Gambar nie aku cedok kat FB lol, dia bagi nama kapal selam KD Tuya..Kenapa dia bagi nama tu aku pun x tahu..haha
Nah nie fakta sikit tentang kapal selam nie
FAKTA MENARIK MENGENAI KAPAL SELAM SCORPENE MALAYSIA
Sejak tahun
80an, TLDM telah berminat untuk memiliki kapal selam tersendiri bagi
meningkatkan keupayaannya. Bermula dari detik itu, TLDM telah melatih pegawai
serta anggotanya bagi mengikuti kursus dan latihan berkaitan kapal selam di
Australia dan Pakistan. TLDM telah bersabar menanti selama 20 tahun untuk
memiliki aset strategik terpenting dalam pengoperasian armadanya. Pada tahun
1998, Kerajaan Malaysia telah meluluskan untuk membeli kapal selam Scorpene.
Pembayaran kapal selam ini dilakukan dengan kaedah timbal beli. Perancis akan
membeli minyak kelapa sawit dan barang komoditi Malaysia lainnya dengan
anggaran USD580 juta. Selain mengeluarkan dana sebesar USD 171 juta, Malaysia
juga telah membangunkan pelbagai infrastruktur bagi mendukung pengoperasian
kapal selam di Teluk Sepanggar dan peralihan teknologi kapal selam dari DCNS
kepada TLDM. Dari pengamatan pemerhati pertahanan, perolehan aset ini adalah
untuk mengimbangi kekuatan armada negara-negara jiran dan konflik yang kian
meruncing di perairan negara terutamanya Kepulauan Spratly.
Scorpene merupakan sebuah kapal
selam yang unik di mana teknologi yang digunakan adalah menyamai teknologi yang
digunakan pada kapal selam nuklear jenis Le Triomphant milik Perancis. Jika
diperhatikan, Armada Perancis telah menggunakan kapal selam kelas Agosta dan
Daphne, dimana kedua-duanya merupakan kapal selam konvensional bertenaga diesel
manakala Scorpene menggunakan aplikasi teknologi terkini dalam semua jenis
kelas kapal selam kelas diesel. Justeru, Syarikat DCNS telah mengintegrasikan
teknologi kapal selam bertenaga nuklear kepada kapal selam bertenaga diesel sekaligus
melahirkan Scorpene agar ianya lebih efektif dan lebih murah pengoperasiannya.
Sehingga
kini 4 buah negara telah membuat perolehan daripada kapal selam Scorpene.
Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil. Chile membeli dua buah
kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah USD250
juta seunit. Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04
dan harga belian sekitar USD 580 juta. India membeli enam buah kapal selam yang
sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah USD 540 juta. Brazil
pula membayar sebanyak USD 220 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4
buah kapal selam pada tahun 2010. Jika diperhatikan, harga pembelian Scorpene
oleh India dan Brazil dilihat lebih murah. Ini kerana segala proses pembinaan kapal
selam mereka dilaksanakan di limbungan negara masing-masing.
Jika
dibandingkan kapal selam Scorpene dengan negara serantau contohnya Vietnam di
mana mereka membeli 6 buah kapal selam jenis diesel elektrik dengan harga USD2
Bilion dari Rusia. Kos pembelian Scorpene dilihat lebih mahal tetapi perlu
diingat dimana Vietnam telah berpengalaman dalam mengendalikan kapal selam
sebelum ini. Mereka telah memiliki aset strategik ini pada tahun 1997 di mana
mereka membeli Mini Submarine ‘Salmon Class’ dari Korea Utara. Dari situ, asas
dalam pengendalian kapal selam, tempat latihan, kemudahan dan perkhidmatan
sokongan telah disediakan dimana mereka hanya perlu membuat penyesuaian untuk
kapal selam yang baru. Ukuran standard kapal selam dari China/Rusia kepada
standard kapal selam dari Eropah juga berbeza yang menyebabkan harganya menjadi
lebih mahal. Apa yang utama ialah kelebihan yang ada pada Scorpene, ianya lebih senyap dan tidak mudah dikesan
berbanding kapal selam buatan China/Rusia.
Sumber: http://askarsetia.blogspot.com



