Ini lah Video Celaka Yang Hina Islam Dan Nabi Muhammad



Benggang betul aku malam nie, tengok trailer  filem celaka nie..Aku tengok trailer nie otak pengarah filem nie memang bermasalah dan gila.

Filem nie memang menghina umat Islam dan Nabi Muhammad, esok khutbah kalau x ulas isu nie mmg aku bengang laa..

Untuk rekod, filem arahan Sam Bacile  yang bertajuk Innocence of Muslims, telah ditaja oleh kerajaan israel sendiri. Dia mendapat tajaan terus dari PM israel celaka.

Malam nie darah aku terus naik, kalau ulas lagi mau pergi hospital aku..x dop rasa nak hormat langsung perasaan umat Islam..Esok jom turun Rusila, ada perhimpunan membantah penghinaan ini..




Read More

Pelajar UNISEL Mati Gantung Diri Dan Diketahui Selepas 4 hari

Kecoh kat twitter dan Fb pasal pelajar India bunuh diri kat UNISEL.

Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti.
Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun. Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai)Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk.
 
Aku try laa google berkenaan berita ini, tiada sumber sahih berkenaan berita ini. Aku rasa ini adalah satu taktik untuk memburukkan UNISEL..Wallahualam

Read More

Dunia Akhir Zaman | - Seorang remaja islam buat laporan polis 5 orang perempuan berbogel untuk goda dia

Dunia Akhir Zaman |  Seorang remaja islam buat laporan polis 5 orang perempuan berbogel untuk goda dia | Seorang remaja islam buat laporan polis 5 orang perempuan berbogel untuk goda dia

Seorang pemuda islam Yaman mengalami gangguan seksual dari 5 orang pelajar perempuan di Arizona, USA.

Kumpulan pelajar perempuan terbabit memasuki apartmen peribadi pelajar berkenaan dan bertindak menanggalkan pakaian selepas menutup pintu apartmen supaya pemuda itu tidak dapat melarikan diri

Bagaimanapun Essam Sharabi bertindak melompat dari tingkap bilik tidurnya dan segera memaklumkan polis di kawasan berkenaan. Kumpulan pelajar perempuan tersebut ditahan pihak polis.

Selepas siasatan dijalankan, salah seorang pelajar perempuan tersebut memberi kenyataan bahawa pemuda itu mengalami masalah psikologi setelah mereka meminta beliau keluar “dating” beberapa kali namun ditolak atas alasan bahawa agamanya tidak membenarkan sebarang hubungan intim dengan perempuan selain dengan isteri.

Mengikut undang-undang negera tersebut melarang sebarang bentuk gangguan melainkan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan hubungan..
 
Read More

Gambar seorang gadis berusia 18 tahun dirogol dan dibakar hidup-hidup



Oksana Makar, gadis muda usia 18 tahun dari Kota Mykolayiv, Ukraine Selatan, tak pernah menyangka hidupnya akan berakhir menyedihkan. Ia menjadi mangsa rogol oleh tiga pemuda yang tidak dikenali. Yang lebih menyedihkan, setelah diperkosa, ia juga dibakar hidup-hidup oleh ketiga-tiga pelaku sadis tersebut.

Insiden ini bermula pada malam tarikh 9 Mac. Tiga lelaki memikat Oksana ke apartmen salah satu pelaku. Di sana mereka memperkosa Oksana dan salah satu diantaranya mencekik gadis malang itu. Kemudian mereka memperkosanya lagi kerana menyangka ia sudah meninggal. Puas melepaskan nafsu, ketiga-tiga membuang dan membakar mangsa di sebuah bangunan yang sedang dibina di berhampiran tempat kejadian keesokan harinya (10/3). Akibatnya ia mengalami luka bakar 3 dan 4 di 55 peratus bahagian tubuhnya.

