Meh Kita Tengok Sesi Temuduga Dengan Peragut!

Malaysia inilah satu negara yang rakyat dia memiliki tahap kesabaran dan intelektual yang tinggi.
Apa yang anda akan saksikan dalam klip video di bawah, adalah seorang remaja lelaki ditangkap kerana meragut di Bukit Kiara pada Mac lalu.

Boleh tak anda bayangkan tak apa yang akan berlaku kalau seorang paragut ditangkap di negara seperti China, India, Indonesia atau mana-mana negara Afrika?

Belasah separuh mati itu sudah wajib…..namun hampir pasti akan dibogelkan, dikerat anunya, dicurah petrol dan dibakar.

Itulah nasib kalau buat hal di negara-negara seperti di atas.
Di Malaysia macam mana? Ada kes belasah, bukan tidak ada. Tapi tidak pernah melampau.
Dalam klip di bawah lagi best. Awal klip tu adalah seorang yang tengah memukul…balik dia yang kena sound….“kau sape nak jatuh hukum kat sisni”….pulak dah!

Lepas tu, budak yang meragut itu diberikan layan kategori penuh manja dan cukup dengan kata-kata nasihat.
Oklah…adalah ciri-ciri negara yang mana rakyatnya terpelajar dan bijak.

Tunggu polis datang dan bawak balai untuk mulakan siasatan.
Kalau tanya penulis, kedua-dua kaedah ada betulnya.
Kalau belasah pun okay…nak bagi nasihat pun okay.

Nasib si penjenayah la dia kantoi dalam kumpulan anggota masyarakat yang mana. Kalau kena belasah pun jangan nak mengadu, kerana jenayah meninggalkan luka dan parut yang mungkin tidak akan hilang dalam jiwa dan fizikal mangsa serta anggota masyarakat di sekitarnya.


Cuma dalam klip  ini, betul-betul bernasib baik la budak yang meragut tu, brader yang duk rakam tu tak putus-putus menasihat dengan ikhlas hati…walaupun nasihat dia pun entah apa-apa…adake patut suruh pergi mintak sedekah. Sumber: Oleh: AK-47



Read More

Tu Dia - Sanggup Merangkak Di Jalan Raya Sejauh 1000 Meter Mohon Isteri Memaafkan Kesalahan..


Lelaki Ini Merangkak 1000 Meter Mohon Ampun Isteri!

Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.

Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat.
Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.

Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.

Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.
Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.

Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.
Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.
Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.

Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.
Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.

Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.
Tu lah kuasa wanita..haha
Sumber: Fb
Read More

Panas Gilerr - Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan Rasulullah dah pun diserang dirumahnya

Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan Rasulullah dah pun diserang dirumahnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebagai manusia, masing-masing ada "limit" untuk bersabar dan sebagai manusia juga, gunalah otak dengan baik dan waras sebelum melakukan sesuatu yang mengundang rasa marah orang lain.

Psst: Gopinath Jayaratnam sebelum itu telah menulis status di status ...
Facebook'nya bahawa akaun beliau telah di'hack. Dari siasatan ringkas kami, status-status sebelum yang paling ekstrem itu lagi telah menunjukkan rasa tidak senang dengan agama lain. Biarlah polis lakukan siasatan. Jadikanlah ini pengajaran ya :)

Post oh! Media  petang tadi: http://ohmedia.me/GopinathJayaratnam
 
Sumber: Fb Oh Media..
 
Ulasan Ambe:
 
Kita rakyat Malaysia hendaklah menghormati Agama, Budaya, atau adat sesuatu kaum. Bagi ambelah menyentuh dan menghina Agama lain adalah satu perkara yang tidak diizinkan penghinaan kepada Allah dan Rasulullah adalah seperti menghiris hati-hati kami orang Islam dan mesti dituntut bela. Kamu boleh hina ibu dan ayah kami dan kami masih boleh bersabar dan jika penghinaan itu terhadap Allah dan Rasul darah lah galang gantinya.

