Murid Perempuan Darjah 3 Dirogol 3 Kali Oleh Remaja Lelaki 14 Tahun Di Tangga Sekolah

ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.

Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.

“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.

“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.

“Pada kira-kira jam 10.30 pagi Rabu lalu, berlaku sekali lagi kejadian sama ketika waktu rehat apabila mangsa seorang diri datangi remaja terbabit.

“Remaja itu didakwa sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk di tangga sekolah dan memberi amaran supaya mangsa merahsiakan perkara berkenaan,” katanya yang memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak keluar rehat sebaliknya berada di sekitar kawasan sekolah berkenaan seorang diri.

Kata sumber itu, mangsa yang takut hanya berdiam diri kerana bimbang dicederakannya sebelum remaja terbabit berlalu selepas melakukan perbuatan itu. “Keesokan paginya (Khamis), kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, mangsa sekali lagi mendakwa menjadi habuan nafsu remaja terbabit dan kali ini senjata tajam diacukan di leher mangsa ketika berseorangan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diugut bunuh jika perlakuan sumbang itu diketahui orang, namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian melaporkan kepada pengurusan sekolah.

“Pihak sekolah yang terkejut selepas diberitahu perkara itu segera menyiasat sebelum memanggil ibu mangsa memaklumkan kejadian menimpa anaknya,” katanya.

“Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sendiri datang ke sekolah kira-kira jam 3 petang sebelum bertindak melaporkannya kepada polis,” katanya .

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan, polis ada menerima laporan.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dan sudah mengenal pasti suspek seorang remaja lelaki dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.-

Sumber: METRO
Read More

Amacam Boleh Khusyuk x Solat Camnie..Nak Terajang Pun Ada..haha

Nie aper citer mamat sorang ni...nak mengadap tuhan tu...agak2 la...
Kalau aku nak bersangka baik mungkin dia ni lupa baju dia ada perkataan yang sebegini....
Tapi malu wehhh aku nak pakai baju camnie...apatah lagi nak bawak g  sembahyang...
Sembahyang dah comey dah..cuma lagi dalam dia  ni berbuat baik dalam masa yang sama dia
( tidak sengaja ) mengagungkan kemaksiatan...

Kesian kat bro blakang tu..dah tentu dia  baca tulisan kt baju mamat nie...kalau dah baca  tu paham2 larh..mesti kelaut punya fikiran dia...hahahhah...

Nasib baik bukan aku kat belakang kalu dak kena flying kick jugak..kikiki...
Read More

Kereta Baru Dato Lee Chong Wei?

Pergh, Chong Wei asyik tukar kereta jer..aku bila lagi, menyesal aku malas berlatih masa muda2 dulu..untuk pengetahuan aku lah yang ajar Chong Wei dulu..haha..

Sumber
Read More

Betulkah Ning Baizura Dan Mizz Nina Di Jemput Membuat Persembahan Memperingati Ulang Tahun Syarikat Arak Guinness???

Guinness Arthur’s Day adalah hari memperingati ulang tahun syarikat arak Guinness.

Ning Baizura dan Mizz Nina akan menjadi artis untuk menghiburkan sambutan ulang tahun syarikat tersebut pada 28 September nanti dan akan diadakan di SouledOut Hartamas. Pelbagai acara hiburan akan dipertontonkan kepada pengunjung.

Adakah sebagai muslim Ning Baizura dan Mizz Nina tidak merasa apa-apa terlibat dengan pesta tersebut? Ataupun upah lumayan mengatasi segala-galanya.

Kita sebagai muslim tentunya sedih kerana artis muslim kita, begitu ambil mudah dengan perkara sebegitu. –

Sumber:

P/S: jika perkara ini benar, amatlah malang kita sebagai Umat Islam, kita kena ingat  Islam itu mementingkan keberkatan. Apa guna duit yang banyak tapi neraka tempat kita di Akhirat..wallahualam
Read More

" Nekad berjalan kaki ke Mekah " Demi Sebuah Keadilan


Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini.

Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

"Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di Indonesia keadilan sudah tidak ada lagi, yang ada hanya penipuan.

"Tanah suci Mekah menjadi pilihan terakhir saya untuk mendapatkan keadilan. Saya akan memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah.

"Saya akan bermunajat dan berdoa kepada Allah dan meluahkan semua ketidakadilan di Indonesia kepada-Nya," kata Indra sambil berjalan kaki dan membawa bendera merah putih kepada Kompas.com.


Anaknya, Rifki Andika, 12, telah dilanggar lari oleh seorang anggota tentera, Lettu Joko Sumantri pada 8 Februari 1998.
Aduan yang dibuatnya kepada polis tentera dan ketua polis Jawa Timur tidak mendapat pembelaan, malah suspek dibebaskan daripada tahanan selepas dua minggu insiden langgar lari itu berlaku.

Pada September 2006 pula, Mahkamah Tentera III-12 Surabaya menyatakan kes itu tidak boleh dibicarakan kerana suspek telah menjadi perwira menengah.
Indra masih tidak berputus asa sehinggalah Majlis Hakim Mahkamah Tentera pada Februari 2008 menyatakan kes itu tidak lagi boleh diterima kerana telah luput.
Read More

Gambar Kepala Perogol Yang Dipenggal Nevin Yildirim


ANKARA: Seorang wanita mengaku menembak mati lelaki yang didakwa merogolnya. Dia juga mengaku memenggal kepala lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.

Nevin Yildirim, 26, kini menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki terbabit di kediamannya di Yalvac, barat daya Turki minggu lalu. Ibu dua anak itu yang hamil lima bulan mendakwa, dia mengandungkan anak perogol itu. 

Dia menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungannya walaupun telah empat minggu melepasi had yang dibenarkan untuk melakukan pengguguran. Nevin berkata, perogol itu, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya.

Pemerkosaan itu berterusan selama lapan bulan hingga 28 Ogos lalu apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup lagi untuk berdiam diri. Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas lelaki terbabit memanjat tembok di belakang kediamannya dan menembaknya sekali lagi ketika dia cuba mengambil pistolnya. Nevin berkata: “Saya mengejarnya. Dia jatuh Dia mula menyumpah saya.

“Kali ini, saya tembak alat sulitnya. Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal kepalanya,” katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali, termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu. Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran di kampungnya di Yalvac, kata penduduk. –

Sumber: Agensi/HM

Read More

Gambar Fasha Sandha Mengandung 5 Bulan

Ini adalah gambar terbaru Fasha Sandha Hamil 5 Bulan. Tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha yang sudah mengandung dan tak lama lagi akan melahirkan bayi tersebut. Sama-sama lah kita menunggu nanti sama ada Fasha akan menimang bayi perempuan atau lelaki. Foto ni diambil menggunakan instagram dan turut bersama Fasha adalah pengarah David Teo.

Sumber: Melvister.com
Read More

Panas!!!.. Abby Difitnah Jual Badan Semata-mata Untuk Parti

MASIH teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.

Abby bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan juga semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya.

Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, Abby kembali memanaskan 'alam maya' apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.

Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; "Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan," katanya ringkas.

Read More

Majlis Syura Putuskan Ust. Nasha Kekal Ahli PAS, Tiada Tindakan Displin


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bekas timbalannya, Nasharuddin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam, lewat malam malam ini.


Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

Ditanya sama ada Nasharuddin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"Majlis Syura meluluskan senarai calon yang akan bertanding dan terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Nasharuddin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi namun enggan memberi sebarang ulasan.
Sumber: harakah daily
Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (48) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (435) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (1) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (23) Pencuri (2) pengajaran (1) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (15) Rosmah Mansor (2) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (9) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (15) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.