Gambar Di Pasar ChowKit | Chow Kit Tidak Semeriah Dulu Lagi Dah Macam Pasar Jakarta Pun Ada

Gambar Di Pasar ChowKit | Chow Kit Tidak Semeriah Dulu Lagi Dah Macam Pasar Jakarta Pun Ada | Assalamualaikum...Petang tadi aku pergi jenjalan kat Chow Kit, untuk pengetahuan kalau ada masa lapang hari-hari minggu memang aku akan lepak kat Chow Kit laa..Aku  bukan pergi sana hendak pergi  borong Ikan Keli pun, saja jea nak tengok-tengok orang..haha

Semenjak akhir-akhirnya aku tengok Chow Kit dah x semeriah zaman 90-an dulu, aku adalah sembang dengan budak-budak kelate yang buah kat sini pasal hal nie.. Dia Kata " Nak buat cmne dik pasarraya dah berlambak sapa nak datang tempat kotor cmnie, kat pasarraya ada Aircond, parking mudah, hujan x basah"..hehe betul jugakkan.


Tapi sebenarnya apa yang hendak aku ketengahkan kat sini, berkenaan penjual-penjual Melayu dan Warganegara semakin hari semakin berkurang..Yang aku tengok hanya peniaga dari Indonesia mendominasi peniaga di sekitar Chow Kit.


Bagi akulah sebagai warganegara yang prihatin, pihak kerajaan harus memantau perkara ini. Aku takut nanti seluruh KL akan di kuasai oleh pendatang, terutama dari Indonesia. Aku sebenarnya tidak kisah diorang hendak berniaga tapi dari sudut Ekonomi pengeluaran duit kita ke Luar Negara akan bertambah ini akan menyebabkan inflasi kepada negara..pergh dah macam pakar ekonomi dah aku..hahaha.

Aku masuk pasar ChowKit dah macam aku kt Jakarta jeeer..kalau korang x percaya pergilah sendiri...


P/S: Magrib2 nie boleh plak aku bukak Blog Jaya Negara sambil dengar lagu ChowKit Road Nyanyian Sudirman..hahaha gila kah aku?


Read More

Kisah Benar Saudara Baru Yang Hebat | Dari Seorang Yahudi Yang Extremist Kepada Penganut Islam Yang Baik

Kisah Benar Saudara Baru Yang Hebat | Dari Seorang Yahudi Yang Extremist Kepada Penganut Islam Yang Baik | Mikhail Chernovska adalah seorang Yahudi Ekstrimis yang menyatakan keislamannya, mendedahkan semangatnya ingin melihat Khilafah islamiyyah tegak dengan Al-Quds sebagai ibukotanya. "Sungguh aku telah mendapat petunjuk. Sebabnya hanya satu, kerana aku ingin mencari kebenaran "ungkap Mikhail.Hal ini dismapaikan oleh laman harakatut tauhid Al-islamy selasa 8 November 2011.

Kisah Benar Saudara Baru Yang Hebat | Dari Seorang Yahudi Yang Extremist Kepada Penganut Islam Yang Baik
 
Mikhail mempunyai nama hijrah Muhammad Al-Mahdi mirip dengan nama seorang imam yang dijanjikan Rasulullah SAW di akhir zaman yang akan membawa keadilan dan menegakkan Dinullah dimuka bumi. Mahdi adalah seorang Yahudi yang berasal dari Azerberijan yang kemudian berhijrah ke Palestin setelah masuk Islam.

Tempat tinggal Mahdi sekarang tepat di kota Hebron tepi barat. Ia lahir di baku, Azerbeijan 37 tahun yang lalu. Lelaki asal Azerbeijan ini hidup di tengah-tengah keluarga yang ekstrim. Ia hijrah ke Israel pada awal 90an.

Hebron adalah tempat pembunuhan seorang Yahudi radikal, Baruch Goldstein, di gua para leluhur. Pada saat itu ada sekitar 29 muslim yang merasakan pengaruh dari pembunuhan tersebut. maka bersamaani itu Mahdi memutuskan untuk pindah ke pemukiman Kiryat Arba, di mana dia tinggal bersama pahlawan dalam pandangannya pada waktu itu, Goldstein, dan bergabung dengan penduduk ekstremis.
 
Dia menambah bahawa perbincangan agama dan falsafah dengan seorang Palestin yang mempunyai Kraja, untuk memperbaiki kereta di Hebron, membuatnya meninjau pandangannya secara berperingkat, sehingga masuk Islam dan kembali ke Baku dalam rangka menikahi seorang Muslimah. Mahdi mendedahkan bahawa ia mendapat sambutan yang hangat dari jirannya yang baru di Hebron, walaupun darahnya Yahudi.

Ia mendedahkan kepada wartawan AFP apabila mengunjunginya di rumah "Aku dulu penduduk ekstrimis dan bermusuhan dengan mereka, tapi mereka melayan aku seperti seorang abang bagi saya dan menawarkan bantuan" kenang Muhammad Al-Mahdi. Fakta yang merujuk pada kehidupan Mahdi, di Kiryat arba, seolah-olah tidak mungkin, setelah ia masuk Islam dan berkahwin dengan Sabina muslimah. Yang mempunyai 4 anak setelah hidup bersamanya. "Parta penduduk menyerang saya beberapa kali, dan melemparkan batu di rumah saya, dan menulis slogan-slogan di dinding mengundang saya untuk meninggalkan tempat itu" ujar lelaki berusia 37 tahun itu.

Dia menambah "Kemanapun kita pergi kita mengalami gangguan, kerana isteri saya mengenakan tudung, dan berulang kali dipersoalkan oleh pasukan keselamatan, tapi yang aku peduli, adalah bahawa anak-anakku hari ini adalah Muslim, dan mengikuti agama yang telah aku pilih". Ia sangat bersemangat untuk melihat Khilafah Islamiyyah tegak dengan Al-Qus sebagi ibukotanya.

