Sunday, 9 September 2012

Pisau Lipat Dalam Sambal Tumis - Sedap

KULIM – Seorang pekerja industri, Mohd Ridzuan Abdul Manaf 31, terkejut apabila mendapati terdapat pisau lipat dalam sambal ikan bilis yang dihidangkan di kantin kilang tempat dia bekerja.

Katanya, dia kemudiannya memaklumkan kecuaian dilaporkan kepada pengusaha kantin, tetapi ia tidak diendahkan sebaliknya pekerja kantin hanya membuang pisau itu sahaja, manakala sambal ikan bilis itu dijual semula.

“Cuba bayangkan kalau ada dia ntara pekerja kilang ini yang tertelan atau tergigit pisau itu, mereka pastinya akan mengalami kecederaan parah. Saya kesal masalah seperti ini tidak diendahkan semata-mata kami hanya pekerja kilang dan berpangkat rendah.

“Saya bersama beberapa rakan sekerja memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sumber Manusia kilang, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

“Kami kecewa kerana sebelum ini, pengusaha kantin tidak menitik berat tentang kebersihan ketika menyediakan makanan bagi pekerja kilang seperti kami,” katanya.

Mangsa ditemui di pejabat Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim.
Mohd Zailan berkata, beliau meminta persatuan pengguna mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin terlibat, kerana ia membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja kilang.

Menurutnya, beliau sudah menghubungi Pejabat Sumber Manusia kilang terlibat dan meminta masalah itu disiasat.

Sekiranya enggan berbuat demikian, Persatuan Pengguna akan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan membuat pemeriksaan mengejut terhadap penyediaan makanan di kilang itu.

“Pisau dalam makanan bukan satu perkara yang harus dipandang remeh. Kita tidak boleh mengetepikan keselamatan pekerja biasa yang bukan terdiri dalam kalangan kakitangan berjawatan tinggi,” katanya.

Kisah Pemuda Dibantu Oleh Syaitan Ke Masjid

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

 Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab “Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’ Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat.

P/S: Berbuat baik, mungkin kita anggap perkara itu remeh tapi disisi Allah itu yang terbaik, baik sikit janji Istiqamah

Sedih Kes Buang Bayi - ' Mintak Tolong Pengurus Masjid, Tolong Anak Ini'.......

KUALA LUMPUR – “Menggeletar seluruh tubuh badan saya apabila terjumpa bayi dibalut kain dalam sebuah beg ketika hendak membersihkan kawasan surau,” kata Nurshafekah Mat Rajumi,19, ketika itu dia membersihkan kawasan Surau Al Falah di Danau Kota, pagi semalam.

Penemuan bayi itu turut disertakan nota yang meminta pihak surau menguruskan jenazah bayi dan dipercayai diletakkan di hujung penjuru pagar selepas subuh semalam.

Nurshafekah berkata, dia terkejut dan tergamam apabila melihat bayi yang sudah tidak bernyawa dalam beg bersama nota yang meminta jenazah bayi itu diuruskan pihak surau.

Menurutnya, ketika ternampak beg tersebut, dia terlihat sesuatu yang berbulu dalam beg dan mula timbul takut dan curiga dengan objek di dalamnya.

“Ketika itu saya terlintas mungkin bayi dalam beg kerana kebetulan saya sedang siapkan satu tugasan berhubung tajuk penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi,” katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik hingga terjumpa bayi tersebut, semalam.

Penemuan bayi berkenaan turut mengejutkan seramai 32 pelajar dari International Islamic College, Gombak yang mengadakan gotong-royong di Surau Al Falah.

Bayi yang tidak diketahui jantina dan usia itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dan disyaki bayi itu milik warga asing berdasarkan tulisan nota yang ditinggalkan.

Nurshafekah yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Perkembangan Kanak-Kanak berkata, dia meminta tolong seorang lelaki berhampiran dan kariah surau supaya melihat kandungan sebenar dalam beg itu.

