Kumpulan lelaki samseng serang bengkel motosikal di Georgetown

GEORGE TOWN — Lebih 10 lelaki bersenjatakan parang, tukul, kayu dan batang besi menyerang sebuah bengkel membaiki motosikal di Lorong Sungai Pinang semalam.

Seorang pekerja bengkel yang enggan dikenali berkata pada kejadian 4.30 petang itu, semua lelaki terbabit secara tiba-tiba meluru masuk dan memecah perkakasan dalam kedai selain melarikan wang tunai serta barangan berharga.

Beliau berkata, mereka turut mengugut mahu mencederakannya dan enam lagi rakan sekerja yang berada di situ jika cuba melawan.

"Semasa itu, saudara tauke yang sedang mengandung lima bulan turut berada di dalam bengkel tetapi mujurlah tiada sesiapa yang cedera. Kejadian berlaku sangat pantas, beberapa minit sahaja mereka pecah masuk, rosakkan barang-barang dan larikan dompet serta telefon bimbit kami,” katanya kepada pemberita di sini.

Susulan kejadian, pemilik bengkel mengalami kerugian kira-kira RM150,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes tersebut dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Beliau berkata, setakat ini, polis menahan lapan lelaki tempatan berusia 16 hingga 38 tahun di sekitar kawasan Jelutong bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh.

Katanya, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. — BERNAMA

Read More

Ustaz Sharhan Shafie - Iblis Ikut Balik Rumah

Assalamualaikum..Pagi2 nie ambe nk kongsi pertanyaan penonton  kepada Ustaz Sharhan berkenaan Iblis ikut balik rumah dan ayat yang boleh memisahkan Iblis dari bertenggek di tubuh kita..contohnya bila menziarahi orang sakit..Jom ikut beramal dengan surah At-Tariq ayat 4.


Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (51) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (438) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (1) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (24) Pencuri (2) pengajaran (1) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (15) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (9) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (15) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.