Mujurlah seorang pejalan kaki yang kebetulan melintas mencari Oksana yang sedang dalam keadaan kritikal dan segera membawanya ke hospital. Ia mengalami luka akibat bakar 55 peratus, dan untuk menyelamatkan jiwanya, kumpulan doktor harus merawat satu tangan dan kakinya. Namun takdir berkata lain. Oksana akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah mendapat rawatan selama tiga minggu di hospital khas di Bandar Donetsk, Ukraine timur, Demikian keterangan dari hospital kepada pejabat berita Interfax-Ukraine seperti dilaporkan AFP, Kamis (29/3).
 
Menurut doktor Emil Fistal dari hospitalt Luka Bakar Donetsk, jantung Oksana berhenti berdenyut selepas mula terjadi pendarahan di paru-parunya. Meski doktor sudah berupaya keras untuk mengembalikan degupan jantungnya, namun nyawa gadis malang itu tak dapat diselamatkan.
 
Menurut pihak berkuasa berkuasa, insiden yang menimpa Oksana Makar merupakan kes yang paling mengerikan terjadi di Ukraine dalam kurun masa beberapa tahun kebelakangan ini. Ketiga pelaku sadis itu dapat ditangkap dalam masa yang singkat, namun dua diantaranya dibebaskan di hari yang sama kerana kurang bukti. Alasan ini mencetuskan kemarahan orang awam Ukraine yang menganggap pegawai polis lembik menangani kes pembunuhan dan perkosaan brutal tersebut, apalagi setelah salah seorang suspek itu muncul dalam video yang dimuat ke YouTube di mana dia dengan tenang menceritakan kejadian mengerikan itu
Rupanya dua daripada tiga suspek itu adalah anak pemimpin di negara tersebut. Maka dari itu, polis tidak berani bertindak gelabah. Namun orang awam Ukraine rupanya tak mahu tinggal diam. Mereka menggelar aksi demo beramai-ramai untuk menuntut keadilan bagi Oksana Makar. Tuntutan hukuman mati bagi para pelaku, menjadi harga mati bagi para penunjuk perasaan. Aksi tunjuk perasaan ini akhirnya mendapat perhatian dari Presiden Ukraine Yanukovych yang memerintahkan pendakwa am mengawasi kes ini. Sebagai bentuk keseriusan kerajaan, pada tarikh 13 Mac lalu, kedua-dua suspek yang sempat menghirup udara segar itu akhirnya ditahan kembali. Kini orang awam Ukraine tengah menunggu langkah selanjutnya dari kerajaan untuk memberi keadilan bagi Oksana Makar yang malang.
 Sumber: Rileksantai.com
Read More

Bergambar - Akhlak Sultan Terhebat ( Semoga Allah Panjangkan Umur Tuanku )








Ikhlas memang aku cemburu dengan rakyat Kelantan, mempunyai seorang Sultan yang sungguh zuhud dan tawaduk semoga Allah memanjangkan Tuanku..

Seorang pemimpin yang baik akan melahirkan negeri yang aman dan dirahmati Allah. Semoga Tuanku dapat bergandingan dengan Tok Guru Nik Aziz dalam mendidik rakyat ke arah yang lebih baik walaupun berbagai rintangan yang telah dilalui oleh rakyat Kelantan seperti dinafikan hak royalti minyak.

Seperti mana yang kita sedia maklum, menjadi ketua agama merupakan suatu tugas yang sangat berat. Masya-Allah.. sangat berat. Aku sendiri dapat merasakan betapa susahnya menjadi ketua agama. Tetapi dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Sultan Kelantan menunjukkan baginda berusaha menjadi seorang ketua agama yang baik.

Bersama nukilan yang tak seberapa ni bukan untuk memuja atau mengagungkan seseorang cuma sekadar menunjukkan contoh dan teladan yang patut kita ikut dan amalkan.
Jika dilihat dalam konteks  sebagai seorang pemimpin, tidak semestinya terarah kepada seorang sultan atau perdana menteri atau presiden-presiden di negara luar. Dalam organisasi juga mesti ada ketua atau pemimpin. Contohnya, ketua jabatan, presiden persatuan atau kelab, ketua kelas,  dan paling penting menjadi ketua keluarga  yang sentiasa terarah kepada lelaki yang bergelar ayah atau suami. 

