Tengkorak mahluk asing gemparkan penduduk kampung..

Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia. Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala. Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat. Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. - Agensi

# macam kepala Cimpenzi jah, x percayalah aku UFO, dok pung gambo edit jerr..haha
Read More

Remaja Perempuan Gantung Diri Sebagai Hadiah Hari Jadi bekas Teman lelakinya

SUNGAI SIPUT: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bertindak menggantung diri sebagai hadiah hari jadi buat bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Tun Sambanthan, di sini, pagi semalam.

Lima minit sebelum mengambil keputusan menggantung diri, mangsa dikenali L Valarmathi yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Abdul Wahab itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas teman lelakinya itu.

Difahamkan, mangsa baru putus cinta dengan teman lelakinya itu yang juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah lain bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan.

 Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Valarmathi ditemui maut apabila menggantung diri pada kipas di dalam biliknya menggunakan sehelai kain sari.

Mayat mangsa ditemui ibubapanya yang bergegas pulang ke rumah selepas mendapat panggilan daripada bekas teman lelaki anaknya yang memaklumkan mengenai SMS yang mengejutkan itu.
Bapa mangsa, M Lingam, 46, ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Sungai Siput semalam berkata, dia mendapat panggilan daripada bekas teman lelaki anaknya itu sebelum bergegas pulang bersama isteri ke rumah.


Beliau berkata, sebaik tiba di rumah, dia cuba memanggil anaknya yang berada di dalam bilik, namun tidak berjawab sebelum menendang pintu bilik berkenaan.

“Saya terkejut mendapati badan Valarmathi tergantung pada kipas dengan leher dililit sehelai kain sari dan muka kebiruan.

“Ketika kejadian, Valarmathi keseorangan di rumah, manakala saya dan isteri keluar bekerja selain anak yang lain bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim ketika dihubungi berkata, mangsa bertindak membunuh diri dipercayai kerana mengalami masalah peribadi dan tekanan perasaan.

Katanya, kejadian itu disedari bapa mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 11.30 pagi sebelum menemui mangsa sudah tidak bernyawa.

“Mangsa tidak ke sekolah pada hari kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan punca kejadian masih disiasat. Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : mymetro Online
Read More

Hidup ini indah kerana adanya org lain, saling menolong dan berkasih sayang

Hidup ini indah kerana adanya org lain, saling menolong dan berkasih sayang, ayat ini aku cedok kt FB AndiSilahhudin bagi akulah hidup ini akan rasa bahagia jika masyarakat ada ciri-ciri berkasih sayang. Sebenarnya  aku ucapkan ribuan terima kasih kepada teman-teman yang sudi menolong dari aku dilahirkan sehinggalah aku dah tua nie..hehe korang semua adalah terbaik, tiada apa yang dapat aku berikan. In Sya Allah setiap pertolongan dan kasih sayang itu mendapat ganjaran setimpal dari Ilahi. ( X de idea nak tulis lol )..haha

Jom layan lagu kasih sayang ( Syok woo )..hehe


Read More

Kejam Dan Tidak Berperi Kemanusiaan | Pekerja Mcd Pukul Pelanggan Dengan Besi ( Video )

Kejam Dan Tidak Berperi Kemanusiaan | Pekerja Mcd Pukul Pelanggan Dengan Besi ( Video ) | Panas. Hanya kerana pekerja McDonald bertanyakan kepastian mengenai wang kertas 50 kepada dua wanita mabuk, dia hampir diserang oleh mereka kerana tidak puas hati. Namun dia telah bertindak di luar kawalan apabila memukul pelanggan yang mabuk itu dengan batang besi yang diambil dari dapur.

Kejadian ini berlaku di Amerika kalau tak silaplah, pelanggan tu pun satu hal dah mabuk buat kecoh dan pekerja Mcd pun satu jugak kalau ko pukul sampai macam tu masuk dalam laa jawab nya.

# Admin sejak Yahudi Zionist serang Gaza dah x pergi Mcd.. Gua dah boikot selamanya..hehe

Read More

Pelajar Perempuan Dirogol Dan Dicampak Dari Bas

NEW DELHI – Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India.

Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman mati.

Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari.
“Apa yang kerajaan lakukan untuk menangani kes-kes rogol di ibu negara?” kata Sushma Swaraj dari parti pembangkang, Bharatiya Janata.

“Perogol hari digantung, kita perlukan undang-undang yang ketat untuk menghentikan kejadian rogol,” kata beliau lagi.

Pada hari kejadian, pelajar perempuan itu dan rakan lelakinya yang sedang dalam perjalanan itu dipukul, dilucutkan pakaian dan dicampak keluar dari bas.

Menurut polis, pasangan itu diserang oleh sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ketua Polis Delhi, Neeraj Kumar memberitahu pemberita hari ini bahawa pelajar itu dan rakannya menaiki bas di kawasan Munirka, yang terletak di selatan Delhi.

“Kawan lelaki pelajar perempuan telah melawan lelaki-lelaki yang menyerang mereka untuk menyelamatkan pelajar perempuan itu, tetapi dipukul dengan teruk.

“Pelajar perempuan untuk juga menyelamatkan kawannya, tetapi turut dipukul dan dirogol di bahagian belakang bas.

