelmarin membawa padah apabila si adik ditikam mati oleh si abang.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 8 malam itu ialah Abdul Hisham Ahmad, 23.
Sebelum tragedi itu, Hisham dan abangnya yang berusia 37 tahun itu dikatakan sudah berselisih faham kerana berebut sebuah motosikal.

Pergaduhan itu bertambah buruk apabila dua beradik itu kemudian berebut siaran televisyen. Ketika bergaduh kedua-dua beradik itu kemudian bergelut menyebabkan si abang didakwa mencapai satu objek tajam dan menikam bahagian badan mangsa.

Isteri mangsa, Ruhil Amani Shaharuddin, 17, berkata, abang iparnya itu memarahi suaminya yang ketika itu sedang menonton televisyen kerana televisyen tersebut dibeli oleh abang iparnya.

“Ketika itu saya baru selesai sembahyang Maghrib dan saya lihat suami dan abang ipar bergelut. Saya kemudian minta tolong bapa mertua meleraikan pergelutan tersebut,” cerita Ruhil ketika dihubungi.

Berikutan itu, Ruhil memberitahu, bapa mertuanya, Ahmad Din, 59, yang semasa kejadian berada kira-kira dua meter dari tempat kedua-dua beradik itu bergelut memarahi abang iparnya.

Sumber: Kosmo

Read More

Menyayat Hati - Isteri Memandikan Jenazah Suami Yang Tersayang Di Halang Kemudian....

Kami nak berkongsi juga kisah ini;
------

Seorang isteri menangis-nangis ingin mandikan jenazah suami dia.. Bapak mertua dgn polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

...
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku. Sebagai seorang isteri, aku redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Moga kita semua dikurniakan sebaik-baik pasangan dunia dan akhirat.
 
Sumber: Oh Media.
Read More

Nurul Syuhada Letak Jawatan Sebagai Pengacara di TV3 serta merta?

Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.

Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. – Mynewshub

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

Kejam Lagi Zalim | Gadis Ini Dirogol selepas itu Di Gantung Berbogel

Kejam Lagi Zalim |  Gadis Ini Dirogol selepas itu Di Gantung Berbogel | Negara Amerika Latin aku tengok semakin hari keruntuhan moral begitu dashyat. Keruntuhan negara bukan kerana peperangan atau kebuluran tetapi keruntuhan muda mudi yang akan menyebabkan kehancuran sesebuah negara dengan erti kata yang sebenarnya bala Allah yang dihantar. Sekarang nie aku tengok kat Malaysia pun tidak kurangnya dengan berita yang menakutkan seperti pembunuhan bersenjata yang berlaku akhir-akhir ini.

Di mana silapnya berlaku bencana ini, ini kerana masyarakat telah menolak Al- Quran dan Al-Hadis. Teringat aku sepotong Hadis yang selalu di baca di mimbar Jumaat iaitu kamu tidak akan sesat dan tidak sesekali akan terpesong jika kamu berpegang kepada 2 perkara iaitu Al- Quran dan Al -Hadis.

jom layan berita ini kejadian yang berlaku di Brazil:


Orang awam yang sedang berjogging awal pagi terkejut bila menjumpai mayat seorang perempuan tergantung dalam keadaan bogel. Gadis berusia 22 tahun itu dirogol, kemudian dicekik sampai mati dan kemudian digantung di dataran awam.

Penyerang telah menggunakan seluar jeans untuk menggantung mangsa. Menurut pihak polis, besar kemungkinan yang membunuhnya adalah dari kenalan rapat. Suspek utama ialah teman lelaki mangsa. Kejadian ini berlaku di Brazil.

Sumber: Kenangan.net

Read More

Cuai Tahap Gila ( Di India ) - Bayi 12 Hari Mati Di Makan Tikus

Seorang bayi berusia 12 hari yang dilahirkan pramatang mati dimakan oleh tikus selepas ditinggalkan tanpa pengawasan di sebuah wad hospital di Chennai, India.

Pada mulanya ibu bapa kepada bayi itu diberitahu bahawa daging koyak pada wajah bayi perempuan mereka adalah disebabkan oleh septisemia. Tetapi kemudian mereka diberitahu bahawa sebenarnya luka itu disebabkan gigitan tikus.

