Kisah Benar Lagi Nyata Di Timur Tengah | Rasulullah SAW Istihar Perang Di Gaza

Kisah Benar Lagi Nyata Di Timur Tengah | Rasulullah SAW Istihar Perang Di GazaAllahuakhbar! | Keajaiban di Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.


Kisah Benar Lagi Nyata Di Timur Tengah

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

  Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!


Sumber: Facebook Jkkk Fan Club

P/S: Teruskan berdoa, tiada apa yang mereka harapkan dari kita di Malaysia kecuali Doa..Setiap kejadian mesti ada hikmah..
Yahudi dan sekutunya berusaha untuk menghalau dan membunuh Mujahideen di sana, mereka lupa Allah bersama mereka. 

Mereka menyangka dapat memadamkan cahaya Islam dengan mulut-mulut celaka mereka. Yahudi jangan kamu bermimpi di siang hari..Kamu bangsa yang dilaknat dan musuh Allah..... 
Read More

Laungan Syahid Mujahideen Di Gaza Berkumandang ( Gambar )- Ayuh Panjatkan Doa Kepada Mujahideen

Semalam, ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari syahid dalam satu serangan udara Israel di Gaza
Ahmed Said Khalil al-Jabari  dan seorang pegawai kanan Hamas turut Syahid apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara.
Satu siri serangan udara kini sedang dilancarkan di seluruh Gaza .
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) laknatullah berkata mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan lain-lain kumpulan Mujahideen yang lain.
Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas
Pasukan Keselamatn Israel Laknatullah, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.
“Ahmed Said selama ini juga antara orang yang bertanggungjawab membiayai dan memberi arahan operasi tentera mereka bagi menyerang Israel. Jadi dengan pembunuhan beliau, kami mahu memberi amaran kepada pegawai Hamas yang lain jika mereka melakukan keganasan kepada Israel, mereka juga akan turut diserang,” katanya.
Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita, keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal memberi kesan jangka panjang.
“Kerajaan Palestin akan memanggil mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini dan rakyat Palestin sendiri mempunyai hak untuk bertindak balas,” katanya.
Timbul juga kebimbangan yang serangan itu akan menimbulkan lagi perang ke kawasan sekitar. 

P/S: Semalam merupakan detik yang mengemparkan dunia berkenaan pembunuhan komender Hammas, pembunuhan ini bermakna Israel telah mengishtiharkan perang terhadap Mujahideen seluruh dunia dan Umat Islam yang mendokong perjuangan Islam.

Serangan Israel ini bagi aku lah  bertujuan untuk menutup kekejaman Tentera Bashar AlAssad Laknatullah di Syria. Bagi aku dunia Islam memasuki demensi baru, ini zaman kebangkitan Islam di seluruh Dunia. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejatuhan Rejim Hosni Mubarak di tangan Ikhwan Muslimin dan kalau kita lihat satu persatu rejim  telah tumbang. InsyaAllah sinar Islam semakin muncul dan terang di Ufuk Timur.

Berbalik kepada Cerita Di Palestine sehingga ke saat ini Mujahideen telah melaungkan seruan Jihad, pemuda, orang tua turun memikul senjata untuk menghadapi kejahatan Yahudi Laknatullah. Pada mereka tiada apa yang diharap selain kemenangan atau pun Syahid berjumpa dengan Allah..

Kataib Syahid Izzudin Al - Qassam ( Sayap Hammas ) telah menghentam 4 serangan roket jenis Grad ke atas pusat perisikan khas Zionis dan mengebom pengkalan tentera Zionis. Pejuang-pejuang telah bersumpah dengan nama Rabbul Izzah, Bumi Gaza tidak akan tunduk kepada Yahudi Dan sekutunya dan janji mereka akan tiba kepada suku sakat Zionist.

Abu Ahmad, jurucakap Saraya Al-Quds ( Sayap Hammas ) berkata " kami akan buat lagi kejutan yang mana musuh tidak sempat untuk bersedia, musuh pasti kesal bila menemui tentera-tentera meraka terbunuh apabila memasuki bumi Palestine. 

Kita sebagai Umat Islam yang prihatin, sama2 lah kita memanjatkan doa kepada pejuang di sana, aku begitu berharap khutbah Jumaat esok sentuh lah berkenaan perkara ini supaya masyarakat dapat info berkenaan perkara ini.  Banyakkan berdoa untuk keselamatan dan kemenangan Mujahideen di sana. Jadi kamu pentingkan diri kamu sendiri, kelak mati Allah tidak memandang wajah kamu...Doa itu senjata ISLAM....Gunakan lah Doa dan perbanyakkan lah amalkan Qunut Nazilah selalu dalam sembahyang..Takbirrr 




Read More

Orang Utan Dibakar Hidup-Hidup Di Indonesia

Orang utan ini telah masuk ke sebuah kampung di Indonesia dan menyebabkan penduduk di kawasan sana terganggu dengan ada nya orang utan ini. Menurut BKSDA orang utan ini masuk ke kampung di sebabkan kawasan habitatnya terganggu. “Oleh sebab itu, orang utan ini mencari tempat habitat yang baru dengan masuk ke kawasan kampung dan bersarang di sebuah pokok kelapa. Secara tidak langgsung mengganggu penduduk di kawasan tersebut “kata Djohon.
Menurut beliau, penduduk di sini pada mulanya hanya menggunakan asap bagi memaksa orang utan meninggalkan pokok, namun orang utan tetap bertahan. Akibat angin terlalu kuat, memyebabkan asap yang mereka buat itu terbakar, dan orang utan tersebut terjatuh dari pokok tersebut.