Ia menegaskan: "Saya menyedari bahawa agama Yahudi ada banyak yang percanggahan, dan bahawa Islam adalah agama kebijaksanaan dan kebenaran, saya telah mendapat petunjuk kerana saya mencari kebenaran, itulah satu-satunya penyebab keislamanku" tandas Al-Mahdi seraya mengakui kebaikan temanya Zalloum, pemilik karaj, yang telah menjadi sebab ia mendapatkan hidayah.

Zalloum mengakui bahawa sejak awal mengnal Mikhail yang muncul dalam [persepsinya adalah Mikhail orang yang baik tidak seperti penduduk kebanyakan di Kiryat Arba. Ia sering berdialog masalah agama dan falsafah dengan Mikhail sampai suatu saat ia berkata pada Mikhail: "Kalau tidak aku menjadi Yahudi melalui kamu, kamu yang masuk Islam melalui aku, setelah enam bulan perbincangan, akhirnya ia mendapatkan hidayah masuk Islam" ungkap Zalloum.

Zalloum menambah: "Memang benar bahawa Michael menjadi Muhammad al-Mahdi, namun ia tidak boleh melepaskan semua Budaya Yahudi, Fushm Bintang Daud di salah satu tangannya akan mengingatkan bahawa dia adalah seorang Yahudi, walaupun ia meneruskan hari pada prestasi dari solat wajib tepat waktu dan membaca Al-Quran ". 
 
Sumber:(Yy / khabarislam.wordpress.com / voa-islam)
 
P/S: Walaupun ayat di atas sangat payah difahami..hehe...tapi apa yang pasti tidak semua Yahudi itu jahat, tapi yahudi yang berfahaman Zionist itu yang dilaknat Allah..Hancur2 hancur Zionist 

Read More

"Shaykh Abdullah Takazawa dari Jepun, sebelum ini seorang artis tatu untuk Yakuza (Mafia Jepun), tetapi apabila Allah memberkati dia dengan Islam melalui Daa'wa saudara asing"

(Bahasa Melayu)
Shaykh Abdullah Takazawa dari Jepun, sebelum ini seorang artis tatu untuk Yakuza (Mafia Jepun), tetapi apabila Allah memberkati dia dengan Islam melalui Daa'wa saudara asing, beliau mengembara ke Arab untuk
membuat Haji.
 
 Kemudian beliau telah ditawarkan biasiswa untukmenimba ilmu di sana, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun. 
 
Dia datang kembali untuk menjadi seorang Imam di Tokyo. Masha'Allah, saudara yang sangat, sangat merendah diri! Membuktikan sekali lagi, anda tidak perlu mengecualikan SESIAPA dari Daa'wa!

(English Version)
Shaykh Abdullah Takazawa from Japan, was previously a tattoo artist for the Yakuza (Japanese Mafia), but when Allah blessed him with Islam through the Daa'wa of a foreign brother, he traveled to Saudi to make Hajj, then was offered a scholarship to seek knowledge there, where he stayed for several years. He came back to become an Imam in Tokyo. Masha'Allah, a very, very humble brother! Proves again, you should never exclude ANYONE from Daa'wa!

Sumber :-  FB
Read More

Ngeri Weih - 2kg Rambut, Kapur Dalam Perut

NEW DELHI – Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya.

Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.
Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.

Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah.

Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.

Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit – dari Rajgarh dan Madhya Pradesh – berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.

Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan.

Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari.

Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan.

Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.

Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit.
Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang.

Sumber: Harian Metro
Read More

Rini Aku Kena Saman AES - Adus Terbang Duit Aku

Assalamualaikum WBT...Hari ini dalam sejarah ambe kena saman AES..huhuhu..Pagi tadi kawan kena amik darah kt Hospital Putrajaya, ambe g laa temankan.

Duk sembang-sembang kena snaplah pulak, bukan bawak laju pun 90 km/jam jea..Geram jangan kiralah..kat  tangan dah de 4 saman tambah satu lagi leee..

Nmpak gaya muflis laa waa bulan nie..haha...tolong3..tengah duk bengang2 terjumpa laa berita pasal Mahfuz  Omar suruh tukar AES kepada ST1M, apa tu ST1M lu baca laa sendiri..malas nak komen ( Link Berita Pasal Mahfuz Omar )...hehe..nah tempat nie laa ambe kena saman tadi gambar kt bawah..
hati2 wooo..

Read More

Ketua Polis Negara Kecewa Anggotanya Minta Rasuah Dari Deejay Suria FM

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.
Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai radio itu.

“Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah,” katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada Khamis.

mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu di sekitar jalan Sunway dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.

Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.

Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut.

Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu.

“Saya juga akan ke Bukit Aman esok (Jumaat) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan di media.
“Insya-Allah, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya.  

Sumber: Mstar

P/S: Pasal Selebriti dah nk kecoh, yang orang awam macam mana..nie laa dunia..

Read More

Bengong - Tandas Lutsinar, Bila Nak Melepas Jadi Tontonan Orang Ramai



Kalau kita mahu melepaskan hajat di dalam tandas, sudah tentu kita tidak mahu sesiapa pun melihat ‘kegiatan’ yang sedang kita lakukan.

Berbeza di New York, sebuah hotel, Hotel Manhattan menyediakan perkhidmatan tandas lutsinar kepada para penggunanya.

Tandas lutsinar itu dibina di tingkat 18 untuk kegunaan pengunjung kelab Boom Boom di dalam hotel itu.
Hakikatnya, tandas itu dibina dengan sengaja tanpa sebarang langsir atau tirai untuk dilihat oleh orang ramai dari luar! Aneh!