Mayat bayi itu telah diletakkan di satu sudut di Kasturba Gandhi Women and Children Hospital semalaman. Medik memberitahu polis bahawa mereka tidak menghantar mayat bayi ke rumah mayat hospital kerana ia adalah untuk orang dewasa sahaja.

Menteri kesihatan tempatan, VS Vijay berkata: "
Kerajaan telah mengarahkan siasatan dan kami sedang menunggu laporan bedah siasat itu. Kami akan menggantung doktor yang terlibat jika mereka melakukan kecuaian."

sumber
Read More

Tragis - Al Fatihah - Pegawai AADK maut terjatuh semasa berkas peragut

Inilah satu contoh pekerja yang sangat komited dalam menjalankan tugas, semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham.
 
SUSPEK kes ragut yang menyebabkan seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Mohd. Majdi Abd. Hamid maut diberkas oleh orang ramai di Bedong, Sungai Petani, Kedah, semalam. 
 
SUNGAI PETANI 4 Sept. - Niat murni seorang Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberkas peragut berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya akibat ditendang suspek di Bedong dekat sini.

Mangsa, Mohd. Majdi Abd. Hamid, 33, yang bertugas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karangan, Kulim meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pagi ini, setelah koma lebih 17 jam.
Isteri mangsa, Nor Baizura Rohim, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam semasa mangsa bersama anak perempuan mereka berusia lima tahun keluar membeli cendol di pekan Bedong.


Sumber: Utusan
Read More

Cara Hidup Masyarakat Moden Jahiliyyah - Gilalah lelaki Diikat seperti anjing di Orchard Road, Singapore

Memperlakukan lelaki ini seperti anjing, bagi akulah satu perkara yang tidak masuk akal. kita sebagai Umat Islam jangan lah meniru perangai macam nie, kerana kita perlu  menjaga maruah seseorang dan jangan lah menghina dan memperlakukan seperti binatang. Jaga nilai maruah sebagai Khalifah di bumi.






Sumber: Stomp com.sg
Read More

Kejam - Mengerat Kemaluan Teman Lelaki Dan Membuang Dalam mangkuk Tandas

Seorang wanita berang yang cemburu mengerat kemaluan pasangannya sebelum membuang alat sulit itu dalam mangkuk tandas.

Dia bertindak demikian selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Huaman Julia Muoz
, 41, memutuskan untuk membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa sedang tidur. Huaman didakwa mengerat kemaluan teman lelakinya dengan pisau ketika lelaki terbabit tidur di sebuah asrama di Brena, lapor laman web The New Age.

Wanita berkenaan cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, tetapi ditangkap kakitangan asrama sebelum mereka menghubungi polis.

Ketika disoal polis mengenai serangan itu, Huaman, mengaku mendapat tahu pasangannya tidak setia dan bertindak sedemikan kerana berang.
Apayco dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ini bukan kali pertama wanita membalas dendam ekoran kejadian seumpamanya. Seorang wanita di selatan Bangladesh sebelum ini mengerat kemaluan seorang lelaki ketika percubaan untuk merogolnya. Dia membawa alat sulit itu ke balai polis sebagai bukti, lapor BBC.

Insiden itu berlaku di kampung Mirzapur, Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka pada Mei tahun lalu.

Monju Begum, 40, yang sudah berkahwin memberitahu polis, jirannya, Mozammel Haq Mazi menceroboh masuk ke rumahnya dan mula menyerangnya. Mozammel yang menafikan tuduhan itu dimasukkan ke hospital berdekatan.

Dalam kejadian lain Julai tahun lalu,
Catherine Kieu Becker dari California ditahan selepas memberi dadah kepada bekas suaminya. Catherine mengikat mangsa di katil, memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah.
Sumber: Harian Metro

Read More

KIsah Benar Para Nabi Dan Rasul | Mukjizat Nabi Isa Menghidupkan Orang Yang Telah Mati / Kisah Mayat Yang Tidak Amanah

Kisah Benar Para Nabi Dan Rasul | Mukjizat Nabi Isa Menghidupkan Orang Yang Telah Mati / Kisah Mayat Yang Tidak Amanah | Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

gambar yang menakutkan

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.

