Majalah Perancis Terbik Komik Nabi Muhammad ( SAW )- Bala-Bala

PARIS – Sebuah majalah Perancis, Charlie Hebdo yang pejabatnya pernah dilontar dengan bom api selepas ia menyiarkan kartun mempersendakan Nabi Muhammad SAW menerbitkan buku komik biografi tentang rasul berkenaan semalam.

Seorang editor Charlie Hebdo bertegas bahawa buku berjudul The Life of Mohammed itu diterbitkan setelah penyelidikan menyeluruh dilakukan oleh seorang ahli sosiologi berketurunan Perancis-Tunisia.

Editor itu, Stephane Charbonnier berkata, buku biografi tersebut disunting oleh orang Islam.
Kulit komik itu menunjukkan Nabi Muhammad bersama seekor unta melakukan perjalanan di padang pasir.

Charbonnier memberitahu agensi berita AFP bahawa idea menerbitkan buku komik itu diperoleh pada 2006 apabila sebuah akhbar di Denmark yang menyiarkan beberapa kartun menghina Nabi Muhammad disiarkan semula oleh majalah Charlie Hebdo.

Kartun itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.
Setakat semalam, tiada reaksi ketara berhubung buku komik baharu tersebut yang dijual pada harga enam euro (RM24).

Namun, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam karya tersebut sebagai satu bentuk provokasi dan berniat jahat.

“Bagi mengubah kehidupan rasul Islam dalam bentuk lukisan kartun itu pun merupakan satu kesalahan,” kata seorang pengguna Twiiter, Ibrahim Kalin yang bersetuju dengan pendirian Erdogan di laman web tersebut. – AFP

P/S : Puak-puak nie saja je nak sakiti hati umat Islam, bila umat Islam bangkit dituduh pulak pengganas. Nak suruh orang respek agama depa tapi perangai macam sial..Penghinaan terhadap Nabi Muhammad ( SAW ) ayuh Umat Islam bangkit mempertahankan Nabi dari dihina sedemikian rupa..

Read More

Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak

KUCHING: Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak.

Mendiang berusia 68 tahun.
Beliau meninggal dunia pada jam 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital selepas pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.


"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya.

Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup. - BERNAMA

P/S: Keberanian beliau akan menjadi ingatan sampai bila-bila, walaupun berbeda ideologi dan pegangan pergorbanan mu tetap menjadi sanjungan..

Read More

Zarina Pelakon Seksi Kena Masuk Penjara Kajang!?

PETALING JAYA - Pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama seorang lagi rakannya atas tuduhan memiliki dua biji pil eramin 5, empat hari lalu.

Zarina, 27, dan rakan lelakinya yang juga seorang pelajar kolej, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.

Zarina terpaksa ditahan di Penjara Kajang sementara menunggu tarikh sebutan berikutan tiada siapa membayar wang jaminan RM2,000 yang ditetapkan oleh mahkamah.

Selebriti yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu didakwa bersama-sama rakan lelakinya memiliki dua biji pil dadah tersebut dengan anggaran berat 0.6 gram di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Bukhari Wan Mohd. menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam Mohd. Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah agar mengurangkan wang jaminan tersebut atas alasan anak guam masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Nazri kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan syarat penjamin merupakan ahli keluarga mereka.

Mahkamah menetapkan pada 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

Mohamad Fakhruzaim membayar wang jaminan.

Sebuah akhbar kelmarin melaporkan pelakon dan model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu ditahan bersama teman lelakinya di kediaman mewah di Damansara Damai.

Semasa ditahan pasangan itu didapati menyimpan dua biji pil disyaki eramin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada di dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah tersebut, suspek wanita membuka tingkap tetapi segera menutup semula pintu itu selepas menyedari orang itu merupakan polis.

Pada 2011, Zarina pernah ditahan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor bersama-sama seorang lagi rakannya dalam satu operasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang.

Bagaimanapun, ujian air kencing yang dilakukan terhadap Zarina yang ditahan ketika itu mendapati dia negatif dadah jenis ketamin.

Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia.

Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan banyak pihak kerana aksi-aksi panasnya itu.


Sumber: Kosmo.

Read More

Bekas KSU Di Cekup Bersama 36 GRO

Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

(Gambar) Pengunjung disko nekad terjun elak dicekup ketika diserbuan.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

“Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam.~hmetro
Read More

Warga asing bawa parang di Ambang 2013 I City !!

SHAH ALAM - Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.

"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.

"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti 'band punk' itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.


"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati kesemua lelaki asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala remaja tempatan itu tidak membawa kad pengenalan bersamanya.

Kumpulan warga asing itu direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala remaja itu dibebaskan setelah diambil keterangan, katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa permit sah.  - Bernama


P/S: Warga asing join sekali rupanya, nie bukan sayangi Selangor tapi sayangi Indonesia..Amacam..hahaha
 Dahlah pergi tempat maksiat mcm nie pastu nak parang-parang plak, mati sia-sia jer..Aku haraplah Jakim dan mufti panggil penganjur bagi penjelasan baru nampak ada tanggungjawab sikit, jangan duk makan gaji buta jer..
Read More

Yahudi semakin sesat. Di negara Zionis itu ada sekolah yang bakal lahirkan lulusan dengan gelaran ‘nabi’.

