Tok Bomoh Ditahan Ketika Cuba Cabul Dan Rogol Pesakit

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.
  
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
  
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
  
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
  
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
  
"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.
  
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
  
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
  
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.

Sumber - Bernama

Read More

Ustaz Don: 'Syurga isteri saya, syurgalah untuk saya'

KIRA-kira setahun lalu, pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid, 28 telah dipertemukan dengan seorang pelajar jurusan perubatan Universiti Kaherah, Mesir.

Gadis bernama Husna Mohd Zahry, 24 ternyata telah menawan hati ustaz yang begitu tinggi keperibadiannya. Bertitik tolak daripada itulah, kedua-dua belah keluarga telah mengikat kata sepakat untuk menyatukan mereka dalam ikatan pertunangan.

Tertib pertunangan dipelihara dengan sebaiknya sehingga tidak ramai yang menyedari akan berita pertunangan Ustaz Don yang memang cukup terkenal ini.

Dalam pada itu, rutin harian sebagai pendakwah diteruskan seperti biasa malah dilaksanakan oleh ustaz yang penuh kerendahan hati dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan tunangannya tetap meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh khusyuk.

Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H selepas Asar dalam suasana serba sederhana di kelilingi ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin, Ustaz Don akhirnya dinikahkan dengan tunangannya.

Majlis pernikahan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh bapa pengantin perempuan, Haji Sr Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman di hadapan jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya Balik Pulau, Ustaz Tuan Haji Saat.

Enggan dedah kisah pertemuan

Ternyata Ustaz Don lebih senang tidak mendedahkan kisah cinta mereka kepada umum. Malah ketika ditanya tentang pertemuan mereka, dirinya memaklumkan biarlah kisah mereka berdua menjadi rahsia antara mereka.

“Perjumpaan, biarlah rahsia. Ia berlaku lebih daripada setahun,” tutur Ustaz Don ringkas.

Sungguhpun demikian, dia sudi berkongsi kegembiraannya dengan para hadirin yang bertandang ke majlis pernikahan dan resepsi pengantin perempuan di Dewan PKK Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 1 September yang lalu.

“Perasaan saya ketika ini, seronok. Alhamdulillah. Cuma kenduri ini diadakan selepas akad seminggu yang lalu. Secara jujurnya, sepanjang seminggu ini perasaan takut itu masih ada dalam diri saya.

“Saya sentiasa mendoakan agar perasaan takut itu sentiasa kekal di dalam diri saya kerana saya tahu saya sudah mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Yang mana, syurga isteri saya, syurgalah untuk saya,” tutur pensyarah KUIS ini ketika ditemui di majlis resepsinya.

Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, beriman dan bertakwa Ustaz Don sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan mendalami kitab-kitab agama yang berkaitan.

“Perkara pertama yang perlu ada dalam perancangan untuk diri saya sendiri dan keluarga saya adalah kami perlu mendalami banyak lagi kitab-kitab. Saya mahu supaya pada masa hadapan saya akan lebih mendalami bidang agama.

“Tambah pula, selepas saya berada dalam dunia ini iaitu di alam perkahwinan, barulah saya nampak aspek mana yang sepatutnya saya perlu beri perhatian,” sambung Ustaz Don yang bakal menunaikan haji pada bulan Oktober nanti manakala isterinya pula akan terus menyambung pengajian di Mesir.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengakui bahawa cabaran rumah tangga yang bakal dialami adalah sama sebagaimana cabaran perkahwinan yang akan dialami oleh pasangan yang lain.

Husna mahu selalu di samping suami

Menjadi isteri individu terkenal pastilah sedikit sebanyak akan membuatkan isterinya turut terkena tempiasnya. Ketika ditanya tentang reaksi Husna saat berhadapan situasi sebegitu, wanita pemalu ini jujur mengakui dirinya akan cuba menabahkan hati.

“Saya akan tabahkan hati dan dalam apa juga situasi saya akan selalu ada di samping suami saya,” tuturnya lembut.

Barangkali tidak biasa dengan situasi temu ramah yang melibatkan wartawan dan jurugambar, Husna kelu bila ditanya tentang sifat istimewa suaminya.

Sebaliknya dia  hanya melemparkan senyuman sebelum ditenangkan oleh suaminya sambil memaklumkan, isterinya itu malu dan tidak biasa dengan situasi sebegitu.

 “Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah,” balas Ustaz Don saat menerangkan pertanyaan mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada isterinya itu.

“Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” sambungnya ketika ditanya soal cahaya mata.

Pada hari itu juga, Ustaz Don dan isterinya Husna sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan kegembiraan bersama dengannya.

“Cuma satu pesanan saya, tolong doakan kami, kerana boleh jadi doa salah seorang daripada kita akan dimakbulkan Allah. Saya sendiri tidak tahu sama ada doa saya atau siapa akan dimakbulkan. Jadi, hantarlah doa kepada kami dan sekalian kaum muslimin yang ada. Insya-Allah, mudah-mudahan zuriat orang Islam akan semakin bertambah dalam keadaan bertakwa kepada Allah S.W.T,” ucapnya penuh kerendahan hati.