Elok lah kita mengambil ikhtibar akan riwayat ini.

Jikalau ada terambil  harta orang lain minta halalkan. takut sgguh aku
- barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar.
Azab neraka itu adalah benar.
Dan syurga itu adalah benar.

Read More

Kurang Ajar - Budak 14 Tahun Bakar Al - Quran

Doktor dan pegawai kerajaan didakwa 'berpihak' kepada seorang remaja perempuan beragama Kristian yang dituduh membakar al-Quran, menurut peguam kepada pihak yang mengemukakan dakwaan itu, semalam.

Remaja tersebut bernama Rimsha, ditahan sejak 16 Ogos lalu kerana disyaki menghina al-Quran, kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup di bawah undang-undang penghinaan Pakistan.

Satu laporan perubatan yang dikemukakan pada awal minggu ini menyatakan, Rimsha, 14, masih tidak mampu berfikiran matang dengan keadaan mental yang tidak sejajar dengan umurnya.

Bagaimanapun, dalam perbicaraan ringkas kes itu semalam, peguam tersebut, Rao Abdur Raheem menolak laporan doktor terbabit.

"Remaja tersebut mengaku membakar satu juzuk al-Quran.

"
Doktor dan pegawai kerajaan berpihak kepadanya,'' katanya di luar mahkamah di sini.

Raheem juga menolak laporan perubatan tersebut kerana ia dilakukan sehari sebelum mahkamah mengarahkannya secara rasmi.

Hakim Raja Jawad Abbas Hassan menunda kes tersebut sehingga Sabtu ini bagi mendapat penjelasan laporan perubatan itu.

Kes Rimsha menjadi perhatian kerajaan Barat dan pihak gereja selain aktivis hak asasi manusia memberi amaran undang-undang penghinaan terhadap Islam itu sering digunakan untuk kepentingan peribadi.

Sumber: Utusan Malaysia
Read More

Kisah Benar Di Zaman Rasulullah SAW yang Menakutkan Dan Menginsafkan | Mayat Bertukar Menjadi Babi

Kisah Benar Di Zaman Rasulullah SAW  yang Menakutkan Dan Menginsafkan |  Mayat Bertukar Menjadi Babi Mayat Bertukar Menjadi Babi Hutan
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

“Mengapa engkau menangis wahai anakku?” tanya Rasulullah. “Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?” Tanya anak itu.

Mayat Bertukar Menjadi Babi

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
“Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,” jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, “Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat.

Sumber: Islam Itu Suci.

Read More

Mat Bangla Buat Hal Lagi - Majikan X De Kt Rumah Disyaki rogol Anak Perempuan Berusia 7 Tahun..

SHAH ALAM - Seorang pekerja warga Bangladesh disyaki merogol anak majikan sendiri berusia tujuh tahun, ketika mangsa ditinggalkan bersama kakaknya berusia lapan tahun di rumah mereka di Pandamaran, Klang, 25 Ogos lalu.

Ibu bapa mangsa keluar rumah kira-kira jam 2 petang, manakala suspek berusia 31 tahun berada di luar kediaman itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh kanopi.

Sumber berkata, sebaik ibu bapa mangsa beredar, suspek mengambil kesempatan masuk ke rumah  milik majikannya itu dan terus mengarahkan mangsa berbaring di bahagian ruang tamu.

Katanya, suspek baru dua bulan bekerja dengan bapa mangsa, terus merogol kanak-kanak itu dan ia dilihat kakak mangsa.

Menurutnya, setelah ibu  bapa mangsa pulang, kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan, sebelum kakak mangsa menceritakan kejadian yang berlaku."Ibu bapa mangsa buat laporan polis dan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mengesahkan mangsa dirogol," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedang mencari seorang lelaki bernama Sahadat Hossai, bagi bantu siasatan."Sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat diminta ke balai polis terdekat atau hubungi 03-33762222," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.Difahamkan, suspek mempunyai dokumen sah bekerja di negara ini dan menyewa di kawasan Pandamaran.

