Tuesday, 9 October 2012

Akibat Tamak - Dua pegawai kastam dihukum gantung kerana edar dadah


                                                                     gambar hiasan

ALOR SETAR - Dua pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, hari ini.
 
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Ismail Mansor, 43, dan Nazni Seman, 48, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
 
Kedua-dua tertuduh yang berkhidmat dengan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis, Perlis, didakwa secara bersama mengedar dadah jenis kanabis seberat 6,705 gram di kawasan tapak parkir lori kilang simen, Bukit Keteri, Padang Besar, Perlis pada pukul 9.30 malam, 27 April 2011.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Y.Anbananthan.
 
Semasa penghakiman, Mohd Zaki berkata keterangan pembelaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan kenyataan kedua-dua tertuduh hanya diada-adakan bagi melepaskan diri.
 
Sementara itu, Anbananthan ketika rayuan memaklumkan bahawa Nazni dan Ismail, masing-masing telah bertugas selama 17 dan 14 tahun dengan KDRM.

Sumber: Sinar Harian

4 jam dalam neraka..Dirogol 10 setan Myanmar

Nak Buat Tak Kisah Lagikah Kita??

4 jam dalam neraka..Dirogol 10 setan Myanmar

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.


Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.
 
P/S: Myanmar nie buat apa lagi bagi masuk negara kita..dahlaa saudara kita dibunuhnya...Kita nie org Malaysia terlampau baik..bila dia dah ramai di rogol pulak gadis kita....Tggu apa lagiiiiiiiiiiii....

Tradisi Aneh: kahwin Paksa Sebelum Datang Haid Di Yaman

Sanaa- Para lelaki normal, pasti ingin mendapatkan isteri dengan usia yang lebih muda dan tentu saja masih yang dara bukan? Namun, tradisi yang berlaku di negara2 tertentu seperti Yaman dan Afganistan, memperlihatkan tindakan lelaki di negara berkenaan sungguh keterlaluan.
 
Mereka bukannya mencari gadis cukup umur untuk dijadikan isteri, tetapi malah menyasar anak-anak usia di bawah satu dekad, bahkan lima-enam tahun, untuk dijadikan pendamping hidup. Meski bakat cantik sudah terlihat, namun secara lahiriah belum ada yang menarik dari tubuh anak-anak ini. Payudara dan punggung saja belum terbentuk.
 
Seperti dilaporkan majalah National Geographic edisi terbaru, saban tahun, 10-12 juta gadis belia dipaksa menikah sebagai tradisi dan cara menyelesaikan kemelut keluarga. Biasanya, upcara pernikahan berlangsung tengah malam atau dinihari agar tidak ketahuan polis.
 
Seperti pengalaman Rajani, lima tahun, dari Negara Bagian Rajashtan, India, yang tertidur saat hendak dinikahkan. Ia pun terpaksa dipangku oleh pak ciknya ke tempat pernikahan dengan calon suaminya yang baru berumur 10 tahun.
 
Lain lagi dengan gadis cilik dari Yaman bernama Ayesha, 10 tahun. Ia begitu ketakutan saat melihat calon suaminya yang berusia setengah abad. Tiap hari ia menelefon saya dan menangis, ujar adiknya yang bernama Fatimah. Ayesha dan suaminya tinggal di sebuah desa, sekitar dua jam perjalanan dari rumah orang tuanya.
 
Dunia pernah dikejutkan oleh kisah Nujood Ali yang lari dari rumah suaminya kerana dinikah paksa. Ia lantas meminta pengadilan menizinkan ugutan cerai terhadap suaminya yang berumur 30-an tahun. Upayanya berhasil. Ia sekarang kembali bersekolah dan tinggal dengan orang tuanya. Cerita Nujood dibukukan dalam 30 bahasa dengan judul I Am Nujood, Age 10 and Divorced.
 
Selain kehilangan zaman kanak-kanak mereka, gadis-gadis ini juga terancam kehilangan nyawanya saat melahirkan .
 

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download