Bagi orang ramai yang pertama kali lalu di bawah hotel tersebut, mereka pasti akan terkejut dengan ‘budaya’ tandas lutsinar itu.

Ada antara mereka terkejut melihat pengunjung tandas hotel itu sengaja membuka seluar mereka untuk melepaskan hajat.

Tidak kurang juga ada yang melambai-lambai ke luar kerana ‘gembira’ diri mereka sedang diperhatikan.
Antara selebriti yang pernah mengunjungi tandas ‘canggih’ itu adalah Leornardo Di Caprio dan Cameron Diaz.

Nie laa orang panggil banggang..haha..

Sumber> Mynewshub.my
Read More

Mengejutkan Janet Jackson Pilih Islam Dan Bertudung

PENYANYI sekaligus bintang top Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana.

Media Showbizspy
, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ‘ terbesar sepanjang sejarah.’

“Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.

Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar  Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa  berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur.

Sumber: Informasi

Read More

Nah Amik Kaw - Banner Dari Perbadanan Putrajaya Kepada Pemasang Bendera


Bendera parti ini melambangkan kesombongan. Sebenarnya aku dah berapa kali lalu kat presint 9, aku ingatkan Pas yang buat banner rupanya PJH ( Putrajaya Holding ). Sebab masa mula-mula dulu ada 2 bendera pas kt situ..lepas tu hilang dan BN dan UMNO yang pasang semua kat situ...garang gak PJH nie..

Setahu akulah PJH x benarkan pemasangan bendera di kawasan Putrajaya..

Read More

Syukur! Memey & Abby Semakin Bahagia

Selalu kita mendengar cerita kurang enak mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi selepas dia berhijrah dan menjadi ahli dalam salah satu parti pembangkang.

Tapi, usahlah kita membicarakan hak dan kehidupan Abby kerana itu keputusan dirinya.
Sebelum ini, umum mengetahui hubungan Abby dan isteri kepada bekas suaminya, Memey Suhaiza tidak berapa baik ekoran beberapa kes yang pernah terjadi beberapa tahun lepas.
 
Namun, bulan Ramadhan yang lalu telah menunjukkan kuasa Tuhan apabila Abby dan Memey akhirnya berbaik semula.

Terkini, mereka berdua dikhabarkan semakin bahagia dengan kehidupan masing-masing dan sering bercuti bersama-sama.

Memey dan Norman dikhabarkan telah menghabiskan masa bersama di Genting Highlands bersama-sama Abby dan anak-anaknya.

“Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini.

“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands,” kata Memey.

Memey juga meluahkan rasa syukur kerana Allah S.W.T telah memberikan kurniaan nikmat kebahagian selepas mereka berbaik.

“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,” kata Memey yang dipetik dari Murai.com.

Dalam pada itu, bekas suami Abby, Norman Hakim menerima hubungan baik yang terjalin antara Abby dan Memey sebagai perkara yang positif.

Norman bagaimanapun sedia menerima sebarang risiko yang akan timbul di kemudian hari.
“Saya kena faham situasi yang berlaku di mana anak-anak saya juga merupakan anak kepada Abby.

Cuma sekarang isteri saya dan bekas isteri saya mempunyai hubungan baik sesama mereka. Jadi sebagai suami dan bapa, ianya adalah perkara yang positif.

“Untuk diri sendiri pula, saya akan terima sebarang risiko daripada hal yang berlaku sekarang. Memang ada yang akan bercakap mengenai hal ini (Memey dan Abby sudah berbaik) dan saya bersedia untuk sebarang kemungkinan.

” Cuba untuk kuatkan iman, berpikiran terbuka dan faham bahawa Islam itu bersifat syumul (sempurna dan menyeluruh), Insy aAllah kita sentiasa dipeliharaNya,” kata Norman.

Semoga, hubungan baik antara mereka semua sentiasa dalam keadaan elok dan dilimpahi rahmat kebahagian selamanya. Amin.

Sumber: Mynewshub.my



Read More

Rasuah – Didakwa Tukar Keputusan Air Kencing

ALOR SETAR – Dua lelaki termasuk seorang bekas polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah untuk menukar air kencing positif dadah pada tahun lepas.

Bekas anggota polis, Hashim Said, 58, dan Shahfarid Subry, 26, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan terbabit.

Bagi kes pertama, Hashim dituduh menerima rasuah untuk diri sendiri wang tunai RM500 daripada Shahfarid sebagai dorongan untuknya yang ketika itu merupakan sarjan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Sungai Petani untuk menukar air kencing Ammar Azmi, 19, yang positif dadah kepada negatif.

Shahfarid pula dituduh menerima untuk Hashim wang tunai RM500 daripada Azmi Hashim, 51, sebagai dorongan kepada Hashim untuk menukar air kencing Ammar.

Hakim Mohd Sabri Ismail menetapkan jaminan untuk kedua-dua tertuduh masing-masing RM5,000 dan seorang penjamin.

Mohd Sabri menetapkan sebutan semula kedua-dua kes itu pada 20 November depan untuk penyerahan dokumen dan membolehkan tertuduh melantik peguam. –

SUMBER: BERNAMA
Read More

Penjaga Kambing Dihukum Gantung Sampai Mati

ALOR SETAR – Seorang penjaga kambing, G. Rajaputran dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Rajaputran, 22, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 39.98 gram di Lorong 1, Taman Bayan, Kulim, pada 3 pagi, 8 Mei tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam T. Jayaraj.

SUMBER: BERNAMA

Read More

Bekas Menteri Besar Sanggup Berhutang Dengan Ah Long ? Miskin sangat dah kee...

