Bayi Dicampak Ke Luar Tandas, Mengelak Dikesan Ahli Keluarga

Bayi Dicampak Ke Luar Tandas, Mengelak Dikesan Ahli Keluarga | MELAKA : Seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi swasta di Masjid Tanah di sini bertindak membuang bayi yang dilahirkannya awal hari ini ke luar tandas bagi mengelak dikesan ahli keluarganya. 
 
Bayi Dicampak Ke Luar Tandas, Mengelak Dikesan Ahli Keluarga
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui di luar tandas rumah ibu saudara pelajar berusia 18 tahun itu di Batang Tiga Tanjung Kling di sini, kira-kira 1.00 pagi.

Beliau berkata sebelum kejadian, pelajar terbabit yang bercuti di rumah ibu saudaranya itu masuk ke dalam tandas dan tidak keluar selepas hampir sejam sehingga menimbulkan kecurigaan.

“Makcik pelajar itu kemudian bertindak masuk ke dalam bilik air sebelum melihat banyak darah di lantai namun pelajar itu memaklumkan yang dia mengalami buasir,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Raja Shahrom berkata ibu saudara pelajar terbabit yang berusia 60 tahun kemudian bertindak membawanya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Raja Shahrom berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar terbabit mengalami pendarahan disebabkan melahirkan anak sebelum laporan polis dibuat pihak hospital terbabit kira-kira 12 tengah malam.

Beliau berkata polis kemudian bertindak melakukan pemeriksaan di rumah itu sebelum menemui mayat bayi tersebut di luar tandas rumah berkenaan.

Katanya siasatan awal polis mendapati bayi tersebut dipercayai dibuang melalui ruang udara di bahagian bumbung tandas selepas dilahirkan.

Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita sedang menyiasat sama ada bayi tersebut masih hidup atau tidak selepas dilahirkan dan pelajar terbabit akan ditahan bagi membantu siasatan sebaik menerima rawatan,” katanya. – BERNAMA
 
P/S: Inilah kegilaan remaja zaman sekarang, akibat pergaulan bebas yang tiada batasan akhirnya melakukan penzinaan dan melahirkan anak luar nikah..Bila dah dah lahir main campak-campak, akhirnya 7 keturunan akan mendapat malu..Aku bukan apa, sekarang nie, undang-undang Islam harus dipraktikkan segera, moga kita mendapat pengawasan dari Allah..
Read More

Macam-macam Dunia Sekarang !!...Wanita kahwin dengan jambatan

Macam-macam Dunia Sekarang !!...Wanita kahwin dengan jambatan  | Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia membuat keputusan aneh apabila menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.
Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.
 
 
Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.

Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu.

Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.

Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain. “Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan seksual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat,” katanya.

Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.

“Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini,” katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya - kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.
Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. - Agensi
Read More

Gila!!! Remaja Mengaku Perkosa 300 Ekor Ayam!

Gila!!! Remaja Mengaku Perkosa 300 Ekor Ayam! | TASIKMALAYA (Indonesia) : Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.

Gila!!! Remaja Mengaku Perkosa 300 Ekor Ayam!
 
Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.

Peguam AS, Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.

“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.

AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. – Agensi
Read More

Dunia Sudah Hampir Ke Penghujungnya | Salji Turun Di Bumi Mesir Yang Diliputi Padang Pasir [GAMBAR]

Dunia Sudah Hampir Ke Penghujungnya | Bumi Mesir Yang Diliputi Padang Pasir Turun Salji | Subhanallah, bumi mesir yang kering kontang turun salji. Untuk pengetahuan korang Mesir merupakan negara Afrika dan dalam sejarah Mesir tidak pernah mengalami musim salji. Tahun ini Allah telah menurunkan salji sehingga Piramid di Mesir diliputi Salji...Ya Allah dunia sudah menghampiri ke penghujungnya, dunia sudah tua...Jom kita lihat gambar yang telah dirakam oleh pelajar kita di sana.

gambar-di-mesir-salji-turun.img
gambar-di-mesir-salji-turun.img
gambar-di-mesir-salji-turun.img
gambar-di-mesir-salji-turun.img

Read More

Perkara Yang Kita Wajib Tahu | 6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat

 
6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat
 
Perkara Yang Kita Wajib Tahu | 6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat 
 
1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah) Sumber
Read More

Henti sebar gambar patung haji, hajah [ Dikatakan Telah Di Jadikan Sebagai Dewa Masyarakat Cina Di Perak ]

Henti sebar gambar patung haji, hajah [ Dikatakan Telah Di Jadikan Sebagai Dewa Masyarakat Cina Di Perak ] | IPOH – Perkongsian sebuah gambar patung berhala menyerupai imej warak di laman sosial menggemparkan masyarakat Islam, hari ini.


 Henti sebar gambar patung haji, hajah [ Dikatakan Telah Di Jadikan Sebagai Dewa Masyarakat Cina Di Perak ]

Gambar patung lelaki berkopiah dan wanita bertudung yang diperoleh daripada Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official itu dikatakan diletakkan di sebuah lokasi di Lumut tanpa adanya perincian lokasi sebenar dinyatakan.

Laporan portal www.ismaweb.net dipetik berkata, peletakan patung berimej sedemikian didakwa bertujuan menunjukkan rasa hormat kepada masyarakat Melayu.

Pasangan patung yang turut diberi gelaran ‘haji’ dan ‘hajah’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca yang rata-ratanya mahu siasatan lanjut dibuat bagi mengesahkan kesahihannya.
 
Kerajaan negeri menggesa mana-mana pihak menghentikan segera sebarang perbuatan yang boleh mengundang kekeruhan dalam hubungan masyarakat majmuk di negara ini.
 
