Kubur seorang lelaki digali semula oleh pihak keluarga kerana
diyakini mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang telah
dikubur lapan jam itu dipercayai bernama Yadi, warga Kelurahan Kelayan
Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.
Setelah dikeluarkan dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain
kafan dibawa ke hospital Banjar baru. Pasukan keselamatan setempat
menyatakan lelaki bernama Yadi berselimut kain kafan itu sudah
meninggal. Oleh kerana tidak yakin, pihak keluarga telah membawa mangsa
pulang ke rumah
Penduduk setempat datang untuk melihat Yadi. Satu keanehan terjadi
pada mangsa, walaupun tidak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat
bahkan mengeluarkan peluh. Beberapa pengamal agama dipercayai ‘ustaz’
yang datang menyatakan ada tanda-tanda mangsa, Yadi masih lagi bernyawa.
Walaupun Yadi dikatakan telah meninggal dunia akibat lemas di sebuah
sungai. Keluarganya menemui Yadi dalam keadaan ‘tidak bernyawa’ kerana
sudah 10 minit lemas. Ketika dibawa ke Hospital Ulin, pihak doktor
mengatakan Yadi sudah meninggal.
Selanjutnya keluarga telah menyemadikan Yadi.
Pada malam harinya, isteri Yadi berasa ‘tidak sedap’ dan meminta agar
kubur suaminya Yadi digali semula kerana dirinya percaya suaminya itu
belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar keluhan isteri Yadi lalu
sepakat menggali semula kubur Yadi. Kini, rumah Yadi terus didatangi
warga yang mendengar cerita ini. (blogammar.com)
Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku
Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa
kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan
seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.- BERNAMA
P/S: Dari kecil sehingga sekarang time nak raya jer, mmg tertunggu2 la Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengishtiharkan tarikh bermulanya puasa dan hari raya. Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan beroleh rahmat dari yang Esa ...Ameen