Berkenaan isu ini, kita orang Islam tidak boleh bertindak melulu kerana isu ini adalah berbeza dengan Isu penghinaan yang dilakukan Yahudi dengan menayang klip filem arahan Sam Bacile  yang bertajuk Innocence of Muslims, telah ditaja oleh kerajaan israel sendiri  ( Sila Klik ) kerana dalam isu nie Gopinath Jayaratnam telah menyatakan bahawa akaun beliau di hack dan kemungkinan kenyataan itu betul dan kita masyarakat Islam janganlah terlalu gopoh dan melulu kerana ini akan mencemarkan kesucian Islam. 

Bagi akulah kita bawak Mamat ini ke Mahkamah dan  menghukum beliau mengikut undang-undang Negara..sebab dia berlaku dalam negara kita..bagi akulah orang itu tidak didapati bersalah selagi Mahkamah tidak menyatakan seseorang itu bersalah..itu adalah prinsip yang patut kita pegang..ini kerana Mamat itu tidak mengaku dan menyatakan dia di fitnah kerana akaun telah di hack dan ini tidak mustahil berlaku.

Wallahualam...


Read More

Lagu Terbaru Man Khan - Anok Kampong

Pagi-pagi nie jom layan lagu terbaru Man Khan - Anok Kampung, nie lah keindahan Masyarakat Malaysia ada berbagai bahasa dan budaya dan keharmonian nie hendaklah kita kekalkan semoga Malaysia bertambah makmur.

Bagi ambelah Negeri Kelantan nie penuh dengan budaya dan sopan santun dan akhir-akhir nie ambe tengok banyak lagu-lagu rentak dikir barat diolah dengan muzik moden..Bagi ambe lah nak berhibur tidak salah tapi kena jaga tatasusila sebagai Orang Islam dan perkara yang diwajibkan seperti Sembahyang jangan tinggal InsyaAllah setiap perkara yang kita buat tu ada berkat.

Satu lagi setiap penyanyi hendaklah tidak mencampur adukkan lelaki dan perempuan dalam satu persembahan..Yelah berubah laa slow2..hehe 

Lagu nie sebelum album dia keluar ambe dah dengar  kebetulan ambe kenal laa sikit dengan Man Khan terutama Jali Bunga Tanjong, kadang-kadang selalu keluar minum dan sembang, almaklumlah ambekan kaki sembang..hehe.

Kepada sesiapa yang hendak jemput Man Khan dan Jali buat persembahan boleh laa PM ambe..hehe InsyaAllah ambe boleh sampaikan..

Lagu anak kampung nie diolah dalam dielek Kelantan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan masyarakat..Jom layan...
Read More

Video - 2 Wanita Islam Kongsi Sebilik dengan Jantan Afrika

Korang saksilah video nie, betapa banggangnya minah nie..Sanggup jadi lauk  Mat Black Afrika.  Hebat betul mat black yang datang negara ni. Bukan sorang, tapi sekali ngap sampai dua. Tak bagi peluang langsung...

Mat Black nie aku tengok datang kat Malaysia nie bukan nak studi sangat tapi dan sekolahkan minah-minah bodoh macam nie, yang aku bengangnya wanita melayu Islam.. Betapa lah ramai jejaka melayu mat black jugak jadi pilihan.

Aku tengok sebab utama minah2 tergoda ngn Mat Black sebab diumpan dengan duit2 lah last-last jadi keldai, keldai dadah laa keldai sex laaa.. Minah Cai nie bukan nak amik pengajaran pun bila dah kena baru ingat Mak Bapak..Aish Sori laa marah sikit aku petang nie..

korang tengok laa Kisah Mat Black dengan Minah2 Melayu nie..



Read More

Alhamdulillah Sudah 3 bulan Aku Jadi Blogger Cap Ayam

Assalamualaikum...Sedar x sedar dah 3bulan aku berblog, dulu aku sebut main blog tapi ben Ashaari kata salah tu..hehe.....Terima kaseh Ben.

Seronok berblog nie, dapat jumpa kawan baru al maklumlah aku nie perantau jadi perlukan teman-teman baru. Terima kaseh kepada sahabat semua.