Peranan pemimpin  amat besar kerana pemimpinlah yang membawa pengikut-pengikutnya atau ahli keluarga ke arah kebaikan atau kejahatan. Contoh  dan tauladan yang diberikan dan ditonjolkan  oleh seorang pemimpin mestilah membawa kita sebagai rakyat atau pengikut ke arah kebaikan sebagaimana yang dituntut dalam agama.

Kenapa sebelum ni aku ade katakan bahawa tugas pemimpin ni sangat berat?  Ini kerana tugas seorang pemimpin ini akan disoal di akhirat kelak. Di akhirat nanti masyaAllah... Jika memimpin dan menjadi contoh dengan baik insyaAllah tenang di akhirat kelak, jika sebaliknya? Wallahualam... Hanya Allah sahaja yang tahu.

Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin di luar sana.  Marilah kita membawa perubahan yang baik untuk rakyat dan juga pengikut-pengikut kamu agar mereka yang menjadikan kamu sebagai ketua atau pemimpin akan berasa aman dan suka dengan cara kepimpinan kamu dan teladan yang kamu telah tunjukkan. Walaupun tugas  berat menanti tapi sebagai seorang pemimpin kita harus tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Ini kerana Allah sentiasa ada di sisi kita  apabila kita berada dalam kesulitan. Berdoalah supaya dalam usaha kita menjadi pemimpin yang baik  akan diberkati dan diredhai Allah S.W.T insyaAllah..

Berkaitan dengan gambar-gambar di atas merupakan suatu contoh yang baik untuk kita ikut dan teladani.
InsyaAllah sama-sama kita doakan supaya  Tuanku dapat mengekalkan keperibadian seperti ini dan  menjadi contoh yang baik kepada semua rakyat.. ALLAHUAKBAR~!!
Read More

Ditembak Roket - Duta Amerika Di Libya Maut akibat Protes Filem Hina Nabi Muhammad- Jangan Main Dengan Api


[DIKEMAS KINI] WASHINGTON - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens disahkan terbunuh dalam serangan roket ke atas pejabat konsul di Benghazi semalam, demikian menurut oleh Presiden Barack Obama hari ini.

"Saya dengan keras mengutuk serangan melampau ke atas kemudahan diplomatik di Benghazi, yang meragut empat nyawa rakyat Amerika termasuk Duta Chris (Christopher) Stevens," kata Obama dalam satu kenyataan.

Tiga yang lain merupakan kakitangan keselamatan AS, kata seorang pekerja kontraktor di misi tersebut, lapor CNN.

Serangan ke atas pejabat konsul itu diadakan sebagai protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Sebelum ini, Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.

Selain di Libya, protes juga diadakan di Kedutaan AS di Kaherah.
Dalam serangan di Benghazi, seorang lelaki memasuki kawasan pejabat konsul dan melepaskan tembakan, selain membaling bom.

Read More

Pengawal peribadi Anwar Ibrahim di ugut Pistol Di Johor

Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti hari ini.Ekoran itu, beliau membuat laporan pagi tadi di Balai Polis Damansara.Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.

Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu.“Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang,” tegas Nik Nazmi.

“Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu,” tegas beliau.“Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman,” katanya lagi.Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu.

“Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka,” katanya.“Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti,” katanya lagi.Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar.

Sumber: tranungkite.net

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

Doa Ibu Untuk Mat Rempit Tegar...


Alahai, macam nie x jadilaa aku nak merempit.. kadang2 sindiran mak nie menusuk kalbu, dah kalau ditegur baik-baik bukan dilayan pun..haha
Teringat aku masa budak2 dulu kalau mak tegur bukan nak dengar pun asik nak melawan jea, kalau ingat balik mesti kelakarkan..
Pepehal doa ibu menentukan keberkatan seorang anak... Jom layan kartun nie
Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

Dashyat - GAMBAR NGERI SEORANG GADIS KETAGIHAN DADAH MENGHIRIS BADANNYA!!!