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku terpaksa berhutang dengan tiga along bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu.
Biarpun sedar berisiko, beliau mendakwa terpaksa melakukannya kerana perlu menyelesaikan segera masalah kewangan itu dengan apa cara sekalipun.

“Saya tidak ada pilihan dan terpaksa berhutang dengan mereka kerana perlu menstabilkan semula kewangan persatuan,” katanya yang bagaimanapun enggan memberitahu jumlah sebenar dipinjam kecuali mengatakan memerlukan RM2 juta bagi menstabilkan kembali kedudukan kewangan PFA.
Menurutnya, beliau boleh meminjam daripada bank tapi perlu mencagarkan pelbagai benda bagi membolehkannya berhutang dan proses itu dianggapnya merumitkan.

Shahidan berkata, PFA tidak akan berada dalam situasi terdesak itu jika semua pihak menghulurkan bantuan melunaskan janji mereka, namun hingga kini tiada yang mengotakannya.

“Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya,” katanya.
Menurutnya, kedudukan kewangan PFA pada masa ini di bawah paras negatif dan beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang membimbangkan tapi belum mencapai tahap tenat.

“Kami memang tiada duit untuk membayar gaji tertunggak pemain dan jika masalah ini terus berlaku, kami akan dilanda masalah dan sukar menaikkan kembali imej bola sepak negeri,” katanya yang mengaku ada beberapa pemain ingin menyarung jersi pasukan itu tapi membatalkan hasrat selepas mengetahui masalah kewangan itu. Difahamkan PFA belum membayar setengah bulan gaji kepada pemain.
Justeru, Shahidan memberi bayangan sedia berundur jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sudi menerima lamarannya menyertai PFA bagi menyelesaikan kemelut kewangan itu.

“Saya sudah menghubungi beliau, menyatakan hasrat mahu membawanya masuk dalam persatuan ini. Jika Menteri Besar menyertai kami, sudah tentu saya bukan lagi Presiden PFA. Saya serius bukan ajak-ajak ayam kerana sedar langkah menyelesaikan masalah kewangan PFA adalah dengan pembabitan Menteri Besar. Tapi setakat ini beliau menolak atas alasan tidak berminat dan tidak tahu bermain bola sepak.” Sementara itu, Shahidan berkata, kerajaan negeri juga masih belum membayar penuh bantuan diminta apabila hanya baru melunaskan RM100,000 daripada RM300,000 yang dipohon.

Namun, menurutnya, beliau tidak akan merayu namun memberitahu jika ada yang ingin berjuang bersama untuk melihat PFA kembali seperti dulu supaya menghulurkan sumbangan.

“Kami mengamalkan konsep berjuang bersama dan menang bersama,” katanya.

Sumber: MyMetro

P/S: Kalau dah pemimpin dah pinjam dengan Ahlong..kita rakyat nie terpaksalah pinjam dengan angah lak..hehe

Mana pimpinan melalui teladan wooi..hehe

Read More

Silap Mintak Rasuah laa - Anggota Polis Cuba Minta Rasuah Selebriti Buat Laporan

Seorang anggota polis trafik akan menempuhi episod malang dalam hidupnya apabila cuba meminta rasuah atau sogokan dari seorang selebriti iaitu pelakon dan DJ radio Tyzo ataupun namanya penuhnya Tuah Zoqarnain Idris.

"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain. 
"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan,"
Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.
Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” 
Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM. 
Sumber: mStar
P/S: Bagi ambe laaa, artis nie pun buat salah pakai cermin gelap..hehe..tapi kalau bab rasuahlaa sangat subjektif.sebab masing2 ada kepentingan contohnya Polis pun nak duit dan pesalah pun x nak bayar saman..mahal boh..
Jadi untuk mengelakkan rasuah nie, kerajaan harus mengurangkan saman tu jangan duk tinggi sangat dan menaikkan gaji pihak Polis terutama SPRM..hehe cadangan hamba sahaja, rakyat jelata..

Read More

Che Mat Jusoh Meninggal ? Tersebar Kat FB Malam Tadi

KUALA TERENGGANU – Peminat bola sepak negeri ini dikejutkan dengan berita palsu mengenai kematian Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dalam laman sosial Facebook semalam.

Status berbunyi “Berita Terkini: CMJ juga dikenali sebagai Dato Che Mat Jusoh telah pergi buat selama-lamanya akibat sakit jantung kronik.

Dato Che Mat Jusoh meninggal jam 3:45 tadi. Pada rakyat Ganu, sila sedekahkan al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ...amin” telah dikemaskini oleh laman sosial kelab peminat bola sepak Terengganu.

Bagaimanapun, status tersebut dipadamkan beberapa minit kemudian selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.

Che Mat ketika dihubungi Sinar Harian menganggap ia hanya kerja budak-budak nakal dan enggan memperbesarkannya, walaupun beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berkenaan.

“Saya boleh saman..tapi biarlah, budak-budak nakal saja tu. Awak boleh nilai sendiri (keadaan saya sekarang yang masih hidup),” katanya yang enggan memanjangkan isu tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan pernah berhadapan dengan isu sama sebelum ini apabila ada pihak menyebar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan beliau tenat selepas terjatuh dalam bilik air di Kedah.

“Sampaikan kawan telefon tanya keadaan saya, tapi itu hanya laporan palsu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ia merupakan kontroversi terbaru yang melanda Che Mat selepas kira-kira 500 penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi aman di kawasan parkir di hadapan Pusat Akuatik bermula jam 10.30 pagi bagi menyatakan pendirian mereka supaya satu perubahan besar dilakukan dalam pentadbiran tertinggi PBSNT, Sabtu lalu.

Perhimpunan kumpulan dengan kempen Asal Bukan Che Mat (ABC) bagi mendesak Che Mat meletak jawatan tetap diadakan walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menasihati penyokong tidak berbuat demikian.

