Obama- 5 Sebab Mengapa Yahudi Memilih Beliau

Kedua-dua calon Presiden Amerika memang pro-Yahudi. Namun kemana sebenarnya warga Yahudi menjatuhkan pilihannya, masih menjadi tanda tanya. Tentu ada beberapa alasan yang menguatkan kaum Yahudi memilih salah satu calon. Sebuah kajian dilakukan oleh sebuah organisasi non partisan bernama iVoteIsrael, menyebutkan warga Yahudi di Amerika Syarikat yang menyokong calon presiden dari Parti Demokrat, Barack Obama. Sedangkan warga Amerika di Israel justeru menyokong calon presiden dari Parti Republik, Mitt Romney.

Berikut beberapa sebab mengapa pengundi Yahudi di Amerika yang memilih Obama.

1. Keselamatan Israel adalah suci
Barack Obama mengatakan di hadapan kumpulan lobi Yahudi di Amerika, American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), keselamatan Israel adalah hal yang "suci" dan "tidak boleh dibantah".

2. Obama tidak bersetuju dengan Presiden Mahmud Abbas
Obama tidak bersetuju dengan langkah Presiden Palestin Mahmud Abbas untuk meminta pengakuan secara sepihak kepada PBB atas negara Palestin. Obama lebih mendorong wujudnya kemerdekaan Palestin melalui rundingan antara Palestin dan Israel.

Tentu saja hal itu boleh dikatakan mustahil. Rundingan di antara kedua-dua pihak kerap mentok di tiga isu utama, iaitu sempadan sebelum 1967, pemulangan pelarian Palestin, dan Jerusalem Timur sebagai ibu kota negara Palestin.

3. Obama tidak mendesak Israel menamatkan sekatan Jalur Gaza Palestin
Obama memang menolak pembangunan penempatan Yahudi, tapi dia tidak boleh memaksa Netanyahu untuk membongkar semua penempatan haram itu di Tebing Barat. Obama juga tidak mendesak Israel merobohkan Tembok Pemisah. Dinding sekatan ini sudah dibina sejak satu dekad lalu dan bakal melalui seluruh wilayah di Tebing Barat. Panjangnya lebih daripada 750 kilometer.

4. Obama menyokong Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel
Obama ikut mendorong agar piagam Parti Demokrat memasukkan kembali pengakuan soal Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Dia tetap mempertahankan undang-undang yang mewajibkan Rumah Putih memindahkan kedutaan besar mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Hingga saat ini, akta itu belum dilaksanakan kerana isu itu sangat sensitif dan boleh memberi kesan amat serius.

5. Obama membina gudang senjata di Israel
Obama menjadi presiden pertama Amerika yang membina gudang senjata di Israel setahun selepas dia terpilih. Tel Aviv cukup memberi tahu saja tanpa perlu izin buat menggunakan semua senjata dan peluru di gudang itu. sumber  detikislam.blogspot.com

Read More

ILMU: Kite Ingat Tak??




Rukun Iman dan Rukun Islam



Salam sejahtera dan salam bahagia kepada semua pembaca setia kakisembang.com. Dalam suasana yang lembap dan hujan nie tiba-tiba ambe terasa ingin mengingatkan apa yang kita selalu lupa. Sebab bile tengok tv selalu memaparkan dan mengingatkan kita mengenai Rukun Negara. Sebagai rakyat Malaysia yg baik kita semestinya berpegang teguh kepada Rukun Negara kita dan ambe yakin kita semua ingat kelima-lima Rukun Negara Malaysia. Tapi sebagai seorang yang beragama Islam dan muslim yang sejati bagaimana pula dengan Rukun Iman dan Rukun Islam? Masihkah kita ingat?

Atas pemantauan ambe masih ramai lagi rakan-rakan kita yang lupa dengan Rukun Iman dan Rukun Islam. Jadi atas kesedaran diri ambe, ambe ingin mengingatkan rakan-rakan pembaca sebagai seorang muslim sejati wajib ingat tapak asas kita atau tiang agama kita.

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.