Sementara itu, kariah surau, Haris Hussain,53, percaya mayat bayi diletakkan selepas jemaah pulangsolat Subuh dan ini kejadian pertama di surau itu.

Sumber: Sinar Harian

Erra Fazira - Cukuplah Mengaibkan dan Memfitnah Pasal Saya


MENGARUT! gosip itu cerita lama. Mengapa ia dibangkitkan semula? Adakah kerana ada pihak tidak senang apabila dicubanya cucuk kisah rumah tangga saya tidak jalan?
 
“Direka pula gosip suami saya berkahwin lain juga tidak jalan dan sekarang ini mereka bangkitkan pula hubungan saya dengan pelakon baru itu?” kata primadona filem Melayu, Erra Fazira.
 
Kenyataan Erra itu sebagai mengulas pertanyaan mengenai desas-desus kononnya dia mempunyai hubungan dengan pelakon baru, Amar Baharin.

Ditemui pada majlis rumah terbuka Indigital dan Cube Film, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, Erra menyambut pertanyaan dengan wajah terpinga.

“Dia ibarat adik, tidak mungkinlah. Berhentilah menabur fitnah pada saya dan fikirlah secara matang sebelum hendak mereka cerita. Gosip sebegini buat orang tergelak saja.


“Tolong juga fikir perasaan keluarga saya dan suami. Tahukah mereka gosip ditabur selama ini menyinggung perasaan kami. Saya ini isteri orang, jangan buat cerita seolah-olah saya tidak tahu menilai perbuatan buruk dan baik,” kata Erra.

Pada pertemuan itu, Erra mengakui dia sendiri buntu dari mana datangnya gosip yang diperkatakan, namun dia percaya hal ini diperbesarkan pihak media apabila mendapat gegaran daripada ruangan gosip di Internet.

“Saya sedar kerjaya saya sebagai artis memungkinkan diri saya sewenang-wenangnya difitnah. Ada ketika saya membelek kisah artis di Internet khususnya yang berkaitan dengan saya, saya beristighfar panjang.

“Mereka yang menulis itu seolah kenal benar dengan saya, tahu luar dan dalam atau lebih mengenali saya daripada diri saya sendiri. Saya tidak hairan kalau pihak media dapat sumber yang salah.

“Zaman sekarang dengan adanya Internet segalanya mungkin,” kata wanita jelita juga pemegang peranan utama filem pecah panggung, Sembilu itu.

Obsesi orang memperkatakan soal rumah tangga ada kalanya membuatkan Erra ketawa sendiri. Bayangkan sehingga saat Erra memperkenalkan single terbarunya Cinta Diam-Diam ciptaan Manusia Putih, ada pihak membuat spekulasi kononnya lagu itu ada kaitan dengan kisah peribadinya.

Menyangkal sama sekali dakwaan itu, Erra memaklumkan, sesebuah lagu yang dicipta berdasarkan imaginasi serta pengalaman yang pernah dilalui penulis lirik mahupun komposer itu sendiri.

“Perlu ke setiap lagu yang dihasilkan harus ada kena mengena dengan penyanyi? Lagu ini saya terima daripada Manusia Putih lengkap berserta dengan liriknya.


“Saya sukakan lagu ini kerana melodinya ringkas bahkan konsepnya juga memenuhi intipati dalam album terbaru nanti. Lagipun saya suka judulnya, Cinta Diam Diam yang menangkap.

“Indonesia sudah lama menggunakan judul seperti Kekasih Gelapku misalnya, tetapi di Malaysia apa yang diperkenalkan Manusia Putih ini masih baru. Jadi sebelum orang lain buat, lebih baik saya mulakan,” katanya yang berpuas hati dengan penerbitan lagu berkenaan.