Che Mat dalam reaksinya kelmarin pula berkata, beliau tidak pernah tutup pintu untuk berbincang, malah mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu ambil alih pengurusan bola sepak sekiranya mereka benar-benar serius.

Sehubungan itu, katanya, beliau sedia mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama wakil penyokong pasukan Penyu yang baru-baru ini mengadakan demonstrasi mendesaknya meletak jawatan.

SUmber: Sinar Harian

Read More

Perang Di Palestin | Hamas Minta Rakyat Gaza Boikot Kelab Barcelona

Perang Di Palestin | Hamas Minta Rakyat Gaza Boikot Kelab Barcelona | Parti Islam Palestin, Hamas, yang mempunyai kerajaan Gaza, mengeluarkan satu kenyataan  warga Gaza memboikot Barcelona.
 
Hamas Minta Rakyat Gaza Boikot Kelab Barcelona
 
Dikutip dari AS.com, Jumaat (28/9), langkah itu diambil setelah Barcelona dilaporkan mengundang bekas tentera Israel, Gilad Shalit untuk menonton "El Clasico" di Nou Camp pada Ahad (7/10) waktu setempat.

Shalit  sempat diculik oleh pasukan bersenjata Hamas pada Jun 2006. Ia ditahan 
selama lima tahun sebelum dibebaskan sebagai opsyen pertukaran tahanan yang melibatkan pejuang Palestin pada Oktober 2011. Kerana itu, polisi pengurusan Barcelona yang secara khusus menghormati Shalit membangkitkan kemarahan Pejuang di Gaza.
 
Para penyokong kelab gergasi Catalan itu memprotes melalui media sosial dan mengemukakan petisyen kepada kelab untuk melarang Shalit memasuki stadium. Bahkan The Prisoners Club of Gaza, kelab bola sepak yang bersekutu dengan Hamas membuat kenyataan  keras berkaitan hal itu.
 

"Jemput Shalit merupakan usaha baru untuk menutupi kejahatan Zionisme dalam nama sukan. Bagaimana boleh sebuah kelab penting, yang pada masa lalu telah membela multikulturalisme dan humanisme, mengundang pembunuh dan jenayah seperti Shalit dan menunjukkan kepadanya kehormatan dan rasa hormat?" Demikian bunyi pernyataan itu .
 

Barcelona yang secara luas disokong di Palestin dan di Israel bertindak balas dengan peristiwa ini.

Pihak kelab menegaskan bahawa Shalit memang akan menghadiri pertandingan paling berprestij itu. Tetapi Naib Presiden Barcelona, Carles Vilarrubi membantah bahawa kopral Angkatan Bersenjata Israel (IDF) itu dijemput secara rasmi. Yang berlaku, kata Vilarrubi, Shalit diundang menonton perlawanan sebagai wartawan untuk surat khabar Israel, Yedioth Aharonot.
 

Menurut akhbar itu, Shalit telah diundang atas permintaan bekas menteri Israel Yitzhak Herzog, yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan presiden Barcelona Joan Laporta.


Sumber: republika.co.id


P/S: Aku Minat dengan Barca sebab ada Messi, Dah Pro Israel laa plak..Aduyai..Beralih ke Real Madrid laa plop..Bye2 barca
 
 
 

Read More

Tahniah - Pro-Mahasiswa sapu bersih kerusi UIA

Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.

Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.

Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.
 UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.

Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.

Sumber:  Detikdailly.

Read More

Timbalan Naib Canselor Di Tahan SPRM

SENAI – Seorang Timbalan Naib Canselor universiti tempatan awam ditahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, hari ini.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan lelaki berusia 50-an itu kira-kira jam 11.40 pagi semalam.

“Beliau telah dipanggil untuk hadir ke pejabat SPRM hari ini dan kita  menyiasat perkara ini dibawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dan pendakwaan akan dilakukan esok (hari ini),“ katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menerima barangan berharga dengan tiada balasan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mustafar berkata nilai yang terlibat berjumlah RM15,000.


Sumber: Sinar Harian


Read More

Hidayah Allah Tidak Mengenal Siapa | Penyanyi Rap Wanita Perancis Peluk Islam

Hidayah Allah Tidak Mengenal Siapa | Penyanyi Rap Wanita Perancis Peluk Islam Paris |  Seorang penyanyi rap wanita terkenal di Perancia, Diam, mengejutkan peminatnya apabila buat pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam.
Penyanyi Rap Wanita Perancis Peluk Islam Paris

Diam atau nama sebenarnya Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang wanita Muslim.

Sejak 2009, Diam telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam interview dengan stesen televisyen Perancis, TF1.

Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam.

Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam.
“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.

“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.

Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran.
Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam.

Menceritakan kisah silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal namun dalam hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.

“Saya merupakan penagih dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa masuk ke pusat rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim saya memberitahu bahawa dia ingin bersolat.

“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.

Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.

Ditanya mengenai pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati apabila dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis terhadap wanita berhijab.

Sumber: Mynewshub.my

P/S: Baru jea Masuk Islam dah Berhijab..Kita wat Lama Dah Ngaku Islam nie bila lagi, nak tunggu masuk lubang kubur baru nak hijab ko..malu weih..hehe
Read More

Penyampai Radio 104 Sensasi Selatan nyaris jadi mangsa culik, bunuh, bakar

JOHOR BAHRU – Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.

Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.

“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.

“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.

Menurut Julie Diana, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.

“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.

Diculik kerana cinta tak berbalas

Julie Diana berkata, apabila bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa, salah seorang daripada penjenayah itu memberitahu mereka datang dari jauh selepas diarahkan seseorang untuk menculik kemudian membunuh dan membakarnya kerana cinta tidak berbalas.