* Dapatkan corat-coret dan ulasan keluarga Ustaz Don dalam Mingguan Wanita edisi terbaru di pasaran 

Sumber: Sinar harian
Read More

Ngeri - Maut Suami Kapak Kepala Isteri

SHAH ALAM: “Sebaik masuk dalam bilik, badan saya menggigil apabila melihat dia sudah tidak bernyawa dan tompokan darah memenuhi sebahagian bilik,” kata Poziah Supian@Supien, 56, jiran seorang wanita Indonesia yang mati dipercayai akibat dikapak suaminya sendiri.

Mangsa dikenali sebagai Noviaryani, 34, ditemui mati di rumah sewanya di Lorong Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, jam 9 malam kelmarin dan polis turut menemui sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain sebelum suaminya dilihat keluar dan meninggalkan rumah dengan motosikal.

Poziah berkata, ketika berada di luar rumah, dia melihat suami Noviaryani atau lebih mesra dipanggil Ani, keluar dari rumah dengan membawa beg dan menaiki motosikal dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa berlaku di rumahnya.
Sumber: Mymetro.
Read More

Ustaz Azhar Idrus – Akibat Suka Dengar Nyanyian Wanita

Prof Dr Syeikh Ahmad as-Syarbadi, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menjawab:
Hukum mendengar suara nyanyian wanita adalah bergantung kepada keadaan suara tersebut.

Sekiranya suara wanita itu suara yang lemah lembut dan menaikkan syahwat maka hukum nyanyian ini adalah haram. Hukum lelaki mendengarnya pun adalah haram kerana:

boleh menyebabkan terjebak dalam dosa. Ini juga kerana suara ini boleh menimbulkan godaan kepada orang lelaki.

Demikian juga sekiranya terdapat perkara yang haram dalam nyanyian tersebut maka haram nyanyian tersebut dan haram mendengarnya.

Adapun sekiranya nyanyian itu seperti berikut:

Suara yang yang normal, terpelihara dari perkara yang haram, tidak ada yang lemah gemalai dan tidak menyebabkan godaan kepada lelaki.

Lirik yang baik, terpelihara dari perkara yang tidak elok dan lirik yang menggalakkan kepada perkara yang baik
.
Maka tidak haram mendengarnya.

Dalam sirah Nabawiyah ada menyebut bahawa Rasulullah saw pergi ke rumah seorang sahabiah bernama Rubaie’ binti Mu’awwiz ra untuk memberi tahniah sempena perkahwinannya. Sampai di sana Nabi saw mendengar beberapa orang wanita-wanita muda memukul gendang dan mendendangkan nyanyian. Nabi saw tidak menegah mereka menyanyi sehinggalah apabila mereka menyebut lirik berikut:

((وفينا نبي يعلم ما في غد))
“Kami mempunyai Nabi yang mengetahui apa yang terjadi pada esok hari.”
Nabi saw pun bersabda:
دعي هذا وقولي ما كنت تقولين
“ Jangan sebut rangkap ini dan nyanyikanlah dengan rangkap-rangkap nyanyian yang sebelumnya.” (Hr Ibnu Hibban).

Rujukan: Bainal Fan wal Feqh oleh Rejab Abu Malih.

Sumber:  Giler Kentang
Read More

Minah Gyver - Ibu Beranak 4 Pakar Pecah Kereta

SUBANG JAYA : Kegiatan jenayah seorang ibu beranak empat yang layak digelar ‘Minah Gyver’ kerana kemahirannya membuka kenderaan untuk mencuri barangan di dalamnya sejak empat tahun lalu, berakhir apabila dia dicekup polis.

Wanita berusia 30 tahun itu ditahan ketika cuba mencuri barangan dalam kenderaan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di tempat letak kereta sebuah masjid di SS15, di sini, kira-kira jam 2 petang, Jumaat lalu.

Sumber polis berkata, suspek berkemahiran membuka kereta dengan hanya menggunakan klip sebelum mencuri barangan ditinggalkan di dalamnya dan dia juga bergerak sendirian.

Sumber: Metro
Read More

Suami Saman Isteri Sebab Hodoh - LOL

Gambar Hiasan

Seorang lelaki dari China, Jian Feng telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak $120,000 dan beliau menang kes tersebut.

Menurut laporan, Feng tinggal bersama isterinya yang cantik hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang mana kelihatan sedikit pun tidak sama dengan mereka berdua. Bayi tersebut juga dilaporkan hodoh dan mengejutkan beliau.

Timbul keraguan dan syak wasangka dalam diri Feng dan beliau menuntut supaya isterinya memberitahu siapakah bapa sebenar bayi perempuan yang dilahirkan itu. Akhirnya, si isteri mengaku telah membuat rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan untuk merubah keseluruhan mukanya menjadi cantik.