Daripada kisah peribadi, menyingkap pula soal kerjaya. Baru-baru ini, Erra mengejutkan ramai pihak apabila menarik diri daripada pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang sepatutnya mula dipentaskan di Istana Budaya sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Teater itu bagaimanapun akhirnya terpaksa ditunda lagi pada tarikh baru iaitu 14 September ini. Akui Erra, dia berasa amat sedih terpaksa menarik diri daripada pementasan berkenaan. Bagaimanapun, dia mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

“Pementasan teater itu beberapa kali ditunda menyebabkan tarikh baru diterima bertindih dengan projek yang sudah saya persetujui. Kerana begitu hendak menjayakan pementasan teater berkenaan, beberapa projek yang saya terima ini sudah beberapa kali juga ditukar tarikhnya.

“Mujurlah pengarah dan produser faham. Disebabkan perubahan tarikh terbaru pementasan teater itu, saya memang sudah tidak mampu untuk memberi komitmen dan tidak mahu hanya kerana pembabitan saya menerusi teater itu, produksi yang lain mendapat susah.

“Jadi saya ambil keputusan melepaskan watak isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Siti Hasmah. Terus terang saya sangat sedih kerana ketika pementasan Tun Mahathir, tidak lama dulu, saya yang bawakan watak itu.

“Justeru, apabila pihak produksi memaklumkan untuk mementaskan pula kisah ketokohan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya, memang saya amat teruja.

“Namun, apa yang berlaku di luar jangkaan dan saya terima dengan hati terbuka. Saya harapkan semoga Lisa Surihani yang menggantikan tempat saya dapat menghidupkan watak itu dengan baik. Walaupun tidak terbabit, saya tetap akan menyokong pementasan berkenaan,” katanya.

Terikat dengan dua projek drama bersiri, satu telefilem dan satu filem berjudul KL Meroyan, Erra turut ditanya sejauh mana kepuasan diperoleh menerusi pembabitan dalam drama TV.

“Semua drama lakonan saya disiarkan di Astro dan ia hanya dapat disaksikan pelanggan stesen berkenaan saja. Kepuasan dari segi lakonan pula, saya belum dapat yang betul-betul mencabar seperti pernah saya lakukan untuk filem.

“Seperti sekarang ini, saya memang teringin sangat hendak berlakon kisah aksi. Zaman saya berlakon filem dulu, kisah aksinya tidak seperti sekarang yang saya kira lebih menarik dan memberi kepuasan,” katanya.


Harian Metro- Sumber

Menarik - Bila Tuan Guru Nik Aziz bercerita pasal wanita

Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.

Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya

Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.

Datuk Nik Aziz dan isterinya, yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Sebagai Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), tentunya beliau mempunyai jadual yang padat.

'Saya turun rumah tiap-tiap hari pada 7.45 pagi. Kalau tubuh saya kurang sihat, saya minta tempoh lagi setengah jam daripada pemandu saya. Misalnya, pagi ini, saya turun pada 8.30 pagi,' kata Datuk Nik Aziz mengenai jadual sehariannya.Menurut beliau, isterinya tidak pernah merungut walaupun kadangkala pulang ke rumah selewat 2 pagi.

Datuk Nik Aziz pernah mengalami serangan jantung pada akhir 2004 dan sekali gus mencetuskan kebimbangan berkaitan penakatan PAS jika beliau meninggal dunia.

Sejak itu, beliau dilaporkan masuk hospital beberapa kali ekoran masalah tekanan darah tinggi dan keletihan.Namun, semasa pertemuan wartawan dengan Datuk Nik Aziz, beliau kelihatan masih cergas.

Ditanya amalannya untuk kekal sihat walaupun usianya telah menjangkau 81 tahun, Datuk Nik Aziz berkata beliau akan menjalani ujian kesihatan setiap tiga atau empat bulan.

'Ada masa, saya pergi hospital. Cuti rehat dan duduk rumah itu memang saya tidak ada. Bagi saya, cuti tiada dalam Islam. Misalnya, cuti sembahyang atau cuti puasa, mana ada dalam Islam? Kita bernafas hari-hari. Elaun saya pun jalan hari-hari. Jadi, tiada cuti bagi saya,' kata beliau.