“Kepala saya ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan kerana saya memang tak ada langsung masalah percintaan, sekadar ramai peminat. Itupun kerana tugas saya sebagai penyampai radio,” katanya yang menganggarkan ada dua atau tiga lelaki turut sama berada dalam kenderaan berkenaan.

Tambah Julie Diana, menerusi walkie-talkie yang digunakan penjenayah tersebut, dia terdengar rancangan mereka untuk membawanya ke sebuah gudang di Batu Pahat untuk dibunuh.

“Berderau darah saya mendengarnya. Apatah lagi untuk membuktikan tindakan mereka serius, ibu jari dan leher saya dihiris dengan pisau Rambo sehingga luka sebagai tanda amaran,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa ketika, mereka berhenti di satu tempat.

“Kebetulan kain yang menutupi muka saya tersingkap sedikit, dan dari situ saya dapat lihat kami berada di kawasan tanah perkuburan Cina. Ada ramai lelaki di situ dengan bunyi kenderaan yang banyak. Saya rasa mungkin lebih daripada sepuluh lelaki. Salah seorang daripada mereka kemudiannya meminta saya menyerahkan wang, barang kemas dan kad ATM bersama nombor pin,” katanya yang terus menyerahkan apa yang diminta tanpa banyak soal.

 
chead: Penjenayah bagi duit RM51 untuk isi minyak

Julie Diana berkata, menyedari kawasan itu dilalui banyak kenderaan, mereka kemudian berbincang dan mengubah rancangan.

“Saya kemudian disuruh menaiki kereta saya sendiri bersama empat lelaki lain dan dibawa ke sebuah kawasan ladang berhampiran Bukit Batu, Kulaijaya. Dalam hati ketika itu, hanya ALLAH yang tahu betapa takutnya saya kerana merasakan waktu kematian hampir tiba,” ceritanya dengan tenang.

Bagaimanapun Julie Diana bernasib baik apabila sampai di lokasi dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati pula untuk membunuhnya.

“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya’,

“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja penjenayah itu berlalu, tanpa berfikir panjang dia membuka kain yang menutup wajahnya dan terus memandu laju sehingga bertemu seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Batu, Kulaijaya untuk meminta pertolongan.

Julie Diana berkata, dia menceritakan apa yang telah terjadi kepada pengawal keselamatan itu dan memintanya menghubungi nombor telefon pejabat.

“Saya dah tak ingat apa-apa, yang muncul di fikiran hanya nombor pejabat. Saya minta pengawal keselamatan itu hubungi rakan sekerja supaya mereka dapat maklumkan kepada keluarga,” katanya.

Pengalaman mencemaskan selama empat jam itu benar-benar memberi banyak pengajaran kepada Julie Diana.

“Saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana tidak diapa-apakan,” katanya.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM20,000.

Julie Diana kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai suspek jam 4 petang semalam.

“Kami kini sedang memburu tiga hingga lima lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.


P/S: Allah bagi lagi peluang untuk kamu, gunakanlah sebaik-baiknya..Sesungguh yang dapat melembutkan hati yang keras adalah dengan mengingati mati..

Harap pihak berkuasa dapat melaksanakan hukum Allah yang masih dipinggirkan, kita dijanjikan dengan belanjawan berbentuk keduniaan, baguslah..Hak Allah bila lagi..Nak tggu mati dulu ke baru menyesal wahai pemimpin2 dunia..

Sumber: Sinar Harian


Read More

Ngeri - Misteri Ribuan Paku Dalam Badan Wanita Ini

BANTUL (Indonesia): Seorang penduduk, Supiati, 25, di daerah Harjomulyo, Ogan Komering Ulu, selatan Sumatera, mengalami penyakit misteri.

Terdapat beribu-ribu paku di dalam tubuhnya menyebabkan dia kesakitan dan sukar untuk bergerak.
“Saya telah bertemu dengan ramai doktor tetapi kesakitan ini masih berterusan,” kata Supiati, semalam.

Walaupun telah dibawa ke hospital dua kali oleh bapanya, doktor hanya menemui bukti paku di dalam tubuhnya selepas pemeriksaan kedua.

Pengarah Hospital Besar Nur Hidayah, Arrus Ferry berkata, Supiati akan menjalani pembedahan selepas imbasan X-ray kedua mengesan paku di dalam tubuhnya.

Seorang jururawat, Evariyanti, mengaku dia dan beberapa jururawat lain mengeluarkan 56 paku dari tapak kaki Supiati.

“Setakat ini, lebih daripada 2,000 paku telah dikeluarkan dan saya rasa sedikit sihat,” kata Supiati dan tambahnya dia merasa resah kerana penyakitnya ini kini tersebar luas di kampung Dlinggo di mana bapanya mempunyai rumah di situ.





Sumber: Jakarta Post

Read More

Sanggupkan Kamu Jadi Anak Derhaka - JASA IBU ADALAH TERAMAT BESAR DAN HARGAILAH IBU KITA

Assalamualaikum..Pagi-pagi nie sebelum melelapkan mata, ambe hendak berkongsi sikit kisah Imam Hasan Al- Bashri dengan seorang lelaki yang begitu taat kepada Ibunya.

Ibu adalah harta yang paling bernilai setiap daripada kita, selepas kasih kita kepada Allah dan Rasul kepada Ibu Bapalah ketaatan yang patut kita berikan selagi tidak bercanggah dengan Allah dan Rasul.

Jika Ibu kita sudah meninggalkan kita, kita sebagai anak yang soleh hendaklah selalu mendoakan kepada mereka. Dah jika Ibu masih hidup janganlah menderhaka dan bercakaplah dengan lemah lembut kepada Ibu.

Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu:
"... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15).

Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam, Ayat 32).