Exco Pendidikan Islam, Mohd Nizar Zakaria berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menyentuh nilai sensitiviti serta budaya masyarakat.
 
Malah menurutnya, perkara berkenaan juga bakal mencetuskan nilai persepsi atau dari segi nilaian agama itu sendiri.
 
“Berhati-hatilah dalam perkara seperti ini, sebaran dan perkongsian sesuatu yang belum tentu kesahihannya hanya akan mengundang kemarahan rakyat, jadi jangan dimuat turun secara sewenangnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau turut memaklumkan, sedia untuk menyiasat sekiranya dakwaan gambar itu benar wujud.
 
Walau bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada sebarang aduan diterima berhubung kewujudan patung berkenaan, malah maklumat patung itu turut diketahui melalui internet, semalam.
 
“Jika betul ada, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan agama akan sedia siasat, Cuma kita khuatir jika ia tidak benar dan disebarkan atas maksud tertentu,” katanya.
 
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar Lumut mendapati, rata-rata penduduk di sana tidak pernah melihat patung seumpama itu di mana-mana tokong di situ.Malah, ada antaranya memaklumkan, baru pertama kali melihat patung seumpama itu di internet.
 
Seorang penduduk, Ling Chin Tong, 50, berkata, dia tidak pernah melihat patung berpakaian seumpama itu seumur hidupnya.
 
“Saya memang tidak pernah melihat patung yang memakai kopiah dan tudung seperti di dalam gambar ini, saya tahu pun setelah melihat gambar yang ditunjukkan ini,” katanya.
 
Chin Tong berkata, selama ini, dia hanya melihat patung biasa (tanpa bertudung dan berkopiah) yang sering digunakan penganut agama itu untuk ditempatkan di rumah ibadat.
 
“Jika patung seumpama ini memang saya tidak pernah lihat,” katanya.
 
Pendapat sama turut disuarakan Yew Kong Tung, 47.
 
Kong Tung berkata, agak mustahil patung sedemikian ditempatkan di rumah ibadat mereka kerana semua masyarakat maklum ia menggambarkan imej Islam.
 
“Ia dilihat seperti agak pelik dan seolah-olah tidak wujud, saya pergi ke mana-mana pun tidak pernah melihat patung seperti itu,” katanya.
 
Bagi Hong Chi Ping, 27, pula, patung dalam kepercayaan agama Buddha dianggap sebagai dewa.
 
“Patung itu dipuja untuk mendapatkan kebaikan, namun saya tidak pernah melihat ia dipakaikan dengan kopiah dan tudung kerana kebiasaannya ia dibuat rambut sahaja,” katanya.
 
Seorang lagi penduduk, Haslinda Daud, 26, turut mengakui tidak pernah melihat patung sedemikian dan hanya mengetahui perkara itu di dalam internet.
 
Sebagai penduduk tempatan katanya, dia juga tidak mengetahui sama ada patung itu wujud atau tidak.
 
“Dalam laman sesawang semua orang bercerita mengenainya, jadi saya dapat maklumat pun dari situ.
 
“Saya sendiri tidak tahu sama ada ianya wujud atau tidak. Siasatan harus dilakukan supaya isu berkenaan mendapat penyelesaian terbaik,” katanya.
 
Reaksi sama diluahkan Muhaiyudin Yusof, 31, yang mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum sesuatu tindakan diambil.
 
Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelak, timbul isu lain yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum.

“Perkara berkaitan Islam tidak seharusnya dijadikan permainan kerana ia melibatkan agama, siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengetahui sama ada ianya benar-benar wujud atau tidak kerana kita tidak mahu timbul isu lain pula selepas ini,” katanya.

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI & SITI SAFA MOHD NOR
Read More

[Gambar ] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan

[Gambar] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan | Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

[Gambar ] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

[Gambar ] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan


Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.
“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

[Gambar ] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan


“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu,” katanya.
Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau busuk.

[Gambar ] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan


“Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

[Gambar ] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan


“Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu,” katanya.
Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

[Gambar ] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan


“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya- Sinar harian
Read More

Solat Jenazah As-Syahid Pemimpin Jamaat E-Islami Yang Dihadiri Ribuan Pengikutnya, Beliau Di Hukum Gantung Oleh Mahkamah Bangladesh [gambar]

 Solat Jenazah As-Syahid Pemimpin Jamaat E-Islami Yang Dihadiri Ribuan Pengikutnya, Beliau Di Hukum Gantung Oleh Mahkamah Bangladesh


Solat Jenazah As-Syahid Pemimpin Jamaat E-Islami Yang Dihadiri Ribuan Pengikutnya, Beliau Di Hukum Gantung Oleh Mahkamah Sekular Bangladesh | Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla,Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh..

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS:

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

 Solat Jenazah As-Syahid Pemimpin Jamaat E-Islami Yang Dihadiri Ribuan Pengikutnya, Beliau Di Hukum Gantung Oleh Mahkamah Bangladesh

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.


 Solat Jenazah As-Syahid Pemimpin Jamaat E-Islami Yang Dihadiri Ribuan Pengikutnya, Beliau Di Hukum Gantung Oleh Mahkamah Bangladesh


Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!


