Laungan Syahid Mujahideen Di Gaza Berkumandang ( Gambar )- Ayuh Panjatkan Doa Kepada Mujahideen

Semalam, ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari syahid dalam satu serangan udara Israel di Gaza
Ahmed Said Khalil al-Jabari  dan seorang pegawai kanan Hamas turut Syahid apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara.
Satu siri serangan udara kini sedang dilancarkan di seluruh Gaza .
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) laknatullah berkata mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan lain-lain kumpulan Mujahideen yang lain.
Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas
Pasukan Keselamatn Israel Laknatullah, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.
“Ahmed Said selama ini juga antara orang yang bertanggungjawab membiayai dan memberi arahan operasi tentera mereka bagi menyerang Israel. Jadi dengan pembunuhan beliau, kami mahu memberi amaran kepada pegawai Hamas yang lain jika mereka melakukan keganasan kepada Israel, mereka juga akan turut diserang,” katanya.
Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita, keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal memberi kesan jangka panjang.
“Kerajaan Palestin akan memanggil mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini dan rakyat Palestin sendiri mempunyai hak untuk bertindak balas,” katanya.
Timbul juga kebimbangan yang serangan itu akan menimbulkan lagi perang ke kawasan sekitar. 

P/S: Semalam merupakan detik yang mengemparkan dunia berkenaan pembunuhan komender Hammas, pembunuhan ini bermakna Israel telah mengishtiharkan perang terhadap Mujahideen seluruh dunia dan Umat Islam yang mendokong perjuangan Islam.

Serangan Israel ini bagi aku lah  bertujuan untuk menutup kekejaman Tentera Bashar AlAssad Laknatullah di Syria. Bagi aku dunia Islam memasuki demensi baru, ini zaman kebangkitan Islam di seluruh Dunia. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejatuhan Rejim Hosni Mubarak di tangan Ikhwan Muslimin dan kalau kita lihat satu persatu rejim  telah tumbang. InsyaAllah sinar Islam semakin muncul dan terang di Ufuk Timur.

Berbalik kepada Cerita Di Palestine sehingga ke saat ini Mujahideen telah melaungkan seruan Jihad, pemuda, orang tua turun memikul senjata untuk menghadapi kejahatan Yahudi Laknatullah. Pada mereka tiada apa yang diharap selain kemenangan atau pun Syahid berjumpa dengan Allah..

Kataib Syahid Izzudin Al - Qassam ( Sayap Hammas ) telah menghentam 4 serangan roket jenis Grad ke atas pusat perisikan khas Zionis dan mengebom pengkalan tentera Zionis. Pejuang-pejuang telah bersumpah dengan nama Rabbul Izzah, Bumi Gaza tidak akan tunduk kepada Yahudi Dan sekutunya dan janji mereka akan tiba kepada suku sakat Zionist.

Abu Ahmad, jurucakap Saraya Al-Quds ( Sayap Hammas ) berkata " kami akan buat lagi kejutan yang mana musuh tidak sempat untuk bersedia, musuh pasti kesal bila menemui tentera-tentera meraka terbunuh apabila memasuki bumi Palestine. 

Kita sebagai Umat Islam yang prihatin, sama2 lah kita memanjatkan doa kepada pejuang di sana, aku begitu berharap khutbah Jumaat esok sentuh lah berkenaan perkara ini supaya masyarakat dapat info berkenaan perkara ini.  Banyakkan berdoa untuk keselamatan dan kemenangan Mujahideen di sana. Jadi kamu pentingkan diri kamu sendiri, kelak mati Allah tidak memandang wajah kamu...Doa itu senjata ISLAM....Gunakan lah Doa dan perbanyakkan lah amalkan Qunut Nazilah selalu dalam sembahyang..Takbirrr 




