Meh Kita Tengok Sesi Temuduga Dengan Peragut!

Malaysia inilah satu negara yang rakyat dia memiliki tahap kesabaran dan intelektual yang tinggi.
Apa yang anda akan saksikan dalam klip video di bawah, adalah seorang remaja lelaki ditangkap kerana meragut di Bukit Kiara pada Mac lalu.

Boleh tak anda bayangkan tak apa yang akan berlaku kalau seorang paragut ditangkap di negara seperti China, India, Indonesia atau mana-mana negara Afrika?

Belasah separuh mati itu sudah wajib…..namun hampir pasti akan dibogelkan, dikerat anunya, dicurah petrol dan dibakar.

Itulah nasib kalau buat hal di negara-negara seperti di atas.
Di Malaysia macam mana? Ada kes belasah, bukan tidak ada. Tapi tidak pernah melampau.
Dalam klip di bawah lagi best. Awal klip tu adalah seorang yang tengah memukul…balik dia yang kena sound….“kau sape nak jatuh hukum kat sisni”….pulak dah!

Lepas tu, budak yang meragut itu diberikan layan kategori penuh manja dan cukup dengan kata-kata nasihat.
Oklah…adalah ciri-ciri negara yang mana rakyatnya terpelajar dan bijak.

Tunggu polis datang dan bawak balai untuk mulakan siasatan.
Kalau tanya penulis, kedua-dua kaedah ada betulnya.
Kalau belasah pun okay…nak bagi nasihat pun okay.

Nasib si penjenayah la dia kantoi dalam kumpulan anggota masyarakat yang mana. Kalau kena belasah pun jangan nak mengadu, kerana jenayah meninggalkan luka dan parut yang mungkin tidak akan hilang dalam jiwa dan fizikal mangsa serta anggota masyarakat di sekitarnya.


Cuma dalam klip  ini, betul-betul bernasib baik la budak yang meragut tu, brader yang duk rakam tu tak putus-putus menasihat dengan ikhlas hati…walaupun nasihat dia pun entah apa-apa…adake patut suruh pergi mintak sedekah. Sumber: Oleh: AK-47



Read More

Tu Dia - Sanggup Merangkak Di Jalan Raya Sejauh 1000 Meter Mohon Isteri Memaafkan Kesalahan..


Lelaki Ini Merangkak 1000 Meter Mohon Ampun Isteri!

Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.

Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat.
Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.

Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.

Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.
Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.

Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.
Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.
Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.

Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.
Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.

Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.
Tu lah kuasa wanita..haha
Sumber: Fb
Read More

Panas Gilerr - Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan Rasulullah dah pun diserang dirumahnya

Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan Rasulullah dah pun diserang dirumahnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebagai manusia, masing-masing ada "limit" untuk bersabar dan sebagai manusia juga, gunalah otak dengan baik dan waras sebelum melakukan sesuatu yang mengundang rasa marah orang lain.

Psst: Gopinath Jayaratnam sebelum itu telah menulis status di status ...
Facebook'nya bahawa akaun beliau telah di'hack. Dari siasatan ringkas kami, status-status sebelum yang paling ekstrem itu lagi telah menunjukkan rasa tidak senang dengan agama lain. Biarlah polis lakukan siasatan. Jadikanlah ini pengajaran ya :)

Post oh! Media  petang tadi: http://ohmedia.me/GopinathJayaratnam
 
Sumber: Fb Oh Media..
 
Ulasan Ambe:
 
Kita rakyat Malaysia hendaklah menghormati Agama, Budaya, atau adat sesuatu kaum. Bagi ambelah menyentuh dan menghina Agama lain adalah satu perkara yang tidak diizinkan penghinaan kepada Allah dan Rasulullah adalah seperti menghiris hati-hati kami orang Islam dan mesti dituntut bela. Kamu boleh hina ibu dan ayah kami dan kami masih boleh bersabar dan jika penghinaan itu terhadap Allah dan Rasul darah lah galang gantinya.

Berkenaan isu ini, kita orang Islam tidak boleh bertindak melulu kerana isu ini adalah berbeza dengan Isu penghinaan yang dilakukan Yahudi dengan menayang klip filem arahan Sam Bacile  yang bertajuk Innocence of Muslims, telah ditaja oleh kerajaan israel sendiri  ( Sila Klik ) kerana dalam isu nie Gopinath Jayaratnam telah menyatakan bahawa akaun beliau di hack dan kemungkinan kenyataan itu betul dan kita masyarakat Islam janganlah terlalu gopoh dan melulu kerana ini akan mencemarkan kesucian Islam. 

Bagi akulah kita bawak Mamat ini ke Mahkamah dan  menghukum beliau mengikut undang-undang Negara..sebab dia berlaku dalam negara kita..bagi akulah orang itu tidak didapati bersalah selagi Mahkamah tidak menyatakan seseorang itu bersalah..itu adalah prinsip yang patut kita pegang..ini kerana Mamat itu tidak mengaku dan menyatakan dia di fitnah kerana akaun telah di hack dan ini tidak mustahil berlaku.

Wallahualam...


Read More

Lagu Terbaru Man Khan - Anok Kampong

Pagi-pagi nie jom layan lagu terbaru Man Khan - Anok Kampung, nie lah keindahan Masyarakat Malaysia ada berbagai bahasa dan budaya dan keharmonian nie hendaklah kita kekalkan semoga Malaysia bertambah makmur.

Bagi ambelah Negeri Kelantan nie penuh dengan budaya dan sopan santun dan akhir-akhir nie ambe tengok banyak lagu-lagu rentak dikir barat diolah dengan muzik moden..Bagi ambe lah nak berhibur tidak salah tapi kena jaga tatasusila sebagai Orang Islam dan perkara yang diwajibkan seperti Sembahyang jangan tinggal InsyaAllah setiap perkara yang kita buat tu ada berkat.

Satu lagi setiap penyanyi hendaklah tidak mencampur adukkan lelaki dan perempuan dalam satu persembahan..Yelah berubah laa slow2..hehe 

Lagu nie sebelum album dia keluar ambe dah dengar  kebetulan ambe kenal laa sikit dengan Man Khan terutama Jali Bunga Tanjong, kadang-kadang selalu keluar minum dan sembang, almaklumlah ambekan kaki sembang..hehe.

Kepada sesiapa yang hendak jemput Man Khan dan Jali buat persembahan boleh laa PM ambe..hehe InsyaAllah ambe boleh sampaikan..

Lagu anak kampung nie diolah dalam dielek Kelantan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan masyarakat..Jom layan...
Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (54) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (441) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (25) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (16) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (10) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.