حسبنا الله ونعم الوكيل


اللهم اقبله فى الشهداء واجعل دمه لعنه على قاتليه
Sumber: Addin

P/S: Inilah yang dihadapi oleh Pejuang Islam di seluruh Dunia, tiada kemulian menuju kematian selain Syahid yang diharapkan, menyelusuri pejuang-pejuang terdahulu, Syed Qutb, Sheikh Hassan Al-Bana mereka telah Syahid ketali gantung dan di tembak...Semoga Allah menempatkan Sheikh Abdul Quader Molla di sisi orang yang dimuliakan mati Syahid..Ameen
Read More

Jururawat Bersuami Dua Di Sabah | Didenda Bayar 3 Ekor Lembu

Jururawat Bersuami Dua Di Sabah | Didenda Bayar 3 Ekor Lembu | - KOTA KINABALU : Seorang jururawat berusia 29 tahun telah dikenakan hukuman denda mengikut adat kaum Penampang di atas kesalahan mendirikan rumah tangga kedua walaupun masih lagi sah bergelar isteri orang pada ketika itu.
 
Jururawat Bersuami Dua Di Sabah | Didenda Bayar 3 Ekor Lembu
 
Suami keduanya yang tidak didedahkan usia dan identitinya itu juga didakwa atas kesalahan berkahwin dengan isteri orang dan kes mereka telah disebut di Mahkamah Adat Penampang.

Menurut sumber The Star, kedua-dua mereka telah diarahkan membayar denda sebanyak RM10,500 di atas pelbagai kesalahan di bawah adat kaum Penampang yang diketuai oleh panel hakim, Ketua Anak Negeri Penampang, Marcus Jonioh.

Yang menariknya, segala denda yang dikenakan ke atas pasangan itu ialah mereka harus membayarnya dalam bentuk binatang ternakan.

Di atas kesalahannya berkahwin dua, wanita itu telah diperintah membayar RM1,500 (bersamaan dengan seekor lembu) dan RM3,000 (dua ekor lembu) kerana kesalahan melakukan hubungan seks di atas perkahwinan yang tidak sah.

Suami keduanya juga didenda membayar RM4,500 (tiga ekor lembu) atas kesalahan mengahwini isteri orang selain RM1,500 untuk bayaran kos kes tersebut.

Jonioh turut memerintahkan pasangan itu supaya tidak meneruskan ikatan perkahwinan itu atau mereka boleh dikenakan denda tambahan sekiranya enggan mengikuti perintah mahkamah.

Pihak mahkamah memberikan tempoh sebulan untuk mereka melangsaikan denda RM10,500 atau mereka berdepan dengan hukuman penjara.

Kes itu dibawa ke mahkamah selepas suami pertama wanita itu membuat aduan mengenai isterinya yang telah berkahwin lain pada Julai lalu.

Untuk rekod, wanita itu dan suami pertamanya bernikah pada 2010 dan hasil perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata manakala menerusi perkahwinan kedua, wanita itu telah dikurniakan seorang anak. – MyNewsHub
Read More

INI ADALAH BUKTI KDN Untuk Sahkan Mat Sabu terlibat Syiah. Baca tengok....

INI ADALAH BUKTI KDN Untuk Sahkan Mat Sabu terlibat Syiah. Baca tengok.... | INI ADALAH BUKTI KDN Untuk Sahkan Mat Sabu terlibat Syiah. Baca tengok....

INI ADALAH BUKTI KDN Untuk Sahkan Mat Sabu terlibat Syiah. Baca tengok....

PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu merupakan pemimpin nombor dua parti itu yang cenderung dan terlibat dalam fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini menyenaraikan 10 maklumat yang mengesahkan penglibatan pemimpin pembangkang itu dalam fahaman Syiah.

Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN

P/S: Hari ini KDN telah mencipta sejarah baru dalam arena Politik tanah air dengan mengishtiharkan Mat Sabu terlibat dalam fahaman Syiah di Malaysia. Apa yang melucukan keterangan atau bukti sungguh melucukan.

Untuk pengetahuan KDN sebelum revolusi Syria semua orang mengagumi Khomeni termasuklah Dr Mahathir dan kita masih ingat Dr Mahathir pernah membuat forum bersama Ulama Syiah Iran dan adakah Mahathir itu juga pengikut Syiah..

Dan Malaysia masih lagi menjalinkan kerjasama dengan Iran dan menubuhkan kedutaan di Iran, dan adakah kerajaan Malaysia juga menyokong Iran dan Syiah?

Adakah dasar pandang ke timur dengan memandang pembangunan Jepun, adakah kita menganut fahaman Jepun dengan menyembah Matahari..

Adakah kita mengagumi ketabahan Nelson Mandela dikira sebagai Kafir kerana beliau merupakan seorang Kristian...

Teringat kata2 hukamak... Kebaikan Islam itu ada di mana-mana, jikalau kamu berjumpa di mana-mana kamu ambil lah kerana ia adalah kepunyaan Islam yang telah tercicir..wallahualam
Read More

Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 Di Dataran Shah Alam [ Azhar Idrus-Shiro, Haslin Bahrim-Sepahtu berganding ]

Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 Di Dataran Shah Alam [ Azhar Idrus-Shiro, Haslin Bahrim-Sepahtu berganding ] | SHAH ALAM 10 DIS: Ustaz Azhar Idrus – Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim – Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor. 
Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 Di Dataran Shah Alam [ Azhar Idrus-Shiro, Haslin Bahrim-Sepahtu berganding ]
Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.

“Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya.

“Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa,” kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di pejabat beliau di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri semalam.

Sebelum itu Dr Halimah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 di Bilik Mesyuarat Kekwa Seksyen Sektoral, UPEN bagi menyelaras persediaan program sempena yang akan bermula seawal jam 5.00 petang itu.

Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar; pengacara, David Teoh, pelawak, Sathiya dan pelakon, Diana Amir.

Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011.

Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, you tube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.