Ini adalah akibat yang sangat mengerikan daripada orang yang ketagihan dadah. Untuk mendapatkan penyelesaian sementara dari tuntutan penagihan dadah yang perlu di penuhi, seorang penagih dadah sering menyayat bahagian tubuhnya untuk menghisap darahnya sendiri. Ketagihan adalah sebuah perasaan yang menuntut untuk harus dipenuhinya sebuah keinginan. Kaitannya dengan penagihan dadah maka penyelesaian pertama ketika penagih tidak dapat membeli dadah penyelesaian tercepatnya adalah menghisap darah sendiri yang memang darahnya sudah mengandungi ubat-ubat terlarang tersebut. Sebuah langkah salah yang harus di bayar mahal.

Gambar-gambar di atas menunjukkan betapa teruk ketika orang sudah mempunyai kebergantungan terhadap bahan psikotropika tersebut. Lihatlah bekas luka hirisan lama dan sayatan baru yang masih menitis darahnya. Jika sudah berlaku demikian maka berbagai macam penyakit akan datang kepada penagih tersebut, lebih-lebih jangkitan yang akan dia derita.



Sumber: Visto  en Dogguie.com
Read More

Gila Dunia Akhir Zaman | Gadis 19 Tahun Yang Keletihan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Lelaki Tidak Dikenali

Gila  Dunia Akhir Zaman | Gadis 19 Tahun Yang Keletihan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Lelaki Tidak Dikenali | Seorang gadis berusia 19 tahun telah melalui pengalaman buruk akibat dijerat seorang wanita kononnya untuk menawarkan peluang pekerjaan di Melaka. Remaja itu yang berasal dari Sungai Semun, Perak dikurung, dipukul dan dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki yang dibawa oleh orang yang mengurungnya.
Remaja itu bernasib baik kerana telah diselamatkan dalam serbuan polis di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini.
Remaja itu yang namanya tidak disiarkan memberitahu polis yang dia telah disebat dengan kabel televisyen beberapa kali dan gambar bogelnya diambil setiap kali dia mandi di rumah seorang wanita berusia 20 tahun.
Salah seorang lelaki yang menangkapnya mengancam untuk memuat naik gambar-gambar bogelnya di YouTube jika dia tidak mahu menurut kemahuan lelaki itu untuk memancing pelanggan.
Menurut laporan polis itu, mangsa mendakwa bahawa dia dipaksa memberi khidmat seks kepada ramai pelanggan walaupun mengadu keletihan.
Pasukan polis telah menyerbu hotel itu dan menahan tiga wanita sebelum menyelamatkan mangsa.
Dalam operasi susulan, polis menangkap seorang lelaki berusia 21 tahun di Klebang dekat sini dan merampas beberapa barang-barang kepunyaan mangsa dan wang bernilai RM450 dalam bentuk wang tunai.
Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah dipujuk untuk datang ke Melaka oleh seorang wanita, yang dikenali sebagai Nabsiah, dengan janji bahawa dia akan ditawarkan bekerja di restoran makanan segera di sini.
Walau bagaimanapun, ketika dia sampai, dia telah dibawa dan dikurung di sebuah rumah oleh Nabsiah dan kawan-kawannya dan diberitahu bahawa dia perlu “melayan” beberapa senarai pelanggan.
Datuk K. Basil, yang mengetuai pasukan petugas kerajaan negeri menyatakan bahawa Ketua Polis Negeri Melaka, Senior Asst Comm Datuk Chuah Ghee Lye telah mengarahkan serbuan itu.
SAP Datuk Chuah menyatakan kebimbangannya dengan laporan terdahulu mengenai seorang wanita dari Melaka yang telah didakwa menjebak remaja perempuan yang melarikan diri dari rumah dan memelihara mereka di sini sebelum memaksa mereka melacur.
Datuk Basil berkata:” pasukan petugas itu, yang ditubuhkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, akan bekerjasama rapat dengan polis dan pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan pelacuran di negeri ini.
Sumber: Sinar
Read More

Subhanallah - Bayi Tanpa Darah Dapat Diselamatkan

BAYI ajaib yang diberi nama Oliver Morgan diibaratkan mati hidup semula selepas dilahirkan tanpa darah di dalam badannya. Ia merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dimana darahnya mengering ketika berada dalam rahim.