Lihat gambar di bawah:





 Sumber: tabekpuang.blogspot.com.my

P/S:
Read More

KIsah Yang Menyayat Hati Dan Menyedihkan / Dunia Akhir Zaman | Gadis Berusia 15 Tahun Dirogol Semasa Tengah Berdoa

KIsah Yang Menyayat Hati Dan Menyedihkan / Dunia Akhir Zaman |  Gadis Berusia 15 Tahun Dirogol Semasa Tengah Berdoa - KUALA LUMPUR : Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.

KIsah Yang Menyayat Hati Dan Menyedihkan / Dunia Akhir Zaman |  Gadis Berusia 15 Tahun Dirogol Semasa Tengah Berdoa

Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.
“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.
“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini. – paapaada.blogspot

P/S: Kenapa manusia begitu zalim, sanggup merogol budak sekolah yang masih ada masa depan. Kalaulah perkara ini terjadi pada keluarga kita macam manalah perasaaan kita. Kenapa perkara ini berlaku, masih adalah Iman dan perasaan belas kasihan kt dunia ini...itu yang menjadi persoalan untuk aku.

Sempat jugak lah aku berborak dengan kawan-kawan berkenaan perkara ini, setelah berbincang kenapa perkara ini berlaku kerana kita sudah lama meninggalkan petunjuk Ilahi Al-Quran dan Al- Sunnah manusia mencari selain daripada ke dua-dua itu akan menemui kegagalan dan kehancuran.

Laksanakan Hukum Allah, itu jalan penyelesaian. Aku yang memberi nasihat ini bukannya terbaik pun, Ustaz pun jauh sekali tapi aku tidak pernah membenci hukum Allah apatah lagi aku menidakkan nya..Walau pun aku pun tidak sempurna..

Berkawanlah dengan orang berilmu nescaya kamu akan mendapat manfaat daripada mereka, jauhlah kamu berkawan dengan ahli maksiat kelak kamu akan kecundang...Pengalaman gua laa...Assalamualaikum

Read More

Dunia Artis Akhir Zaman | Artis Melayu tak kisah tayang separuh payudara demi lakonan !!!

Dunia Artis Akhir Zaman | Artis Melayu tak kisah tayang separuh payudara demi lakonan !!! | Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.


 Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

 “Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

 “Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya. -Murai.com

P/S: Pamela Anderson pekebendenya..haha.. Ini lah yang jadi pada rakyat Malaysia yang terlalu Updated..Bila kenyataan dikeluarkan macam nie maknanya beliau jahil dan tidak faham hukum dalam Islam..Moga2 beliau insaf dan kembali ke pangkal jalan, aku pun nak komen lebih2 aku bukannya Ustaz tapi tahulah sikit-sikit..

Satu hal lagi mana Pertubuhan yang katanya nak bela Melayu dan Islam, Jabatan Agama aku tengok tiada yang mengeluarkan kenyataan lagi, sekurang-kurangnya nasihat laa sikit..hehe

Kalau bersangkut paut dengan politk cepat-cepat keluarkan kenyataan biar pun perkara itu tidak sahih..Dunia2...Aku Lepok kanggg demi lakonan !!!

Read More

Malaysia Negara Orang Gemuk - Berjaga-jaga

Assalamualaikum..Awal pagi nie Kakisembang nak bincang sikit pasal akhbar kosmo yang menggelarkan Malaysia negara orang gemuk. Aku x de niat pun nak menghina orang gemuk nie sebab aku pun gemuk..haha

Menteri kesihatan dedahkan seramai 16.8 juta mengalami masalahan kegemukan dan obesiti, ini angka yang membimbangkan lah..aku pun takut, bukan apa kalau dah gemuk nie macam-macamlah masalah lain yang timbul, penyakit pun cepat lah hinggap..Penyakit berangkai tu yang bahaya tu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Apa jalan penyelesaiannya?

Nah aku bagi jawapan aku yang aku kurang pasti adakah betul atau pun tidak haha : Kurangkan makan, ikut sunnah nabi makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kalau ada masa petang-petang pergi lah jogging biar berpeluh sikit, kalau musim hujan nie elok lah pergi ke gym..Pasti kan semasa ke gym ada teman sekali jika tidak anda akan mengalami kemalasan yang amat...pergh dah macam pakar kesihatan dah aku..

Pepun hidup sihat akan melahirkan masyarakat yang sihat dan otak yang cerdas..buruk boh muda-muda perut buncit macam aku nie...esk start buat perubahan k...wassalam..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.