P/S: mat bangla nie pantang tgk perempuan cntik nak kacau jer..budak pun nk dirogolnya..dpn aku buat muka kesian..hehe

Sumber: sinar harian

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

Budak Sekolah Menengah Perempuan Bergaduh Ala Tomoi ( Video )..

Sekolah belum habis,dah gaduh rebut laki.Serupa laki tu milik sah dia.Memang budak sekolah sekarang macam ini ke?.

Aku x tahulah kenapa sejak akhir-akhirnya banyaknya gejala sosial di kalangan pelajar sekolah, adalah kerana sistem yang ada sekarang tidak betul. x tahu laa aku.

pendapat aku lah sistem pelajaran harus ditukar menekankan Agama dan moral dalam membentuk sahsiah pelajar supaya cemerlang dari sudut pelajaran dan keagamaan dan satu lagi sangat tidak sesuai jika dibenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah ini akan menyebabkan berlakunya perkara seperti ini, 3gp pun dah berlambak sekarang ini..wallahualam


Read More

Abby Tabah - Minta Serangan Peribadi Terhadap Keluarga dihentikan

PENANTI, 3 September: Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeiyah Abdul Manan meminta mana-mana pihak menghentikan serangan politik terhadap kedua ibu bapanya sebagaimana yang dihadapi ibu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

“Tolong jangan peralatkan ibu dan bapa saya untuk kepentingan politik sepertimana yang dilakukan terhadap ibu kepada YB Azmin Ali.

“Saya begitu terkejut apabila mendapati bendera BN dan tiga lagi bendera telah dipasang di hadapan rumah ibu dan bapa saya baru-baru ini.

“Jangan peralatkan mereka kerana mereka telah tua,” rayu Abby ketika menyampaikan ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh semalam.

Turut menyampaikan ceramah, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri Gerak Khas, ketika beliau mengunjungi rumah ibu bapanya sebelum ke Pulau Pinang, beliau mendapati ibu bapanya dibawa keluar menaiki bas rombongan oleh pihak yang cuba mempengaruhi mereka.

“Saya nasihatkan mereka yang cuba mencari pengaruh supaya tidak mempergunakan ibu dan bapa saya sepertimana yang berlaku kepada Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali,” ulang Abby kesal.

Katanya lagi, sokongan beliau kepada Pakatan Rakyat berlandaskan kesedaran sendiri bagi mendapatkan keadilan.

“Penyertaan saya menyokong Pakatan tidak harus diberi persepsi negatif. Hijrah untuk kebaikan sepatutnya diberi sokongan tanpa sekatan.

“Saya telah dapat membezakan kepimpinan yang ada pada Datuk Seri Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat,” ujar beliau di hadapan ribuan hadirin.

Abby juga sempat bersoal jawab dengan hadirin serta melaungkan kalimah ‘takbir!’ beberapa kali.

Pada ceramah itu, Abby turut menafikan dakwaan mengatakan beliau akan bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Read More

Tazkirah Maghrib- Mencintai Sesama Mukmin

الحـديث الثالث عشر

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.

Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

RINGKASAN SYARAH ARBA’IN AN-NAWAWI – SYAIKH SHALIH ALU SYAIKH HAFIZHOHULLOH
Hakikat Penafian Iman
Penafian iman mencakup menafikan iman secara keseluruhan atau hanya menafikan kesempurnaan imannya. Suatu amalan yang menyebabkan pelakunya dinafikan imannya menunjukkan bahwa amalan tersebut merupakan amal kekafiran atau dosa besar. Dalam hadits ini penafian iman yang dimaksud adalah penafian atas kesempurnaan iman.

Mencintai Saudara Muslim Laksana Mencintai Diri Sendiri

Seorang muslim wajib merasa senang jika saudaranya memiliki agama yang baik. Dia senang jika saudaranya memiliki aqidah yang benar, tutur kata yang bagus dan perbuatan yang baik. Sebaliknya dia merasa benci jika keadaan saudaranya tersebut justru sebaliknya.

Seorang muslim disunahkan untuk senang jika saudaranya mendapatkan kebaikan-kebaikan duniawi. Dia merasa senang jika saudaranya berharta, sejahtera, sehat, berkedudukan dan lain-lain dari kenikmatan duniawi, dan dia tidak senang jika saudaranya miskin, sengsara, dan menderita.

