Friday, 12 October 2012

Tahniah Buat Negeri Kelantan - Jumpa Tentera Jangan Baling Mercun Nanti Tentera Baling Bom Naya2..

TAHNIAH buat Kelate... Tahniah buat ATM juge... Permainan yg sangat menarik malam tadi. Ambe rase perlawanan dalam piala Malaysia dalam musim ni ade macam2 ragam dari pemain bahkan dari para penyokong pasukan yg bertanding. Syabas buat  kepada kedua-dua pasukan yang telah berjaya menempatkan pasukan mereka ke final piala Malaysia dalam musim nie.

Dok kurang jugok kepada pengulas perlawanan kat TV1 tadi yang agak kelam kabut dalam mengulas perlawanan antara Kelantan  dan Selangor tadi. Tersilap sebut pemain dan tersilap sebut skor perlawanan pun ade. Rase mcm kelakor jer dengor gelagat pengulas mengulas perlawanan. Tapi ambe faham tugas sebagai pengulas perlawanan memang agak sukar tapi jgn jadikan ia sebagai suatu alasan untuk membuat kesilapan. Harap lepas2 ni  takde lagi berlaku perkara sebegitu.

Ni nok cerita pasal gelagat penyokong plok. Aduhh.. Bile la para penyokong kite nie nok jadi berdisiplin. ade yg balik botol ke padang dan perkara lazim yg  berlaku ade yg baling mercun. Tolong la beruboh awok2 kite weyhh... Lepas ni ambe nok tgk tak dok lagi baling2 mercun ngan baling2 botol@sampah bukan ape lepas ni nok lawan ATM plok. Silap2 puok deme baling mercun , geng2 ATM baling BOM ke puok2 deme kikikiki~~ kalu baling botol kene molek puok2 ATM lepor kereta Kebal plok hehe~

Ape2 pun ambe nok tgk perlawanan akhir nanti dapat dilangsungkan dengan baik tanpa kehadiran byk kad2 kuning dan juge layangan kad meroh..

Akhir kate  GOMO KLATE GOMO~~ TEMBOK ATM TEMBOK~~  =D



***di hatiku tetap PETEH TEGANU PETEH~!!***         

Masih Sekolah Lagi Rupanya - Pelajar SPM Rompak Juruhebah Radio

JOHOR BAHARU — Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bulan depan antara dua lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merompak seorang juruhebah radio Best 104, bulan lepas.

Pelajar berusia 17 tahun itu dan Muhamat Arafi Amin Wong, 21, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dibacakan di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.

Pelajar dari Saleng, Kulaijaya itu dan Muhamat Arafi dari Senai bersama beberapa lagi yang masih bebas didakwa merompak Julie Diana Omar Shariff, 34, dengan menggunakan pisau di No. 53, Jalan Kasim Nor, Kampung Sungai Danga, Taman Perling, pada 1 pagi, 29 Sept lalu.

Mereka didakwa merampas dua utas rantai leher, sebentuk cincin, sepasang anting-anting, wang tunai RM6,000, kad ATM, kad pengenalan dan telefon bimbit yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM10,000.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan pelajar itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Muhamat Arafi diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Hakim menetapkan 24 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.– BERNAMA

Budak Sambut Hari Lahir Dengan Wiski – Hingga Mabuk!

CARDIFF – Seorang budak dibiarkan menyedut separuh gelas wiski menggunakan straw selepas sebuah restoran tersilap menghidangkan arak itu walaupun sepatutnya dia diberi jus buah.

Media semalam melaporkan, Sonny Rees menghabiskan kira-kira 40 peratus alkohol itu tanpa disedari kakitangan restoran Frankie and Benny’s di Swansea.

Insiden itu berlaku ketika Rees dibawa meraikan hari lahirnya yang kedua. Menurut sumber, kesilapan itu disedari apabila Rees menunjukkan riak wajah serta kelakuan aneh setiap kali menyedut minuman.

Ekoran itu, katanya, ibu Rees, Nina, 34, menghidu serta mencuba minuman berkenaan dan terkejut mendapati ia adalah arak.

Rees kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Nina berkata, dia memesan jus limau dan air kosong untuk anaknya.

“Rees sempat menyedut kira-kira 10 kali dan saya dapat lihat dia mabuk,” katanya. – TS

Dua peragut guna pedang - dihukum penjara, sebat

KOTA BHARU – Tindakan kejam dua penganggur yang meragut mangsa tanpa belas kasihan dibalas dengan salah seorang daripadanya dijel 14 tahun enam bulan dengan 20 sebatan manakala rakannya dihukum penjara empat tahun enam bulan dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Hanifi Hamzah, 25, selepas dia mengaku salah atas tiga tuduhan termasuk dua kesalahan ragut manakala rakannya, Wan Mohamed Ramzan Wan Nawawi, 32, juga mengaku salah atas satu tuduhan serupa, selain mereka turut dihukum atas satu tuduhan menghapuskan barang curi.

Kedua-dua sahabat itu merupakan penjenayah kes cubaan samun terhadap pembantu klinik, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, yang tangan kirinya hampir putus ditetak ketika beg tangannya cuba diragut

Sumber: Kosmo

Imam Hoslan Husin: Dengan Kehendak Allah Taala Saya Di Penjara, Dengan Kehendak Allah Jualah Saya Dibebaskan

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Imam Hoslan Husin yang dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana melempar selipar ke arah panel hakim dibebaskan dari penjara Kajang hari ini selepas didapati berkelakuan baik.
Beliau dilepaskan bersyarat di bawah perintah Parol dari Pejabat Parol Daerah Cheras di bawah Jabatan Penjara Malaysia kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi selepas menjalani hukuman penjara tujuh bulan tiga hari mulai 8 Mac lalu.
Hoslan dikehendaki melapor diri setiap minggu ke pejabat parol, atau pada bila-bila masa dikehendaki pegawai parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November 2012.
Hoslan turut perlu melapor diri jika ingin keluar dari daerah Cheras.
Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, bergegas hadir dari Hospital Kuala Lumpur dari menjaga anaknya akibat demam denggi.
“Syukur. Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara. Dengan kehendak Allah Taala dibebas. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peguam Karpal Singh; Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat kerana membelanya secara terbuka.
Hoslan menambah, beliau memaafkan pihak yang menganiainya, namun akan terus memperjuangkan keadilan kerana ia adalah ijtihad dalam hidupnya.
Imam Hoslan Husin: Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara. Dengan kehendak Allah Taala dibebas.“Tidak ada yang lebih baik dari memaafkan. Kerana Rasulullah sendiri pun sentiasa memaafkan,” kata Hoslan memaklumkan, diberi kebenaran menyampaikan tazkirah kepada banduan dalam himpunan harian pagi ini.
Hoslan berkata, beliau akan meneruskan kehidupan dengan berniaga kitab-kitab agama.
“Kita jalankan kehidupan. Tidak ada masalah. Tidak baik sekiranya ada penyakit hasad dengki,” kata bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan ini.
Parol bermaksud pelepasan seseorang penghuni penjara yang mempunyai tarikh bebas dan layak, untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol.
Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol.
Sumber: Malaysiakini.
 

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download