Ketika diahirkan, dia kelihatan pucat dan seakan-akan sudah mati dan doktor tidak dapat mencari denyutan jantung dalam tempoh 25 MINIT yang menakjubkan.

Oliver terselamat dari keadaan pelik itu setelah diberikan oksigen, jantungnya diurut lembut dan menjalani transfusi darah untuk menyelamatkan nyawa.

Pasukan medik yang berjuang menyelamatkan nyawa bayi itu merasa tersentuh apabila monitor tekanan jantung menunjukkan tindakbalas yang pertama.

Ibu bayi itu, seorang pegawai eksekutif penerbitan Katy, 36, dari Maidstone, Kent, berkata: “kelahiran Oliver membuatkan saya trauma sehingga masih tidak mampu mengawal perasaan untuk bercerita hingga sekarang. Dia dilahirkan seperti sudah mati kerana tidak ada darah di dalam badannya tetapi sekarang dia duduk di sini sambil tersenyum kepada saya”.

“Para doktor secara literal menyelamatkan nyawa anak saya dan saya hanya mampu berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka untuk hadiah yang cukup indah ini”,tambah wanita itu.

Oliver hampir mati kerana kehilangan disebabkan sejenis keadaan yang jarang berlaku dipanggil Vasa Previa di mana ia membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Urat tambahan itu meletup pada minggu ke 37 ½ minggu kehamilannya menyebabkan dia tumpah darah.

Dia dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone dan terkejut apabila mendapati darah itu datang dari bayinya.

Oliver dilahirkan oleh secara pembedahan caeserian seberat 6 pound 1oz pada 5:12 pagi. Doktor cuba untuk memulihkan keadaanya dan darah dipam ke dalam saraf pusat dan pada 5:37 pagi denyutan jantung yang pertama telah dikesan dan bertambah kuat kerana dia telah diberikan lebih banyak darah.

Katy yang ketika itu masih tidak sedarkan diri kerana ubat bius berkata: “Doktor memberitahunya ia adalah satu keadaan yang paling luar biasa pernah mereka lihat”.

Oliver tidak mempunyai darah, tiada degupan jantung dan kelihatan seperti sudah mati tetapi entah bagaimana dia masih bernyawa. Mereka sangat bimbang bayi itu mengalami kerosakan otak selepas kekurangan oksigen dalam tempoh yang agak lama.”

Oliver telah dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya untuk menyelamatkan otaknya dari kerosakan.

Dia telah diletakkan di dalam baju sejuk supaya suhu badannya berada pada 33 ° C untuk membantu pengaliran darah dari kulit, otak dan jantung agar dia sembuh dengan lebih cepat.

Selepas tiga, perunding mula meningkatkan suhunya pada suhu normal 37° C dengah setengah darjah sehari.

Pada masa yang sama, susu oleh ibunya dipam terus ke dalam perut.

Selepas 11 hari,keadaan Oliver cukup baik untuk dibawa pulang.

“Adalah sukar untuk mempercayainya, tetapi kanak-kanak itu kini menjalani hidup dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarganya.

P/S: Kita sihat bukan kerana Ubat, Kita hidup bukan kerana adanya Allah..Kita hidup di dunia ini Allah yang tetapkan dan mengatur segala-galanya..  

Sumber                     

Read More

Malam-Malam Macam Nie Bikin Aku Panas Jerr - Kuliah Ust. Azhar Idrus Cuba Di Gagalkan Lagi..

Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. 
Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

Golongan ini juga sudah sudah pastilah akan bertambah migrain bila melihat lautan manusia akan hadir terutama anak- anak muda dalam majlis tersebut.

Semoga niat suci pihak penganjur ini akan berjaya yang sedang berusaha gigih bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

Sumber: Addin
Read More

Semangat nie laa yang Syaithan gerun..