Aku kenal blog nie melalui Abe Que Achmad terima kaseh abe, dalam berblog nie macam-macamlah kutukan aku terima terutama Anynimous yang selalu kutuk aku. boleh dikatakan setiap entri yang aku hantar kena kutuk laa..hehe

Apalah pasal blog pun nak dengki..haha kadang-kadang aku hairan jugak bagi akulah
dalam politik ke, korang minat bola ke bahasa mau jaga, sefanatik mana pun anda dalam sesuatu perkara, hati kawan mau jaga. Berbeza fahaman bukan tiket utk memaki hamun org.. Dalam Al-Quran sekalipun Allah menggunakan perkataan "ahli kitab" kpd kaum yahudi. Amacam sama Islam mau gaduh kaa?

Kadang-kadang aku terlepas cakap juga, sorilah aku pun manusia biasa. Bagi akulah kebenaran itu daripada Allah dan salah dan silap tu daripada kelemahan diri sendiri akulaa..

Mana yang baik jadi iktibar dan yang buruk itu jadilah tauladan , aku bukanlah alim sangat pun..haha

Pepun Kepada Semua Aku Ucapkan Ribuan Terima Kaseh..


Read More

Seorang Lelaki Perancis Telah Memenggal Kepala Editor Kartun Hina Nabi?

Polis Perancis menangkap seorang lelaki yang mengaku sudah membunuh seorang editor surat khabar Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu ditahan setelah ia memberitahu telah membunuh editor tersebut di salah satu laman web jihad.
 
Keterangan tersebut di berikan salah satu sumber Mahkamah Perancis. Dalam laman jihad tersebut, lelaki itu mengaku sudah membunuh dan memenggal kepala editor yang bertanggung jawab atas terbitnya kartun Rasulullah SAW tanpa pakaian.
 
 "Editor tersebut tidak boleh dibiarkan hidup dalam damai," kata si lelaki yang tidak disebutkan namanya, seperti dinukil Alarabiya.net.
 
Polis menahan lelaki tersebut di sebelah barat Bandar La Rochelle. Polis saat ini sedang membuka siasatan awal atas tuduhan pembunuhan tersebut.
 
Para pemimpin Islam di Perancis, Jumaat (21/9) lepas menggesa agar tidak melakukan kekerasan terhadap  protes yang dilakukan kerana penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. 
 
 
Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls menegaskan, akan memberikan hukuman kepada para penunjuk perasaan yang mengadakan demo menentang terbitnya kartun Nabi. Manuel Valls beralasan, demonstrasi akan mengganggu ketenteraman awam.
 
Terbitnya kartun Nabi Muhammad SAW menambah kemarahan umat Islam dunia, berikutan pengedaran filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Rasulullah SAW. Demonstrasi umat Islam Perancis di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Paris.
 
Meski Pemerintah Perancis melarang demonstrasi, umat Islam Perancis merancang untuk melakukan protes besar-besaran
 
 
Sumber Alarabiya.net
 
 
P/S: Kalau editor nie kakisembang jumpe mmg kena Smack Down laa..
 
Read More

Benggong - Remaja Melayu Bangga Tunjuk Luvbite Kat Facebook

Nah ini lah penangan orang muda zaman yang serba maju nie..dah x segan nak tunjuk kebodohan diri sendiri.
Ambe pun hairanlah macam mana minah nie leh terfikir nak post benda mengarut macam nie x logik laaa..

Kalau kite tengok akhbar kalau x de buang anak sehari memang perkara yang cukup pelik, kenapa perkara ini berlaku? nah ini jawapan ambe, sebab kita Umat Islam sudah lama meninggalkan Al-Quran dan hukum yang terkandung dalam nya..ini laaa bala sebenarnya..

Ambe bersangka baik lah mungkin gambar nie ada orang edit nak kenakan minah nie..gambar nie ambe amik kat FB antara yang terhangat di postlaa..hehe.

Pepehal awasi anak anda dan ahli keluarga anda dari perkara mengarut mcm nie..selalu menekankan tentang Agama InsyaAllah keluarga kita selamat..Wallahualam.

Cai jangan marah kt ambe lak..sekadar pandangan jer..kikiki
Read More

Awek 16 tahun Hamil Ditinggal Kekasih dan Di Usir Keluarga

                                                 Mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.

Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.

Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya.

