Penjara Pudu di Kuala Lumpr dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.
Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah. Penjara ini juga pernah digunakan sebagai pusat tahanan sementara pendatang tanpa izin. Dan orang pertama yang dihukum gantung di penjara ini adalah Botok Chin atau nama sebenar Wong Swee Chin ( Penjenayah terkenal ).
Penjara Pudu merupakan satu bahan sejarah yang bernilai di |Malaysia kerana kerakusan pembangunan. Inilah sistem kapitalis di Malaysia mereka tidak mempedulikan nilai sejarah tetapi mementingkan pembangunan yang tiada manfaat untuk rakyat marhaen. Apa guna pembangunan jika rakyat bahawa masih tercari- cari peluang atau tapak perniagaan.
Cuba kita fikirkan bangunan yang akan dibina di tapak Penjara Pudu adakah kita bangsa Melayu atau kaum lain yang miskin mampu membeli hartanah yang semewah ini. Projek ini sebenarnya adalah untuk golongan elit dan membuka peluang rakyat asing untuk memiliki dan memunggah harta kita ke dalam poket-poket mereka sahaja.
Kita tengok apa yang terjadi pada bangunan KLCC, Time Square berapa kerat bumiputera dapat memiliki atau menyewa tapak perniagaan, dan berapa banyak pemuda pemudi kita menghabiskan masa di pusat membeli belah dan akan menyebabkan gejala sosial yang parah di dalam negara kita.
Aku sebenarnya bukan menolak pembangunan, aku mewakili peniaga-peniaga bumiputera yang sudah tertindas. Peniaga-peniaga Melayu terpaksa berniaga di pasar-pasar malam, kaki lima dan mereka terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa seperti DBKL, dan penguatkuasa seolah-olah mereka sebagai penjenyah dan pendatang asing..
Akhir kata hargailah warisan sejarah kerana warisan ini akan menjadi kenangan untuk anak cucu kita pada masa hadapan