Anak2 kecil di Syria.. Walau dibunuh, disembelih, diseksa oleh rejim Bashar Assad, mereka masih mampu menunjukkan semangat yang sangat luar biasa.. Yakin pertolongan Allah akan tiba berupa kemenangan. Bayangkan dengan kita di sini.. Allah.. :(
Kita dokankan mereka dapat menumbangkan rejim Bashar Laknatullah..sesungguhnya doa itu senjata yang paling ampuh..
Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

SG Men IDOL "Eau De Toilette" Merah Membara



Hari ini aku nak review pewangi haruman jenama SG Men "Eau De Toilette", bagi aku pewangi ini memang ada versatile laa sesuai untuk lelaki yang mementingkan kualiti dan ketahanan bau. Bab harga, memang berbaloi dan mampu milik. Budak sekolah, remaja atau budak pejabat memang sesuai laa korang beli.. Aku dah cuba pakai dah sebijik rasa macam Faizal Tahir daa.... Harap suara jea x sama..haha..
Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

Isteri Masak Kurma Mayat Suami!!!

ISLAMABAD – Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.

Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.

Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.

Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.

Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: “Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya.”

Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.

Dia naik untuk menegur wanita itu.
Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.

Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.

Zainab dipetik sebagai berkata: “Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. “Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk.”

Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. “Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap,” katanya. – Agensi
Read More

[NGERI] KEMALANGAN DI SAUJANA HEIGHT

KEMALANGAN DI SAUJANA HEIGHT | Subhanallah !! Kemalangan ini berlaku di Saujana Height,Bayan Lepas,Penang sebentar tadi… Mari kita sedekah al-fatihah kepada beliau yang telah kembali ke rahmatullah..AL-FATIHAH..

Sumber
Read More

5 Maut Nahas Kereta & Lori Di Sekinchan

SABAK BERNAM – Lima termasuk tiga beranak maut apabila sebuah kereta dan lori tiga tan bertembung di Km70, Jalan Teluk Intan-Klang di Sekinchan, di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa terkorban dikenali sebagai Yeap Chin Hing, 52, pemandu kereta, anak lelakinya, Soon Keong, 19, dan anak perempuannya Chen Wee, 25.

Turut maut dalam kejadian itu ialah dua rakan wanita Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.

“Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City yang dipandu Chin Hing bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Honda CRV dan hilang kawalan sebelum masuk ke lorong bertentangan lalu merempuh lori tiga tan terbabit,” katanya.

Beliau berkata Chin Hing, anak lelakinya serta dua rakan wanita itu mati di tempat kejadian, manakala anak perempuannya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, dekat sini.

esemua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang, untuk menghantar Soon Keong melanjutkan pengajian di Taiwan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhamad Norizan Ramli di talian 03-32242222 sambungan 214 bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Read More

Kejadian Kecurian Begitu Dahsyat- Contoh Untuk Mengelakkan Kecurian

Aku tengok kejadian kecurian begitu hebat berlaku di kawasan Lembah kelang, kt kawasan Flat aku boleh dikatakan seminggu sekali mesti ada kecurian Motor..Nasib baiklah aku pakai beskal x lah bimbang sangat dah tu aku kunci plak..korang aderr..
Read More

Permainan Kanak-Kanak Palestin Yang Cukup Hebat


Terpegun pun ada aku tgk permainan kanak-kanak Palestin..orang melayu yang seusia dengan mereka asik sibuk main pondok-pondok kalau kawasan bandar lak sibuk dengan angry bird..hehe...tapi di Pelestin mereka bersemangat untuk mati syahid dan berjihad untuk melawan Yahudi laknatullah..korang aderrr..
Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

KEJAM ~ BUNUH DAN MAKAN OTAK RAKAN SERUMAH...!!!

Selepas di gemparkan dengan berita seorang lelaki memakan muka kawannya, kini timbul lagi isu yang hampir sama apabila seorang lelaki memakan otak kawan serumahnya.
Suspek Alexander Kinyua, 21, waganegara Kenya dipercayai telah membunuh rakan serumahnya.
Tambah mengerikan apabila suspek telah memakan jantung dan sebahagian otak mangsanya.
Suspek dituduh melakukan pembunuhan kelas pertama ke atas Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie itu tanpa motif jelas oleh mahkamah pada Rabu lalu. Kepala dan kedua belah tangan mangsa tersebut dijumpai oleh pihak polis di dalam bilik dobi rumah suspek.
Abang kepada suspek, Jarrod Kinyua berkata, dia bertanyakan kepada suspek tentang otak itu. Suspek cuma memberitahu yang otak itu adalah otak haiwan.
Namun apabila pihak polis tiba, mereka berjaya menjumpai kepada dan tangan mangsanya di dalam rumah tersebut.
Sumber: Agensi
Read More

3 Kedai Keluarga Shahrizat Jalil Di Singapura Di Tutup- Kata Untung

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.

Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.

Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin’s Gastrobar.

Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.

Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.
Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.

Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.

Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp. ~themalaysianinsider

Read More

Isteri Sanggup Menipu Suami Kerana Ingin Buat Projek Dengan Mat Bangla

ALOR SETAR: Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung sempena cuti Krismas kelmarin, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat.

Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam.

Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Md Dali berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu terkejut sebelum merayu sambil meminta maaf berulang-kali ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, disebabkan curiga dengan perbuatan wanita itu, anggotanya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui seorang lelaki warga Bangladesh sedang tidur di tepi katil dengan memakai seluar pendek paras paha dan bersinglet.

“Hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri kerana wanita terbabit mengaku lelaki itu hanya rakannya yang datang dari Pulau Pinang dan menyewa di bilik hotel untuk bertemu.

“Wanita yang mempunyai anak lelaki tunggal berusia 23 tahun itu mengaku masih bersuami dan menipu suaminya yang dia pulang ke kampung, tetapi tidak menyangka dicekup berkhalwat, “ katanya.

Pasangan itu mendakwa datang ke bandar raya ini dengan menaiki bas sebelum menyewa di bilik hotel murah.

Sumber: Harian Metro
Read More

Murid Perempuan Darjah 3 Dirogol 3 Kali Oleh Remaja Lelaki 14 Tahun Di Tangga Sekolah

ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.

Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.

“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.

“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.

“Pada kira-kira jam 10.30 pagi Rabu lalu, berlaku sekali lagi kejadian sama ketika waktu rehat apabila mangsa seorang diri datangi remaja terbabit.

“Remaja itu didakwa sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk di tangga sekolah dan memberi amaran supaya mangsa merahsiakan perkara berkenaan,” katanya yang memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak keluar rehat sebaliknya berada di sekitar kawasan sekolah berkenaan seorang diri.

Kata sumber itu, mangsa yang takut hanya berdiam diri kerana bimbang dicederakannya sebelum remaja terbabit berlalu selepas melakukan perbuatan itu. “Keesokan paginya (Khamis), kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, mangsa sekali lagi mendakwa menjadi habuan nafsu remaja terbabit dan kali ini senjata tajam diacukan di leher mangsa ketika berseorangan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diugut bunuh jika perlakuan sumbang itu diketahui orang, namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian melaporkan kepada pengurusan sekolah.

“Pihak sekolah yang terkejut selepas diberitahu perkara itu segera menyiasat sebelum memanggil ibu mangsa memaklumkan kejadian menimpa anaknya,” katanya.

“Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sendiri datang ke sekolah kira-kira jam 3 petang sebelum bertindak melaporkannya kepada polis,” katanya .

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan, polis ada menerima laporan.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dan sudah mengenal pasti suspek seorang remaja lelaki dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.-

Sumber: METRO
Read More

Amacam Boleh Khusyuk x Solat Camnie..Nak Terajang Pun Ada..haha

Nie aper citer mamat sorang ni...nak mengadap tuhan tu...agak2 la...
Kalau aku nak bersangka baik mungkin dia ni lupa baju dia ada perkataan yang sebegini....
Tapi malu wehhh aku nak pakai baju camnie...apatah lagi nak bawak g  sembahyang...
Sembahyang dah comey dah..cuma lagi dalam dia  ni berbuat baik dalam masa yang sama dia
( tidak sengaja ) mengagungkan kemaksiatan...

Kesian kat bro blakang tu..dah tentu dia  baca tulisan kt baju mamat nie...kalau dah baca  tu paham2 larh..mesti kelaut punya fikiran dia...hahahhah...