Jom layan kisah Imam Hasan al-Bashri R.A

Imam Hasan al-Bashri R.A.  melihat seorang lelaki bertawaf mengelilingi Baitullah dengan membawa sebuah keranjang besar dari daun kurma.

Maka Imam Hasan menegur lelaki tersebut dengan katanya: "Wahai tuan, lepaskanlah keranjangmu, hormatilah kesucian BaitUllah."


Lelaki tersebut menjawab: "Wahai Syaikh, dalam keranjang ini ada ibuku. Aku telah menggendongnya di bahuku sebanyak 7 kali haji. Aku menggendongnya dari kediamanku di kawasan Syam yang paling jauh hingga ke sini. Aku mengelilingi tempat-tempat perlaksanaan haji dan juga Baitullah sambil menggendongnya, maka apakah aku sudah memenuhi haknya?"


Imam Hasan menjawab: "Seandainya kamu menggendongnya di atas bahumu selama 70 tahun dari belahan bumi yang paling jauh, maka itu pun kamu belum memenuhi hak ibumu dan barangkali apa yang telah engkau lakukan itu hanya untuk satu kali engkau berputar dalam perutnya".

Sungguh besar hutang kita dengan ibu kita. PadaMu Ya Allah, kami memohon agar dibahagiakan ibu ayah kami dengan kami, jadikanlah kami penyejuk mata mereka, ampunilah kedua mereka serta tinggikanlah darjat mereka dalam syurgaMu.
Read More

Padah Kejar Duit Haram Ke Tanah Suci Mekah

Surabaya: Anggota keselamatan di kota ini menahan seorang lelaki yang bakal mengerjakan haji kelmarin kerana cuba menyeludup 499 pasang sijil kahwin palsu ke Arab Saudi.

Dokumen perkahwinan berkenaan sepatutnya diberi kepada seorang lelaki di Arab Saudi pada harga 1 juta rupiah (RM319.46) setiap satu set, menurut laporan di sini.

Lelaki dikenali sebagai Bukari Muhammad Rizal, 40, adalah antara mereka yang bakal berlepas ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan haji selepas berkumpul di asrama Sukolilo, di sini.

Ketika mereka tiba di lapangan terbang bandar ini, Jumaat lalu, anggota keselamatan menemui sijil kahwin itu yang diletak di celah pakaian dalam bagasi Bukari dan segera menahannya.

Pihak berkuasa lapangan terbang segera menghubungi Kementerian Hal Ehwal Agama di pejabat Jawa Timur yang memegang kuasa mengeluarkan sijil berkenaan.

Sahkan dokumen palsu

Pegawai kementerian kemudian mengesahkan semua dokumen itu adalah palsu, Polis meminta penerbangan segera ditangguhkan, kata jurucakap pejabat wilayah bagi kementerian berkenaan, Fatkul Arief. Kami masih menunggu keputusan Kementerian Hal Ehwal Agama (di Jakarta) sama ada dia (Bukari) masih dibenarkan mengerjakan haji, katanya lagi.

Bukari dilaporkan sebagai penduduk daerah Pamekasan di Jawa Timur. Sijil palsu itu sepatutnya diberi kepadanya oleh seorang saudara perempuan.

Fatkul berkata, sijil palsu itu mungkin akan dijual kepada pekerja dari negara itu diArab Saudi. Majikan di Arab Saudi dilaporkan lebih mengambil suami isteri sebagai pekerja atau amah.

Mudah dapatkan kerja

Menggunakan sijil palsu ini, pekerja Indonesia di sana boleh dapat kerja dengan lebih senang meskipun mereka bukan suami isteri, kata Fatkul.

Beliau juga berkata, dokumen palsu itu mudah dicam kerana kekurangan hologram manakala nombor siri dan warna dakwat pada kertas berbeza dengan apa yang dipakai kementerian berkenaan.

Dokumen itu bertarikh 2010, dengan ditandatangani bekas Menteri Haji, Suryadharma Ali, yang memulakan tugas pada 2009. Bagaimanapun, sijil asli 2010 menggunakan tandatangan menteri sebelumnya, Maftuh Basyuni.
Sumber: Agensi

Read More

Banggang- Gadis Ini Hina Laungan Azan & Islam Di Twitter


Nielah contoh nama makhluk asing yang selalu menggunakan nama Islam, tetapi sebenarnya Kapir untuk memecah belahkan keharmonian kaum dan agama di nusantara...Moga-moga mendapat balasan yang setimpal kerana telah memcabar Allah dan Rasul.
Read More

Pelik Dan Membimbangkan | Lebih 12 juta halimunan, hidup tanpa identiti

Pelik Dan Membimbangkan | Lebih 12 juta halimunan, hidup tanpa identiti | Bayangkan anda tidak memiliki negara...

Menetap di sebuah tempat merdeka dan maju, tetapi tidak boleh bersekolah, bekerja atau mendapatkan perkhidmatan kesihatan.


Anda tidak mempunyai kad pengenalan atau lesen memandu dan tidak boleh ke luar negara, sepanjang hayat anda.

Menakutkan? Itu juga perasaan lebih 12 juta orang yang kini hidup menumpang di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Orang tanpa negara ini seolah-olah tidak wujud di muka bumi, tiada kewarganegaraan, tiada rekod kelahiran dan kematian.

Hanya datang dan pergi begitu sahaja. Mungkin ramai tidak faham mengapa seseorang itu tidak mempunyai negara?

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ada individu kehilangan kewarganegaraan kerana masalah infrastruktur atau konflik di negara sendiri.

Faktor kedua: Diskriminasi. Ini termasuk kes kaum Kurdish Faili di Iraq dan orang Rohingya di Myanmar yang dikecualikan status warganegara oleh kerajaan masing- masing kerana mereka daripada etnik berbeza.