P/S: Sedihnya lah samalah nasib macam entri yang aku publish sebelum nie, kalau aku ulas lebih2 nanti cai2 mengamuk lak..hehe
Read More

Mengamuk Kerana Ayah Tidak Bagi Duit Ugut Hendak Cederakan Ibu Dan Adik Beradik

Assalamualaikum..apa nak jadi dengan dunia ni, kerana Ayah x bagi duit sanggup nak mencederakan Ibu dan adik beradik. Semua orang akan marah bila perangai haramjadah macam nie, tapi kita pernah tak fikir kenapa perkara ini terjadi. Bagi akulah mangkuk nie memang patut dipersalahkan tapi Ibu bapa pun janganlah berlepas tangan jer.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) dan ibu bapa yang mencorakkan kehidupan mereka sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani. bagi akulah peranan Ibu bapa pun begitu penting dalam mendidik anak-anak. 

Jika hendak berkeluarga pun penuh kan ilmu di dada terutama ilmu agama, jangan sampai Ayah yang patutnya menjadi pemimpin menjadi golongan yang dayus seperti entri aku sebelum nie kisah adalah Nabi Nuh dan Nabi Luth dayus ( Sila Klik ). 

Pemimpin masyarakat pun jangan lah berlepas tangan dalam hal ini, kerana Perangai Pemimpin akan menjadi ikutan rakyat. Kalau pemimpin x betul macam mana rakyat nak sejahtera..betul x?....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Jom layan berita tentang budak yang mengamuk kerana Bapa tidak bagi duit, semoga Allah mengampuni dosa beliau dan aku sekali....Ameeen.
jem nguh laa trg lagiii...

KUALA TERENGGANU - Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan oleh si bapa, seorang buruh tergamak mengugut bukan sahaja akan mencederakan bapanya, malah akan mencederakan semua ahli keluarga termasuk ibu dan adik-beradik.

Bagaimanapun, perbuatan buruh, Zapri Razali, 23, menerima pembalasan setelah dikenakan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Zapri mengaku dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera kepada bapanya, Razali Muda, 59, pada 10 Ogos lalu kira-kira jam 11 malam.

Zapri mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun yang sama itu di kediaman mereka di Kampung Gong Pak Maseh, di sini.


Sumber: Sinar Harian.
Read More

Buku Terbaru Ustaz Azhar Idrus - Semoga Memberi Manfaat

Assalamualaikum. Ambe rasa terpanggil untuk membuat sedikit promosi buku terbaru UIA bertajuk  Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat.

Kalau rokok pun kita boleh beli sekotak sehari, pe salah nya kita dapatkan buku nie...malu laaa rokok boleh beli buku keagamaan yang boleh tolong kita tahu tentang hukum hakam agama kita buat x tahu jeer..bukan apa InsyaAllah Ilmu yang kita belajar boleh membantu kita bila kita mati nanti...

Apabila Matinya anak  Adam hanya tiga perkara yang boleh menolong kita antaranya Ilmu yang memberi manfaat. sekurang-kurangnya bila kite beli buku nie anak beranak kita boleh jugak baca..

hubungi sahabat ambe untuk dapatkan buku ini..

Buku Terbaru : Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus 2 - Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat..
Sila buat tempahan sekarang.. Hubungi/sms ustaz Naim Hashim-0196023803/0173112753..
E-mel:jelawat_putih@yahoo.com..Harga:RM25
Read More

Balasan Di Dunia - Ini lah Nasib Keluarga Pembuat Filem Yang Menghina Nabi Muhammad (SAW)


Ahli keluarga Nakoula Basseley Nakoula, warga California yang menulis dan menghasilkan filem anti-Islam, Innocence of Muslims, hidup tak tenang setelah filem itu menuai kemarahan muslim di pelbagai negara. Mereka memutuskan meninggalkan rumah Selasa dinihari, dengan kawalan polis, untuk mula hidup dalam persembunyian.

Nakoula Basseley Nakoula belum kembali ke rumahnya di Cerritos, California, sejak diwawancara Jumaat larut malam oleh pegawai persekutuan tentang peranannya dalam pembuatan filem itu. Karyanya telah mencetuskan protes ganas anti-Amerika di seluruh dunia.

Saat meninggalkan rumah, ahli keluarga Nakoula menutupi seluruh wajahnya. Mereka kemudian naik ke kereta polis untuk bergabung dengan Nakoula di sebuah tempat yang dirahsiakan.
 