Mendahulukan Kepentingan Saudara Muslim

Jika dalam urusan dunia, mendahulukan kepentingan saudaranya termaksud perbuatan yang terpuji dan disunahkan, namun jika dalam urusan akhirat, mendahulukan saudaranya termasuk perbuatan yang makruh.

SYARAH IBNU DAQIQIL ‘IED
Demikianlah di dalam Shahih Bukhari, digunakan kalimat “milik saudaranya” tanpa kata yang menunjukkan keraguan. Di dalam Shahih Muslim disebutkan “milik saudaranya atau tetangganya” dengan kata yang menunjukkan keraguan.

Para ulama berkata bahwa “tidak beriman” yang dimaksudkan ialah imannya tidak sempurna karena bila tidak dimaksudkan demikian, maka berarti seseorang tidak memiliki iman sama sekali bila tidak mempunyai sifat seperti itu. Maksud kalimat “mencintai milik saudaranya” adalah mencintai hal-hal kebajikan atau hal yang mubah. Hal ini ditunjukkan oleh riwayat Nasa’i yang berbunyi :
“Sampai ia mencintai kebaikan untuk saudaranya seperti mencintainya untuk dirinya sendiri”.

Abu ‘Amr bin Shalah berkata : “ Perbuatan semacam ini terkadang dianggap sulit sehingga tidak mungkin dilakukan seseorang. Padahal tidak demikian, karena yang dimaksudkan ialah bahwa seseorang imannya tidak sempurna sampai ia mencintai kebaikan untuk saudaranya sesama muslim seperti mencintai kebaikan untuk dirinya sendiri. Hal tersebut dapat dilaksanakan dengan melakukan sesuatu hal yang baik bagi diriya, misalnya tidak berdesak-desakkan di tempat ramai atau tidak mau mengurangi kenikmatan yang menjadi milik orang lain. Hal-hal semacam itu sebenarnya gampang dilakukan oleh orang yang berhati baik, tetapi sulit dilakukan orang yang berhati jahat”. Semoga Allah memaafkan kami dan saudara kami semua.

Abu Zinad berkata : “Secara tersurat Hadits ini menyatakan hak persaman, tetapi sebenarnya manusia itu punya sifat mengutamakan dirinya, karena sifat manusia suka melebihkan dirinya. Jika seseorang memperlakukan orang lain seperti memperlakukan dirinya sendiri, maka ia merasa dirinya berada di bawah orang yang diperlakukannya demikian. Bukankah sesungguhnya manusia itu senang haknya dipenuhi dan tidak dizhalimi? Sesungguhnya iman yang dikatakan paling sempurna ketika seseorang berlaku zhalim kepada orang lain atau ada hak orang lain pada dirinya, ia segera menginsafi perbuatannya sekalipun hal itu berat dilakukan.

Diriwayatkan bahwa Fudhail bin ‘Iyadz, berkata kepada Sufyan bin ‘Uyainah : “Jika anda menginginkan orang lain menjadi baik seperti anda, mengapa anda tidak menasihati orang itu karena Allah. Bagaimana lagi kalau anda menginginkan orang itu di bawah anda?” (tentunya anda tidak akan menasihatinya).

Sebagian ulama berpendapat : “Hadis ini mengandung makna bahwa seorang mukmin dengan mukmin lainnya laksana satu tubuh. Oleh karena itu, ia harus mencintai saudaranya sendiri sebagai tanda bahwa dua orang itu menyatu”.

Seperti tersebut pada Hadis lain :

“Orang-orang mukmin laksana satu tubuh, bila satu dari anggotanya sakit, maka seluruh tubuh turut mengeluh kesakitan dengan merasa demam dan tidak bisa tidur malam hari”.




Sumber: Penjagakubur.blogspot.com
Read More

Dasyhat - Gadis 14 tahun 4 kali keguguran Dan Menyimpan Mayat Bayi Dalam Plastik


KUALA LUMPUR – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.

Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.

Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.

Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning.

Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan"Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut. Bernama


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.