'Saya juga ikut amalan Nabi Muhammad saw iaitu selagi tidak lapar, jangan makan. Apabila makan, jangan sampai kenyang. Nabi kita makan, daging, buah tamar, susu dan sayur-sayuran. Itu sangat digemari oleh Rasullah.

'Tetapi doktor tidak kasi saya makan daging, saya tak makan. Kalau ada lauk daging, saya curi-curi makan kuahnya adalah. Kalau doktor tahu, beliau tentu marah. Puasa sunat pula, saya mengaku saya kurang amalkan. Masalahnya, saya mudah letih. Manja je, kalau puasa Ramadan 30 hari, saya tidak ada masalah pula,' jelasnya sambil ketawa kecil.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun akur beliau kadang-kala akan rasa letih secara mengejut.

'Puncanya kerana saya gunakan air sejuk ambil wuduk. Memang saya tidak boleh gunakan air sejuk. Kalau saya hendak mandi pun, air mandi itu akan dicampur dengan air panas.

'Kalau saya ke masjid di luar Kelantan, kalau jalan jauh, takkan saya hendak minta air panas untuk ambik air sembahyang. Saya gunakan juga air paip. Itu masalahnya. Nanti saya selesema,' katanya terus terang. 


Sumber: Tranungkite.net

Maya Karim Sudah Bersedia Hendak Kahwin Lagi


KUALA LUMPUR - Pelakon jelita Maya Karin Roelcke, 33, bersedia mendirikan rumah tangga buat kali kedua, selepas setahun lebih hidup menjanda.

Maya yang bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010 berkata, pintu hatinya kini telah terbuka dan bersedia menerima cinta daripada mana-mana lelaki.

Dia yang baru selesai menjalani penggambaran filem Jwanita, arahan Osman Ali itu berkata, sudah tiba masa untuknya memikirkan soal masa depan.

"Saya bersedia untuk bercinta semula selepas kegagalan rumah tangga dulu. Kalau ada yang sudi, apa salahnya. Setakat ini hati saya masih kosong, belum ada 'penghuni'.

"Cerita yang mengatakan saya rapat dengan seorang ahli perniagaan itu tidak benar. Saya sendiri tidak sangka di Malaysia pun ada paparrazi yang merakam foto saya dengan orang berkenaan dari jarak jauh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Maya yang popular dengan watak Izzah dalam filem Ombak Rindu berkata, walaupun cerita itu tidak benar, namun dia tidak marah kerana tahu itu sebahagian daripada tugasan pihak media.

Dia yang bakal tampil dengan lagu Sinar Ini bersama penyanyi dan komposer Yassin berkata, bukankah lebih senang kalau media bertanya terus kepadanya.

"Saya tahu kerja media kerana mereka perlu cari bahan dan sebab itu saya tidak marah. Tapi kalau bertanya terus pasti tidak akan timbul cerita yang bukan-bukan.

"Insya-Allah kalau sudah temui lelaki idaman untuk dijadikan teman hidup, pasti saya beritahu. Lagipun perkara elok tak baik disembunyikan," katanya terus-terang.

Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008 itu berkata, bagi mengisi kekosongan hati buat masa ini, dia lebih senang memberi tumpuan pada kerjaya atau hobinya yang suka menyelam.

"Setiap kali selesai satu projek, saya akan ambil masa untuk berehat. Sekarang ini saya dan rakan-rakan sedang merancang untuk pergi menyelam. Tengah cari tempat yang sesuai," jelasnya.
 
Sumber: Sinar

Ngeri - Bakar Diri Protes Kekejaman China Di Tibet




Jampa Yeshi, seorang warga tibet nekad membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap China ketika lawatan Presiden Huo Jin Tao ke India. Kejadian berlaku ketika demo jalanan pro Tibet dilakukan di New Delhi. Beliau melecur teruk dan like most self immolation cases is not expected to survive. ngerikan..

Sumber: Sinar Harian

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download