Yahudi semakin sesat. Di negera Zionis itu ada sekolah yang bakal lahirkan lulusan dengan gelaran ‘nabi’.

Sekolah bernama ‘Cain and Abel School for Prophet’ itu mengenkan bayaran 200 shekel (sekira 53 dolar AS) bagi siapa saja yang berniat memiliki gelaran nabi. Untuk mendapatkan gelar Nabi, para pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat.

Sekolah tersebut memberikan sijil kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat.

Pelajar-pelajar di sekolah tersebut boleh masuk kelas hanya mengenakan t-shirt, menggunakan gadget semasa belajar, hingga ada yang memegang gitar masuk ke dalam kelas. Bahkan ada pelajar yang tidak segan keluar kelas untuk sekadar merokok.
 Di sekolah ini, para pelajar belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan penampilan.

Satu-satunya guru sekolah itu Shmuel Hapartzy percaya, Messias telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu berperanan untuk menyambut nabi baru.

Peliknya, Hapartzy mengaku tidak menjamin pengajian di sekolah tersebut boleh membantu murid-muridnya boleh terus berinteraksi dengan Tuhan.

Hapartzy menjelaskan kurikulum yang digunakan di sekolah tersebut adalah mengikut sifat-sifat seorang nabi. Sehinggakan jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.

“Di masa lalu ada nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, Ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu,” kata Hapartzy, seperti dinukil dari AP.

Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di kawasan penempatan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari bayaran yuran masuk para murid-murid sekolah nabi.

P/S: Yahudi Laknutllah adalah musuh Allah, Yahudi Zionist cuba mewujudkan Nabi-Nabi baru tujuannya adalah untuk menghina Nabi yang terdahulu..Perangai puak-puak Yahudi ini begitu zalim layakkah mereka bergelar manusia jauh sekali sebagai Nabi..

Aku menunggu ketibaan Imam Mahadi dan Nabi Isa untuk menghapuskan keturunan Yahudi Zionist dari muka bumi Allah ini..

Sumber: detikislam.blogspot.com
Read More

Sambutan Ambang Tahun Baru Bersama Ustaz Azhar Di Shah Alam Hanya Di Hadiri 300 orang Sahaja


Assalaamualaikum.. Malam tadi aku berkesempatan bersama dengan kawan-kawan menghadiri sambutan ambang tahun baru di dataran Shah Alam, meriah lol hampir 90% pengunjung adalah orang muda, Bagi akulah ini lah satu agenda terbaik dan alternatif untuk orang muda berhibur sambil berjumpa dengan Alim Ulama menimba sedikit ilmu tambah-tambah makhluk yang jahil dan lalai seperti aku ini.

Bagi akulah ramainya Makhluk tidak penting tapi pengisian dan tentatif program itu lebih penting, samaada mendapat rahmat dari Allah atau sebaliknya, Antara yang hadir pada program berlangsung adalah Big boh kiter Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus yang menjadi ikon orang muda pada masa kini didampingi oleh artis-artis dan ahli sukan yang tidak perlu aku huraikan kerana korang sume dah tahu..hehe

Apa yang menarik perhatian aku adalah jemputan Al Sheikh Ali Al Sobuni Ulama Agong yang sudi memberi sedikit tazkirah dan peringatan, rahmatlah aku rasa semasa dalam program tersebut, Al Sheikh meminta Allah panjangkan umurnya selama 120 tahun untuk beliau melakukan ibadat dan perjuangkan Islam, MasyaAllah indahnya hidup beliau. Moga Allah panjangkan umurku untuk berjumpa dengan program seperti ini lagi

Tidak jauh dari program bersama ulama ini berlangsung, satu program yang lain juga berlangsung di I-City.

Program sambutan yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri disamping nyanyian artis-artis terkenal tanah air dalam program Sayangi Selangor.. Adakah program seperti ini adalah salah satu kasih sayang yang dituntut dalam Islam- Wallahualam

Pilihan ditangan anda siapa yang betul dan salah, moga Allah berikan kita petunjuk..Minta Mati kita dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh..Ameen ( FATTAWA JAKIM )..hehe




Read More

Ustaz Azhar Idrus | Sambutan Tahun Baru 2013 Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Himpit Program Maksiat


Ustaz Azhar Idrus | Sambutan Tahun Baru 2013 Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Himpit Program Maksiat | Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Program Sambutan Tahun Baru 2013, pada 31 Disember 2012, jam 8 malam, secara Islamik di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor (sebelah Perpustakaan Shah Alam dan belakang Masjid Negeri Shah Alam sahaja).


 Di bawah naungan "Sayangi Selangor, Yakini BN" di taman tema I-City di Seksyen 7, pelbagai aktiviti menarik diadakan bermula 29 Disember (Sabtu) ini.