Sumber: Selangorku.com

P/S: Alhamdulillah,tahniah aku ucapkan kepada kerajaan Negeri Selangor di atas penganjuran Alternatif sambutan tahun baru 2014 di Dataran Shah Alam, aku pernah menyertaikan pada sambutan tahun lepas kalau tidak silap aku sambutan bersama ustaz Azhar dan pemain bola Wan Zack Haiqal dan Ulama Syria Mohamad Ali Al Sabuti masa tu kehadiran cukup mengagumkan..Program bermula selepas solat Magrib kuliyah di Masjid Shah Alam dan diakhiri tepat jam 12 twngah malam dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW...terbaikkk
Read More

Akibat Tertekan 'GirlFriend' Ketagih Membeli Belah, Seorang Lelaki Sanggup Terjun Tingkat 7 Bangunan [Gambar]

Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.

Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.
 
 
Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.

Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.

Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.
 
“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.

“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar,” kata saksi berkenaan.

Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.

Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.

Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.

Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.

“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.

“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam.- Agensi
Read More

Kahwin Muda | Remaja Lelaki 15 Tahun Nikahi Gadis 16 Tahun

Kahwin Muda |  Remaja Lelaki 15 Tahun Nikahi Gadis 16 Tahun
Add caption
Kahwin Muda |  Remaja Lelaki 15 Tahun Nikahi Gadis 16 Tahun | “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun.

“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.

Kahwin Muda |  Remaja Lelaki 15 Tahun Nikahi Gadis 16 Tahun

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan.

“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka.

Sumber: Berita Harian Online

P/S: Semoga perkahwinan ini kekal ssehingga akhir hayat. Isu kahwin muda sebenarnya bukan lah isu besar bagi akulah, kalau dah rasa mampu dan mengelakkan maksiat lebih baik kahwin. Kalau kita tengok budak2 zaman sekarang duk kapel bawak anak dara ke hulu hilir ada tu sampai melahirkan anak luar nikah tu lagi laa malu.

Zaman Mak Ayah kita pun kahwin awal jugak ok jer, pokok pangkalnya hendak mendirikan rumahtangga ilmu kena laa ada, Ilmu agama, kewangan semua kena ambil kira.....


Read More

Elak Dirogol Janda Sanggup Terjun Flat | Demi Maruah

Elak Dirogol Janda Sanggup Terjun Flat | Demi Maruah | Kuala Lumpur : Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.


Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah.

Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta.

Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut. – HARIAN METRO
 
P/S: Ya Allah apa nak jadi dengan manusia sekarang nie, rogol hari2, merompak hari2, sebab tulah Allah turunkan bala berupa bencana alam seperti banjir yang begitu dashyat..Kerana golongan bodoh ( Perogol ) seperti inilah bala Allah turun dan bala ini tidak dikenakan terhadap mereka sahaja dan orang yang tidak bersalah pun terkena sekali...Kembalikan hukum Allah!!!, Apa tunggu lagi!!!
Read More

Kambing Dirogol!! | Dipanggil Menjadi Saksi Di Mahkamah Kenya

Kambing Dirogol!! | Dipanggil Menjadi Saksi Di Mahkamah Kenya | Dunia Akhir Zaman | ‘Mangsa’ Diheret Ke Mahkamah Hadiri Perbicaraan - NAIROBI (Kenya) : Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun. 
 
Kambing Dirogol!! | Dipanggil Menjadi Saksi Di Mahkamah Kenya | Dunia Akhir Zaman


Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.

Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.

Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.

Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing.

Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.

Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.

Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.

Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.

Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. – Agensi
Read More

Baru 4 Hari Berkahwin, Meninggal Dunia Akibat Serangan Sakit Jantung Ketika Menangkap Ikan Di Sungai Perak | Al -Fatihah

Baru 4 Hari Berkahwin, Meninggal Dunia Akibat Serangan Sakit Jantung Ketika Menangkap Ikan Di Sungai Perak | Al -Fatihah | TELUK INTAN – Seorang lelaki berusia 30 tahun yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung ketika menangkap ikan dengan tiga rakannya di sini hari ini. 
 
Baru 4 Hari Berkahwin Meninggal Dunia Akibat Serangan Sakit Jantung Ketika Menangkap Ikan Di Sungai Perak | Al -Fatihah
 
Mohd Radzi Nordin, seorang buruh, rebah dan terjatuh ke dalam Sungai Perak pada pukul 2 petang ketika dia dan rakannya sedang bersiap sedia untuk menebar jala.

Isterinya, Nor Kamisah Omar, 25, berkata mereka baru sahaja berkahwin 4 hari lalu di rumah keluarga suaminya di Kampung Melayu, Jalan Woo Saik Hong di sini.

“Dia suruh saya sediakn makanan kegemarannya untuk makan tengah hari sebelum meninggalkan rumah pagi ini,” katanya.

Sementara itu, rakan Mohd Radzi, Ahmad Hazizi Shoib, 46, berkata sebelum itu arwah mengadu sakit dada sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Dia berkata mereka kemudian mengeluarkan arwah dari dalam air dan menghantarnya ke Hospital Teluk Intan, menurut sumber Dunia itu blogspot.
Read More

[Video] Bung Mokhtar Kurang Ajar Di Parlimen | Halau Ahli Parlimen Balik Ke Kuantan

Video Bung Mokhtar Kurang Ajar Di Parlimen | Halau Ahli Parlimen Balik Ke Kuantan | Dewan Rakyat gamat seketika sewaktu Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul tergempar memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran bajir teruk yang melanda bandar itu.


"Saya pohon mengusulkan satu usul tergempar tidak bertulis di atas

urusan banjir di Kuantan.
 
"Saya pohon isytiharkan darurat kerana keadaan di Kuantan begitu parah dan kritikal dan memerlukan bantuan segera dari tempat-tempat lain.

"Saya mohon dibenarkan kerana saya terima panggilan tidak henti-henti dari semalam ada yang terperangkap di rumah air sampai leher," kata Fuziah.

