Friday, 14 December 2012

Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat ( Jom Baca )

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
 Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

Perompak Melayu bawah umur,ganas dan bahaya. (video)

Gang perompak di bawah umur. Budak ini sangat ganas & amat bahaya.
Mereka rompak,pukul dan potong tangan customer sehingga patah. (Tengok camera 2).
Mesti tangkap ,jangan tak tangkap. Kalau 'P' tak buat kerja, kita rakyat kena buat kerja.
Hukuman berat perlu dikenakan kepada mereka yang merompak atau sengaja mencederakan orang.

Video ini dimuat turun pada 7 August 2012 dan telah ditonton  sehingga 390,987 di Youtube. Aku bukannya apa sekarang nie budak-budak pun dah ganas sanggup membunuh, aku pun kalau dalam situasi cmnie memang aku serah dirilaa parang ngan pisau mana tahan.

Aku menulis nie bukanlah aku yang paling suci, tapi zaman muda aku tidaklah sampai sanggup buat kerja gila babi nie, malunya mak ayah tengok kelakuan bangang anak dia nie. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..Jom layan.

#Budak-budak Rompak Cybercafe, Besar nanti Rompak Wang Negara Pulak..Hehehe

Kekalahan Harimau Malaya ( beginilah sakitnya bila dizalimi )


Semua rakyat Malaysia meratapi kekalahan pasukan Harimau Malaya di tangan Thailand, semua rakyat lapisan masyarakt sedih terhadap kekalahan ini. Semua masyarakat marah dengan tindakan pengadil dari Korea kerana memberikan kad merah kepada Fadhli Shas dan bagi pandangan peribadi ambe pengadil memang tiada kelayakan dan membuat keputusan yang silap.

Kekalahan ini menyebabkan warga-warga di Facebook dan Twitter melaungkan kecaman dengan menyatakan untuk memboikot cerita dari Korea dan lagu-lagu K-pop. Tahniah ambe ucapkan kerana rakyat Malaysia begitu sayangkan pasukan dan Malaysia itu sendiri.

Disebalik kekalahan ini, terlupakah kita nasib umat Islam yang dizalimi di bumi Syria sehingga kehari ini lebih 30k rakyat yang kebanyakan kanak-kanak dan orang tua yang dibunuh dan disembelih oleh regim Bashar Al-Assad. Bagi akulah kekalahan Harimau Malaya tidak lah seteruk yang berlaku di bumi Syria.

Kita kena ingat kita umaat Islam serumpun dan bersaudara, sempadan bumi umat Islam yang luas telah dipecahkan oleh penjajah, sehingga menyebabkan masing~ masing berjuang atas semangat kebangsaan negara masing2.

Apa yang ambe hendak ketengahkan isu ini, jom kita amik cakna terhadap isu kemanusiaan yang berlaku du Syria..Jangan pentngkan Melayu sahaja..Orang yang amik tahu hal saudara Islam bukan dari kalangan Umat ku ( Al-Hadis )

# semua orang duk maki pengadil kerana tidak adil...tulah perasaan bila kita dizalimi, kerajaan Kelantan sudah lama dizalimi oleh kerajaan Pusat menafikan hak minyak . Itu lah perit bila dizalimi, kerana itulah doa orang dizalimi tiada hijab disisi Allah..wallahualam

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download