Read More

Orang Utan Dibakar Hidup-Hidup Di Indonesia

Orang utan ini telah masuk ke sebuah kampung di Indonesia dan menyebabkan penduduk di kawasan sana terganggu dengan ada nya orang utan ini. Menurut BKSDA orang utan ini masuk ke kampung di sebabkan kawasan habitatnya terganggu. “Oleh sebab itu, orang utan ini mencari tempat habitat yang baru dengan masuk ke kawasan kampung dan bersarang di sebuah pokok kelapa. Secara tidak langgsung mengganggu penduduk di kawasan tersebut “kata Djohon.
Menurut beliau, penduduk di sini pada mulanya hanya menggunakan asap bagi memaksa orang utan meninggalkan pokok, namun orang utan tetap bertahan. Akibat angin terlalu kuat, memyebabkan asap yang mereka buat itu terbakar, dan orang utan tersebut terjatuh dari pokok tersebut.

Lihat gambar di bawah:





 Sumber: tabekpuang.blogspot.com.my

P/S:
Read More

KIsah Yang Menyayat Hati Dan Menyedihkan / Dunia Akhir Zaman | Gadis Berusia 15 Tahun Dirogol Semasa Tengah Berdoa

KIsah Yang Menyayat Hati Dan Menyedihkan / Dunia Akhir Zaman |  Gadis Berusia 15 Tahun Dirogol Semasa Tengah Berdoa - KUALA LUMPUR : Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.

KIsah Yang Menyayat Hati Dan Menyedihkan / Dunia Akhir Zaman |  Gadis Berusia 15 Tahun Dirogol Semasa Tengah Berdoa

Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.
“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.
“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini. – paapaada.blogspot

P/S: Kenapa manusia begitu zalim, sanggup merogol budak sekolah yang masih ada masa depan. Kalaulah perkara ini terjadi pada keluarga kita macam manalah perasaaan kita. Kenapa perkara ini berlaku, masih adalah Iman dan perasaan belas kasihan kt dunia ini...itu yang menjadi persoalan untuk aku.

Sempat jugak lah aku berborak dengan kawan-kawan berkenaan perkara ini, setelah berbincang kenapa perkara ini berlaku kerana kita sudah lama meninggalkan petunjuk Ilahi Al-Quran dan Al- Sunnah manusia mencari selain daripada ke dua-dua itu akan menemui kegagalan dan kehancuran.

Laksanakan Hukum Allah, itu jalan penyelesaian. Aku yang memberi nasihat ini bukannya terbaik pun, Ustaz pun jauh sekali tapi aku tidak pernah membenci hukum Allah apatah lagi aku menidakkan nya..Walau pun aku pun tidak sempurna..

Berkawanlah dengan orang berilmu nescaya kamu akan mendapat manfaat daripada mereka, jauhlah kamu berkawan dengan ahli maksiat kelak kamu akan kecundang...Pengalaman gua laa...Assalamualaikum

Read More

Dunia Artis Akhir Zaman | Artis Melayu tak kisah tayang separuh payudara demi lakonan !!!

Dunia Artis Akhir Zaman | Artis Melayu tak kisah tayang separuh payudara demi lakonan !!! | Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.


 Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

 “Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

 “Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya. -Murai.com

P/S: Pamela Anderson pekebendenya..haha.. Ini lah yang jadi pada rakyat Malaysia yang terlalu Updated..Bila kenyataan dikeluarkan macam nie maknanya beliau jahil dan tidak faham hukum dalam Islam..Moga2 beliau insaf dan kembali ke pangkal jalan, aku pun nak komen lebih2 aku bukannya Ustaz tapi tahulah sikit-sikit..

Satu hal lagi mana Pertubuhan yang katanya nak bela Melayu dan Islam, Jabatan Agama aku tengok tiada yang mengeluarkan kenyataan lagi, sekurang-kurangnya nasihat laa sikit..hehe

Kalau bersangkut paut dengan politk cepat-cepat keluarkan kenyataan biar pun perkara itu tidak sahih..Dunia2...Aku Lepok kanggg demi lakonan !!!

