Menitis Air Mata Ku Membaca Kisah Ini- Tha'Labah Penghuni Syurga

Assalamualaikum dan Selamat Petang, kenyang giler aku rini seminggu menghadap makanan penangan dari rumah terbuka. Kakisembang ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi jemput, jgn segan laa nak jemput lagi al-maklumlah memang hobi kakisembang..hehe 

Dalam kita bergembira dan dijamu hidangan yang lazat elok lah kiranya kita mengingati saudara kita yang dizalimi di serata dunia terutama Sahabat kita di Syria yang sedang di bunuh oleh tentera Syiah Bashar Al-Assad- Semoga Allah memberi seribu kesabaran dan kemenangan Mujahidin di sana..Ameen.

Balik dari rumah terbuka tadi Kakisembang melawat blog sahabat Ibnu Muslim dan terbaca artikel yang dipostkan di blog beliau. Cerita ini berkenaan dengan seorang pemuda berusia 17 tahun....siyes memang ceria ini membuat kakisembang berasa sayu dan menitiskan air mata..Adakah layak kakisembang berbangga dengan amalan yang sedikit dan lalai yang begitu banyak...

Jom layan Cerita Tha'labah yang dikasihi Rasulullah.........

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”

Rintihan Tha’labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.

Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.

“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”

“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

Cita-citanya hanya Syurga

“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Read More

Ganas - Baru 14 Tahun Sudah Jadi Ibu Ayam

Dalam usianya yang masih 14 tahun, seorang gadis sudah pandai membuat perniagaan pelacuran. Dia menjadi ibu ayam dan mengajak gadis remaja menjadi pelacur secara online. Sebelum ini dia hanya menjual dirinya sendiri, namun mula melebarkan sayap secara perlahan.

Gadis yang tidak dapat disebut namanya kerana usia yang masih sangat muda, tinggal di British Columbia, Kanada. Dia yang mengiklankan para gadis tersebut di Craigslist, website dikecam kerana mempromosikan pelacuran.

Perbuatan memperdagangkan seks perempuan di bawah umur jelas tidak dapat dibenarkan . Iklan pelacuran kini dihapuskan Craigslist yang juga membantu penyiasatan polis.

Sumber: busuk.org
Read More

Nak Glamour?- Kerana Pakaian , Lelaki Ini Dapat Perhatian Ramai


Sumber: http://tt.mop.com/

Amacam pakaian ade berani..haha
Read More

Nostalgia!Gambar Amy Search Sewaktu Muda Tengah Pangku Nabila Huda

Gambar diambil sekitar 1989, ketika ini Nabila Huda baru berumur 5 tahun. Wow, sekarang Nabila sudah pun berkahwin. 20 tahun sudah berlalu rupanya.

Sumber: Rileksantai.com
Read More

Gambar ibu Johan Juvana menerima Nabila Huda sebagai menantu

Meskipun beberapa kali timbul cerita dua selebriti ini sedang hangat menjalin cinta. Pun begitu baik Johan As'ari mahupun Nabila Huda, tegas menjelasakan yang mereka hanya berkawan rapat. Meskipun beberapa kali timbul cerita dua selebriti ini sedang hangat menjalin cinta. Apapun status perhubungan mereka, bagi ibu Johan, Datin Hajah Firdaus Binti Abdul Kadir memberitahu tiada halangan daripada pihak keluarga malah sebagai ibu, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya dengan aktres tersebut.

“Saya tak ada masalah dengan perhubungan Johan dan Nabila. Nabila memang selalu datang rumah. Dia pun dah kenal keluarga saya. Pada pandangan saya, Nabila ini baik orangnya, hormat orang tua dan juga pandai masak “.

“Soal jodoh ini bukan kita yang tentukan. Kalau dah jodoh Tuhan kata, Johan dengan dia (Nabila), saya terima seadanya. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini memang perhubungan Johan dengan Nabila merupakan kawan rapat sahaja. “, kata ibu Johan kepada Gua.com baru-barfu ini.

Dalam masa yang sama, Johan tetap mengatakan perhubungan beliau dan Nabila terjalin atas dasar persahabatan. Menurut Johan, beliau sudah lama mengikuti kerjaya lakonan Nabila dan mengagumi bakat Nabila di hadapan kamera. Justeru, peluang berlakon bersama Nabila sebelum ini disifatkan sebagai satu peluang yang cukup berharga untuk berkerja bersama pelakon berbakat seperti Nabila.

Sumber: Rileksantai.com
Read More

Gambar Manusia Tanpa Kepala Tersebar

Salam sejahtera semua.baru-baru ini sebuah gambar yang telah di ambil oleh sekumpulan remaja yang berlatar belakangkan bangunan mirip candi dan pura.dalam gambar tersebut pada bahagian sisi kiri terdapat seorang manusia tanpa kepala yang hanya berbaju dan berseluar corak atau seperti sarung yang bercorak.gambar ini juga sehingga kini masih belum diketahui kesahihannya adakah ia betul atau disebaliknya.

Gambar manusia tanpa kepala ini telah tersebar luas di BlackBerry Messenger di Makassar, Sulawesi Selatan.

Sumber: Edisikini
Read More

Menyayat Hati - Isteri Dan Anak Syahid Dibunuh Tentera Bashar Laknatullah

Wanita ini sedang duduk di rumahnya apabila tentera Bashar melepaskan bom ke atas rumahnya dan dia telah terbunuh serta-merta di tempat kejadian.

Ketika itu dia sedang hamil dan dijangka bersalin pada keesokan harinya. Bayi di dalam kandungannya telah cuba diselamatkan namun apakan daya dia ingin terus bersama ibunya di Syurga.

Marilah kita bersama mendoakan mereka agar diletakkan bersama orang yang beriman... Kita doakan juga agar Allah terus melindungi rakyat syria ( Ahli Sunnah Wal Jamaah) dilindungi dan diberikan kekuatan untuk menentang tentera basyar !!

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (54) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (441) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (25) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (16) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (10) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.