Pada ketika itu kedengaran suara-suara dari yang tidak jelas tetapi bising-bising dari sebelah pihak penyokong kerajaan.


Fuziah bagaimanapun meneruskan usulnya.


"Dengar dulu, dengar dulu (menenangkan suara bising). Ada panggila dari rumah tengah malam air sampai leher tak ada JPA, tak ada bot tak ada polis tak ada bomba. Hampir 4,000 penduduk tiada makanan.


"Saya memohon seluruh anggota penyelamat untuk membantu di Kuantan sebelum berlaku kemalangan yang lebih besar lagi," katanya.


Pada ketika itu, Bung Mokhtar berdiri mencelah dan menggesa agar Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.


"Kita benarkan YB kuantan untuk balik Kuantan tengok rakyat di sana," kata Bung.


Tindakan itu mendorong Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang), Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berdiri membidas Bung Mokhtar.


"Tengok rakyat buat apa kalau tak jaga..." bidas Zuraida.


Khalid Samad menyokong Fuziah yang membangkitkan perkara itu di Parlimen sementara Fauzi menyatakan kekesalannya dengan sikap Bung Mokhtar.


"Kalaulah disiplin ahli dewan begini saya pun malu Yang Dipertua," kata Fauzi.


Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menenangkan keadaan dengan menggesa semua mereka agar duduk dan meminta menteri berkenaan memberi respons.


"Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibangkitkan itu adalah masalah rakyat tetapi bantu dulu saya selesaikan masalah ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri serentak," kata Pandikar.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian bangun menjelaskan yang helikopter Agensi Penguatkuas Maritim Malaysia telah dihantar ke Kuantan untuk meninjau keadaan.


Pihaknya juga telah mengerahkan agar bantuan yang diperlukan dihantar ke Kuantan dengan segera.


Fuziah kemudian mengucapkan terima kasih kepada Shahidan tetapi sempat menegur Bung Mokhtar.


Menurutnya, Bung Mokhtar tidak faham akan keseriusan isu tersebut sehinggakan ia terpaksa dibawa kepada perhartian Parlimen.


"Apa yang Kinabatangan tidak faham apabila ahli Parlimen bawa ke sini, ini adalah keputusan peringkat paling tinggi," katanya. Sumber: Malaysia kini

P/S: Apalah punya mentaliti dan perangai teruk  Ahli Parlimen Kinabatangan, bagi aku soal banjir nie x yah lah nak berpolitk sangat, soal banjir nie soal kemanusiaan dan semua terlibat dalam bencana ini..Bung Mokhtar kalau rasa nak tunjuk hebat ini bukan tempatnya. Aku meluat tahap nak muntah dengan si Bung nie, bukan sekali perangai macam nie, nak tunjuk hebat bukan ini caranya..Memalukan BN je ada Ahli Parlimen cmnie.

Read More

[Jenayah Di Terengganu ] Langgar, Samun Dan Rogol…Tolong Cam Dan Lapor Kepada Pihak Polis [ GAMBAR ]

[Jenayah Di Terengganu ] Langgar, Samun Dan Rogol…Tolong Cam Dan Lapor Kepada Pihak Polis [ GAMBAR ] | Kuala Terengganu : Samun dan rogol. Itu kejadian malang menimpa dua wanita apabila bukan saja disamun malah dilarikan sebelum dirogol dalam kejadian di sebuah inap desa di Jalan Kenanga, Dungun, kelmarin.

[Jenayah Di Terengganu ] Langgar, Samun Dan Rogol

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 20-an bersama tiga rakan lelaki berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Bukit Chantak, Dungun, kereta Proton Satria dinaiki mereka dihimpit dua kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 dan sebuah lagi yang tidak dapat dikesan nombor pendaftarannya sebelum suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengikuti arahan mereka dengan seorang daripada mereka memandu kereta mangsa sebelum merampas lima telefon bimbit milik mangsa lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Durian Mentagau, Dungun kira-kira jam 4.15 pagi, suspek yang memandu kereta Proton Satria milik mangsa melanggar pula sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak iparnya.

“Sebaik melanggar kenderaan itu, suspek turut melarikan wanita di dalam Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan wanita itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian kedua. “Namun, suspek sempat menyamun sebuah telefon bimbit milik mangsa,” katanya. dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Manoharan berkata, suspek sekali lagi memberhentikan kenderaan dan meninggalkan tiga lelaki bersama Proton Satria kira-kira empat kilometer dari lokasi mereka meninggalkan seorang wanita sebelum itu dan beredar bersama dua mangsa wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama.

Katanya, kedua-dua wanita itu kemudiannya dirogol suspek utama berusia 31 tahun di sebuah inap desa sebelum mereka dirogol oleh dua lagi suspek yang tiba di inap desa beberapa jam kemudian.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), dua mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek berada di kawasan Kampung Durian Mentagau dipercayai untuk menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Susulan maklumat daripada dua mangsa masing-masing bekerja sebagai pelayan dan pekerja di sebuah kedai telefon bimbit, gerakan mengesan kesemua suspek dijalankan sekali gus membawa kepada penahanan dua suspek termasuk suspek utama dan seorang warga Indonesia berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam).

“Hasil siasatan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini turut merogol kedua-dua mangsa. Siasatan mendapati suspek utama turut mempunyai rekod jenayah membabitkan samun bersenjata sebelum ini,” katanya sambil memaklumkan polis turut menemui sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 di rumah berkenaan.

Manoharan berkata, kumpulan itu dikesan mula bertapak di Dungun dan Kemaman dengan menyasarkan lelaki dan wanita sebelum mangsa disamun dan dirogol.