Feng telah menyaman di bawah terma isterinya telah menipu beliau sehingga mengahwininya dalam rupa yang palsu.
Sumber: Guablog.com
Read More

Saddam Hussein Dipaksa Oleh Barat Berlakon Filem Porno ( Mirip )


Pelbagai cara yang ingin dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam cubaan untuk memalukan arwah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein..Terkini, seorang lelaki yang wajahnya mirip kepada Saddam Hussein itu mendakwa telah diculik dan dipaksa untuk berlakon dalam sebuah filem porno bertujuan untuk mengaibkan bekas pemimpin itu..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni

Lelaki seiras Saddam diculik, diugut berlakon sebagai diktator Iraq dalam filem porno.

KAHERAH: Seorang lelaki dengan wajah seiras Saddam Hussain mendakwa sekumpulan samseng cuba menculik dan memaksanya menyamar sebagai diktator terkenal itu untuk berlakon dalam filem porno melampau. 

Warga Mesir, Mohamed Bishr yang saling tak tumpah menyerupai bekas pemerintah kuku besi itu mendakwa dipaksa melakukan perbuatan itu oleh kumpulan samseng berkenaan minggu lalu. Kumpulan yang tidak dikenal pasti itu memberitahunya, mereka akan menyiarkan rakaman palsu itu sebagai pita porno asli Saddam dan menjualnya ke seluruh dunia bagi mendapatkan wang. 

Pada awalnya mereka berkata, akan membayarnya 205,000 pound (RM1.09 juta) untuk adegannya dalam kerjasama itu, tetapi kemudian membelasahnya apabila dia enggan. Mohamed dari Iskandariah berkata, dia turut menerima ugutan melalui panggilan telefon mengatakan dia akan diculik jika dia enggan berlakon dalam filem itu. 

Mohamed yang warak berkata, pada minggu lalu, tiga lelaki berpakaian hitam keluar dari van dan memaksanya untuk memasuki belakang kenderaan itu. Dia memberitahu akhbar harian Mesir, Al-Ahram: 

“Tiga lelaki itu yang mempunyai pistol tersisip di tali pinggang mereka memaksa saya keluar dari kereta dan menolak saya ke dalam sebuah van sambil memukul kepala saya.” 

Menurutnya, orang yang lalu lalang berhimpun di tempat kejadian, tetapi amat takut untuk campur tangan dan perkara terakhir yang diingatnya, dia dicampak dari van ke kaki lima. Mohamed juga telah diserang beberapa kali pada masa lalu oleh rakyat Iraq yang menetap di Mesir. 

Kebanyakan mereka tersilap menganggapnya sebagai pemimpin mereka yang diguling (dihukum mati di penjara Baghdad pada Disember 2006) dan mahu menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dia terpaksa berpindah rumah beberapa kali bagi mengelak diganggu. 

Anak lelakinya, Mahmoud berkata: “Kami meminta polis supaya memberi perlindungan khas kepada bapa kami kerana perkara ini sudah berlaku beberapa kali.” - TS

Sumber: Ibnuhasyim.  
Read More

Bayi Perempuan Dicampak Dari Rumah Flat Di Petaling Jaya

PETALING JAYA – Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.
Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.

“Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak,” katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan.
“Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya.

Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – Bernama

P/S: Adus senang2 ke ko campak..gila apa..suspek dah kena tangkap...minta yang  melakukan perkara ini diadili di mahkamah..
Read More

Awek Kena Buli, Dipukul, Terajang, Digunting Rambut Tanpa Belas Kasihan.

Geram giler aku tengok video nie, kalaulah adik aku kena macam nie memang aku cari balik perempuan mangkuk nie. Tak cukup penampar dan terajang, diguntingnya pula rambut minah tu.

betullah zaman sekarang nie, kadang2 tindakan mereka diluar pemikiran kite. x betul sikit nak pukul, undang-undang tolak ketepi.

budaya samseng bukan takat remaja jea, orang tua pun sama ajar anak berlaku samseng..teringat lak aku hadis Nabi yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) dan ibu bapa yang mencorakkan kehidupan mereka sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.”

Wallahualam...

Read More

Ustaz Setan Apabila Menjadikan Dua Murid Perempuan Yang Berusia Tujuh Dan Lapan Tahun Sebagai Pemuas Nafsunya

KAJANG: Seorang guru agama berusia 20-an layak digelar ustaz setan apabila menjadikan dua murid perempuan yang berusia tujuh dan lapan tahun sebagai pemuas nafsunya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Bangi sejak Ogos lalu.

Difahamkan, suspek yang sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak setahun lalu akan membawa mangsa ke tempat sunyi di kawasan sekolah sebelum mencabul mereka. Tambah keji, suspek turut mengugut untuk menghukum mangsa sekiranya mangsa menceritakan kejadian itu kepada orang lain termasuk keluarga mahupun rakan serta guru.

Bagaimanapun, perbuatan keji suspek terbongkar Isnin lalu apabila mangsa pertama iaitu kanak-kanak berusia tujuh tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum pasangan suami isteri berusia lewat 20-an itu membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Balai Polis Kajang.

Menurut sumber, berdasarkan laporan yang diterima, sepasukan polis yang melakukan siasatan kemudiannya menahan suspek di rumahnya, di sini, kelmarin.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, siasatan lanjut pihak berkuasa kemudian mendapati selain kanak-kanak berusia tujuh tahun itu terdapat beberapa mangsa lain.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, pihak berkuasa mendapati terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun turut dicabul,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, keluarga kepada kanak-kanak berusia lapan tahun itu turut tampil membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan tidak lama kemudian.

