Thursday, 20 December 2012

Remaja Perempuan Gantung Diri Sebagai Hadiah Hari Jadi bekas Teman lelakinya

SUNGAI SIPUT: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bertindak menggantung diri sebagai hadiah hari jadi buat bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Tun Sambanthan, di sini, pagi semalam.

Lima minit sebelum mengambil keputusan menggantung diri, mangsa dikenali L Valarmathi yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Abdul Wahab itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas teman lelakinya itu.

Difahamkan, mangsa baru putus cinta dengan teman lelakinya itu yang juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah lain bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan.

 Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Valarmathi ditemui maut apabila menggantung diri pada kipas di dalam biliknya menggunakan sehelai kain sari.

Mayat mangsa ditemui ibubapanya yang bergegas pulang ke rumah selepas mendapat panggilan daripada bekas teman lelaki anaknya yang memaklumkan mengenai SMS yang mengejutkan itu.
Bapa mangsa, M Lingam, 46, ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Sungai Siput semalam berkata, dia mendapat panggilan daripada bekas teman lelaki anaknya itu sebelum bergegas pulang bersama isteri ke rumah.


Beliau berkata, sebaik tiba di rumah, dia cuba memanggil anaknya yang berada di dalam bilik, namun tidak berjawab sebelum menendang pintu bilik berkenaan.

“Saya terkejut mendapati badan Valarmathi tergantung pada kipas dengan leher dililit sehelai kain sari dan muka kebiruan.

“Ketika kejadian, Valarmathi keseorangan di rumah, manakala saya dan isteri keluar bekerja selain anak yang lain bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim ketika dihubungi berkata, mangsa bertindak membunuh diri dipercayai kerana mengalami masalah peribadi dan tekanan perasaan.

Katanya, kejadian itu disedari bapa mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 11.30 pagi sebelum menemui mangsa sudah tidak bernyawa.

“Mangsa tidak ke sekolah pada hari kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan punca kejadian masih disiasat. Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : mymetro Online

Hidup ini indah kerana adanya org lain, saling menolong dan berkasih sayang

Hidup ini indah kerana adanya org lain, saling menolong dan berkasih sayang, ayat ini aku cedok kt FB AndiSilahhudin bagi akulah hidup ini akan rasa bahagia jika masyarakat ada ciri-ciri berkasih sayang. Sebenarnya  aku ucapkan ribuan terima kasih kepada teman-teman yang sudi menolong dari aku dilahirkan sehinggalah aku dah tua nie..hehe korang semua adalah terbaik, tiada apa yang dapat aku berikan. In Sya Allah setiap pertolongan dan kasih sayang itu mendapat ganjaran setimpal dari Ilahi. ( X de idea nak tulis lol )..haha

Jom layan lagu kasih sayang ( Syok woo )..hehe


Pekerja Mcd Pukul Pelanggan Dengan Besi ( Video )

Panas. Hanya kerana pekerja McDonald bertanyakan kepastian mengenai wang kertas 50 kepada dua wanita mabuk, dia hampir diserang oleh mereka kerana tidak puas hati. Namun dia telah bertindak di luar kawalan apabila memukul pelanggan yang mabuk itu dengan batang besi yang diambil dari dapur.

Kejadian ini berlaku di Amerika kalau tak silaplah, pelanggan tu pun satu hal dah mabuk buat kecoh dan pekerja Mcd pun satu jugak kalau ko pukul sampai macam tu masuk dalam laa jawab nya.

# Admin sejak Yahudi Zionist serang Gaza dah x pergi Mcd.. Gua dah boikot selamanya..hehe

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download