Tuesday, 25 December 2012

#BreakingNews TERKINI Benteng Empangan Paya Peda ( Terengganu ) terpaksa dipecahkan

Lakaran grafik pemandangan Empangan Paya Peda
                                    Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut

KUALA TERENGGANU — Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.

Katanya, langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu.

Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang.
"Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan,” katanya. — BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

P/S: Musim tengkujuh di Pantai Timur adalah perkara biasa tiap-tiap tahun, tapi tahun ini aku tengok berlaku banjir yang aku rasa teruk jugaklah. Apa tidaknya sampai empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan..Korang x bimbang ke bila empangan dipecahkan mesti berlaku kenaikan air yang mendadak dan takungan air akan berlaku, ini akan menyebabkan berlaku takungan air yang lama.

Pasal kat Terengganu nie asyik masalah jer.. Dulu Stadium runtuh, pas tu Hentian Bas Kuala Berang runtuh,sekarang empangan lak kena pecahkan..Masalah2. Nasib baik Empangan Kenyir x pecah kalau dak seluruh Terengganu tenggelam..
Satu lagi mesti  pencuri dan perompak sedang berkeliaran di sekitar rumah yang mengalami banjir, Simpan barang kemas molek-molek jangan sampai balik rumah nanti kosong k..hehe 

Aku nasihatkan supaya kampung yang megalami banjir cepat-cepat berpindah ke penempatan yang di tentukan oleh kerajaan. Kalau Kelantan terjadi perkara ini, mesti dah jadi Isu besar nie..hehe Politik2..
Kat Amerika pun banjir jgk..hehe

Ini Penjelasan Terbaru Zizan Berkenaan Bantahan AES Di Sri Pentas

Post sebelum ini Zizan Raja Lawak Turut Serta dalam Demonstrasi terhadap Mazidul Akmal Sidik dan mendapat komen seorang pembaca Jerung Jepun dan beliau memberikan situasi sebenar kenapa Zizan turut serta berada di hadapan Sri Pentas hari ini. Jerung Jepun ini merupakan kawan baik kepada Zizan.,

PLEASE SHARE: TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI.


Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan. Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

*dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.*Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.

Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna.ThanksGambar Zizan sedang memegang kertas membantah AES mungkin telah diberikan kepada Zizan semasa kesibukan tersebut. ~ekleh

P/S: Aku dah agak dah tu aku x main isu nie dulu..X logik laa si Zizan tu nk buat demo, dia tu parti gerakan lol. xgerak x makan..hehe

Lainlah artis yang lakukan revolusi seperti aku nie..haha x takut beb rezeki dari Allah bukan TV3 atau sesiapa bagi.. kalau dah x betul aku tentang, Sapa yang kate AES nie sesuai dan releven mmg betullah  otak dia fius dah tercabut..haha

Say No to AES...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download