Sunday, 16 September 2012

Bayi Perempuan Dicampak Dari Rumah Flat Di Petaling Jaya

PETALING JAYA – Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.
Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.

“Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak,” katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan.
“Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya.

Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – Bernama

P/S: Adus senang2 ke ko campak..gila apa..suspek dah kena tangkap...minta yang  melakukan perkara ini diadili di mahkamah..

Awek Kena Buli, Dipukul, Terajang, Digunting Rambut Tanpa Belas Kasihan.

Geram giler aku tengok video nie, kalaulah adik aku kena macam nie memang aku cari balik perempuan mangkuk nie. Tak cukup penampar dan terajang, diguntingnya pula rambut minah tu.

betullah zaman sekarang nie, kadang2 tindakan mereka diluar pemikiran kite. x betul sikit nak pukul, undang-undang tolak ketepi.

budaya samseng bukan takat remaja jea, orang tua pun sama ajar anak berlaku samseng..teringat lak aku hadis Nabi yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) dan ibu bapa yang mencorakkan kehidupan mereka sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.”

Wallahualam...

Ustaz Setan Apabila Menjadikan Dua Murid Perempuan Yang Berusia Tujuh Dan Lapan Tahun Sebagai Pemuas Nafsunya

KAJANG: Seorang guru agama berusia 20-an layak digelar ustaz setan apabila menjadikan dua murid perempuan yang berusia tujuh dan lapan tahun sebagai pemuas nafsunya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Bangi sejak Ogos lalu.

Difahamkan, suspek yang sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak setahun lalu akan membawa mangsa ke tempat sunyi di kawasan sekolah sebelum mencabul mereka. Tambah keji, suspek turut mengugut untuk menghukum mangsa sekiranya mangsa menceritakan kejadian itu kepada orang lain termasuk keluarga mahupun rakan serta guru.

Bagaimanapun, perbuatan keji suspek terbongkar Isnin lalu apabila mangsa pertama iaitu kanak-kanak berusia tujuh tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum pasangan suami isteri berusia lewat 20-an itu membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Balai Polis Kajang.

Menurut sumber, berdasarkan laporan yang diterima, sepasukan polis yang melakukan siasatan kemudiannya menahan suspek di rumahnya, di sini, kelmarin.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, siasatan lanjut pihak berkuasa kemudian mendapati selain kanak-kanak berusia tujuh tahun itu terdapat beberapa mangsa lain.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, pihak berkuasa mendapati terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun turut dicabul,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, keluarga kepada kanak-kanak berusia lapan tahun itu turut tampil membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan tidak lama kemudian.

“Sehingga kini, pihak berkuasa menerima dua laporan berhubung kejadian itu dan sedang menyiasat kemungkinan terdapat mangsa lain yang dicabul suspek,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah dia akan membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum memeluk, mencium dan memegang kemaluan mangsa.

Tambah sumber itu, dua murid itu sudah dirujukkan ke hospital berhampiran kawasan berkenaan dan difahamkan, mereka masih trauma dengan insiden berkenaan.

Sumber itu berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohamad Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.

Sumber: Metro

Jangan Beritahu Suami Saya, Rayu Wanita Dicekup Zina Dengan Rakan Suaminya

GEORGETOWN : “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.
Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.
Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.
“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.

Sumber: Informasi Dot My

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download