Jadi sekarang semua dah ingatkan. Bila dah ingat tu jangan setakat ingat je tapi jangan lupa amalkannya...=)

#kakisembang bukan sembang sembarangan~
Read More

Lakukan Seks dengan 919 Jantan dalam 1 Hari




Lisa Sparks (lahir Oktober 6, 1977) adalah seorang pelakon filem lucah Amerika. Sparks adalah pemegang rekod dunia untuk mengadakan hubungan seks dengan rakan-rakan yang paling ramai dalam satu hari. Dia mencapai ini rekod dunia gangbang dengan mempunyai hubungan dengan 919 lelaki pada 16 Oktober 2004 di Warsaw, Poland sebagai sebahagian daripada Kejohanan Gangbang Dunia dan Eroticon 2004.

Ni la rosaknya Amerika, dengan keadaan rakyatnya yang sudah kembali kepada jahiliah. Walaupun perkara ini dah lama berlalu. Namun kita masih tengok kesannya sehingga ke hari ini.

Dengan ekonomi yang tidak menentu di Amerika, kadar pengangguran yang berleluasa dan masalah sosial seperti ini sedang membarah mereka masih lagi bongkak dengan KEBODOHAN mereka.

Aku nak mengajak kita semua merenung di pagi yang hening ini, apakah kita di Malaysia memandang tinggi dengan kebodohan Amerika yang merasa mereka pandai ini. Apa tidaknya apabila ada di antara kita malah pemimpin negara yang berkiblatkan Amerika yang dikenali sebagai syaitan dunia yang bersekongkol dengan Israel ini.

Cukuplah dengan Gangnam Style, K-pop, Black Metal, Punk, Skin Head dan bermacam-macam lagi hedonisme yang meresapi ke dalam budaya kita pada hari ini. Budaya orang bodoh berlagak pandai dan kita yang pandai mengikut apa sahaja orang bodoh ini. 

Cukuplah untuk pesanan untuk aku dan kita semua di pagi yang mulia ini.


P/s:
Gangbang : Pelacur yang melakukan seks dengan beberapa orang jantan.
Read More

Mat Bangla - Berzina Dengan Isteri Orang

Hubungan intim seorang wanita berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas mereka dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Teman lelakinya yang juga hanya bertuala cuba melarikan diri namun berjaya diberkas oleh penguatkuasa di situ.

Ketika ditanya, wanita berkenaan menafikan mereka melakukan sebarang maksiat dan memberikan alasan hanya singgah sebentar menumpang tidur kerana sudah lewat untuk pulang ke rumah.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai di kedai milik majikan wanita berkenaan.

Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke balai Polis untuk diambil keterangan lanjut.

Sumber: Informasi.my

P/S: Nie la akibatnya terlalu sangat menonton cerita hindustan sampai Mat Bangla pun di sebatnya. Bangla kalau nak datang keje cnie, elok2 laaa nie nk jual karpet tapi ayat bini orang lak..Satu lagi perempuan tu apa hal, dah ada suami bangla pun nak jugak ke..|Dunia2

Read More

Terminator Versi Manusia Yang Nyata - ( Gambar )

Seorang penduduk dari Alaska, Jason Burnam sedang menjalani hukuman penjara. Dia juga dikenali sebagai Terminator. .Bagi akulah nie bukan terminator tapi teramatbodo.haha.

Kenapa lah nak ubahkan ciptaan Allah yang sempurna. Aku tengok negara barat meraka sudah kehilangan identiti dan cara hidup, korang nak tahu kenapa perkara ini terjadi antara sebabnya meraka meninggalkan petunjuk Ilahi dan mengikut budaya yang mereka cedok dari kepala hotak mereka yang sewel..

Korang jangan lah duk ikut lak, nak berfesyen pun agak-agaklah jangan jadi bodo..haha. Masa zaman aku sekolah dulu akhir tahun 90-an, Remaja terikut-ikut budaya  PUNK, SKIN, BLACKMETAL masa darah muda semua benda kita nak ikut..

Aku pun tidak salahkan remaja hendak berhibur tapi sebagai Orang Islam haruslah menjaga pantang larang dan adab sebagai seorang mukmin.

 Sekarang nie pulak budaya dari korea lak jadi ikutan remaja,  sekarang yang tengah panas K-Pop dan Gangnam style..nak berhibur tidak salah tapi jangan melampau k.


Aku pun masa sekolah dulu pun terikut-ikut sikit budaya nie..hehe.tu pun layan lagu depa jah,  ..Pepun nak berfesyen x pe tapi jangan menyalahi agama,  adab dan budaya timur kita jangan kita lupa. bye2
Read More

HOT !! Gambar anggota Bomba real terbakar api !!


