Thursday, 4 October 2012

Nah Amik Kaw - Banner Dari Perbadanan Putrajaya Kepada Pemasang Bendera


Bendera parti ini melambangkan kesombongan. Sebenarnya aku dah berapa kali lalu kat presint 9, aku ingatkan Pas yang buat banner rupanya PJH ( Putrajaya Holding ). Sebab masa mula-mula dulu ada 2 bendera pas kt situ..lepas tu hilang dan BN dan UMNO yang pasang semua kat situ...garang gak PJH nie..

Setahu akulah PJH x benarkan pemasangan bendera di kawasan Putrajaya..

Syukur! Memey & Abby Semakin Bahagia

Selalu kita mendengar cerita kurang enak mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi selepas dia berhijrah dan menjadi ahli dalam salah satu parti pembangkang.

Tapi, usahlah kita membicarakan hak dan kehidupan Abby kerana itu keputusan dirinya.
Sebelum ini, umum mengetahui hubungan Abby dan isteri kepada bekas suaminya, Memey Suhaiza tidak berapa baik ekoran beberapa kes yang pernah terjadi beberapa tahun lepas.
 
Namun, bulan Ramadhan yang lalu telah menunjukkan kuasa Tuhan apabila Abby dan Memey akhirnya berbaik semula.

Terkini, mereka berdua dikhabarkan semakin bahagia dengan kehidupan masing-masing dan sering bercuti bersama-sama.

Memey dan Norman dikhabarkan telah menghabiskan masa bersama di Genting Highlands bersama-sama Abby dan anak-anaknya.

“Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini.

“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands,” kata Memey.

Memey juga meluahkan rasa syukur kerana Allah S.W.T telah memberikan kurniaan nikmat kebahagian selepas mereka berbaik.

“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,” kata Memey yang dipetik dari Murai.com.

Dalam pada itu, bekas suami Abby, Norman Hakim menerima hubungan baik yang terjalin antara Abby dan Memey sebagai perkara yang positif.

Norman bagaimanapun sedia menerima sebarang risiko yang akan timbul di kemudian hari.
“Saya kena faham situasi yang berlaku di mana anak-anak saya juga merupakan anak kepada Abby.

Cuma sekarang isteri saya dan bekas isteri saya mempunyai hubungan baik sesama mereka. Jadi sebagai suami dan bapa, ianya adalah perkara yang positif.

“Untuk diri sendiri pula, saya akan terima sebarang risiko daripada hal yang berlaku sekarang. Memang ada yang akan bercakap mengenai hal ini (Memey dan Abby sudah berbaik) dan saya bersedia untuk sebarang kemungkinan.

” Cuba untuk kuatkan iman, berpikiran terbuka dan faham bahawa Islam itu bersifat syumul (sempurna dan menyeluruh), Insy aAllah kita sentiasa dipeliharaNya,” kata Norman.

Semoga, hubungan baik antara mereka semua sentiasa dalam keadaan elok dan dilimpahi rahmat kebahagian selamanya. Amin.

Sumber: Mynewshub.my



Rasuah – Didakwa Tukar Keputusan Air Kencing

ALOR SETAR – Dua lelaki termasuk seorang bekas polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah untuk menukar air kencing positif dadah pada tahun lepas.

Bekas anggota polis, Hashim Said, 58, dan Shahfarid Subry, 26, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan terbabit.

Bagi kes pertama, Hashim dituduh menerima rasuah untuk diri sendiri wang tunai RM500 daripada Shahfarid sebagai dorongan untuknya yang ketika itu merupakan sarjan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Sungai Petani untuk menukar air kencing Ammar Azmi, 19, yang positif dadah kepada negatif.

Shahfarid pula dituduh menerima untuk Hashim wang tunai RM500 daripada Azmi Hashim, 51, sebagai dorongan kepada Hashim untuk menukar air kencing Ammar.

Hakim Mohd Sabri Ismail menetapkan jaminan untuk kedua-dua tertuduh masing-masing RM5,000 dan seorang penjamin.

Mohd Sabri menetapkan sebutan semula kedua-dua kes itu pada 20 November depan untuk penyerahan dokumen dan membolehkan tertuduh melantik peguam. –

SUMBER: BERNAMA

Penjaga Kambing Dihukum Gantung Sampai Mati

ALOR SETAR – Seorang penjaga kambing, G. Rajaputran dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Rajaputran, 22, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 39.98 gram di Lorong 1, Taman Bayan, Kulim, pada 3 pagi, 8 Mei tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam T. Jayaraj.

SUMBER: BERNAMA

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download