Katanya, selepas kejadian pertama dan kedua, suspek turut mengulangi jenayah sama apabila cuba melanggar sebuah kereta Honda Civic dinaiki pasangan suami isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal kira-kira jam 1.55 pagi semalam.

“Namun, mangsa yang curiga dengan keadaan itu tidak memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurut Manoharan, pihaknya kini sedang memburu lima lagi suspek dengan identiti empat daripadanya sudah pun dikenal pasti. dan percaya pihaknya dapat menahan kesemua suspek dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, katanya, polis mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Wan Zazaliala Wan Hussin atau Zaza, 32, (bekas polis) dari Kampung Baru Pasir Akar, Jertih, Besut; Mohd Nuzul Mohamad atau Nuzul, 27, dari Kampung Baru Kiri, Kemasik, Kemaman dan Nazlie Ali atau Naza, 26, Kampung Padang Merchang, Kuala Terengganu. – Harian Metro

P/S: Jenayah di Malaysia semakin hari semakin ganas, seolah-olah perkara ini tiada penyelesaian. Bagi akulah tibalah masanya hukum Allah yang sudah lama terpahat di dalam Al-Quran dilaksanakan, kerana hukum Allah mendapat pencegahan terus dari Nya..

Kita sebagai warga yang bertanggungjawab perlu memberi kerjasama kepada pihak PDRM untuk menyalurkan maklumat dan kerjasama untuk memberkas penyenayah ini...
Read More

Azab Seorang Isteri Dikelar Suaminya Sendiri Didahi, Pipi, Bibir Dan Tangan Dengan Pisau Lipat !!!

Azab Seorang Isteri Dikelar Suaminya Sendiri Didahi, Pipi, Bibir Dan Tangan Dengan Pisau Lipat !!! | - SEREMBAN : “Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu. 
 
Azab Seorang Isteri Dikelar Suaminya Sendiri Didahi, Pipi, Bibir Dan Tangan Dengan Pisau Lipat !!!
 
Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.

Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini. – HMetro
 
 P/S: Apalah nak jadi manusia sekarang nie, mana hilangnya pertimbangan akal yang dikurniakan Allah, sanggup memperlakukan kepada seorang wanita yang lemah. Semua ini terjadi akibat kurangnya didikan agama dalam mendirikan rumah tangga, Si suami tidak mempercayai si isteri dan begitu lah sebaliknya..Dunia semakin tua dan kiamat semakin hampir, sama-samalah kita bermuhasabah..Wallahualam

Read More

Gambar Perkahwinan Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre Dengan Salima Habibi [ Bekas Pelajar Akademi Fantasia ]

Gambar Perkahwinan Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre Dengan Salima Habibi  | BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.


Gambar Perkahwinan Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre Dengan Salima Habibi [ Bekas Pelajar Akademi Fantasia ]

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa’ Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.

P/S: Tahniah aku ucapkan kepada Ustaz semoga perkahwinan ini mendapat Rahmat dan berkat dari Allah..Aku pun pernah laa bersemuka dengan  Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre semasa demonstrasi anti Bashar Al-Assad di Kedutaan Syria di Kuala Lumpur..Seorang yang zuhud dan sentiasa senyum..
Read More

Hati-Hati Membeli Ikan Patin Di Pasar Raya | Ada Bulu Babi di Dalam Perut Ikan Patin ( Gambar )

Hati-Hati Membeli Ikan Patin Di Pasar Raya | Ada Bulu Babi di Dalam Perut Ikan Patin ( Gambar ) | Hati-hati membeli ikan patin dari pasar raya. Tambah lagi jika ikan itu diternak oleh pengusaha bukan Islam. 

Hati-Hati Membeli Ikan Patin Di Pasar Raya | Ada Bulu Babi di Dalam Perut Ikan Patin ( Gambar )


Ikan Patin yang dibeli dari Pasar Raya terkemuka negara, bila di potong kelihatan jelas ada bulu seakan bulu BABI didalam badan ikan tersebut.

Pendakwah, Haji Ann Wan Seng pernah bagi tahu yang pengusaha bukan Islam biasanya akan memberi ikan patin makan PERUT BABI dan bahan-bahan sewaktu dengannya, supaya ikan cepat membesar dan boleh cepat ke jualan, tambahan kos makanan yang sebegini adalah jauh lebih murah.


P/S: Aku pun ada cerita berkenaan  ikan Patin yang dibela oleh orang bukan Islam nie, kawan baik aku penyelidik Sains di Universiti Malaysia Terengganu duk buat penyelidikan pasal ikan air tawar, lepas tu dia pergilah ke Pahang untuk membuat penyelidikan. hasil dari penyelidikan dan pemerhatian member aku tu memang kebanyakan pengusaha ikan patin menggunakan usus babi yang direbus kemudian  dimasukkan di dalam mesin pengisar,  kemudian di beri makan kepada ikan Patin dan pembesaran dia ambil masa sebulan berbanding dengan makanan lain.

Sejak dari peristiwa itu, member aku cakap memang dia x sentuh ikan patin lagi laa,,hehe

Apa pun dalam Islam kita janganlah selidik macam tu sekali, dah halal makan jea laa yang lain serah pada Allah, teringat aku pasal kes penanaman betik di Johor yang menggunakan taik babi sebagai baja, aku adalah tanya Ustaz x pe makan kerana dia tidak lah mengubah rupa bentuk betik. Wallahualam..
Read More

Isu Gambar Lucah Pelajar | JAIP Sila Siasat !!

Isu Gambar Lucah Pelajar | JAIP Sila Siasat !! | Kuala Lumpur – Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar universiti di negeri itu. 
 