“Kemudian, kedua-dua mereka dicampak dari bas,” kata Neeraj.
Pasangan itu dimasukkan ke hospital dan wanita itu dipercayai berada dalam keadaan kritikal.
Polis sudah menahan pemandu bas dan beberapa yang lain bagi membantu siasatan.

Angka kejadian rogol di New Delhi lebih tinggi berbanding di bandar lain. Sebanyak 572 kes dilaporkan di New Delhi tahun lalu.

The Times of India mendakwa insiden yang berlaku itu menyebabkan mereka melabelkan New Delhi sebagai kawasan rogol India.

Ketua Menteri Delhi bagaimanapun memberitahu pemberita, kes terbaru ini sesuatu yang paling luar biasa.

“Kami ingin memastikan bahawa pesalah tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin walau apa keadaan sekalipun. Pesalah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka,” katanya.

Kata Ketua Menteri, pihaknya akan menimbang semula keperluan untuk menubuhkan mahkamah ‘fast track’ bagi emmastikan keadilan yang pantas dapat diberikan kepada mangsa.

Sumber: Informasi.my
Read More

HOT!! Awie buka Kelab Malam jual arak di Ipoh???

HOT!! Awie buka Kelab Malam jual arak di Ipoh???|  Sedang kecoh di sebuah laman forum apabila kaki gosip mempertikaikan gambar di atas. Menurut kaki-kaki gosip di forum tersebut, gambar tersebut katanya di ambil dari fanpage kelab malam milik Awie bernama Malai Rock Station Bistro, Ipoh.

Walaupun majlis yang disambut ialah majlis hari jadi dan pertandingan pakaian tercantik, jelas majlis tersebut di jalankan di tempat sebegitu pasti mengundang parti minum air beralkohol.

Kita tunggu jawapan dari Awie sendiri mengenai gosip ini. Jika benar, ia pasti akan sedikit sebanyak mencalarkan imej penyanyi tersohor tersebut.


Sumber:www.utaranews.com, HOT!! Awie buka Kelab Malam jual arak di Ipoh??? .


# Bukan dah lama ke Negara Malaysia ada kelab Malam. Nie sikit baru bro cuba lepak hari minggu kt Bukit Bintang lagi Dashyat.
berkenaan gambar di atas,  kena tggu lah jawapan dari Awie sendiri..
Read More

Mangkuk Nie Mengaku Nabi Akhir Zaman

JAKARTA – Polis Indonesia menahan seorang guru agama berumur 48 tahun di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur, selepas dia mengaku dirinya ‘nabi’.

Polis percaya lelaki itu yang mengetuai kumpulan dikenali Rantau Bemban, telah memperdayakan pengikutnya untuk memberinya wang dan membenarkannya tidur dengan isteri mereka.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengisytiharkan kumpulan itu sebagai kumpulan ajaran sesat, manakala polis sedang menimbangkan untuk mendakwa lelaki itu dengan pertuduhan menipu dan murtad, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Sabtu.

Kini lelaki itu menghadapi pertuduhan menipu dan menggelapkan wang.
Siasatan mendapati pengikut Rantau Bemban diminta memberi wang kepada lelaki itu untuk membersihkan dosa dan jika mereka tidak mampu berbuat demikian, mereka perlu membenarkannya tidur dengan isteri mereka sebagai cara untuk membersihkan dosa.

Setakat ini seorang lelaki membuat laporan mendakwa diperdaya oleh guru agama itu untuk membayar Rp170 juta bagi membersihkan dosanya dan polis percaya puluhan lagi pengikutnya telah membenarkan isteri mereka tidur dengan lelaki itu bagi tujuan membersihkan dosa. – Bernama

# hairan aku, muka cmnie pun ada pengikut. Ustaz Azhar kata  Nabi adalah orang yang paling hensem pada zaman dia, muka dia berseri-seri macam purnama..

Tapi aku tengok muka Mamat ni macam perompak pun ada..haha..x dang nak mikir aku..hahaha cepat pukul aku ramai2 aku x leh nk berhenti ketawa nie..ahahahahahaha
Read More

Remaja Melayu Mengaku Gay Secara Terbuka Di Facebook

Astagfirullah apa nak jadi. Rasulullah s.a.w tak mengaku sebagai umatnya. Taubat lah sesungguhnya Allah maha pengampun..

Apa nak jadi dengan anak Melayu nie, kalau kapir aku x kisah. Pihak berkuasa sila ambil perhatian serius jangan sampai nak jadi barah baru hendak bertindak. Masa itu sudah terlambat seperti mana Kaum Nabi Lut yang Allah hancurkan dengan membalikkan  bumi.

Pihak berkuasa sekarang ini terlampau asyik sangat berpolitk dan menyalahkan pihak lain, kamu ada kuasa laksanakan tuntutan agama dan hukum yang sudah lama ditinggalkan. Pepun aku berdoa semoga Allah memberkati negara Malaysia yang ku sayangi dari fitnah yang dashyat ini.

# Jabatan agama seriuslah sikit guna pendekatan mendekati golongan seperti ini, jgn gak asik berpolitik sehingga mengabaikan perkara camnie..Amanah itu sifat orang beriman...

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.