Friday, 28 September 2012

Dato Seri Najib Tertinggal Satu Perkara Dalam Bajet Petang Tadi...


Assalamualaikum, PM Dato Seri Najib berbaju hijau begitu segak membacakan belanjawan untuk tahun 2013..Banyak janji yang diberikan, moga2 janji itu jangan hanya retorik dan gula-gula menjelang pilihanraya. Dengar cerita gula naik 20 sen..moga-moga Malaysia bertambah sejahtera dan di berkati Allah.

Tadi masa dengar belanjawan aku minum kt kedai Mamak dengan kawan tauke kedai makan, bila sebut pasal yang bonus untuk orang2 gomen dia tepuk tangan. Aku tanya pehal lak ko nie..patutnya org gomenlah yang patut gembira..

Dia kata kat aku, lepas nie boleh laa aku naik harga makanan dengan nada bergurau..haha dia cakap pi mai pi mai tang tu jugak..itu di punya pandanganlah..

PM cerita pasal potongan PTPTN, pasal bantuan  yang banyak tapi aku rasa PM tertinggal satu benda iaitu minta Tolong mansuhkan wang hantaran x pun bantulah sikit orang bujang nak kawen nie.hahaha aku tengok pakcik dan makcik zaman sekarang letak harga hantaran mengikut peredaran masa, orang bujang macam aku nie bukan x nak kahwin tapi x dek duit bro.haha nak kena ada paling kurang 20k tu pun janda kalau anak dara mahu 30k..

Nak kawen sekarang mahal, nak nie laa nak tu laa...last2 berhutang dengan bank pas kwen jadi bangkrup C..haha.

Lagi dasyhat  pinjam dengan Ah Long  Bukit Beruntung lepas tu x leh nk bayar interest tinggi gunung Kinabalu..Pas tu korang tahu lah seksa hidup di kejar Ah Long dan tidak beruntung sampai bila-bila...haha

Belanjawan dunia kita duk cari, belanjawan untuk akhirat macam mana..Macam-macam dah Allah duk janji dan Allah tidak pernah memungkiri janji..Janji Syurga yang mana dibawah syurga itu ada sungai-sungai yang mengalir untuk orang beriman...x pernah pun kita ambil peduli ork..sebab keyakinan ini hanya untuk orang beriman ( Doakan ambe duk dalam golongan yang beriman InsyaAllah ).


 

Dengan Sofa Pun Jalan Jugak- Ditangkap Ketika Melakukan Seks Dengan Sofa

Wisconsin – Apabila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara dilakukan oleh manusia. Walaupun perbuatannya itu merupakan perkara paling keji dan gila, namun ia tetap dilakukan hanya kerana nafsu yang bergelora.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki `gila’ Gerard Streator yang berusia 46 tahun.
Lelaki sakit jiwa ini dilihat melakukan seks dengan sebuah sofa buruk yang tinggalkan di tepi jalan.
Perbuatan kejinya itu dilihat oleh seorang pekerja sebuah hotel.

Menurut pekerja terbabit, ketika melalui jalan berkenaan, dia ternampak Gerard sedang membengkokkan badannya manakala seluarnya sudah ditanggalkan hingga ke paras buku lali.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam selepas saya habis bertugas di sebuah hotel. Saya dapat menyaksikan dia sedang menggoyangkan punggungnya di sofa itu.

“Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana sofa itu berada di tepi jalan. Tiada orang berada di atas sofa buruk itu,’’ kata pekerja hotel tersebut.

Ketika Gerard sedang melakukan perbuatan itu, seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan, telah menjerit ke arahnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri di sebalik apartment berhampiran.

Dia kemudiannya ditahan dan didakwa kerana melakukan kelucahan melampau.
Sabit kesalahan, Gerard boleh dihukum penjara sembilan bulan dan denda £7,000 fine.

Sumber: http://mynewshub.my.

Kebenaran Pasti Akan Muncul - Majalah Mohon Maaf kepada Ustaz Zahazan


Lain kali berhati- hati menghukum, tanya dahulu empunya badan betulkah kamu berkata begitu..Almaklumlah kita manusia kadang2 tidak terlepas membuat kesalahan..

Kan dah malu menghukum tanpa usul periksa..Wallahuam..

Aku dah tutup buku pasal kes nie..Harap semua pihak mengambil pengajaran..Ustaz2 dan para ilmuan jgn duk bertengkar laa...Jadilah contoh kepada kami yang jahil nie..
 
Sama-samalah bermaafan dan diharap semua pihak tidak mengambil kesempatan dalam isu ini..

Layanan VVIP pihak Polis Kepada Program Bersama Ustaz Azhar - Terbaik

 

Memang aku respect sama polis kat Malaysia..macam nie laa baru profesional berkhidmat untuk rakyat, pihak Polis kalau pihak Politk Cai x campur ok jer. Ini adalah program berbasikal bersama Ustaz Azhar di sekitar Kuala Lumpur. Pihak Polis trafik mengawal lalulintas sepanjang program berbasikal berjalan program ni diberi nama Jom Gateh Basikal Bersama Ustaz Azhar..

Dengar cerita Ustaz nak datang pula kl hujung minggu nie..jom kite join ramai2..nanti kalau de program berbasikal macam nie lagi, aku bagitahu k.

Siang gateh basikal malam kita pakat g dengar kuliyyah pulop..baru hebat ork jasmani dan rohani segar dan sihat...hehe

Ustaz Zahazan Minta Hentikan Fitnah Terhadap Beliau Atau Akan Diambil Tindakan Tegas!

Ustaz Zahazan memohon pihak yang membuat fitnah menghentikan fitnah terhadap beliau..Ini yang Ustaz menulis di page beliau. entri aku yang lepas ( Sila klik )

Tk ats sokgn kalian, harap bertenang,jika ada sebarang kemusykilan ttg artikel dlm majalah yg bukan terbitan kami di telagabiru,nnti pihak terbabit akan buat pembetulan atas kesilapan dan ralat dalam akhbar harian yg ternama itu. Bagi pihak yg gemar menimbulkan fitnah, dinasihatkan agar berhenti sebelum tindakan tegas dikenakan...

Kan aku dah kata jangan cepat melatah mesti ada kesilapan teknikal dan bukan ucapan dari Ustaz Zahazan pun....Ulama terdahulu begitu cermat dalam mengeluarkan hukum dan begitu beradab dalam menegur kesalahan. pada pendapat aku kita tidak ada hak untuk menjatuhkan atau mengelar org kafir kerana itu adalah hak Allah taala. 

nie aku ambil dari komen di page Ustaz Zahazan.

Al-Fadzil Ustaz Zahazan Mohamed, Syeikh Abul-Hasan as-Syazili pernah berkata: " Tidak sempurna seorang alim pada kedudukan ilmu hinggalah ia diuji dengan empat perkara di mana jika ia mampu bersabar berhadapan dengannya maka ALLAH S.W.T. akan menjadikannya pemimpin yang diikuti, iaitulah: 1. Kegembiraan musuh-musuhnya ( apabila melihat ia ditimpa musibah/ujian ) 2. Celaan dari kawan-kawan 3. Tuduhan atau fitnah dari orang-orang jahil 4. Hasad dengki dari para ulama ( yang jahat ). Allahulmusta’aan. 

Wallahualam sama-sama lah kita bermaaf-maafan, jangan duk baloh malu ke budok2..kang aku kepok pale kang..hehe 

Sumber 

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download