Read More

Malaysia Negara Orang Gemuk - Berjaga-jaga

Assalamualaikum..Awal pagi nie Kakisembang nak bincang sikit pasal akhbar kosmo yang menggelarkan Malaysia negara orang gemuk. Aku x de niat pun nak menghina orang gemuk nie sebab aku pun gemuk..haha

Menteri kesihatan dedahkan seramai 16.8 juta mengalami masalahan kegemukan dan obesiti, ini angka yang membimbangkan lah..aku pun takut, bukan apa kalau dah gemuk nie macam-macamlah masalah lain yang timbul, penyakit pun cepat lah hinggap..Penyakit berangkai tu yang bahaya tu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Apa jalan penyelesaiannya?

Nah aku bagi jawapan aku yang aku kurang pasti adakah betul atau pun tidak haha : Kurangkan makan, ikut sunnah nabi makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kalau ada masa petang-petang pergi lah jogging biar berpeluh sikit, kalau musim hujan nie elok lah pergi ke gym..Pasti kan semasa ke gym ada teman sekali jika tidak anda akan mengalami kemalasan yang amat...pergh dah macam pakar kesihatan dah aku..

Pepun hidup sihat akan melahirkan masyarakat yang sihat dan otak yang cerdas..buruk boh muda-muda perut buncit macam aku nie...esk start buat perubahan k...wassalam..
Read More

Siapakah Ahli Politik Tunangan Anne Ngasri


Tak ada angin tak ada bayu, tup-tup hari ini dilaporkan yang Anne Ngasri bertunang dengan seorang ahli politik. Identiti ahli politik tersebut masih kekal rahsia dan khabarnya mereka berdua bakal melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini.

Tapi ada sumber yang mengatakan Anne Ngasri Menjadi Tunangan Ahli Politik Yang yang menjadi MP Bebas? Sama-sama kita nantikan pengesahannya nanti...

Tak disangka sungguh Anne Ngasri begitu cepat dapat mencari pengganti selepas berpisah dengan Aliff Aziz. Inilah namanya jodoh. Yang penting, bakal suami Anne ini bukannya suami orang dan mendapat restu keluarga. 

Kata Anne:-

Majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami saja. Cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang. Kami bertunang pada 11 November dan Insya-Allah nak kawin nanti, saya akan undang rakan media untuk meraikan hari bahagia saya bersama-sama. Kalau tiada aral, Disember ini menjadi pilihan kami untuk bernikah.
Read More

Azwan Ali Hina Harimau Malaya - Kontroversi Lagiiii

Assalamualaikum, pagi nie aku nak ulas sikit berkenaan Azwan Ali yang selalu menimbulkan kontroversi baik dari sudut politik, hiburan dan terbaru tentang Harimau Malaya plak..hehe.

Terbaru beliau ada menulis di twitter beliau berkenaan prestasi skuad  bola sepak negara 'Harimau Malaya' yang terumbang ambing dipukul ombak rindu..Twitter beliau berbunyi ' Slm, Betullll kerrr? Harimau Malaya asik kalah? Kesiannn! Tukar Jer nama Ulat Gonggok Malaya'..tergelak aku baca hahaha...

Bagi akulah x de salahnya nak beri kritikan tapi dah lu selebriti  berjaga-jagalah jika hendak komen sesuatu, perkara kecil pun jadi besar beb..Tambahan pulak kamu sentuh bab bola sensitif beb..Lagi pun bagi akulah Azwan x layak pun nak komen sebab setahu aku beliau x reti pun bab2 bola nie..haha

Nanti aku tulis lebih-lebih kena plak kan aku..Pepun bukan azwan saja yang maki Harimau Malaya, aku pun maki jugak..hahaha..Nasiblah aku nie orang kecil x de pengaruh.hahahaha




Read More

Zizan Maharaja Lawak Peluk Anjing Dikhalayak Ramai..


Zizan Peluk Anjing Di Khalayak Ramai

Terlihat di satu rancangan tv yang menampilkan Zizan sebagai hosnya. Tiba-tiba dalam satu segmen Zizan memeluk anjing yang comel dan besar. Cuba tengok gambar di bawah..


