![]() |
| KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA...:) |
KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH
Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan
menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan
haram.
Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di
sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal
dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah
tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut
?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia
keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan
keduanya”. (Hr Bukhari)
Dari
Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu hari yang
lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih
dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal
bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah),
takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya
mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah
s.a.w. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang".
(HR Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w.
bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak
membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)."
(HR Muslim)
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi
berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah
solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat
demikian bererti telah menjalankan agama kita." (HR Muslim)
sumber: EMTV.com.my
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (HR Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR Muslim)
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (HR Muslim)



