Wednesday, 31 October 2012

Allah Menghantar Taufan Sandy Menghancurkan Amerika..( Video inside )

Assalamualaikum wbt..Malam nie ambe nak cerita sikit pasal bala yang melanda Amerika sekarang nie iaitu taufan Sandy . Dalam hati kecil nie kata padan Muka mu Amerika inilah balasan atas kezaliman mu terhadap Umat Islam di seluruh dunia, ingat doa orang dizalimi tiada hijab disisi Allah. Doa berjuta umat Islam yang berada di Mekah menunaikan Haji dimakbulkan Allah.
Tiga reaktor tenaga nuklear Amerika Syarikat (AS) masih ditutup hari ini dan reaktor keempat kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas Taufan Sandy yang membawa ribut dan angin kencang mengancam sistem penyejukan reaktor.

Cuba kita bayangkan jika reaktor nuklear nie bocor atau meletup sudah tentu akan menjadi krisis bencana yang besar di Amerika. Mungkin inilah bencana paling dashyat pada abad ini..Wallahualam.

video

P/S: Apa pun ambe ucapkan takziah kepada mangsa yang terkena taufan ini. Moga kita semua diberikan hidayah oleh Allah terutama diri ambe sendiri..ameen









Remaja Ditahan Polis Main Seks Pondok-Pondok Bersama Sepupunya

Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin. Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa. “Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya. Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

sumber

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download