Tuesday, 4 September 2012

Kurang Ajar - Budak 14 Tahun Bakar Al - Quran

Doktor dan pegawai kerajaan didakwa 'berpihak' kepada seorang remaja perempuan beragama Kristian yang dituduh membakar al-Quran, menurut peguam kepada pihak yang mengemukakan dakwaan itu, semalam.

Remaja tersebut bernama Rimsha, ditahan sejak 16 Ogos lalu kerana disyaki menghina al-Quran, kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup di bawah undang-undang penghinaan Pakistan.

Satu laporan perubatan yang dikemukakan pada awal minggu ini menyatakan, Rimsha, 14, masih tidak mampu berfikiran matang dengan keadaan mental yang tidak sejajar dengan umurnya.

Bagaimanapun, dalam perbicaraan ringkas kes itu semalam, peguam tersebut, Rao Abdur Raheem menolak laporan doktor terbabit.

"Remaja tersebut mengaku membakar satu juzuk al-Quran.

"
Doktor dan pegawai kerajaan berpihak kepadanya,'' katanya di luar mahkamah di sini.

Raheem juga menolak laporan perubatan tersebut kerana ia dilakukan sehari sebelum mahkamah mengarahkannya secara rasmi.

Hakim Raja Jawad Abbas Hassan menunda kes tersebut sehingga Sabtu ini bagi mendapat penjelasan laporan perubatan itu.

Kes Rimsha menjadi perhatian kerajaan Barat dan pihak gereja selain aktivis hak asasi manusia memberi amaran undang-undang penghinaan terhadap Islam itu sering digunakan untuk kepentingan peribadi.

Sumber: Utusan Malaysia

Kisah Benar: Mayat Bertukar Menjadi Babi

Mayat Bertukar Menjadi Babi Hutan
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

“Mengapa engkau menangis wahai anakku?” tanya Rasulullah. “Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?” Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
“Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,” jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, “Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat.

Sumber: Islam Itu Suci.

Mat Bangla Buat Hal Lagi - Majikan X De Kt Rumah Disyaki rogol Anak Perempuan Berusia 7 Tahun..

SHAH ALAM - Seorang pekerja warga Bangladesh disyaki merogol anak majikan sendiri berusia tujuh tahun, ketika mangsa ditinggalkan bersama kakaknya berusia lapan tahun di rumah mereka di Pandamaran, Klang, 25 Ogos lalu.

Ibu bapa mangsa keluar rumah kira-kira jam 2 petang, manakala suspek berusia 31 tahun berada di luar kediaman itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh kanopi.

Sumber berkata, sebaik ibu bapa mangsa beredar, suspek mengambil kesempatan masuk ke rumah  milik majikannya itu dan terus mengarahkan mangsa berbaring di bahagian ruang tamu.

Katanya, suspek baru dua bulan bekerja dengan bapa mangsa, terus merogol kanak-kanak itu dan ia dilihat kakak mangsa.

Menurutnya, setelah ibu  bapa mangsa pulang, kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan, sebelum kakak mangsa menceritakan kejadian yang berlaku."Ibu bapa mangsa buat laporan polis dan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mengesahkan mangsa dirogol," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedang mencari seorang lelaki bernama Sahadat Hossai, bagi bantu siasatan."Sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat diminta ke balai polis terdekat atau hubungi 03-33762222," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.Difahamkan, suspek mempunyai dokumen sah bekerja di negara ini dan menyewa di kawasan Pandamaran.

P/S: mat bangla nie pantang tgk perempuan cntik nak kacau jer..budak pun nk dirogolnya..dpn aku buat muka kesian..hehe

Sumber: sinar harian

Published with Blogger-droid v2.0.8

Budak Sekolah Menengah Perempuan Bergaduh Ala Tomoi ( Video )..

Sekolah belum habis,dah gaduh rebut laki.Serupa laki tu milik sah dia.Memang budak sekolah sekarang macam ini ke?.

Aku x tahulah kenapa sejak akhir-akhirnya banyaknya gejala sosial di kalangan pelajar sekolah, adalah kerana sistem yang ada sekarang tidak betul. x tahu laa aku.

pendapat aku lah sistem pelajaran harus ditukar menekankan Agama dan moral dalam membentuk sahsiah pelajar supaya cemerlang dari sudut pelajaran dan keagamaan dan satu lagi sangat tidak sesuai jika dibenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah ini akan menyebabkan berlakunya perkara seperti ini, 3gp pun dah berlambak sekarang ini..wallahualam


Abby Tabah - Minta Serangan Peribadi Terhadap Keluarga dihentikan

PENANTI, 3 September: Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeiyah Abdul Manan meminta mana-mana pihak menghentikan serangan politik terhadap kedua ibu bapanya sebagaimana yang dihadapi ibu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

“Tolong jangan peralatkan ibu dan bapa saya untuk kepentingan politik sepertimana yang dilakukan terhadap ibu kepada YB Azmin Ali.

“Saya begitu terkejut apabila mendapati bendera BN dan tiga lagi bendera telah dipasang di hadapan rumah ibu dan bapa saya baru-baru ini.

“Jangan peralatkan mereka kerana mereka telah tua,” rayu Abby ketika menyampaikan ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh semalam.

Turut menyampaikan ceramah, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri Gerak Khas, ketika beliau mengunjungi rumah ibu bapanya sebelum ke Pulau Pinang, beliau mendapati ibu bapanya dibawa keluar menaiki bas rombongan oleh pihak yang cuba mempengaruhi mereka.

“Saya nasihatkan mereka yang cuba mencari pengaruh supaya tidak mempergunakan ibu dan bapa saya sepertimana yang berlaku kepada Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali,” ulang Abby kesal.

Katanya lagi, sokongan beliau kepada Pakatan Rakyat berlandaskan kesedaran sendiri bagi mendapatkan keadilan.

“Penyertaan saya menyokong Pakatan tidak harus diberi persepsi negatif. Hijrah untuk kebaikan sepatutnya diberi sokongan tanpa sekatan.

“Saya telah dapat membezakan kepimpinan yang ada pada Datuk Seri Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat,” ujar beliau di hadapan ribuan hadirin.

Abby juga sempat bersoal jawab dengan hadirin serta melaungkan kalimah ‘takbir!’ beberapa kali.

Pada ceramah itu, Abby turut menafikan dakwaan mengatakan beliau akan bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download