“Sehingga kini, pihak berkuasa menerima dua laporan berhubung kejadian itu dan sedang menyiasat kemungkinan terdapat mangsa lain yang dicabul suspek,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah dia akan membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum memeluk, mencium dan memegang kemaluan mangsa.

Tambah sumber itu, dua murid itu sudah dirujukkan ke hospital berhampiran kawasan berkenaan dan difahamkan, mereka masih trauma dengan insiden berkenaan.

Sumber itu berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohamad Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.

Sumber: Metro

Read More

Jangan Beritahu Suami Saya, Rayu Wanita Dicekup Zina Dengan Rakan Suaminya

GEORGETOWN : “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.
Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.
Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.
“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.

Sumber: Informasi Dot My
Read More

Pencuri Dibelasah Orang Kampung Beramai-Ramai - Lain Kali Fikir Dulu Nak Mencuri

Di Tactic, Guetamala dua orang pemuda dibelasah penduduk tempatan kerana dituduh mencuri. Di Guetamala penduduk tempatan tidak mempercayai pihak polis dan juga sistem kehakiman. Oleh sebab itulah kalau anda ditangkap oleh rakyat tempatan kerana mencuri  anda akan di cebuk beramai-ramai. Kita orang Islam, Allah telah tetapkan pasal hukuman Hudud untuk pencuri. Hukum Allah adalah yang terbaik kerana Allah yang menciptakan kita dan tahu macam mana hendak menangani masalah ini.

Aku heran betullah manusia ini masih memilih hukum yang lain, sombong sungguh manusia...

Jom layan gambar nie..

 Sumber: Blog Serius.

 
Read More

Santai - Video Budak Merokok Sejak 11 Bulan di Indonesia

inilah yang berlaku pada Ardi di Sumatera Selatan
Inilah yang berlaku pada Ardi di Sumatera Selatan, merokok sejak umur 11 bulan hisap rokok gudang garam boh..haha..

Jom layan video nie siap wat bulat2 asap tu..haha
Read More

Biadap - Gempar!Rekabentuk Bar Seperti Kaabah..

 Terbaru, reka bentuk kiblat orang Islam ditiru dan dijadikan bar (disko/kelab malam) di New York. Adakah ini secara kebetulan atau disengajakan?



SUMBER: GUABLOG.COM
Read More

Erin Malek bertatu untuk tatapan umum bukan untuk disorok

“Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatoo tak bagi orang nampak buat apa buat tatoo.” -Erin Malek, Galaksi TV9
Erin Malek, pelakon yang semakin meningkat dewasa, mula popular apabila membintangi filem Tentang Bulan di bawah pengarahan Ahmad Idham.
 
Namun kebelakangan ini beliau semakin berani, yang terbaru pengakuannya menindik lidah dan juga bertatoo dalam rancangan Galaksi TV9..
 
Dalam rancangan itu, Erin mengakui dirinya menindik lidah dan juga bertatoo (tidak dinyatakan dibahagian mana). Namun dengan nada sinisnya, dia cukup berbangga memiliki tatoo.
Dulu kanak2..sekarang makin dewasa....

P/S: Dewasa apa macam nie, nie laa bila jahil berbicara punah ranoh masyarakat..x pe lah mungkin sebab kejahilan beliau. Pemimpin dan masyarakat hendaklah menasihati dan memberi contoh yang baik kepada beliau dan anak muda. Kalau Isteri pemimpin pun macam nie mcm mana nak betulkan rakyat?..Sama-samalah kita fikirkan.

Sumber: Ronyanuar.com
Ranking: 5

Read More

5 maut, protes Islam sasar Jerman dan UK

KHARTOUM - Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam protes umat Islam, yang marah dengan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, hari ini menyerang Kedutaan Jerman dan Britain di ibu negara Sudan, Khartoum.

Serangan ke atas kedutaan Barat juga disaksikan di Tunisia. Di Tunis, asap kelihatan di kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Tiga orang terbunuh di Tunisia, seorang di Khartoum dan seorang lagi di Lubnan.
Perkembangan ini menunjukkan kali pertama, sejak Selasa lalu, kedutaan bukan AS diserang. Kedutaan AS menjadi tumpuan penunjuk perasaan sejak awal minggu ini.

Tunjuk perasaan yang bermula Selasa lalu berlarutan di beberapa negara di rantau Timur Tengah dan Utara Afrika.

Tunjuk perasaan juga diadakan di beberapa lokasi di Malaysia, anjuran badan-badan bukan kerajaan dan parti politik.

Protes bermula Selasa lalu ekoran pengeluaran filem Innocence of Muslims. Bagaimanapun identiti penerbit dan pengarah serta motif mereka masih misteri.

Protes tercetus ketika AS mengadakan majlis ulang tahun ke-11 memperingati serangan 11 September.
Selasa lalu, Duta AS ke Libya dan tiga yang lain terbunuh di Benghazi.
Di Khartoum, penunjuk perasaan memasuki kawasan premis Kedutaan AS.