Hahahahaha..bukan anjing betul pun.. .sebenarnya Zizan telah memeluk maskot anjing Snoopy, iaitu watak komik dan kartun. Ianya di siarkan di rancangan Jejak Jepun Bersama Zizan..best rancangan ni :).

Nanti kita sama2 tgk apa kesudahan dan keunikan rancangan ini..

Sumber: ohvideotv.com
Read More

Kisah Makcik Tua Jual Kerepek Di Tengah Hujan Lebat | Kisah Yang Menyedih Dan Menginsafkan

Kisah Makcik Tua Jual Kerepek Di Tengah Hujan Lebat | Kisah Yang Menyedih Dan Menginsafkan | Lewat petang tadi masa lepak dengan Tinta Asyraf sambil minum-minum, ambe rasa syahdu tengok seorang makcik yang gigih menjaja kerepek ke sana sini. Dalam hujan yang lebat, ambe terbayang pada ibu ambe, kalau lah ianya terjadi pada ibu ambe sendiri.

Ambe : Raf, tengok makcik tu, sedih ambe tengok. Basoh habis baju dok jaje kerepek. Ambe tak bagi mok ambe jual-jual gitu Raf. Sedih ambe tengok.

TA : Ari tu makcik lain, aku ingat dia ada syarikat besor ni...ha..ha..ha.. Tapi , mungkin makcik ni jiwa dia kebal. Dia tak suka nyusohkan orang kot. 

Ambe : Betul gok Raf...

Ambe teringat kisah yang memang popular kat Amerika. Seperti yang Tinta Asyraf kata tu la, ada kisah duka seorang isteri juga merupakan ibu kepada dua orang anak kembar. Dia berkahwin dengan lelaki pilihannya. Malang sekali, setelah berkahwin dia baru mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang penagih dadah tegar.



Setiap hari dia akan menanti kepulangan suaminya. Sudah pasti hidangan pukulan, tendangan dan tampar dari si suami menjadi rutin harian. Suaminya akan pulang dalam keadaan menggigil dan membelasah si isteri yang enggan memberikan wang kepadanya. Ketagihannya yang melampau membuatkan isteri terpaksa bekerja keras mencari wang untuk menyara kedua anak kembar mereka.

Yang lebih menyedihkan, setiap kali si isteri dibelasah suaminya, perbuatan itu diperhatikan oleh kedua-dua anak mereka. Fenomena ini memberi kesan yang mendalam kepada kedua-dua anak tersebut.

Masa berlalu pantas, rumah tangga ini punah sama sekali. Si suami kemudian meninggal dunia dengan mulut berbuih di bawah jambatan. Si isteri pula tidak lama kemudian meninggal dunia akibat kesan tekanan yang sangat dahsyat. Tinggallah kedua-dua anak kembar ini meneruskan kehidupan sendirian.

Bertahun-tahun kemudian orang menemui seorang daripada kembar tersebut sedang hancur ketagihan dadah terbongkang di bawah jambatan. Di mana saudara kembarnya? Mereka menemuinya di wisma miliknya sendiri di bawah nama syarikat guaman paling terkemuka. Dia menjadi seorang peguam hebat. Ketika ditanyakan kepada mereka berdua tentang nasib hidup yang berbeza, jawapan kedua-duanya adalah sama.

“Saya tengok apa yang ayah lakukan.”

Seorang melihat kemusnahan itu dan menirunya.

Seorang lagi melihat benda yang sama dan bertekad untuk segera membesar bagi membebaskan ibu daripada seluruh kesakitan itu!

Seorang lagi melihat kehidupan lampau mereka dan motivasinya musnah. Sementara yang seorang lagi melihat kehidupan lampau sebagai pendorong motivasi.

Dua anak membesar daripada susuan ibu yang sama, tinggal di rumah yang sama, bermain di lorong yang sama, makan hidangan yang sama serta menyaksikan semua benda yang sama, tetapi membesar sebagai manusia yang berbeza. Si penagih melihat perangai si ayah untuk dijadikan ikutan. Si peguam melihat perjuangan ibunya membuatkan ia gigih menegakkan keadilan.

Bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana seseorang melihatnya.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.