"Mereka memutuskan bahawa mereka akan lebih selamat keluar dari rumah itu sehingga boleh bergerak dan hidup normal," kata Steve Whitmore, juru bicara polis. "Yang kami lakukan adalah menjemput mereka dan menyatukan mereka dengan Nakoula," seperti dipetik Tempo online dari ABC News Selasa (18/9).

Whitmore menolak menyebutkan di mana keluarga itu tinggal saat ini. Mereka menyatakan tidak akan pernah kembali ke rumah mereka di Cerritos, walaupun keputusan itu "sepenuhnya terserah kepada keluarga".

Nakoula, 55 tahun, mengakui peranannya dalam pembuatan filem itu minggu lalu. Saat itu, ia meminta bantuan polis untuk menangani ancaman pembunuhan yang diterimanya sejak pelancaran filem itu. Ia juga menyatakan "takut mati", berkaitan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Nakoula awalnya menggunakan nama samaran Sam Bacile, mengatakan kepada wartawan ia adalah seorang "Yahudi-Israel", dan filem itu menelan kos sekitar US $ 5 juta, yang berasal dari teman-teman Yahudi-nya. Namun, yang sebenarnya, Nakoula adalah seorang Mesir-Amerika beragama Kristian Koptik.

Ia kemudian berkata kepada pihak berkuasa bahawa ia dan anak lelakinya, Abanob Basseley, 21 tahun, yang bertanggung jawab untuk menghasilkan filem itu. Ia juga meralat kos pengeluaran sebanyak US $ 50 ribu hingga US $ 60 ribu dan penggambaran yang dilakukan tak lebih dari 12 hari. Ia mendakwa wang untuk filem itu berasal dari keluarga isterinya di Mesir.

Catatan yang diperolehi oleh ABC News menunjukkan, Nakoula pernah dihukum kerana berniat menghasilkan metamfetamin pada 1990-an. Ia juga pernah terjerat kes undang-undang bagi tuduhan penipuan bank.

Menurut laman web The Smoking Gun, Nakoula dihukum 21 bulan penjara dan lima tahun masa percubaan, lalu dipindahkan dari kompleks pemasyarakatan persekutuan di Lompoc, California, ke rumah peralihan pada tahun 2010. Ia dibebaskan dari tahanan persekutuan pada Jun 2011. Produksi filem itu bermula hanya dua bulan selepas dia tidak di sebuah tempat di selatan California. 
 
sumber eramuslim.com
 
P/S: Di Dunia tentera Muhammad mencari mu, Di Alam Kubur Malaikat Mungkar Nakir  menunggu mu..yang pasti kamu pasti mampusss..

 
Read More

Maha Suci Allah - Bayi Ini Lahir Membawa Al-Quran

Allah SWT tak pernah berhenti menunjukkan kuasa-Nya. Seorang bayi di Nigeria lahir sambil membawa Al-Quran dari rahim ibunya. Walapun ibu bayi tersebut beragama Kristian, tapi selepas mukjizat Allah tersebut, ibu dan nenek bayi tersebut langsung mengucapkan dua kalimah syahadat dan menyatakan diri masuk Islam.

Seperti diberitakan harian Pmnewsnigeria, Senin (14/5) kemarin, bayi tersebut lahir di 112 Olateju Street, Mushin, Lagos State, Nigeria Barat Daya pada 7 Mei 2012 lalu. Saat keluar dari rahim ibunya, bayi tersebut membawa sebuah Mushaf kecil di tangannya.

Kikelomo Ilori, nama ibu bayi tersebut. Wanita 32 tahun yang bekerja sebagai seorang ahli kecantikan kemudian menukar namanya menjadi Sherifat ketika masuk Islam. Hal itu diikuti nenek bayi tersebut yang menukar namanya menjadi nama Islam.

Kelahiran bayi tersebut pun menarik perhatian para ulama di negara benua hitam tersebut. Para ulama di Nigeria berkumpul untuk memberikan nama kepada bayi tersebut. Setelah menyampaikan ceramah singkat, seorang ulama Nigeria, Ustad Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

Untuk mengelakkan syirik dan kesesatan, Ustad Abdul Rahman juga menasihati sang ibu bila bayinya bukanlah seorang nabi, meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Al-Quran. Menurutnya, kejadian itu merupakan kehendak Allah, untuk menghantar bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan.

