Anggota Polis Ditahan Merogol Gadis 15 Tahun

PETALING JAYA – Seorang pegawai polis rondaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada Ogos lalu.

Azman Zakaria, 28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pendakwaan itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada Selasa.

Dia dituduh merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Jalan Berkat 5, Kg Sri Aman, Puchong di sini kira-kira 6.30 petang pada 5 Ogos lalu.

Azman yang berkhidmat dengan Balai Polis Melaka Tengah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, di mana memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Rakya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan ikat jamin RM8,000 dengan menyatakan bahawa Azman adalah seorang penjawat awam.

Peguam Esther Tan Siew Choo yang mewakili Azman berkata, dia berharap pihak mahkamah dapat mengurangkan ikat jamin kepada RM3,000 kerana Azman telah memberi kerjasama kepada mahkamah.

Hakim Rozina kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan juga memerintahkannya untuk tidak mendekati saksi, keluarga dan mangsa.

Hakim Rozina menetapkan 23 November untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan.

Sumber: Mstar.com.my

Read More

Black Mentor Sanggup Membunuh Jika Ada Orang Yang Mempertikaikan Keimanan ( Islam ) Beliau..

KUALA LUMPUR – Beberapa minggu yang lalu, nama penyanyi realiti televisyen, Black (Mentor) seakan-akan tercalar apabila dia dikatakan bersekedudukan dengan kekasih ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu, Januari tahun ini.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 25, sudah tampil membuat kenyataan dengan menafikan gosip bahawa dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tetapi masih ada lagi ‘cakap-cakap belakang’ kedengaran seperti mengatakan dia hanya mahu mengelak daripada mengaku tetang perkara itu.

Terbaru, dalam sebuah ruangan Pojok sebuah akhbar mingguan tempatan, semalam, Black sekali lagi meluahkan rasa dukacitanya terhadap dakwaan itu.

Memetik daripada artikel berkenaan, Black berkata, dia amat berang apabila dikaitkan dengan gosip tersebut.

Malah lebih teruk, apabila dia dikatakan seperti tidak tahu membezakan mana yang baik dan buruk sekaligus membelakangkan ajaran agama Islam.

“Saya beritahu lagi, kalau sampai mempertikai agama, saya sanggup membunuh!

“Saya perlu mempertahankan agama saya. Kalau nak tulis gosip, jangan campur aduk dengan agama. Itu yang saya cakap saya nak saman,” katanya di sini, semalam.

Tambahnya, tidak apa jika mahu menuduhnya perangai buruk sebab dia juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan tetapi jangan menuduh sehingga terlampau.

“Nak tuduh perangai saya buruk, tak apa, tapi jangan sekali-kali mempertikaikan agama saya. Bagi saya isu ini sudah diselesaikan dan saya harap tidak apa pihak yang mengungkit lagi.

“Selepas ini saya perlu menasihatkan diri saya sendiri supaya lebiih berhati-hati,” katanya.

Namun begitu, kata-kata penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini bukanlah nak mengugut mana-mana pihak.

Mungkin Black secara tegas ingin menyatakan yang dia sanggup lakukan apa saja jika ada orang yang mempertikaikan pegangan agama Islamnya.

Sumber: mynewshub
Read More

Tanpa Rasa Bersalah Penyanyi Melayu Nadhira Memeluk Anjing.

Sebelum ini, negara agak kecoh apabila terdapat beberapa selebriti tanah air yang beragama Islam bergambar dengan memegang anjing.

Antara artis yang pernah terlibat adalah penyanyi, Adira dan pelakon, Nanu Baharudin.
Kini, menerusi laman portal Budiey.com, giliran penyanyi rap Nadhira pula dilihat sedang memegang binatang yang diharamkan itu.

Namun begitu, tidak pula penulis tahu sejauh mana keadaan anjing berkenaan.
Misalnya sama ada basah atau kering.

Mungkin Nadhira dapat memberi kenyataan berhubung isu ini kelak.
Sementara itu, bagi seiapa yang tidak mengenali Nadhira, dia sebenarnya artis Malaysia yang sedang meningkat naik di persada seni antarabangsa.

Antara lagunya yang popular adalah Hitam Kuning (Go Tigers), Rindu dan Tears Us Apart.
Terbaru dia bakal mengadakan persembahan di Australia.


P/S: Nie laa akibatnya terlalu ikutkan budaya barat yang tidak tahu asal usul..Sampai najis Mughalazzah pun x reti nak beza..Anjing tu haram hoi sentuh kena samak.
Read More

Tahniah Pelumba Tersohor Negara Zullfahmi lari dari kena sembur arak



 Assalamualaikum..Bangga betul aku kt Mamat ( Zulfahmi Khairuddin )  nie berumur 21 tahun, beliau merupakan anak muda dari Banting Selangor ( Org Jowo )  dan merupakan pelumba yang mencipta sejarah menaiki podium perlumbaan moto 3 menduduki tempat ke dua. Apa yang aku banggakan tentang Mamat nie walaupun dah berada di puncak tapi tuntutan agama dan adat ketimuran masih tersemat dijiwa beb..hehe.

Masa beliau menaiki podium aku ada beb..bangga jugak laa abis laa suara aku bersorak untuk Mamat nie..Masa Mamat nie naik podium memang tradisi Sukan Permotoran Dunia bila dah menang jea Air Syaitan lah yang menjadi hadiah sampingan... Di goncang2 pastu disembur kat semua pemenang. Apa yang membanggakan aku semasa sesi semburan air Syaithan nie Mamat nie lari beb..Tahniah laa aku ucapkan..
Sebelum terlupa ingin aku ucapkan tahniah kepada pelumba Moto 2 Negara yang berjuang atas tiket wild Card kerana berjaya mendapat tempat keempat walaupun bermula di tempat ke 27 muda laa si Hafizh Syahrin Abdullah nie baru 18 tahun beb...Cerah masa depan beb...

Layan video nie..


Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (56) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (443) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Onani (1) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (26) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (18) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (13) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.