Nasib baik bukan aku kat belakang kalu dak kena flying kick jugak..kikiki...
Read More

Kereta Baru Dato Lee Chong Wei?

Pergh, Chong Wei asyik tukar kereta jer..aku bila lagi, menyesal aku malas berlatih masa muda2 dulu..untuk pengetahuan aku lah yang ajar Chong Wei dulu..haha..

Sumber
Read More

Betulkah Ning Baizura Dan Mizz Nina Di Jemput Membuat Persembahan Memperingati Ulang Tahun Syarikat Arak Guinness???

Guinness Arthur’s Day adalah hari memperingati ulang tahun syarikat arak Guinness.

Ning Baizura dan Mizz Nina akan menjadi artis untuk menghiburkan sambutan ulang tahun syarikat tersebut pada 28 September nanti dan akan diadakan di SouledOut Hartamas. Pelbagai acara hiburan akan dipertontonkan kepada pengunjung.

Adakah sebagai muslim Ning Baizura dan Mizz Nina tidak merasa apa-apa terlibat dengan pesta tersebut? Ataupun upah lumayan mengatasi segala-galanya.

Kita sebagai muslim tentunya sedih kerana artis muslim kita, begitu ambil mudah dengan perkara sebegitu. –

Sumber:

P/S: jika perkara ini benar, amatlah malang kita sebagai Umat Islam, kita kena ingat  Islam itu mementingkan keberkatan. Apa guna duit yang banyak tapi neraka tempat kita di Akhirat..wallahualam
Read More

" Nekad berjalan kaki ke Mekah " Demi Sebuah Keadilan


Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini.

Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

"Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di Indonesia keadilan sudah tidak ada lagi, yang ada hanya penipuan.

"Tanah suci Mekah menjadi pilihan terakhir saya untuk mendapatkan keadilan. Saya akan memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah.

"Saya akan bermunajat dan berdoa kepada Allah dan meluahkan semua ketidakadilan di Indonesia kepada-Nya," kata Indra sambil berjalan kaki dan membawa bendera merah putih kepada Kompas.com.


Anaknya, Rifki Andika, 12, telah dilanggar lari oleh seorang anggota tentera, Lettu Joko Sumantri pada 8 Februari 1998.
Aduan yang dibuatnya kepada polis tentera dan ketua polis Jawa Timur tidak mendapat pembelaan, malah suspek dibebaskan daripada tahanan selepas dua minggu insiden langgar lari itu berlaku.

Pada September 2006 pula, Mahkamah Tentera III-12 Surabaya menyatakan kes itu tidak boleh dibicarakan kerana suspek telah menjadi perwira menengah.
Indra masih tidak berputus asa sehinggalah Majlis Hakim Mahkamah Tentera pada Februari 2008 menyatakan kes itu tidak lagi boleh diterima kerana telah luput.
Read More

Gambar Kepala Perogol Yang Dipenggal Nevin Yildirim


ANKARA: Seorang wanita mengaku menembak mati lelaki yang didakwa merogolnya. Dia juga mengaku memenggal kepala lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.

Nevin Yildirim, 26, kini menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki terbabit di kediamannya di Yalvac, barat daya Turki minggu lalu. Ibu dua anak itu yang hamil lima bulan mendakwa, dia mengandungkan anak perogol itu. 

Dia menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungannya walaupun telah empat minggu melepasi had yang dibenarkan untuk melakukan pengguguran. Nevin berkata, perogol itu, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya.

Pemerkosaan itu berterusan selama lapan bulan hingga 28 Ogos lalu apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup lagi untuk berdiam diri. Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas lelaki terbabit memanjat tembok di belakang kediamannya dan menembaknya sekali lagi ketika dia cuba mengambil pistolnya. Nevin berkata: “Saya mengejarnya. Dia jatuh Dia mula menyumpah saya.

“Kali ini, saya tembak alat sulitnya. Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal kepalanya,” katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali, termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu. Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran di kampungnya di Yalvac, kata penduduk. –

Sumber: Agensi/HM

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.