Dalam acara pemberian nama itu, turut hadir ulama tempatan, Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua Nasrulifathi Society of Nigeria, NASFAT, Ustaz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Alifathiaquareeb Islamic Society of Nigeria.

Kelahiran  bayi tersebut telah memberi rezeki kepada penduduk kampung. Peniaga menjual pelbagai souvenir berkaitan bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan imej bayi tersebut.

Tak heran bila kelahiran bayi tersebut dianggap kontroversi sebahagian pihak. Sesetengah pihak berkata mustahil, tapi sebahagian lainnya menganggap kejadian tersebut adalah kuasa Tuhan, dimana tak ada yang mustahil bagi-Nya.

Bahkan, seorang doktor dipecat gara-gara mengatakan bahawa kejadian tersebut adalah hoax alias berita bohong. Padahal saksi, media dan ibunya sendiri menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri.

sumber dari republika.co.id
Read More

[PERGELUTAN SYIAH dgn UNIT AMAL] - Demo bantahan penghinaan Rasulullah ...

Pengikut Syiah nie suka buat kecoh, korang nak buat demo pergilah cari tempat lain..Sebenarnya kita x de masalah hendak berbeza pendapat kerana Islam mengajar kita berlapang dada apabila berbeza pendapat. Tapi Syiah dan Sunni bukan berbeza pendapat tapi berlainan pegangan akidah dan ini tidak boleh dibawa berbincang. Ajaran Syiah tidak sesuai menapak di bumi Malaysia dan boleh membawa kerosakan dan perbalahan.

Ahli Sunnah tidak pernah mengkafirkan atau memfitnah Ahlul Bait dan mengganggap Ahlul Bait adalah Insan yang mulia dan terbaik. Berlainan pula dengan sebahagian Syiah yang mengkafirkan para sahabat dan ini melampau dan tidak boleh diterima..

Aku ucapkan tahniah kepada Unit Amal tangkas menangani Pengikut Syiah yang cuba membawa fahaman semasa demo berlangsung..terus down semangat aku ritu tengok gambar khomenei..Semoga Allah memelihara Islam di Malaysia..Takbirrr


Read More

Nabi Nuh dan Nabi Lut [a.s.] `dayus’? Kupasan Yang Menarik Dari Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz


Soalan:-

Assalamualaikum ustaz, minta komen sedikit berkenaan gambar yang ana postkan di wall ustaz, mengikut kata si folan, nabi Nuh [a.s] dan nabi Lut [a.s] pun dayus kerana mereka gagal dalam mentarbiah isteri masing-masing

Jawapan:-

Perlu diingat bahawa bukan sahaja kepada Nabi Muhammad [s.a.w] kita tidak boleh melemparkan tuduhan-tuduhan yang jahat, tetapi juga terhadap seluruh Nabi-Nabi yang lain juga, termasuklah Nabi Nuh dan Nabi Lut [a.s]; sebaliknya kita wajib menjaga kemuliaan semua nabi-nabi, termasuklah kedua-dua nabi yang telah disebutkan.

Tuduhan dayus adalah suatu tuduhan yang berat kerana para ulama telah sepakat meng`kategori’kan dayus sebagai dosa besar kerana si dayus akan mendapat laknat dan tidak mencium bau syurga.

Oleh sebab itu maka, kita mesti memahami makna dayus dalam etika yang sebenar, sebelum menuduh seseorang itu dayus tanpa mengira siapa pun dia.