Laporan BBC menyebut penunjuk perasaan membakar dan menurunkan bendera Jerman, dan menaikkan kain rentang dibawa mereka.

Di Kaherah, polis Mesir melepaskan tembakan gas ke arah 500 penunjuk perasaan dalam usaha meleraikan mereka dari kawasan protes di pekarangan Kedutaan AS. Serangan juga disaksikan di Sanaa, ibu negara Yaman.

Seorang dilaporkan terbunuh di Lubnan.
Presiden Mesir, Mohammad Mursi menggesa penunjuk perasaan agar bertenang.
Jalan-jalan utama di Kaherah dikenakan sekatan menggunakan dawai berduri, konkrit dan kenderaan polis.

Sumber: Sinar Harian
Read More

Majlis Ilmu Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Perkarangan Stadium Darul Aman Sebentar Tadi Anjuran Kerajaan Kedah... Jumlah Hadirin Yang Hadir Dianggarkan Seramai 40 000..



Memang gempaklah Ustaz Azhar malam tadi, Majlis Ilmu yang disampaikan oleh beliau telah dihadiri oleh 40k hadirin dan aku banggalah sama orang Kedah kerana dapat meluangkan masa untuk mendengar Kuliyah daripada Ustaz.
Esok jangan lupa orang Penang yerr..jom kita pakat penuhkan kuliyyah Ustaz..Kepada Syaithan yang dikenali jangan jeles..haha..
Dan pada hari Ahad nie pula kt Perak lak..moh kite pergi ramai2.

Read More

Apa Nak Jadi Nie - 15 Pelajar Membelasah Cikgu Disiplin

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.

Harian Metro
Read More

Ngeri - Maut Akibat Suntik Silikon Pada Kemaluan


New Jersey – Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan prosedur membesarkan alat kelamin.
Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia.

Street yang merupakan bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan kemaluannya selepas membaca iklan mengenai perkhidmatan tersebut.

Rivera menjalankan prosedur itu di rumahnya. Dia yang didakwa tidak memiliki lesen atau latihan perubatan telah menyuntik silikon ke kemaluan Street. Lelaki tersebut meninggal dunia keesokan harinya. Ujian perubatan mendapati dia mati akibat embolisme silikon

Sumber: Harian Metro.
Read More

Pelajar Berasmara Di Belakang Sekolah, Sambung ‘Projek’ Di Rumah Boyfriend

KULIM – Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.
“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

“Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.
“Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Read More

Panas - Penjaga Gol Kebangsaan Di Jatuhi Hukuman Denda Kerana Di Tangkap Khalwat

Penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap yang masih berstatus isteri orang pada tahun lalu.

Selain Mohd. Farizal, 26, yang turut menjaga gawang Negeri Sembilan, turut dikenakan hukuman serupa ialah pasangannya, Zaiton Othman, 29, yang kini telah bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak.

Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar turut mengarahkan kedua-duanya dihukum penjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda.Pasangan itu yang datang berasingan membayar denda tersebut di kaunter mahkamah sejurus prosiding berakhir.

Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik di sebuah rumah milik rakan Zaiton di 3A-02, Blok A, Shang Villa Condo, No. 2A, Jalan SS7/15, Kelana Jaya di sini pada pukul 3.40 pagi 12 Oktober 2011.Pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes yang diakui kedua-dua tertuduh, sewaktu pintu bilik dibuka, Zaiton berseluar panjang hitam dan baju T ketat warna merah jambu dalam keadaan meniarap manakala Farizal yang juga memakai baju T dan berseluar pendek berada dalam keadaan berselimut di atas katil.

Terdahulu, Mohd. Farizal mendakwa dirinya insaf dan kesal dengan kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.“Sejak kes ini keluar surat khabar, ia menjejaskan reputasi saya dan keluarga, orang ramai mula mencemuh, mungkin salah saya,” katanya yang memberitahu sudah mempunyai perancangan untuk menikahi Zaiton kelak.

Sehubungan itu, anak kelima daripada tujuh beradik itu memohon hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung adik-beradik yang bersekolah serta ibu bapa pula sudah tidak bekerja.“Saya juga hanya bekerja kontrak dan bukannya tetap.

Selepas apa yang terjadi, saya bimbang sekiranya kontrak saya tidak disambung pada musim depan,” katanya dalam nada perlahan.Sementara itu, Zaiton yang kelihatan sebak turut insaf dan memohon hukuman ringan kerana sejak bergelar ibu tunggal, dia perlu menyara dua orang anak serta membayar pelbagai pinjaman peribadi dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap.

Katanya lagi, dia masih trauma dengan perceraian yang berlaku hampir setahun lalu akibat kejadian tersebut.Farizal diturunkan semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Vietnam Selasa lalu yang menyaksikan pasukan kebangsaan dibolosi 2-0.

Sumber: sinar harian.