Dianjurkan oleh kumpulan Ambank, Konsert Ambang 2013 Putrajaya bakal menampilkan barisan artis yang menarik, antaranya Dato’ M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Dato’ Hattan, Ramli Sarip, Hujan, kumpulan Wings, Stella Chung dan Magen.

P/S: 2012 meninggalkan kita dan 2013 bakal menjelma, berbagai cara Makhluk Manusia menyambut tahun baru, aku kira-kira di Lembah Kelang sahaja lebih kurang 20 Sambutan di jalankan. Aku ada listkan 3 tempat  sambutan tahun baru.

 Tepuk dada tanya selera bagi akulah mahkluk yang jahil ini eloklah kita mencari acara yang lebih ke arah keagaaman dan beramai-ramai membanjiri dataran Shah Alam bersama big boh kita Al-Fadhil Ustaz Azhar dan ramai lagi pendakwah yang hebat.

Sebelah Dataran Shah Alam ada satu lagi sambutan di I City Shah Alam program Sayangi Selangor yang dianjurkan lebih 100 NGO. Pelik betullah aku kenapa Selangor saja perlu disayangi negeri lain macam mana..Dah lah menumpang di Negeri Selangor tiba-tiba nak Sayangi Selangor plop. 

Geng2 muda yang membaca nie jangan la kite lupe yang hidup kite nie hanyalah sementara. Kalu hidup pun sekejap je. Allah nk tarik nyawa kite sekejap jer. Tibe2 kemalangan jalan raya, tibe2 mati sakit jantung... Masya-Allah.. hanya tuhan sahaja yang tau ajal maut kite.. semoga anda smua dapat ambik iktibar ape yg berlaku di sekeliling kite...

Aku sudah listkan antara acara yang dijalankan esok, korang boleh lah nilai mana yang betul dan salah dengan hati yang lapang. Satu lagi aku haraplah Cendiakawan seperti Hassan Ali n the geng buka mata siapa yang sesat dan siapa yang betul jalannya..Amcam..hehe.. 

SALAM PERPADUAN SALAM SATU MALAYSIA~ KIKIKI
TAKBIR~! ALLAHUAKBAR~! ALLAHUAKBAR~! ALLAHUAKBAR~!
Read More

Lelaki didakwa senda al-Quran dibakar di lokap polis

HYDERABAD, Pakistan – Kumpulan perusuh memecah masuk sebuah balai polis Pakistan dan membakar seorang lelaki yang dituduh mempersenda al-Quran, semalam.

Menurut imam kampung Seeta, Sindh, Maulvi Memon, lelaki itu, seorang pengembara, telah bermalam di sebuah masjid Khamis lalu dan senaskhah al-Quran ditemui hangus keesokan harinya.

"Dia bersendirian di masjid pada waktu malam. Tidak ada seorang pun yang sanggup melakukan perkara yang dahsyat seperti itu," kata Maulvi.

Orang kampung memukul lelaki itu dan kemudiannya menyerahkan dia kepada pihak polis.

Beberapa jam kemudian, sekitar 200 orang menyerbu balai polis dan mengheret lelaki itu keluar lalu membakarnya, kata Penguasa Kanan Polis Daerah Dadu, Usman Ghani.

Menurut Usman, dalam kejadian kira-kira 30 orang telah ditangkap kerana membunuh dan tujuh polis ditahan atas kecuaian.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan, sekurang-kurangnya 53 orang telah terbunuh di Pakistan sejak 1990 atas tuduhan kekufuran dan tuduhan-tuduhan lain yang lebih kerap.

Di Pakistan, hukuman bagi kufur adalah hukuman mati tetapi ia tidak ditakrif secara khusus oleh undang-undang.

Kes terbaru menyaksikan perhatian antarabangsa tertumpu kepada kes Rimsha Masih, seorang remaja Kristian yang dituduh membakar beberapa muka surat al-Quran dalam beg yang dibawanya.

Bagaimanapun, kes itu telah ditolak bulan lalu selepas jiran gadis itu memberitahu mahkamah bahawa Rimsha dianiaya.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, dua pegawai kanan Pakistan telah mencadangkan pembaharuan undang-undang telah ditembak mati. Salah seorang daripada mereka telah ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri.

Peguam yang mewakili kes berkenaan telah disalahkan manakala hakim yang mensabitkan dia bersalah terpaksa melarikan diri ke luar negara.

Sumber: Sinar Harian

P/S: Kenapala melakukan tindakan tanda mendapat pengadilan daripada pihak berkuasa, tidakkah ini satu kezaliman seperti akta ISA. Mungkin beliau dianiaya, adakah perkara ini adalah menjadi tuntutan di dalam Islam, tidak sama sekali.

Bagi akulah pneghinaan terhadap Al-Quran tidak boleh diterima sama sekali, aku pun marah tapi yang paling penting adalah kita mengamalkan isi kandungan Al-Quran, aku tengoklah kat negara Pakistan bukannya lah mengikut Al- Quran 100 % dan jika difikir akal seperti menghina juga laa..Wallahualam


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.