gambar hiasan
Syarat Pelik ‘Ustaz Bomoh’, Tekap Muka Pada Kemaluan -
KUALA TERENGGANU : Dia menggunakan teknik perubatan pelik dengan
meraba, menekap muka pada kemaluan selain mensyaratkan pesakit tidak
memakai seluar dalam ketika bertemu sebelum meminta mangsa mencium pipi
selepas rawatan selesai.
Walaupun pelik, mangsa yang percaya dengan teknik rawatan itu itu
tidak membantah kerana percaya ia amalan perubatannya namun kegiatan itu
akhirnya terbongkar selepas seorang gadis juga pelajar sebuah sekolah
menengah di Gong Badak, dekat sini, merasakan dirinya terpedaya dengan
perbuatan jijik ‘bomoh miang’ berkenaan.
Gadis berusia 17 tahun itu sebelum ini mengadu masalah mengenai teman
lelakinya yang mengalami gangguan pada sarafnya kepada penceramah
motivasi yang bertandang ke sekolahnya.
Kesempatan itu digunakan lelaki digelar ‘ustaz’ berusia 38 tahun itu
untuk menghubunginya dan menawarkan diri bertandang ke rumah mangsa, 21
Mei lalu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K
Manoharan berkata, lelaki berkenaan turut meminta mangsa tidak
memberitahu kedatangannya kepada sesiapa kerana mendakwa rumahnya
didiami jin dan perlu dihalau segera.
“Akibatnya, mangsa diminta menyediakan dua botol air dan tidak
memakai seluar dalam sementara menunggu mangsa tiba di rumah mangsa di
Gong Badak kira-kira jam 4.30 petang ketika ahli keluarga lain tiada di
rumah,” katanya.
Harian Metro difahamkan, sebaik lelaki berkenaan tiba, mangsa terus
membuka pintu sebelum suspek meletakkan tangan di dada lalu memeluk,
memegang punggung dan meramas buah dada serta mengusap kemaluan gadis
berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, suspek menekap mukanya pada kemaluan mangsa sebelum meminta dua botol air disediakan untuk dijampi.
Manoharan berkata, mangsa memberikannya dan lelaki berkenaan membaca
sesuatu sebelum dia keluar dari rumah sebaik saja meminta gadis terbabit
mencium pipinya.
“Mangsa tidak melawan ketika itu kerana percaya ia syarat perubatan,
namun beberapa hari selepas itu dia menceritakan teknik rawatan itu
kepada seorang fasilitator dan dimaklumkan perbuatan itu satu
penyelewengan dalam perubatan Islam.
“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dimaklumkan lelaki terbabit
sudah ditamatkan perkhidmatan kerana masalah disiplin menyebabkan dia
berasa tertipu lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak kira-kira
jam 12 tengah malam Sabtu lalu,” katanya.
Ekoran laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menjalankan gerakan
memburu dan mangsa serta beberapa kakitangan agensi terbabit memasang
jerat meminta bomoh terbabit kembali ke rumahnya untuk berubat kali
kedua.
Difahamkan, suspek yang bertandang ke rumah mangsa kira-kira jam 2
pagi kononnya untuk meneruskan ‘rawatan’ ditahan di rumah mangsa sebelum
diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.
Manoharan berkata, lelaki berkenaan kini direman sehingga 3 Jun ini. – paapaada.blogspot
P/S : Nie lah akibatnya kalau Tv di Malaysia asyik menayangkan cerita atau filem tahyul dan mistik terlampau banyak sehingga kepercayaan masyarakat terhadap benda-benda karut macam ini dah menjadi-jadi. Aku tengok suasana yang berlaku di sekitar kampung aku pun dah macam syirik pun ada. Anak sakit ke, bini sakit ke jumpa tok bomoh..Pastu tok bomoh pun tuduhlah jiran, kawan sepejabat yang buat. Akhirnya bergaduh bermasam muka..berjaya laah Syaithn menipu kita semua..
Fikir-fikirkan lah..