Monday, 10 December 2012

Rakan baik Aminulrashid hampa dengan keputusan mahkamah

SHAH ALAM 9 DIS: Azamuddin Omar yang berada dalam kereta ketika Aminulrashid Amzah ditembak mati dan meriba rakan baiknya itu, kecewa dengan pembebasan Koperal Jenain Subi.
“Biarlah. Biar Tuhan yang balas. Dekat dunia memanglah susah (menang kes). Kerajaan pun sebelah dia (Korporal Jenain),” katanya yang baru menamatkan peperiksaan SPM, dengan nada penuh kehampaan terhadap keputusan mahkamah.

Biarpun tragedi itu sudah lama berlaku, Azamuddin juga masih trauma dan langsung tidak mengikuti perbicaraan kes di mahkamah mahupun melayari Youtube berkaitan peristiwa paling menyayat hati, sebaliknya di.

“Mahu tengok Youtube (berkaitan kes kejadian) pun saya tak sanggup,” katanya dilihat cuba mengelak  dari menjawab soalan secara terperinci berkaitan  tragedi itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebas Koperal Jenain Subi dari tuduhan  menyebabkan kematian Aminulrasyid antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam, sekalipun melepaskan 21 das tembakan.

Sepanjang temu bual dengan Keadilan Daily, Azamuddin kelihatan agak keliru tapi tetap menyatakan kekecewaan kerana polis hingga kini masih menuduh mereka penjenayah dalam kes berkenaan.

“Bila nampak roadblock (sekatan), nampak pula muka polis yang berlagak semacam, saya jadi menyampah. Saya rasa perangai mereka semuanya sama saja.

“Tapi, itulah masalahnya. Bapa saya anggota polis. Nak buat macam mana?”  katanya.
Selain itu, Azamuddin juga kerap teringatkan Aminulrasihid setiap kali menonton perlawanan bola sepak di televisyen, lebih-lebih lagi musim bola sepak yang sedang rancak di Malaysia.

Ia berikutan mereka pernah terpilih dalam latihan ‘Soccer Kids’ di Shah Alam, beberapa tahun sebelum kejadian.

“Dia main ‘defend’ (pertahanan). Saya ‘wing’ (sayap) kiri. Tiap kali main bola, saya pasti teringat balik, (ingatan) akan datang tiba-tiba. Itu yang saya tak tahan,” katanya, sebak.

( Sumber )

P/S: Tiada apa yang dapat aku komen tentang keputusan pihak Mahkamah yang membebaskan Koperal Jenain Subi dari tuduhan  menyebabkan kematian Aminulrasyid. Bagi akulah setiap sesuatu mesti ada hikmahnya, jika keadilan di dunia ini sudah tiada kita orang Islam kena Ingat akan tiba Mahkamah yang lebih adil dan saksama di Akhirat Nanti ( Mahkamah Allah ). Setiap yang melakukan kesalahan walaupun sebesar mana pun jika bertaubat akan di ampuni Allah kecuali mati.

Kepada keluarga Aminulrasyid aku ucapkan bersabar di atas keputusan ini, semoga roh arwah tenang dan mendapat Rahmat dari Allah di alam sana. Redha itu sifat orang beriman...wallahualam

Ulama Syi'ah dan Pengikutnya Berdoa Untuk Tentera Amerika yang Tewas di Afganistan

Sejak lebih sedekad lalu, kita telah menyaksikan bagaimana peperangan demi peperangan berlaku di Afghanistan, Iraq dan kini di Syria. Jika diperhatikan secara rinci, dapat dilihat dalam setiap peperangan yang berlaku ini, kufar Syiah di Iran pimpinan Ahmadinejad telah membabitkan diri secara langsung membantu Amerika dan sekutunya menjatuhkan Afghanistan dan Iraq. Kerana itu, selepas jatuhnya kerajaan pimpinan Saddam Hussein, Amerika telah memastikan Syiah menjadi pemerintah Iraq yang baru.


Perang di Syria kian hari dirasakan semakin tegang. Ia adalah peperangan antara masyarakat Sunni dengan rejim Syiah pimpinan Bashar al-Assad.

Manakala di Syria pula, mereka menjadi tulang belakang membantu tentera Bashar membunuh rakyat Syria. Iran malah turut menghulurkan bantuan persenjataan dan perubatan untuk tentera Syria.

Di Lubnan pula, sokongan Iran ke atas Hezbullah pimpinan Hasan Nasrallah (yang dipuja oleh Faisal Tehrani) bukanlah rahsia lagi. Sokongan ke atas Hezbullah tidak lain adalah untuk menjatuhkan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara itu. Diketahui juga bahawa penganut Syiah di Lubnan  memberi sokongan padu kepada Bashar al-Assad.
Apakah yang sebenarnya sedang berlaku?

Pertama, Syiah sedang membunuh umat Islam yakni mereka yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kedua, Syiah sedang berusaha menguasai kesemua negara Islam di Asia Tengah.
 
Perlu diingat juga, kesemua yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Syria merupakan kerjasama antara Syiah dan Amerika. Amerika pula merupakan proxy Yahudi. Ini bermakna, tanpa kita sedari Syiah sendiri membantu Yahudi. Malah, ternyata, sepanjang sejarah, Syiah TIDAK PERNAH berperang dengan Yahudi.

Maka jelas pula bahawa perang mulut antara Syiah-Amerika-Israel hanyalah DRAMA/ LAKONAN belaka.

Sumber: suarajagat.wordpress.com

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download