Bekas Penganut Hindu Peluk Islam Di Dataran Johor Bharu

JOHOR BAHRU: Hampir 7000 orang telah membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru semalam untuk menghadiri ceramah terbuka Dr. Zakir Naik. Beliau yang merupakan seorang doktor perubatan dari Mumbai, India, juga dikenali sebagai seorang pendakwah dan penceramah yang pakar di dalam perbandingan agama.

Membawa tajuk ceramah ‘Prophet Muhammad SAW in World’s Religious Scriptures’, Dr Zakir Naik, 47, telah menghuraikan tentang kewujudan kisah Nabi Muhammad SAW di dalam kitab Hindu, kitab Buddha serta Bible. “Kebolehan beliau memberikan fakta yang tepat dan jelas bersama rujukan muka surat dan bahagian mana di dalam kitab tersebut sangat mengagumkan,” kata seorang hadirin apabila ditemu ramah. 

Selain dihadiri pengunjung Muslim, ceramah terbuka anjuran Peace TV dan Saba Islamic Media itu juga telah menarik perhatian pengunjung bukan Muslim. Sesi soal jawab di hujung ceramah yang mengutamakan soalan dari hadirin bukan Muslim telah membuka ruang bagi mereka untuk bertanya tentang keraguan mereka terhadap isu yang berkait dengan Islam.
 
 Sesi soal jawab tersebut berakhir dengan sebak dan tangis hadirin apabila menyaksikan Ragu, seorang lelaki yang beragama Hindu, melafazkan syahadah dan memeluk Islam setelah yakin dengan jawapan oleh Dr. Zakir Naik.

Salah satu soalan yang diajukan kepada Dr. Zakir Naik oleh seorang lelaki beragama Buddha adalah bagaimana seseorang bukan Muslim boleh memahami Islam jika dia tidak dibenarkan memegang Al-Quran. Dr. Zakir menjelaskan bahawa ada segelintir Muslim yang tersalah anggap tentang perkara ini sedangkan Al-Quran itu telah diturunkan untuk semua umat manusia, bukan hanya untuk Muslim. Ini diikuti oleh penyerahan sebuah Al-Quran berserta terjemahan Bahasa Inggeris oleh Dr. Zakir Naik sendiri kepada lelaki tersebut.

Apabila ditanya tentang Peace TV, Dr. Zakir Naik selaku pengasasnya menyatakan harapan beliau untuk berjumpa dengan pihak Astro Malaysia Holdings Berhad untuk membincangkan kolaborasi Peace TV di dalam saluran TV satelit Astro pada masa akan datang. Peace TV, saluran televisyen alternatif yang menyiarkan program bertemakan Islam dan dakwah, telah pun dilancarkan di Mumbai, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Peace TV juga boleh di akses secara atas talian di www.peacetv.tv. 
 
Sumber: nusajayakini
Read More

Ngeri - Bomoh Masukkan Buah Tasbih Dalam Alat Sulit

Jijik apabila seorang bomoh keparat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh.

Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.

Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.

Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa.

Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.

Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.

Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.

Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.

Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.

Sumber: Harian Metro
Read More

Semakan Saman Polis Dan JPJ Secara Online

Assalamualaikum...

Hari ini kakisembang nak kongsi cara hendak semak Saman Polis secara online, bukan apa kadang-kadang kita x perasan tiba-tiba waran tangkap keluar masa itu baru lah gelabah nak bayar..kikiki

Kakisembang ada 4 keping saman yang belum terbayar lagi nie semua nya perangkap had laju ( Speed trap )
kakisembang kalau sekatan jalan raya (  road block ) x pernah lah kena saman, walaupun buat kesalahan..hehe

Ada caranya..hehe..Bukan rasuah k...jawapannya bila kena tahan contohnya x pakai seat belt ke mula-mula korang mintak maaf cepat-cepat contohnya sori Dato' ambe x perasan lagi pun ambe orang luar x retilah jalan-jalan area lembah Kelang nie..Polis pun orang juga kalau cakap elok-elok depa ada budi bicara..InsyaAllah lepas.

Berkenaan dengan perangkap jalanraya nie, kakisembang cukup menyampah kenapa nak menyorok lak macam nak pekena kt rakyat jer..pastu mahal plak tu adus...tunggu waran jea laa mana kakisembang ada duit nk bayar..tapi masa terdekat nie selamat lagi kot al-maklumlah dekat dengan pilihanraya..kikiki


Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui Online Dan SMS


Sekarang ni kalau sape-sape yang nak check saman senang je. Semuanya dihujung jari je. Nak bayar saman melalui online pun boleh sekarang ni. Nak kakisembang tunjukkan macam mana cara nak check saman dan bayar saman? Ok. kakisembang tunjukkan macam mana.

1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI

2. Semakan saman PDRM melalui SMS:

Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728

3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773

Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

4. Melalui SMS 15888 

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Nota Kaki: Untuk semakan saman PDRM secara online anda perlu daftar dahulu akaun anda sebelum semakan dan pembayaran saman melalui laman web itu.
Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (51) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (438) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (1) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (24) Pencuri (2) pengajaran (1) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (15) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (9) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (15) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.