Punca lain adalah pembubaran negara, pembentukan negara baru dan penetapan semula garisan sempadan.

Siapa mereka?

Untuk mengenali siapa dikatakan individu tanpa negara, kes terbaru yang boleh dirujuk adalah kaum Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Rohingya adalah antara kumpulan minoriti terbesar di dunia tanpa kewarganegaraan selepas kerajaan Myanmar menarik balik taraf itu bermula 1962 kerana budaya berbeza dengan etnik Burma.

Malangnya, orang Rohingya bukan satu-satunya kaum yang ditindas kerajaan sendiri kerana masalah sama turut berlaku di Iraq, Nepal, dan Eropah.

Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), masalah orang tanpa negara paling banyak berlaku di Asia Tenggara, Asia Tengah, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika.
UNHCR sendiri tidak mempunyai data tepat kerana golongan ini tidak didaftar dan hidup bersembunyi tetapi mengikut jangkaan agensi itu, Estonia, Iraq, Kenya, Latvia, Myanmar, Nepal, Syria dan Thailand mempunyai jumlah orang tanpa negara paling ramai di dunia.

Amerika Selatan pula menjadi contoh jumlah orang tanpa negara paling sedikit kerana kebanyakan negara di wilayah itu memberikan kewarganegaraan secara automatik kepada sesiapa sahaja yang lahir di negara mereka.

Sehingga kini, UNHCR masih cuba untuk membawa keluar golongan ini daripada terus menjadi halimunan, dalam kempen yang dilancarkan sejak setahun lalu.

“Jika kita tidak selesaikan isu orang tanpa negara ini sekarang, masalah ini akan berterusan sampai bila-bila kerana ibu bapa yang tidak mempunyai warganegara tidak boleh mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka.

“Pengasingan dan penindasan ke atas satu kumpulan manusia secara berterusan buat beberapa generasi akhirnya akan menimbulkan tekanan hebat dalam masyarakat dan menjadi punca konflik,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian, Antonio Guterres.

Namun usaha untuk menyelesaikan masalah ini sukar kerana orang tanpa negara adalah antara isu yang paling kurang mendapat perhatian masyarakat dunia.

“Dalam media, hanya sedikit perbincangan mengenai hal ini, di universiti pun terlalu sikit kajian. Di PBB sendiri sebelum ini, tidak banyak dibincangkan mengenai isu orang tanpa negara,” kata Mark Manly, ketua unit untuk orang tanpa negara di UNHCR kepada agensi berita kemanusiaan AlertNet milik Reuters.

Apa dikatakan Manly itu terbukti apabila hanya 38 negara telah menandatangani Konvensyen Mengurangkan Orang Tanpa Negara walaupun perjanjian itu telah wujud sejak 51 tahun lalu.

Apa nasib mereka?

Kehadiran orang tanpa negara memburukkan masalah sosial di sesebuah tempat. Dalam kes lebih dahsyat, ia turut mencetuskan peperangan apabila orang yang diketepikan ini mula mengangkat senjata, seperti di Ivory Coast dan Congo.

 Golongan ini tidak boleh membuka akaun bank atau berkahwin secara sah. Ada yang ditahan bagi tempoh lama kerana tidak boleh membuktikan siapa diri mereka dan dari mana mereka datang.

Timbalan pesuruhjaya tinggi untuk perlindungan di UNHCR, Erika Feller berkata, orang tanpa negara menjadi mangsa mudah jenayah pemerdagangan manusia, perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa kerana tidak dilindungi undang-undang di negara tumpangan mereka.

Persoalannya, sampai bila mereka akan menjadi seolah halimunan sama ada di negara sendiri, atau di negara lain di mana mereka kini menetap?

Apakah kemanusiaan sudah pudar sehingga pihak berkuasa sanggup membiarkan golongan yang menjadi mangsa keadaan ini terus tertindas?

“Amat memalukan apabila jutaan manusia dibiarkan hidup tanpa kewarganegaraan, iaitu hak paling asas bagi seorang manusia. Masalah ini seolah-olah tidak diendahkan. Kita mesti mengubah sikap ini,” kata Guterres.

Sumber: Sinar Harian
Read More

Gambar 'Jesus' Dalam Buku Panduan Haji

Semua jemaah haji yang sedang mengikuti seminar untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah ternyata terkejut apabila menerima sebuah buku panduan haji yang mengandungi gambar Jesus.

Kementerian Agama Kota Bengkulu Indonesia juga terkejut apabila perkara itu diadukan oleh seorang peserta dalam seminar haji yang diadakan baru-baru ini.

Peserta, Yusrati pelik dengan gambar yang dipaparkan kerana memikirkan buku panduan itu seharusnya mengandungi ayat-ayat zikir dan juga cara-cara menunaikan ibadah haji.

“Di buku panduan haji ada gambarnya Jesus sedang menggembala kambing yang tertulis ‘Jesus Penggembala Kambing Yang Baik’,” katanya.

Menurut kenyataan dari Ketua Penyelenggaraan Haji & Umrah Kementerian Agama Kota Bengkulu, Efendi Joni berkata, buku panduan itu disediakan oleh pihak Kementerian Penyelenggaraan Haji dan Umrah Kementerian Agama Republik Indonesia.

Efendi memberitahu buku-buku yang telah dicetak sebanyak 280 naskah itu akan dipulangkan semua kerana bimbang akan berlakunya salah faham yang melibatkan agama Islam dan pengganut agama Kristian.

Dia turut memaklumkan insiden gambar itu mungkin mempunyai motif untuk menaikkan kemarahan di kalangan umat Islam.


Sumber: Mynewshub
Read More

Isteri Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber: SinarHarian
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.