4 JENIS PEREMPUAN YANG DIHUMBAN KE NERAKA!!!!


1) PEREMPUAN YANG JAHAT MULUT dan KELAKUAN, TERHADAP suaminya. Banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena. Mulutnya tak berhenti-henti mengomel.
"ABANG NI PUN SATU, BELI IKAN KECIL-KECIL SANGAT. Belilah yang besar sikit... Susah nak siang."
Esoknya..."ABANG NI, BELI IKAN BESAR SANGAT, gelilah nak makan"
Komplen lagi... Ada sahaja yang tidak kena pada suami. Suka MEMBURUK-BURUKKAN SUAMI dibelakang suami samada kepada ibu bapa, saudara mara atau kawan-kawan. CURANG pada suami.... Si isteri membuat perkara haram atau BERGAYUT ATAU BERCHATTING dengan lelaki lain.
Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.
"SEDARLAH DIRI AWAK TU, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan... Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni"
Sehingga suaminya tidak terkata apa-apa....

2) PEREMPUAN YANG MEMPERBODOHKAN SUAMI, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami.
MENGGUNAKAN ILMU HITAM AGAR SUAMI PATUH DAN IKUT SEGALA KEMAHUAN ISTERI...
"Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan NASI KANGKANG, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.. "
“Suami aku, aku dah ‘ikat’ awal2 lagi...Dia tak boleh nak buat apa2 dahhh!!”
Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya, atau suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yang lebih perlu...
"ABANG, SAYA TAK TAHU, RAYA NANTI SAYA NAK LANGSIR BARU, KARPET BARU, PETI AIS BARU" Terkebil-kebil mata si suami..
"Langsir dan karpet ni kan baru ganti jerr... Abang mana mampu, Yang...Yang tahukan, banyak benda nak kena bayar niii" Si suami memohon pengertian si isteri.
"ITU SAYA TAK TAHU.. Yang saya tahu, saya nak langsir baru, dan karpet baru!!!" Si Isteri mula meninggikan suara.
”Tak per lahh..abang berhutanglahh” Suami tunduk mengalah.

3) PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENUTUP AURAT. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.
"Amboi, cantiknya isteri abang... Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis"
“Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu.. haaaa.. abang juga yang akan dapat nama, kan?"
"Iya tak ya juga... Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4) PEREMPUAN YANG TIADA CITA-CITA MELAKUKAN AMAL IBADAH, atau MENAMBAH amal ibadah... melainkan makan, minum, MENONTON tv, berhias diri, tidur.
Hujung minggu, pergi ke kelas senamrobik....Disuruh solat, tidak mahu... Disuruh berpuasa, tidak mahu.... Disuruh belajar membaca Quran tidak mahu.... Disuruh hadir kuliah agama di mesjid, tidak mahu.... Disuruh membaca buku2 agama, tidak mahu... Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok... Hari-harinya di habiskan untuk tujuan itu sahaja..... Tiada kebaikan agama apa pun pada perempuan seperti ini
.4 JENIS PEREMPUAN YANG DIHUMBAN KE NERAKA..nauzubillahiminzalik..
[Sumber artikel: Ceramah Y.Bhg. Ustaz Kazim Elias]
  Pusat Pendidikan Al-Baraqah (Ustaz Kazim).

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Anonymous said...

tak setuju especially bab no3, biasanya lelaki yang suka buka aurat perempuan. contohnya, pegang pegang perempuan, lelaki yg 1st mulakan. lepastu tgn menjalar ke kawasan sulit cetus zina.

yg no 4, kaum lelaki esp suami patut ajak isteri buat ibadat.

nabila said...

nabila tak sure Anonymous akan baca or tak,tapi bagi nabila tangan takkan berbunyi kalau kita tepuk melainkan kalau tangan lagi sebelah yang menyokong. *salah,betulkan.

UmmiMarisa said...

lelaki xboleh dipercaya. memang lelaki yg mulakan zina. muka baik pun jgn percaya. zina mula dr lelaki. wanita mangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.