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

Tahniah - Ayu Raudhah Hamil Lagi

PENGALAMAN kehilangan kandungan ketika masuk minggu keenam meninggalkan momen pahit buat aktres Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak kebangsaan, akhir tahun lalu.
Bagaimanapun, kesedihan itu terubat apabila Ayu kini sedang hamil tiga bulan. Mengakui bimbang akan keselamatan kandungannya, Ayu dinasihatkan doktor untuk bercuti bagi menggelakkan kejadian sama berulang.

"Doktor tidak mahu saya mengambil risiko kerana pernah keguguran sebelum ini. Jadi saya diminta untuk bercuti dan tidak boleh membuat sebarang kerja, waima untuk menyapu rumah sekali pun.

"Sejak Ramadan lagi, tawaran memang banyak, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik. Walaupun sekarang rasa dah kuat, tapi saya tidak mahu mengambil risiko lagi. Namun, doktor masih membenarkan saya untuk berjalan-jalan atau bersiar-siar," ujarnya gembira.

Menurut Ayu, ketika di awal minggu kehamilan, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk seperti sesetengah ibu mengandung lain.

"Alhamdulillah, saya tidaklah muntah terus sehingga lembik. Ada juga kadangkala, tetapi tidak kerap. Biasanya saya muntah kerana angin dalam badan dan bila dah muntah, saya lega. Malah, sehingga kini saya juga tidak rasa mengidam untuk makan apa-apa. Alhamdulillah, segalanya macam biasa sahaja," katanya.
Ayu berkata, Zaquan adalah individu paling gembira apabila doktor mengesahkan dia sedang hamil ketika itu dan sering bimbangkan isterinya apabila berjauhan.

"Sebenarnya, Zaquan yang alami loya-loya sebelum kami tahu yang saya sedang hamil. Bila diperiksa, barulah dapat tahu saya hamil dan kami memang tidak sabar untuk menimang cahaya mata, Zaquan lebih-lebih lagi.

sekarang ini pun, Zaquan tiada kerana sedang menjalani latihan untuk menghadapi perlawanan dengan Vietnam. Jadi dia perlu tinggal di hotel yang disediakan. Tapi dia tetap akan balik setiap malam menjenguk saya dan saya tidak dibenarkan tinggal sendirian di rumah. Jadi bila dia tiada, dia akan hantarkan saya ke rumah Kak Ta (Rozita Che Wan)," kata pemilik nama sebenar Raudhah Abu Bakar @ Che Wan.

Kemelut tiada kesudahan

Menyentuh mengenai luahan birasnya yang juga aktres, Rita Rudaini di laman Twitter baru-baru ini mengenai dirinya, Ayu berkata, perasaannya sedikit pun tidak terganggu dengan situasi berkenaan.
Katanya, dia merasakan sudah lali dengan satu persatu cerita yang keluar mengenai dirinya dari aktres berkenaan.

"Bagi saya cerita ini bagai tiada kesudahannya. Hari ini keluar cerita ini, esok keluar cerita lain. Saya pun dah malas nak pertahankan diri saya lagi.

"Bila kata begini, pihak lain akan kata begitu. Jadi biarlah dia nak cakap apa pun, asalkan dia puas hati. Saya rasa selagi kami tidak bertemu, selagi itu kemelut ini tiada kesudahan," jelasnya.

Ayu berkata, dia pernah berlakon dengan Rita di awal kariernya dahulu dan Rita yang dikenalinya seorang yang baik
.
Katanya, dia kurang jelas mengapa tiba-tiba wujud perseteruan di antara dia dan Rita yang juga isteri kepada Aidil Zafuan sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan Aidil.

"Saya tak pernah ada masalah dengan dia sebelum ini dan saya rasa memang tidak pernah ada masalah dengan dia waima pernah bergaduh ke sebelum ini. Cuma sebelum saya berkahwin, tiba-tiba saya terkait dengan hal rumah tangganya.

"Lagipun kami tidak pernah bertemu dan saya juga tidak tahu apa cerita yang disampaikan pihak ketiga kepadanya. Jadi saya tak boleh nak terangkan perkara sebenar.

"Namun seandainya dia terbuka hati untuk berjumpa saya, dan sekali gus dapat menyelesaikan kemelut ini, saya berbesar hati untuk berjumpanya," akuinya.
Read More

Masih Ada Lagikah Nilai Kasih Sayang Di Negara Barat - Budak Kecil Mati Di Pukul Besi






Christine Schürrer (lahir 30 jun 1976, di Hannover) adalah seorang warganegara Jerman yang membunuh dua kanak-kanak Sweden dan ibu mereka cedera parah dengan 15 pukulan ke kepala dengan tukul selepas menyerang mereka di rumah mereka di Arboga, Sweden, pada 17 Mac,2008.

Motif pembunuhan dikenalpasti sebagai cemburu, sejak Schürrer telah dibawa jagaan bapa tiri kanak-kanak sementara dia bercuti di pulau Yunani Crete pada tahun 2006 di mana beliau telah bekerja di asrama tempatan.

Sumber: Guablog.com
Read More

Jeem - Remaja Bertuala Dan Pakwenya Ditangkap, Dituduh Bersetubuh


DUNGUN – Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.
Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan,  tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki  yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.
Siasatan mendapati mereka bukan mahram.

Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Sinar Harian Online
Read More

Video Lawak - JKKK mengamuk di Melaka ( HAHAHA )


Lawak betul video nie, JKKK kat Melaka mengamuk kerana penduduk kampung pergi kat ceramah Pakatan. Siap bagi amaran- macam nie ada kaaaaa...tolong tampar aku, aku x leh nak berhenti gelak nie..haha
Read More

Ini lah Video Celaka Yang Hina Islam Dan Nabi Muhammad



Benggang betul aku malam nie, tengok trailer  filem celaka nie..Aku tengok trailer nie otak pengarah filem nie memang bermasalah dan gila.

Filem nie memang menghina umat Islam dan Nabi Muhammad, esok khutbah kalau x ulas isu nie mmg aku bengang laa..

Untuk rekod, filem arahan Sam Bacile  yang bertajuk Innocence of Muslims, telah ditaja oleh kerajaan israel sendiri. Dia mendapat tajaan terus dari PM israel celaka.

Malam nie darah aku terus naik, kalau ulas lagi mau pergi hospital aku..x dop rasa nak hormat langsung perasaan umat Islam..Esok jom turun Rusila, ada perhimpunan membantah penghinaan ini..




Read More

Pelajar UNISEL Mati Gantung Diri Dan Diketahui Selepas 4 hari

Kecoh kat twitter dan Fb pasal pelajar India bunuh diri kat UNISEL.

Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti.
Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun. Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai)Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk.
 
Aku try laa google berkenaan berita ini, tiada sumber sahih berkenaan berita ini. Aku rasa ini adalah satu taktik untuk memburukkan UNISEL..Wallahualam

Read More

Dunia Akhir Zaman | - Seorang remaja islam buat laporan polis 5 orang perempuan berbogel untuk goda dia

Dunia Akhir Zaman |  Seorang remaja islam buat laporan polis 5 orang perempuan berbogel untuk goda dia | Seorang remaja islam buat laporan polis 5 orang perempuan berbogel untuk goda dia

Seorang pemuda islam Yaman mengalami gangguan seksual dari 5 orang pelajar perempuan di Arizona, USA.

Kumpulan pelajar perempuan terbabit memasuki apartmen peribadi pelajar berkenaan dan bertindak menanggalkan pakaian selepas menutup pintu apartmen supaya pemuda itu tidak dapat melarikan diri

Bagaimanapun Essam Sharabi bertindak melompat dari tingkap bilik tidurnya dan segera memaklumkan polis di kawasan berkenaan. Kumpulan pelajar perempuan tersebut ditahan pihak polis.

Selepas siasatan dijalankan, salah seorang pelajar perempuan tersebut memberi kenyataan bahawa pemuda itu mengalami masalah psikologi setelah mereka meminta beliau keluar “dating” beberapa kali namun ditolak atas alasan bahawa agamanya tidak membenarkan sebarang hubungan intim dengan perempuan selain dengan isteri.

Mengikut undang-undang negera tersebut melarang sebarang bentuk gangguan melainkan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan hubungan..
 
Read More

Gambar seorang gadis berusia 18 tahun dirogol dan dibakar hidup-hidup



Oksana Makar, gadis muda usia 18 tahun dari Kota Mykolayiv, Ukraine Selatan, tak pernah menyangka hidupnya akan berakhir menyedihkan. Ia menjadi mangsa rogol oleh tiga pemuda yang tidak dikenali. Yang lebih menyedihkan, setelah diperkosa, ia juga dibakar hidup-hidup oleh ketiga-tiga pelaku sadis tersebut.

Insiden ini bermula pada malam tarikh 9 Mac. Tiga lelaki memikat Oksana ke apartmen salah satu pelaku. Di sana mereka memperkosa Oksana dan salah satu diantaranya mencekik gadis malang itu. Kemudian mereka memperkosanya lagi kerana menyangka ia sudah meninggal. Puas melepaskan nafsu, ketiga-tiga membuang dan membakar mangsa di sebuah bangunan yang sedang dibina di berhampiran tempat kejadian keesokan harinya (10/3). Akibatnya ia mengalami luka bakar 3 dan 4 di 55 peratus bahagian tubuhnya.

Mujurlah seorang pejalan kaki yang kebetulan melintas mencari Oksana yang sedang dalam keadaan kritikal dan segera membawanya ke hospital. Ia mengalami luka akibat bakar 55 peratus, dan untuk menyelamatkan jiwanya, kumpulan doktor harus merawat satu tangan dan kakinya. Namun takdir berkata lain. Oksana akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah mendapat rawatan selama tiga minggu di hospital khas di Bandar Donetsk, Ukraine timur, Demikian keterangan dari hospital kepada pejabat berita Interfax-Ukraine seperti dilaporkan AFP, Kamis (29/3).
 
Menurut doktor Emil Fistal dari hospitalt Luka Bakar Donetsk, jantung Oksana berhenti berdenyut selepas mula terjadi pendarahan di paru-parunya. Meski doktor sudah berupaya keras untuk mengembalikan degupan jantungnya, namun nyawa gadis malang itu tak dapat diselamatkan.
 