Isu Gambar Lucah Pelajar | JAIP Sila Siasat !!
 
Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan.

Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada berkhalwat.
Tak hormati undang-undang

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit tertakluk kepada JAIP.

Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri berkenaan.

Sikap begini mencerminkan kerendahan moral individu itu kerana mereka bukan saja tidak menghormati undang-undang syariah, malah memalukan universiti dan keluarga masing-masing.
Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna, katanya selepas Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali, menurut sumber Berita Harian.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Yayasan Dakwah Ikram dan Hidayah, Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, 47, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H/2013M.

Muhammad merakamkan penghargaan kepada JAWI kerana memberi penghormatan kepadanya menerusi anugerah berkenaan.
 
Sumber: http://www.kualalumpurpost.net
Read More

Pasangan Muda Nor Fazira Saad Berusia 13 Tahun Diceraikan Talak 3!!! | Kahwin Diusia Muda

Pasangan Muda Nor Fazira Saad Berusia 13 Tahun Diceraikan Talak 3!!! | Kahwin Diusia Muda | KULIM - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim. 
 
Pasangan Muda Nor Fazira Saad Berusia 13 Tahun Diceraikan Talak 3!!! | Kahwin Diusia Muda
 
Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah, menurut sumber Awani.
Read More

Kisah Nabi Yusof Dan Dr Morsi [ Zaman Yang Berbeza Peristiwa Yang Sama ]

Kisah Nabi Yusof Dan Dr Morsi [ Zaman Yang Berbeza Peristiwa Yang Sama ] | " Krisis Mesir tiada penghujung dan tiada kesudahan. Setelah lebih 100 hari sejak kudeta Tentera, lebih 6,000 menjadi korban tentera dan ribuan lagi disumbat ke dalam penjara oleh regim kudeta Tentera.


Kisah Nabi Yusof Dan Dr Morsi

Walaubagaimanapun, sesuatu yang unik berlaku di Mesir. Setiap hari berlaku demostrasi rakyat untuk mengutuk dan mendesak kejatuhan kudeta tentera.

Jarang benar jika berlaku kudeta Tentera di mana-mana dunia,rakyatnya berani membuat demostrasi jalanan yang aman. Tetapi itulah terjadi di bumi Nabi Yusuf a.s ini.

Cuba anda bayang setelah 6,000 rakyat menjadi korban tentera,kebangkitan rakyat semakin membara. Bermula dari penyokong Ikhwan hinggalah kini semua rakyat terlibat untuk menjatuhkan regim kudeta Tentera ini.

Kini, regim kudeta terpaksa berhadapan dengan pelajar pula. Bermula dari seawal tadika hinggalah pelajar universiti seluruh Mesir.

Bilakah ianya akan berakhir? Inilah persoalannya.

Bagi rakyat Mesir, tiada pengakhiran dan kesudahan hinggalah regim kudeta dijatuhkan dan semua askar balik ke berek masing-masing dan pimpinan tentera dihadap ke mahkamah untuk pengadilan.

Rakyat tidak akan berpatah balik.Mereka sudah kehilangan lebih 6,000 syuhada' tetapi sedang "mengilang" jutaan orang untuk jatuhkan regim dokongan Amerka dan Zionis ini.

Di pihak kudeta dan boneka pula,pelbagai cara dibuat untuk menangani krisis ini.Bermula bantuan Amerika,negara Teluk hinggalah perisikan Israel. Semuanya gagal.

Membunuh,menangkap dan mengubal akta demi akta sudah dibuat untuk menghalang kebangkitan rakyat. Malangnya kebangkitan rakyat semakin membara dan semangat moral anggota tentera semakin menurun dan merundum teruk.

Bagi rakyat, " bunuhlah seberapa ramai kamu mahu dan penjarakan sebanyak mana kamu mahu.......".

Mati akal Amerika,Negara Teluk dan Zionis untuk hadapi "ungkapan keramat" ini !

Yang pastinya, "permainan" ini amat meletihkan regim kudeta Tentera dan "menambah tenaga maksima" untuk rakyat Mesir.

Sumber: Tranungkite

P/S: Kezaliman akan hancur dan kebenaran pasti akan muncul, Ikhwan telah diuji Allah dengan ujian yang dashyat. Ribuan telah syahid dan jutaaan lagi menunggu giliran untuk Syahid bertemu dengan Allah, tiada kematian yang lebih mulia selain Syahid. Semoga Allah segera menghancurkan kebatilan...Takbir
Read More

” Penggemar Daging Orang Utan Mendakwa Lebih Lazat Dari Daging Lembu Dan Babi “

 Penggemar Daging Orang Utan Mendakwa Lebih Lazat  Dari Daging Lembu Dan Babi |  -PENDUDUK di sebuah perkampungan di Kalimantan, Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila gemar memasak dan memakan daging Orang Utan. 
 
” Penggemar Daging Orang Utan Mendakwa Lebih Lazat  Dari Daging Lembu Dan Babi “
 
Mereka bagaimanapun mendakwa tidak memburu dan membunuh Orang Utan tersebut tetapi menemuinya ketika sudah mati ditembak pemburu lain yang menyangkakan ia seekor rusa.

Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika Orang Utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.

“Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada daging lembu dan babi,” ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa hidangan tersebut.

Kawannya yang merupakan penduduk kampung sama, Ignasius Mandor, 50, pula mengeringkan tulang orang utan tersebut dan menyimpannya.

Susulan kejadian ini, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Indonesia menahan tiga lelaki, Khamis lalu setelah siasatan mendapati dakwaan orang utan tersebut sudah mati ketika ditemui rupanya hanya satu helah.

