SELAYANG – Seorang peniaga daging kambing tidak menyangka
kehidupannya tidak pernah sunyi daripada penderitaan setelah membuat
pinjaman sebanyak RM50,000 dengan sebuah syarikat kewangan berlesen
pada tahun 2006 untuk tujuan menjalankan perniagaan.
Deritanya bermula apabila dia gagal menjelaskan baki pinjaman berkenaan sebanyak RM13,000 tahun lalu.
Akibatnya kepala dia ditetak dengan senjata tajam, telinga kanannya
dihiris manakala dan ibu jari tangan kanannya dipotong tahun lalu.
Bagaimanapun mangsa, A. Mutukrishnan menerima satu lagi kejutan
apabila dia dihalau dari rumahnya di Selayang di sini oleh pekerja
syarikat kewangan berlesen itu baru-baru ini.
Alasan yang diberikan ialah rumah tersebut sudah digadai kepada bank.
“Disebabkan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu, saya telah merujuk perkara tersebut ke bank berkenaan.
“Saya cukup terkejut apabila bank mengakui kelalaian mereka
meluluskan proses tukar hak milik rumah tersebut kepada syarikat
terbabit tanpa pengetahuan saya,” dakwanya pada sidang akhbar di sini
semalam.
P/S: Nie lah akibatnya berhutang dengan AhLong- Nama je ada lesen tapi berlagak samseng.. Nielah akibatnya melakukan pinjaman secara Riba dan sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...
Sumber: Kosmo