Friday, 2 November 2012

Pelajar Sekolah nie berpelukan Macam Suami Isteri Daa..

 , Budaya serta adab semakin hilang dalam diri remaja sekarang, tapi aku bersangka baik mungkin dah kahwin kot..hehe

Apa pandangan korang tentang gambar di atas, kalau kita lepak kt sekitar KL bersepah budak-budak sekolah berkelakuan macam nie. Kenapa ini terjadi korang jawablah sendiri.

Kalau aku bagi nasihatkan korang kata aku alim pulak..hehe.Dunia-dunia..

Keranda Perak Muncul Dari Kubur Akibat Taufan Sandy

CRISFIELD, Maryland – Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Keranda perak dan gangsa itu ‘muncul’ selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan.

Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dengan membawa banyak kemusnahan sehingga hampir menenggelamkan bandar raya New York.

Lebih 8.2 juta orang tidak mendapat bekalan elektrik di 17 buah negeri di AS ekoran serangan taufan tersebut.

Taufan itu turut membawa kemusnahan di Boston, Philadelphia dan Washington.
Taufan itu meninggalkan bandar raya New York kelmarin.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, taufan itu bergerak lemah ke negeri Pennsylvania di timur laut AS dan dijangka menuju ke timur New York dan Kanada. – Agensi

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download