Di antara makna `dayus’ menurut para ulama adalah seperti berikut:-
 هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya: “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu [kerana iman] terhadap ahlinya [isteri dan anak-anaknya] [An-Nihayah, 2/147; Lisan al-Arab, 2/150]

Imam al-‘Aini pula berkata: “Cemburu lawannya dayus” [Umdatul Qari, 18/228]
Berkata pula an-Nuhas:

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya: Cemburu [iaitu lawan kepada dayus] adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat [auratnya] oleh lelaki bukan mahram.” [Tuhfatul Ahwazi, 9/357]

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya: Seolah-olah ta’rif dayus itu membawa erti kehinaan [kepada si lelaki] sehingga apabila ia melihat kemungkaran [dilakukan] oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya.”  [Faidhul Qadir, 3/327]

Imam az-Zahabi pula berkata:-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka [atau mendapat tanda] bahawa isterinya melakukan perkara keji [seperti zina] maka ia mengabaikannya kerana `cinta’nya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan [yang diperlukan oleh Islam] dalam dirinya.” [Al-Kabair, 1/62]

Sekian salinan makna `dayus’.
Namun, berkenaan dengan isteri Nabi Lut dan Nuh [a.s] pula para ulama tafsir telah sepakat mengatakan bahawa pengkhianatan mereka berdua (isteri Nuh dan Lut [a.s]) itu sebagaimana ada disebut di dalam ayat 10, surah at-Tahrim adalah kerana mereka tidak mahu membantu dan menyokong perjuangan suami mereka.

Khianat mereka itu bukanlah kerana mereka pernah berbuat zina atau seumamanya.
Ibnu Abbas mengatakan; “Tidaklah pernah berbuat serong akan seorang isteri nabi jua pun.”

Al-Qusyairi mengatakan bahawa ahli tafsir ijma’ artinya sama pendapatnya bahawa tafsir khianat di dalam ayat 10, surah at-Tahrim ni bukanlah dalam hal zina.

Di sini, diberikan contoh-contoh sebagai garis panduan di dalam mengukur dan meletakkan seseorang suami atau ayah itu, terutamanya diri kita sendiri sebagai dayus menurut ustaz Zahiruddin;

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain.

2) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain).

3) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

4) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

5) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

6) Membiarkan isterinya atau anaknya berpelukan atau bersentuhan dengan lelaki lain.

7) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

8) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

9) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.

Kedayusan-kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Beranikah kita, melatakkan Nabi Nuh dan Nabi Hud [a.s] di dalam situasi-situai di atas? Wal iyazu billah…
Wallahu a’lam…

Sekian dari saya, Hishamuddin Abdul Aziz yang sentiasa mengharap didoakan mencapai keampunan dan redha Allah…

P/S: Bukan Senang kita hendak menjadi ketua Keluarga, Silap2 Kita dalam golongan yang dayus... membiarkan ahli keluarga membuka aurat di tempat awam..x takutkah kita tentang dayus ini
 Sumber
Read More

Iklan Yang Menyebabkan kemarahan Orang Yahudi - Tahu pun Kamu Marah Benggong


Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.

Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.

Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.

Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"

Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.

Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika. 

P/S: Tahu pun kamu marah Yahudi Laknatullah..Nanti lah kehancuran mu wahai YAHUDI.. 
Read More

337 PENDUDUK TAMAN TITINGAN TAWAU YANG MINUM AIR MAYAT MENGEMUKAKAN SAMAN RM100 JUTA TERHADAP MAJLIS PERBANDARAN TAWAU (MPT)

 gambar Hiasan
337 PENDUDUK TAMAN TITINGAN TAWAU YANG MINUM AIR MAYAT MENGEMUKAKAN SAMAN RM100 JUTA TERHADAP MAJLIS PERBANDARAN TAWAU (MPT)
APA RASA DA..MINUM AIR MAYAT...
Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100j

...
5:40PM Sep 20 2012
Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.

- Sumber Bernama
dan FB


Read More

Mengenali Sifat Sebenar Dan Kelakuan Yahudi Laknatullah Dan Kenali Rahib- Rahib Yahudi Laknatullah | Pesta Arak Rahib2 Yahudi ( Wajib Tengok ) / Gambar

Mengenali Sifat Sebenar Yahudi Laknatullah Dan Kenali Rahib- Rahib Yahudi  Laknatullah |  Pesta Arak Rahib2 Yahudi | Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk.

Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri.

Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi


gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

gambar Yahudi

 ( Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.

Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum.Yahudi nie laa Yang Menghina Nabi yang Kita Sayangi Muhammad ( SAW). Hancur-hancur Yahudi Laknatullah...Kami Ummat Islam akan terus memburu mu..takbirrr..

Sumber:
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.