Menurut pihak berkuasa berkuasa, insiden yang menimpa Oksana Makar merupakan kes yang paling mengerikan terjadi di Ukraine dalam kurun masa beberapa tahun kebelakangan ini. Ketiga pelaku sadis itu dapat ditangkap dalam masa yang singkat, namun dua diantaranya dibebaskan di hari yang sama kerana kurang bukti. Alasan ini mencetuskan kemarahan orang awam Ukraine yang menganggap pegawai polis lembik menangani kes pembunuhan dan perkosaan brutal tersebut, apalagi setelah salah seorang suspek itu muncul dalam video yang dimuat ke YouTube di mana dia dengan tenang menceritakan kejadian mengerikan itu
Rupanya dua daripada tiga suspek itu adalah anak pemimpin di negara tersebut. Maka dari itu, polis tidak berani bertindak gelabah. Namun orang awam Ukraine rupanya tak mahu tinggal diam. Mereka menggelar aksi demo beramai-ramai untuk menuntut keadilan bagi Oksana Makar. Tuntutan hukuman mati bagi para pelaku, menjadi harga mati bagi para penunjuk perasaan. Aksi tunjuk perasaan ini akhirnya mendapat perhatian dari Presiden Ukraine Yanukovych yang memerintahkan pendakwa am mengawasi kes ini. Sebagai bentuk keseriusan kerajaan, pada tarikh 13 Mac lalu, kedua-dua suspek yang sempat menghirup udara segar itu akhirnya ditahan kembali. Kini orang awam Ukraine tengah menunggu langkah selanjutnya dari kerajaan untuk memberi keadilan bagi Oksana Makar yang malang.
 Sumber: Rileksantai.com
Read More

Bergambar - Akhlak Sultan Terhebat ( Semoga Allah Panjangkan Umur Tuanku )








Ikhlas memang aku cemburu dengan rakyat Kelantan, mempunyai seorang Sultan yang sungguh zuhud dan tawaduk semoga Allah memanjangkan Tuanku..

Seorang pemimpin yang baik akan melahirkan negeri yang aman dan dirahmati Allah. Semoga Tuanku dapat bergandingan dengan Tok Guru Nik Aziz dalam mendidik rakyat ke arah yang lebih baik walaupun berbagai rintangan yang telah dilalui oleh rakyat Kelantan seperti dinafikan hak royalti minyak.

Seperti mana yang kita sedia maklum, menjadi ketua agama merupakan suatu tugas yang sangat berat. Masya-Allah.. sangat berat. Aku sendiri dapat merasakan betapa susahnya menjadi ketua agama. Tetapi dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Sultan Kelantan menunjukkan baginda berusaha menjadi seorang ketua agama yang baik.

Bersama nukilan yang tak seberapa ni bukan untuk memuja atau mengagungkan seseorang cuma sekadar menunjukkan contoh dan teladan yang patut kita ikut dan amalkan.
Jika dilihat dalam konteks  sebagai seorang pemimpin, tidak semestinya terarah kepada seorang sultan atau perdana menteri atau presiden-presiden di negara luar. Dalam organisasi juga mesti ada ketua atau pemimpin. Contohnya, ketua jabatan, presiden persatuan atau kelab, ketua kelas,  dan paling penting menjadi ketua keluarga  yang sentiasa terarah kepada lelaki yang bergelar ayah atau suami. 

Peranan pemimpin  amat besar kerana pemimpinlah yang membawa pengikut-pengikutnya atau ahli keluarga ke arah kebaikan atau kejahatan. Contoh  dan tauladan yang diberikan dan ditonjolkan  oleh seorang pemimpin mestilah membawa kita sebagai rakyat atau pengikut ke arah kebaikan sebagaimana yang dituntut dalam agama.

Kenapa sebelum ni aku ade katakan bahawa tugas pemimpin ni sangat berat?  Ini kerana tugas seorang pemimpin ini akan disoal di akhirat kelak. Di akhirat nanti masyaAllah... Jika memimpin dan menjadi contoh dengan baik insyaAllah tenang di akhirat kelak, jika sebaliknya? Wallahualam... Hanya Allah sahaja yang tahu.

Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin di luar sana.  Marilah kita membawa perubahan yang baik untuk rakyat dan juga pengikut-pengikut kamu agar mereka yang menjadikan kamu sebagai ketua atau pemimpin akan berasa aman dan suka dengan cara kepimpinan kamu dan teladan yang kamu telah tunjukkan. Walaupun tugas  berat menanti tapi sebagai seorang pemimpin kita harus tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Ini kerana Allah sentiasa ada di sisi kita  apabila kita berada dalam kesulitan. Berdoalah supaya dalam usaha kita menjadi pemimpin yang baik  akan diberkati dan diredhai Allah S.W.T insyaAllah..

Berkaitan dengan gambar-gambar di atas merupakan suatu contoh yang baik untuk kita ikut dan teladani.
InsyaAllah sama-sama kita doakan supaya  Tuanku dapat mengekalkan keperibadian seperti ini dan  menjadi contoh yang baik kepada semua rakyat.. ALLAHUAKBAR~!!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.