Perkara ini tersebar selepas gambar-gambar lelaki terbabit memasak dan menyimpan tulang orang utan dikongsikan sempena Minggu Kesedaran Orang-utan anjuran sebuah organisasi, minggu lalu.

Orang Utan merupakan spesies terancam yang kian pupus akibat aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

Kini Orang Utan hanya boleh ditemi di sekitar hutan Kalimantan dan Sumatera sahaja. – Dailymail
Read More

AZAB KUBUR | Kisah Diceritakan Oleh PENGGALI KUBUR

AZAB KUBUR | Kisah Diceritakan Oleh PENGGALI KUBUR | 7 azab yang dilihat pengali kubur Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.


Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Read More

[GAMBAR DAN VIDEO] PENGAWAL KESELAMATAN Suspek Rompak Dan Bunuh Di Ambank DITANGKAP | Kes Rompak Dan Bunuh Pegawai Ambank Telah Berjaya Diselesaikan


[GAMBAR DAN VIDEO] PENGAWAL KESELAMATAN Suspek Rompak Dan Bunuh Di Ambank DITANGKAP | Kes Rompak Dan Bunuh Pegawai Ambank Telah Berjaya Diselesaikan | Kalau korang masih ingat tragedi rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank  memang menjadi berita hangat sebelum ni.
Suspek Rompak, Bunuh di Ambank Ditangkap

Khabarnya suspek yang menembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank telah diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.
baca lagi & untuk tonton video eksklusif, klik TAJUK ENTRI ni
Read More

Salam Maal Hijrah | KISAH BENAR AIRMATA BAGINDA RASULULLAH SAW


Salam Maal Hijrah | KISAH BENAR AIRMATA BAGINDA RASULULLAH SAW | Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. 


Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Read More

ADRI BIN HAMZAH [Pengawal Keselamatan Bunuh Pegawai Bank] | TerBUKTI MEMANG GILA DUIT


ARDI BIN HAMZAH [Pengawal Keselamatan Bunuh Pegawai Bank] | TerBUKTI MEMANG GILA DUIT | Muatnaik Gambar Longgokan Duit Di Laman Facebook miliknya. 23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib.

Suspek Norazita Memang Gila Duit

Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.
baca lagi & lagi gambar klik TAJUK ENTRI ni
Read More

Siti Khatijah Srikandi ( Isteri ) Nabi Muhammad Saw Yang Sangat Dikasihi..

Siti Khatijah Srikandi ( Isteri ) Nabi Muhammad Saw Yang Sangat Dikasihi | Lama sudah aku tidak pedulikan blog kakisembang, almaklumlah kesibukan dunia sedang melanda. Petang nie aku nak kongsi sedikit artikel tentang Isteri kesayangan Nabi Muhammad Saw ( Siti Khatijah yang di redhai Allah ). Harap teman-teman meluangkan sedikit masa membaca artikel ini, moga-moga menjadi pedoman untuk kita semua...

Siti Khatijah Srikandi

Kepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a.. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.

Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh memburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadi.

Khadijah dilihat sebagai seorang muslimah yang bijaksana dengan menceritakan peristiwa Nabi bersama Jibrail hanya kepada orang yang layak dan bukan sebarangan orang. Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah:

1. Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain.
2. Tidak terburu-buru dan panik.
3. Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia.
4. Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan.
5. Bersifat amanah,lembut dan berhikmah.
6. Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan.
7. Sabar dalam menghadapi permasalahan suami.

Menjejaki Jejak Khadijah
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan daripada kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita, iaitu Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Kedua wanita itu berdiri di belakang dakwah Islamiah, mendukung dan bekerja keras dalam menyampaikan Islam. Oleh disebabkan itu, Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Dia adalah Ummul Mukminin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.

Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Allah. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolong dengan jiwa, harta dan keluarga.
Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa."
Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, walhal di hadapan kita ada wanita terbaik di dunia, Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mukminin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan pendiriannya serta membenarkannya. Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada Allah, dan membantu baginda serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga.
Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.

Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata : "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tidak ada kepayahan.

(Hadis riwayat Bukhari dalam Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata, "Keshahihannya telah disepakati.")
Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia menghabiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para sahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta Khulafa' Rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung dakwah selepas itu. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah

yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu yang susah, membantunya dalam menyampaikan al-Quran, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya.
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 6/118.)
Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, "Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?" Khadijah berkata, "Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah." Subhanallah... sungguh hebat perjuangan para sahabat baginda dan Ummul Mukminin untuk memperjuangankan Islam. Adakah kita sanggup berkorban seperti mereka pada masa kini? Renung-renungkan...
- Artikel iluvislam.com
Read More

[TERKINI] Ustaz Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal | Al Fatihah |

 [TERKINI] Ustaz Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal | Al Fatihah | Perginya seorang Mujahid bertemu dengan Ilahi, moga Allah tempatkan Ustaz Azizan dikalangan orang yang soleh. Sepanjang memegang Jawatan Menteri Besar, Ustaz Azizan beliau begitu komited dan amat menekankan aspek pendidikan. Pada Pilihanraya lepas setelah Parti Islam tewas Ustaz Azizan telah jatuh sakit dan terpaksa memotong kaki beliau akibat jangkitan kuman. Dan Hari ini beliau telah dipanggil bertemu dengan Ilahi.....

 [TERKINI] Ustaz Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal | Al Fatihah |


Sedikit Profil beliau..( Wikipedia )


Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (Jawi: استاذ حاج عزيزان عبدالرازق) merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.[1]. Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40petang (Ahad),bersamaan 9 Mac 2008.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Datuk Seri".Pengurniaan darjah ini telah disempurnakan oleh Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit sempena sambutan Jubli Emas baginda.Pada 1 Jun 2013 beliau merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran "Tan Sri"
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.