Ini bukan lakonan seperti dalam filem   tetapi gambar  real anggota bomba terbakar apabila tangki  silinder gas di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi  meletup ketika usaha memadamkan kebakaran .

Demi menjalankan tugas & tanggungjawab , badan beliau hampir terbakar hangus oleh api ...Ini lah tugas bomba yang mencabar. Aku dari dulu lagi memang respect giler kat Pasukan Bomba ini.

Kejadian ini berlaku di Kota Bharu. kejadian ini berpunca daripada Tangki Minyak diesel yang terbakar dan meletup di bahagian belakang kilang menyebabkan 10 anggota bomba terkena letupan dan 4 parah. Aku ucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat, moga-moga cepat sembuh dan kembali bertugas. 

Jasa mu mungkin tidak dipandang oleh orang politk tapi kami rakyat menghormati kerja kamu...
Sumber gambar: Harian Metro
Read More

Ngeri - Akibat Mencuri Di Sula Punggung Dengan Besi

Nah amekaw, gambar ini tersebar kat Facebook. Kejadian ini berlaku di negara Omputih x de kena mengena dengan orang sekeliling aku k. Mamat nie terkejut bila kegiatan mencurinya di perhatikan dan apa lagi lintang pukang laa melarikan diri. Sampai kat pagar utama tersangkut pulak dekat pagar runcing..haha sakit wooo..

Inilah harga tunai yang Allah taala bayar terus kat dunia. Seksanya dah terasa kat dunia lagi. Kita yang nengok ni pun seriau bulu roma, kesian tu pun ada juga. Tapi nak buat macam mana , inilah balasannya.

Kalau bab panjat pagar nie terkenang pulak aku masa zaman sekolah dulu, selalu lah panjat pagar ikut kawan-kawan ponteng, nasib baiklah sekolah aku dulu x de  pagar runcing macam nie. hehe terselamat aku.

Dulu masa sekolah tak pernah pikir langsung kata cikgu, bahaya ke tak, lantak! Janji  boleh lepas. Tapi yang banyaknya tak lepas..he..he..he...

Buat adik-adik sekolah  kat luar sana, ikutlah pesan  cikgu, cikgu marah bukan sebab benci tapi  nak suruh korang jadi orang lepas sekolah nanti, bukan jadi maling  macam gambar kat atas ni.

K. Bye...ingat tu.   


Read More

Takziah - Pelajar IPT Maut Langgar Tembok Plaza Tol

PETALING JAYA – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan maut dalam kemalangan di Plaza Tol Damansara Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa, Chua Hsing On, 18, berasal dari Subang Jaya, memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan, sebelum merempuh tembok penghadang di laluan Touch n Go di plaza tol berkenaan.

Jurucakap polis berkata, mangsa tersepit kira-kira setengah jam sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Utama.

“Ekoran rempuhan itu, mangsa cedera parah di dada dan kaki. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. – SinarHarian

P/S: Aku pun pernah jugak laa terbabas nk langgar tol, tapi bukan sebab mengantuk ke apa tapi benggang jalan-jalan je jumpa tol..haha abis duit gua lol..
Read More

Mengenali Isteri Tuan Guru Nik Aziz | Isteri Tok Guru Nik Aziz Tidak 'Bertelekung' Semasa Solat

Mengenali Isteri Tuan Guru Nik Aziz | Isteri Tok Guru Nik Aziz Tidak 'Bertelekung' Semasa Solat | Ketika Tuan Guru Nik Aziz hadir ke majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012 semalam, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu berlangsung berjemaah bersama anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Isteri Tuan Guru Nik Aziz

Walaupun tidak kain sembahyang yang lengkap (telekung), beliau mendidik umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat. Sekali lagi persoalan yang tabu bermain di fikiran ramai orang, 'Bolehkah wanita bersolat tanpa telekung?'.

Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa entri ini sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Buat pengetahuan semua, di Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sering memperbetulkan salah faham berkaitan isu telekung ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu.

Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.
Apakah hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung?. Solatnya adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks dengan alasan tidak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan baunya tidak menyenangkan. Ada yang terlebih bijak pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

 Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.



P/S: Mana-mana tempat pun boleh bersembahyang..Moga kita ditempatkan sebagai orang bersabar dalam mengerjakan Solat...Berat Sungguh tuntutan ini bagi orang yang lemah macam ambe nie..


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.